Showing posts sorted by relevance for query kemalangan jalan raya. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kemalangan jalan raya. Sort by date Show all posts

Monday, 24 September 2012

Serius - Dashrath Manjhi : Hero Rakyat Sebenar (6 Gambar)


RESTECPAH!

Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta abadi beliau kepada Mumtaz Mahal. Beribu artisan bertungkus lumus selama 21 tahun bagi menyiapkan monumen yang dibina dari marmar ini. Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terperuk, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.



Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk jalan pintas ini dibina tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan.

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Beliau diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara sebagai tanda penghormatan keatas usaha beliau yang tak kenal erti berputus asa. 

Cerita ini sebenarnya agak sadis. Walaupun jalan raya ini sudah siap dipoting merentasi bukit oleh Dashrath semenjak 1982, ianya masih belum terturap sehingga sekarang. All the hard work was done by this dude but the government still can't get off their lazy ass to finish it for the man.

Oleh itu marilah kita berterima kasih kepada kerajaan kerana tak macam kerajaan India........ jalan dibina. Dekat pilihanraya sahaja secara magicjalan raya akan berturap seakan David Blaine. Kain batik yang tak diminta muncul di dalam tangan. Tanah diberikan dan bantuan kewangan turun dari Putrajaya.Tambah menarik di Malaysia kalau tiada jambatan kita bina sungai. #LULZ



Tuesday, 25 June 2013

Serius Cool - High Line : Taman Tergantung Di Tengah-Tengah New York (24 Gambar)


Landasan Lama Menjadi Taman

Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada. 

Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.

Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak. Sangat cool! Struktur lama digunakan semula! Taman tergantung Babylon edisi Big Apple!


Wednesday, 3 July 2013

Serius Klasik - Sir Vival : Inovasi Kereta Paling Selamat 1950an (13 Gambar)


Weirdo!

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, industri pembuatan automotif Amerika Syarikat berkembang baju. Jumlah kereta di atas jalanraya juga meningkat secara mendadak dan selari dengan itu jumlah kematian akibat kemalangan juga bertambah. Kereta yang direka sekitar 1950an tidak dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti tali pinggang dan stereng boleh terlibat.

Pelabagai inovasi dihasilkan pada dekad ini bagi memastikan pemandu tidak akan terbunuh sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Sir Vival ialah konsep kereta "paling selamat" yang direka oleh W Jerome dari Massachusetts. Beliau mengubahsuai sebuah kereta Hudson 1948 menjadi kerana aneh Sir Vival ini. 

Sir Vival mempunya bahagian depan yang boleh berpusing yang dipasangkan pada sebuah engsel kepada bahagian belakang. Bahagian depan ini diharap dapat menyerap hentakan jika berlaku perlanggaran secara hadapan. Bahagian kabin penumpang akan terselamat dari remuk. Bahagian tepi Sir Vival juga dilengkapi bumper getah untuk menyerap hentakan pada kelajuan rendah. Inovaso paling ketara ialah tempat duduk pemandu yang lebih tinggi dari tempat duduk penumpang. W Jerome percaya jika pemandu duduk seorang diri beliau tidak akan diganggu penumpang dan boleh menumpukan 100% perhatian pada jalanraya. Cermin berbentuk ini tidak dilengkapi pengelap cermin konvensional kerana dikatakan menghalang pemandangan ketika hujan. Cermin silender ini berputar dengan sendiri dan terdapat pengelap tingkap menegak pada bahagian belakang pemandu yang akan mengelap kotoran. Kabin Sir Vival juga mempunyai ciri keselamatan lain seperti pelapik lembut serta roll cage.

Idea W Jerome tidak mendapat sambutan hanya beberapa prototaip dihasilkan. Kinda sad. This car looks super cool.


Thursday, 26 June 2014

Serius - Wanita Mungkin Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menyelamatkan Itik Di Tepi Jalan


Quack Quack

Emma Czornobaj (25) mempunyai hati yang kudus. Pada tahun 2010 ketika memandu di Lebuhraya Montreal Kanada beliau menghentikan kenderaan di atas jalan raya bagi menyelamatkan beberapa anak itik yang dilihat di bahagian pembahagi jalan. Tindakan berperikemanusiaan ini  beliau ini mengakibatkan berlakunya kemalangan maut yang meragut nyawa Andre Roy (50) dan anak bekiau Jessie (16). Pihak juri mendapati Emma bersalah memandu dengan merbahaya kerana memberhentikan kenderaan pada lorong laju lebuhraya. Beliau juga didapati bersalah mengakibatkan kematian akibat pemanduan bahaya ini. 

Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pihak pembelaan mahu hukuman Emma dikurangkan kerana beliau bukan sengaja mahu mengakibatkan kematian tetapi bertindak atas dasar cintakan haiwan. Mereka juga berkata Andre dan anak beliau mungkin tidak meninggal dunia jika mereka memandu mematuhi halaju lebuhraya. Bapa yang menunggang motosikal pada hari kemalangan didapati memandu melebihi halaju yang ditetapkan sekurang-kuranya sebanyak 20 batu sejam. Isteri beliau yang mengekori dengan sebuah lagi motosikal terselamat walaupun turut merempuh kereta Emma kerana beliau memandu pada halaju yang ditetapkan. Sungguhpun kehilangan anak dan suami tercinta, Jessi Roy tidak menyalahkan Emma atas kematian mereka. Sad. Nak buat baik berpada - pada. 



Sumber Montreal Gazette

Saturday, 26 May 2012

Serius - Pembedahan Pemindahan Rahim Pertama Berjaya Dilakukan Di Turki


Syabas!

Derya Sert, (22) ialah penerima pembedahan rahim pertama yang berjaya didunia. Beliau yang dilahirkan tanpa rahim kini sembuh dan mahu segera mendapatkan bayi bagi menyerikan perkahwinan beliau.Pembedahan pemindahan rahim ini dilakukan oleh Dr Omer Ozkan dan pasukan beliau di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya Turki. Menurut laporan asal Daily Mail, puan Darya menjalani pembedahan ini pada Ogos tahun lalu. Selama 6 bulan beliau diberi rawatan bagi memastikan tubuh beliau tidak menolak organ baru beliau yang didermakan oleh seorang wanita yang meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Derya Sert dilahirkan tanpa rahim walaupun beliau mempunyai sepasang ovari yang sihat. Masalah ini dihadapi setiap satu dari 5000 wanita dunia dan kejayaan pembedahan ini dijangkakan mampu membolehkan wanita yang mempunyai komplikasi yang sama untuk mengandungkan anak.

Percubaan pertama pembedahaan pemindahan rahim dilakukan pada tahun 2000 di Arab Saudi
. Malang bagi penerima organ apabila rahim yang dipindahkan akhirnya mati selepas 3 bulan pembedahan dijalankan kerana masalah peredaran darah.

Tahniah buat team Hospital Universiti Akdeniz Turki. Diharap Malaysia juga boleh menurut langkah Turki. Mari buat pemindahan telur dan zakar yang berjaya pula



Laporan asal DailyMail


Tuesday, 21 January 2014

Serius Kreatif - Right of Way : Kempen Keselamatan Pejalan Lalu Lintas Di New York (9 Gambar)


Kreatif

Di New York kejadian langgar lari yang melibatkan mangsa berusia semakin meningkat. Dalam  6 bulan terakhir tahun lalu 9 orang pejalan kaki berusia lebih 70 tahun meninggal dunia akibat dilanggar. Bagi melobi meningkatkan keselamatan jalan raya di New York, NGO Right of Way meletakkan stensil outline mangsa kemalangan di tempat berlakunya 9 kemalangan maut yang kami sebutkan tadi. Turut distensil ialah nama mangsa dan tarikh kejadian. Maybe di Malaysia boleh lakukan benda yang sama pada lokasi kejadian ragut yang membawa maut. Jadikan tempat kematian public art. Bila ada reminder visual macam ini baru pihak berwajib dan polis akan lebih serius menangani masalah ragut yang dari dulu sampai sekarang no one gives a seketul senggama,


Friday, 24 January 2014

Serius Sadis - Kompilasi Kemalangan Mengejutkan Di Malaysia Yang Akan Membuatkan Anda Insaf


Wow!

Jangan bawak laju-lahu. Sentiasa assume orang lain mungkin akan muncul tiba-tiba. Jangan terburu-buru masuk ke laluan orang. Ini semua basic tetapi ramai yang alpa sehingga malang menimpa. Berhati-hari di jalan raya ya!


Tuesday, 25 February 2014

Serius - Kompilasi Kemalangan Jalanraya Di Malaysia


Malang No Smell

Berhati-berhati di jalan raya. Mat bermotosikal wah bergaya mencelah-celah tak ingat bahaya. Ahh. Selamat tinggal beb.




Wednesday, 18 December 2013

Serius Indo - Acara Lumba Motosikal Untuk Warga OKU Bandung (8 Gambar)


OKU juga Mahu Rempit

Di Malaysia Mat Rempit gila berlumba di atas jalan raya sehingga menjadi warga OKU kerana kemalangan. Di Indonesia sebaliknya berlaku dimana warga OKU berlumba di atas litar kerana tidak mahu membahayakan diri mereka. Acara lumba OKU yang unik dianjurkan oleh Circuit Bikers Brotherhood MC di Cimahi, Bandung. Para pelumba diberikan tunjuk ajar menunggang dengan selamat sebelum berlumba. Aneh! Yang OKU mahu berlumba dengan selamat manakala yang cukup sifat bebal berlumba macam mahu hilang anggota. The world is weird!



Sunday, 23 December 2012

Serius Konsep - Ambulan VTOL : Terbang Bak Pepatung (8 Gambar)


Emergency

Skyway ialah sebuah ambulan yang mampu pergi kemana-mana bagi memberikan bantuan kecemasan. Umum kita ketahui jalan raya di Malaysia sesak dengan kenderaan dan ini mengakibatkan ambulan lambat tiba ke kawasan kemalangan. Selepas itu mahu ke hospital juga sukar kerana kesesamakan yang sama. Daniel Dobrogorsky merasakan sebuah pesawat kecil dengan kemampuan terbang secara menegak mampu menyelesaikan masalah ini.

Konsep yang cool tetapi kita semua tahu pesawar sebegini masih belum ada secara komersil. Kalau komersil pun tak ada macamana nak digunakan sebagai pesawat kecemasan. Ye tak?

Tuesday, 18 September 2012

Serius - Kereta Ferrari Terbelah Dua Di Belgium (10 Gambar)


Fuuuuuuuuuuuuuu Belgium Split!

Ini mungkin slowpoke tetapi kami nak post jugak kerana ianya kemalangan yang membabitkan Ferrari paling sadis pernah kami lihat. Sebuah Ferrari F430 Scuderia terbelah dua selepas melanggar pembahagi jalan raya di Belgium. Kedua-dua orang pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian. Jadi beringatlah...... kalau Ferrari yang direka untuk keselamatan boleh terbelah jadi dua, apakan pula kereta biasa anda. Mungkin boleh terbelah 4 terus.


Wednesday, 25 January 2012

Serius Sadis - Aktivis Memandu Wanita Saudi Meninggal Dalam Kelamangan Jalan Raya

In b4 Women driver joke

Manal El-Sharif (32) menjadi terkenal seluruh dunia selepas menjadi jurucakap kempen yang menggesa kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan wanita memandu. Beliau menggunakan laman Facebook dan Youtube sebagai platform untuk megajak wanita Saudi untuk beramai-ramai memandi dan tidak mengendahkan undang-undang yang mereka rasakan tidak adil terhadap kaum wanita. Akibatnya Mei tahun lalu Manal Al-Sherif dipenjara selama 10 hari kerana memandu tanpa lesen.

Sabtu lalu Manal menemui ajal apabila kereta pacuan empat rod yang dipandu rakan wanitanya terlibat didalam sebuah kemalangan lalu terbalik. Rakan beliau yang ang tidak dikenali sedang dirawat di hospital. Kematian Manaf Al-Sherif pastinya mendatangkan kesan besar terhadap kempen membenarkan wanita memandu di Arab Saudi.

In b4 "go back to the kitchen" dan "inilah balasan tuhan bila menentang undang-undang Islamik Saudi"




Laporan asal The Independent

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails