skip to main |
skip to sidebar
Nostalgia
Jika anda student anda pasti tahu teknik memasak kreatif seperti di bawah. Dari meggi baldi hinggalah seterika sebagai heater. Good times. Shit food!
Kemas
Sekarang di rumah mesti paling kurang ada 3 peranti pintar. Wayar berselirat dan nampak semak.Idea dok pengecas di bawah ini harus kami praktikkan di rumah. Brilliant.
Saviour
Apabila kehabisan duit kita keluarkan kad ATM dari dompet dan pergi cari mesin ATM untuk keluarkan duit. Kalau kehabisan bateri pada telefon pintar anda juga boleh keluarkan dompet dan keluarkan wayar pengecas USB. What? Your wallet can't do this? Mungkin anda memerlukan dompet Sevyr, dompet dengan bateri simpanan sebesar 1400 mAh. Ianya diperbuat daripada kulit dan boleh digunakan untuk menguasai peranti anda ketika saat kecemasan. Harga sebuah dompet Sevyr ialah USD 100 (RM 329).
Another version
AK 47 ialah raifal automatik yang paling banyak dihasilkan di dunia dan digunakan hampir di dalam kesemua konflik utama kurun ke 20. Ianya mudah digunakan dan terkenala dengan rekaannya yang tahan lasak. Sebuah AK boleh direndam di dalam sawah padi dan kemudian menembak musuh tanpa masalah. Terdapat pelbagai variasi raifal rekaan mendiang Mikail Kalshnikov ini. Sehingga kini ianya masih digunakan tentera Russia sebagai raifal utama mereka. Sebelum ini kami paparkan APS, AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut. Hari ini mari melihat AKU 94, versi AK 47 dengan rekaan bullpup. Dengan rekaan ini ianya sesuai digunakan untuk pertempuran di dalam kawasan tertutup dan kawasan urban. Jarang sekali kami lihat versi ini. Rekaan klasik AK 47 juga hilang apabila posisi picu dan stock diubah.
HNGHHHHHHHH
RIP Paul Walker