Thursday, 2 January 2014

Serius Cool - Workbed : Meja Kerja Merangkap Tempat Tidur (7 Gambar)


Pejabatku tempat tidurku

Tahun lalu kita mendengar berita seorang pekerja PR meninggal dunia setelah bekerja tanpa henti selama 30 jam. Tidak dapat tidur kerana kerja yang banyak dan juga tiada tempat tidur yang selesa. Rasanya jika pejabat seluruh dunia mempunyai Workbed, sebuah konsep mejar yang boleh berubah menjadi katil masalah ini dapat diselesaikan. Ianya rekaan Mira Shroeder seorang pereka yang berasal dari Berlin, Jerman. Nice idea. Kalau nak stayback at least ada katil yang comfy. 



Wednesday, 1 January 2014

Serius - Berapa Banyak Polis Di Kuala Lumpur Semalam?


Dayyum!

Gila siak..........................Rasa macam police state kejap.



Serius Cool - Trak Diperbuat Daripada Ais Di Kanada (10 Gambar)


Trak paling cool.

Di Romania ada pasaraya ais. Di Kanada pula ada trak yang diperbuat daripada ais and it works! Trak ais seberat 6800 kilogram ini dihasilkan untuk iklan syarikat Canadian Tire. Mereka menjual bateri kereta yang tahan beku ketika musim sejuk. Bagi menunjukkan ketahanan bateri 3 buah trak ais dibina dan dipandu untuk menunjukkan keberkesanan bateri ini. Ini barulah trak yang paling cool di dunia. Literally!



Serius Indo - Trailer The Raid 2 Berandal : Sekuel Yang Dinanti Nantikan!


Iko Uwais

The Raid Redemption menjadi filem martial arts yang digilai ramai kerana mempamerkan aksi yang jarang dilihat di dalam filem buatan barat. Ia mengangkat nama pelakon Iko Uwais dan Joe Taslim sebagai pelakon aksi alaf baru. Iko berlakon dengan Keannu Reeves di dalam Man of Taichi manakala Joe muncul di dalam Fast 6. Mari lihat sekuel kepada filem aksi ini. Looks good! Siapa bilang Silat tak bad ass?





Serius Cool - Vivo X3: Telefon Pintar Ternipis Di Dunia (10 Gambar)


Nipis!

Jika anda mempunyai obsesi telefon yang nipis di pasaran, Vivo X3 ialah peranti yang harus anda miliki. Telefon buatan China ini diperkasakan pemproses 1.5 GHz empat teras, kamera 8 MP,muatan dalaman 16 GB dan skrin sebesar 5". Buat masa ini X3 ialah telefon ternipis dunia dengan ketebalan hanya 5.75 milimeter. So far kami tak tahu sama ada peranti ini akan dijual di Malaysia. Nampak cantik juga. 



Serius Cool - Transporter Bridge : Jambatan Dengan Gondol Pengangkut Kenderaan (20 Gambar)


Jambatan yan hampir pupus

Di Blogserius kami pernah tunjukkan jambatan terapung dan jambatan tenggelam. Hari ini mari lihat Transporter Bridge yang mempunyai gondola bagi mengangkut kenderaan menyeberangi sungai. Jambatan di bawah terletak di Newport Wales dan dibina merentangai Sungai Usk. Ia berketinggian 74 meter tinggi dan sepanjang  197 meter. Terdapat sebuah gondola yang terapung yang mampu membawa 6 buah kereta pada satu-satu masa pada kelajuan 3 meter sesaat. Newport Transporter Bridge sudah beroperasi sejak 1906 dan kini adalah salah sebuah dari 6 struktur seumpanya yang masih berfungsi di dunia. Bagi menggerakkan gondola 2 buah motor elektrik 35 kuasa kuda digunakan. 

Kenapa jambatan biasa ataupun bot digunakan di Newport bagi memindahkan kenderaan bagi menyeberangi Sungai Usk? Ketika dibina kedua-dua bahagian tebing sungai sudahpun sesak. Kerana perbezaan paras air ketika pasang dan surut, adalah sukar bagi kenderaan untuk turun dan naik dari bot. Bagi membina jambatan pula sebuah jambatan tinggi diperlukan bagi membolehkan kapal tengah tiang layar melintas di bawahnya. Dari segi kos dan rekaan yang paling praktikal, transport bridge ialah yang paling sesuai digunakan. Cool design. Kami tak tahupun sebelum ini ada jambatan seunik ini di dunia. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails