Monday, 20 October 2014

T Shirt Hari Ini #37 - Hoodie Adiwira Marvel (8 Gambar)


Do Want

Lama tak buat serius Shirt so hari ini bagi 4 hoodie adiwira Marvel yang coo. Ada hoodie KaptenPenyokong Negara Haram Israel, Askar Salju Rocket Racoon dan Dato Angkasa. Yeah my English to Malays sucks ass but what to do? I can't always be wittty for you guys. 



Saturday, 18 October 2014

Serius Fakta - 16 Kediaman Rasmi Perdana Menteri Seluruh Dunia


Wah Rumah Agam!

Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang baru dan ada yang dah digunakan ratusan tahun. Mari lihat kediaman rasmi perdana menteri dari beberapa negara di dunia. 



Serius LOL - Nama WiFi Yang Pasti Mendatangkan Kemarahan Kepada Jiran Cheapskate


LOL

Hahaha........ tajam sial! 



Serius Cool - Tip Board : Bot Penyelamat Mangsa Lemas Yang Genius (9 Gambar)


Nice!

Antara masalah ketika menyelamatkan mangsa lemas ialah untuk menarik mereka masuk ke dalam bot penyelamat. Jika tersilap langkah bot yang digunakan untuk operasi menyelamat akan terbalik ketika mangsa dinaikkan. Oleh sebab itu Tip Board direka. Mangsa lemas ditarik dari bahagian belakang bot yang terbuka. Ianya direka untuk menjongket ketika proses mangsa dinaikkan. Apabila operasi selesai bot ini akan kembali ke kedudukan asal. Brilliant stuff!



Serius Cool - Detroit Riprap : Menghalang Hakisan Sungai Dengan Kereta Lama (13 Gambar)


Oldskool

Masalah hakisan sungai selalunya diselesaikan dengan membina benteng konkrit. Tetapi sekiranya anda di Amerika Syarikat batu akan dilonggokkan pada tebing sungai bagi mengurangkan hakisan. Binaan ini diberi nama riprap. Di Montana mereka tidak menggunakan batu tetapi bangkai kereta lama. Kereta-kereta lama ini menjadi agregat pengganti batu yang dilonggokkan. Oleh sebab itu teknik menghalang hakisan ini diberi nama Detroit Riprap kerata kenderaan banyak dibina di Detroit suatu ketika dahulu. Teknik menghalang hakisan seperti ini tidak lagi diteruskan kerana mereka menyedari kombinasi besi berkarat dan sisa toksik cat yang pada tubuh kenderaan adalah tidak baik untuk alam sekitar. 



Serius Cool - Persembahan Pertama Rage Against The Machine


Start Small

RATM ialah band kegemaran kami kerana riff yang awesome digabungkan dengan lirik menembak kebathilan terus di kepala. Live gig mereka juga kick ass. Tetapi semua band harus bermula daripada bawah dan ini ialah footage persembahan pertama mereka. Crowd takde tetapi Zach, Timm C, Morello dan Wilk tetapi membuat persembahan seperti di dalam stadium. Classic!

Thanks @Syvzwvn


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails