skip to main |
skip to sidebar
Doyoks
Semalam ada Wak Doyok Namibia. Hari ini ada Wak Doyok JR. Epic!
Thanks @xtau2
Robotpun Solat
Dicipta di Iran. Insyallah bila The Matrix menjadi realiti robot-robot yang menakluk manusia ada yang bersolat menggantikan manusia yang sudah pupus. #s
Thanks @Syvzwvn
iMuseum
Leo Caillard ialah seorang artis digital yang berasal dari Perancis. In The Museum ialah siri manipulasi gambar beliau yang menanyakan soalan "apakah terjadi jika muzium di dunia kesemuanya digital dan menggunakan IOS".
FOX!
Fox Racing ialah jenama baju yang sinonim dengan sukan mountain biking, motorcross dan sukan lasak. Kalau tengok X-Games anda boleh nampak puluhan atlet menggunakan baju rekaan Fox Racing. Hari ini mari lihat gudang merangkap pejabat mereka yang terletak di Irvine California. . Ia mempunya keluasan 82 000 kaki persegi. Fox memulakan perniagaan mereka pada tahun 1974 dengan menjual sistem suspensi basikal. Dalam masa 40 tahun mereka kini menjadi syarikat yang besar.Inspirasi!
Nice!
Street Cruiser Bikes ialah jenis basikal yang jarang kita lihat. Ada dijual tapi harganya sama macam motor EX5, mahal sangat. Tapi seriously ianya basikal yang cantik. Oto Bike dari Barcelona menghasilkan basikan cruiser elektrik di bawah. Damn nice gila. Ada tak sesiapa nak bawak masuk?
Nice!
Ini ialah Chop Stick, gerai menjual jajan dan minuman di taman Indianapolis Museum of Art. Sebuah pokok Poplar ditebang dan kemudian diubah menjadi gerai ini. Dari jauh kelihatan seperti sebuah pokok yang jatuh dan kemudian dikitar semula secara semula jadi oleh manusia. Terdapat buaian yang boleh dimainkan kanak-kanak dan ruang makan kecil. Ianya rekaan firma VisionDivision. Sangat kreatif dan lain dari yang lain.