Tuesday, 19 August 2014

Serius LOL - Komen Paling Win Untuk Nora Danish


Hehehehe

Nice komen bro! +1


Serius Kreatif - Lagi Lukisan Tiga Dimensi Realistik Oleh Keng Lye (12 Gambar)


Karya Seni 3D

April lalu kami paparkan lukisan tiga dimensi yang dihasilkan oleh Keng Lye. Artis yang berasal dari Singapura ini menghasilkan beberapa karya baru di bawah yang mindblowing. Kesemua hasil seni ini dihasilkan menggunakan akrilik dan epoksi. 



Serius Cool - Open Windows : Filem Terkini Sasha Grey


Brb Torrent

Beliau kini pelakon legit.... bukan lagi pelakon dewasa. Premis filem yang menarik

Serius Cool - House Of Vans : Skatepark Bawah Tanah Di Kota London (18 Gambar)


Skate Park!

Once upon a time sukan lasak seperti Skateboarding sangat digemari remaja. Malaysia sempat menjadi host kepada X-Games dan terdapat ura-ura banyak taman ekstrem akan dibina di Malaysia bagi membantu atlet ekstrem tempatan berlatih. Itu dulu. Kini semua orang rather sit at home dan main iPad. True story. Di London ada sebuah skate park yang dibina di dalam sebuah terowong bawah tanah. House of Vans dibina berhampiran stesen keretapi Waterloo. Skate park sebesar 3000 kaki persegi ini turut menempatkan venue konsert, ruang pameran yang boleh disewa dan tempat makan minum. Nampak cool. 



Serius Klasik -Tip Tow : Sistem Pesawat Pejuang Bercantum Di Udara Dengan Pesawat Pengebom (13 Gambar)


Transformers!

Tip Tow ialah sistem aneh yang dicipta pada tahun 1950an untuk memberikan pesawat pengebom keselamatan ketika memasuki kawasan musuh dengan menambat dua pesawat pejuang pada sayapnya. Sistem ini dicipta kerana pada waktu itu pesawat pengiring tidak mempunyai jarak operasi sejauh pesawat pengebom nukler milik Amerika Syarikat. Dengan menyambungkan 3 pesawat serentak, pesawat pengebom menjadi mothership kepada 2 pesawat pejuang yang boleh ditanggalkan bila - bila masa. Idea ini dihasilkan ketika Perang Dunia Kedua apabila sebuah pesawat kargo Douglas C-47A Skytrain disambung kepada sebuah pesawat Culver Q-14B Cadet. Kedua - dua pesawat berkipas ini menunjukkan idea pesawat bersambung boleh dilakukan

Untuk projek Tip Tow dua pesawat F 84 Thunderjet dilengkapi dengan sistem penyangkuk yang membolehkan ia bercantum dengan pesawat pengebom B 29 Superfortress. Apabila bersambung, pesawat pejuang akan mematikan enjin dan terbang ke sasaran dengan bantuan pesawat pengebom. Apabila sudah tiba enjin dihidupkan semula dan F 84 akan mengawal keselamatan B 29. Beberapa ujian dilakukan dan sistem penyangkuk yang digunakan tidak berapa efektif. Sebuah kemalang juga berlaku mengakibatkan kematian semua krew B 29 dan seorang pemandu  jet F84.

Sistem Tip Tow dikemaskini untuk sistem baru yang diberi nama Tom Tom. Pesawat F84 kini dipadankan dengan pesawat pengebom Convair Peacemaker. Sistem penyambungan sayap diperbaiki tetapi ianya juga didapati bermasalah dan berbahaya. 

Kedua - dua sistem pesawat bersambung ini akhirnya dihentikan kerana ianya terlaku bahaya. Apabila sistem mengisi minyak ketika terbang berjaya dibangunkan, sudah tiada keperluan untuk menggunakan sistem Tom Tom dan Tip Tow lagi. 



Monday, 18 August 2014

Serius Cool - Pameran 57 Karikatur Digital Seniman & Seniwati Lagenda Di MATIC (10 Gambar)


57 Karikatur Sempena Merdeka

Pameran 57 Karikatur Digital Seniman dan Seniwati Lagenda kini berlangsung di Galeri Seni MATIC. Pameran ini berlangsung dari  2 Ogos sehingga 3 September. Sebanyak 57 karikatur lagenda seni filem Malaysia boleh anda lihat di pameran ini. Jadi sekiranya anda mahu melihat sendiri koleksi 57 karikatur yang dipilih silalah ke MATIC. Looks cool bro. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman rasmi Pameran 57 Karikatur di pautan ini

Thanks @FilemKita for the tip


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails