Thursday, 2 August 2012

Serius Cool - Masjid Lyalya Tyulpan, Republik Bashkortostan (15 Gambar)


Masjid BungaTulip

Masjid ialah pusat komuniti maysarakat Islam seluruh dunia tidak mengira dimana mereka berada. Di Malaysia mungkin boleh dikatakan masjid yang ada adalah under utilised dan hanya berfungsi sebagai tempat solat dan kuliah agama. Di negara bukan Islam masjid lebih hidup kerana segala aktiviti muslim setempat dilakukan didalam perkarangan masjid. Hari ini mari kita melihat Mechet Lyalya Tyulpan yang terletak di Ufa, Republik Bashkortostan Russia.

Yes ini nama sebuah negera yang berada didalam Persekutuan Russia. Bashkortostan ialah sebuah republik yang diberi kuasa autonomi oleh Russia dan Presiden Boshkortostan dilantik sendiri oleh Presiden Russia. Majoriti penduduk Bashkortostan ialah Islam Sunni dari mazhab Hanafi. Bashkortostan menyertai apa yang kita kenali sebagai Russia pada kurun ke 16.

Machet Lyalya Tyulpan(Masjid Tulip Kembang) ialah masjid terbesar di Bashkortostan dan ketiga terbesar di Russia. Ianya dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Seperti yang adan boleh lihat rekaan menara Lala Tulpan unik dan berbeza dari rekaan menari masjid konvensional. Ini adalah kerana ia diilhamkan oleh bunga tulip dan sebab itulah juga masjid ini mengambil nama sempena bunga tulip. Masjid Lala Tulpan juga mempunyai sebuah madrasah pengajian agama. Ruang solatnya pula boleh dipenuhi 1000 orang makmum pada satu-satu masa. Mari kita lihat rekebentuk masjid Russia ini dan bandingkan dengan masjid yang ada di negara kita. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Yang penting semuanya sujud pada Allah yang satu.



Wednesday, 1 August 2012

Serius VS - Anak VS Bapak (11 Gambar)


Mana tumpahnya kuah jika tidak ke..

Anak vs bapak. Adakah kesemua seleb wanita dibawah mempunyai rupa yang sama dengan bapa mereka? Adakah kuah tumpah ke nasi atau dalam kes kes tertentu tumpah ke chicken chop kerana tiada langsung rupa paras bapa pada anak mereka yang gorgeous...

Serius Cool - iResort : Resort Kolam Air Panas Vietnam (12 Gambar)


Hmmmm

Ini ialah iResort, sebuah resort kolam air panas semula jadi yang terletak ni Nha Trang Vietnam. Ianya seluas 7 ekar dan ianya sebuah resort dan spa untuk merehatkan tubuh badan yang sengal. Selain kolam air panas iResort juga mempunyai kolam mandi lumpur semula jadi yang dikatakan dapat memberikan kulit yang cantik kepada sesiapa yang mandi didalamnya. Kami tertarik dengan rekaan kolam air panas yang nampak seperti kampus UFO Apple Inc yang sedang dibina di Cupertino. Adakah persamaan reka bentuk dua bangunan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Wait..... iResort....... rupa macam markas Apple. Sesungguhnya tiada unsur peniruan disini kan? LULZ

Serius LOl - Trailer Filem Bieber


HAHAHA



Serius Konsep - Shavit : Motosikal Elektrik Dwi Fungsi (17 Gambar)


Vrrom Vroom

Shavit ialah sebuah konsep motosikal elektrik yang dihasilkan oleh Eyal Melnick, seorang pelajar tahun akhir rekaan industri dari Israel. Shavit berbeza dari motosikal elektrik lain kerana ia boleh berubah dari sebuah motosikal lumba menjadi motosikal kegunaan harian melalaui perubahan pada sistem suspensionnya. Shavit dalam bahasa hebrew bermaksud Komet. Jadi bolehlah anda merempit seperti sebuah komet menggunakan Shavit kerana ianya diperkasakan dengan motor elektrik 180 kuasa kuda. Win

Serius Fail - Ramalan-Ramalan Masa Depan Yang Gagal (13 Gambar)


Ramalan gagal...

Beberapa ramalan masa hadapan yang gagal...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails