Monday, 3 March 2014

Serius Cool - Kesemua Pemenang Picture Of The Year Oscar Dalam Bentuk Piktorial


Sweet!


Jika anda movie geek sebenar anda boleh teka tajuk pemenang Picture of The Year anugerah Oscarwalaupun dalam bentuk piktorial. Berapa banyak boleh anda teka?



Terowong Melarikan Diri Rahsia Paling Epik Milik Raja Dadah Chapo Guzman (12 Gambar)


Nice!

Chapo Guzman ialah Maharaja Narkotik Mexico. Beliau ditangkap sabtu lalu selepas beberapa kali berjaya melarikan diri dari pihak berkuasa. Kali terakhir beliau melarikan diri, beliau menyelinap keluar melalui terowong rahsia yang diletakkan di bawah tab mandi di tandas rumah beliau. Sangat epik kerana terowong rahsia ini membolehkan beliau melarikan diri melalui longkang. Genius!



Serius - Amaran Tentang Penggunaan Krim Pemutih Yang Sedang Berleluasa Sekarang


YEP!


Kami perasan ramai awek yang muka putih dan berkilat sampai kelihatan seperti pelakon opera cina. Majoritinya anak muda yang mungkin terlalu muda untuk  ingat skandal produk pemutih muka yang diharamakn kerana mengandungi merkuri yang tinggi sedekad yang lalu. Nampaknya kini produk pemutih bermerkuri ini kembali semula di pasaran tempatan. Tak ada pula kami baca laporan akhbar dan berita TV macam yang berlaku dahulu. Kita dah tak pedulikah masa depan musnah kerana penyakit kronik semata-mata nak kelihatan seperti patung blow up? 

Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan ini bukan perkara baru. Sebenarnya merkuri sudah diharamkan penggunaannya di dalam produk kecantikan di Eropah sejak 1976 dan di Amerika sejak 1990an. Merkuri adalah produk beracun dan kalau tahu saudara mara yang ada muka putih melepak dan berkilat silalah tegur mereka sebelum terlambat.

Sebelum merkuri, serbuk plumbum digunakan oleh wanita sejak zaman Greek lagi untuk mendapatkan kulit muka yang putih. Kulit putih melepak dan pucat dianggap sebagai simbol status masyarakat yang tinggi kerana wanita bangsawan yang tidak bekerja mempunyai kulit yang pucat. Serbuk plumbum disapu pada muka untuk memutihkan kulit. Plumbum juga digunakan pada celak yang dibuat di timur tengah dan India. So kalau anda masih pakai celak oldskoool janganlah pakai selalu kerana ia juga mengandungi plumbum.

Ingatlah bahawa kecantikan luaran tidak bermakna jika organ dalaman anda rosak akibat keracunan. 

Ini komen dari Professor Faridah Abdul Rashid. Professor of Biochemistry & Medical IT at Universiti Sains Malaysia.


Serius Cool - Norries : Keretapi Buluh Di Kemboja (13 Gambar)


Keretapi buatan sendiri

Di Kemboja terdapat sistem pengangkutan awam yang unik yang diberi nama Norries. Norries adalah keretapi kecil yang diperbuat menggunakan buluh. Ianya sudah digunakan sejak 1980an selepas tamat perang saudara. Keadaan jalan raya dan sistem pengangkutan Kemboja rosak teruk dan satu-satunya cara untuk bergerak ke seluruh Kemboja ialah dengan keretapi buluh di bawah. Pada awalnya Norries ditolak menggunakan kayu buluh seperti Gondola di Venice. Lama-kelamaan enjin kecil dipasang bagi membolehkan Norries meluncur pada kelajuan 40 kilometer sejam. Di Kemboja hanya terdapat sistem keretapi satu landasan dan apabila dua Norries bergerak pada haluan bertentangan salah sebuah daripanya perlu ditanggalkan dan diletak di tepi bagi memberi laluan. Sistem Norries kini semakin pupus kerana kerajaan ini memodenkan sistem pengangkutan yang sudah berdekad terabai. Jika anda ke Kemboja jangan lepaskan peluang untuk menaiki kenderaan unik ini sebelum ianya pupus!



Samba Primekit - Kasut Bolasepak Yang Dibuat Menggunakan Teknik Kaitan Pertama Dunia


Samba Suarez

Ini ialah Adidas Samba Primekit, but bolasepak yang pertama dibuat menggunakan teknik kaitan.Keseluruhan kasut ini dikait seperti sebuah stokin. But ini akan dipakai buat kali pertama oleh bintang Liverpool Luiz Suarez menentang Manchester United 2 minggu dari sekarang. Menurut Adidasbut bolasepak ini adalah yang paling mesra alam kerana tiada bahan terbuang ketika proses pembuatannya. Kami tak peduli tentang mesra alam tetapi apa yang kami peduli ialah Suarez menjaringkan sebanyak gol bagi membenam Man United pada hari tersebut. Go ABU!


Mari Lihat Penjara Wanita Di Dubai


Nampak selesa


Baju banduan warna pink........ haha!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails