Membazir Sahabat 1MDB
Masalah ekonomi dunia masih lagi dapat dirasai dengan kesempitan hidup hanya dapat dikurangkan dengan pemberian BR1M. Di Britain masalah kesempitan ini menjadi isu kerana golongan miskin menyalahkan kehadiran pendatang yang "mencuri pekerjaan mereka". Ini menjurus kepada undian untuk keluar dari Kesatuan Eropah iaiatu BREXIT.
Sungguhpun begitu masalah ekonomi masih meruncing di negara bekas penjajah terbesar di dunia ini. Empayar yang tidak pernah tidur ketika Maharani Victoria berkuasa kini tinggal beberapa koloni kecil dan pasukan sepak bola yang hanya sedikit lebih berjaya daripada Harimau Malaya.
Masalah kesempitan ini mengakibatkan jumlah rakyat Britain yang bergantung kepada bank makanan (food bank) semakin meningkat. Bagi mengurangkan beban ke atas bank makanan yang beroperasi secara sukarelawan dan derma, pasaraya makanan terbuang dibuka di Pudsey,Leeds.
"Pasaraya" ini mengumpulkan makan yang hampir luput ataupun kurang segar yang biasanya dibuang oleh pasaraya seperti TESCO. Tiada pembayaran perlu dilakukan untuk menggunakan pasaraya makanan terbuang ini. Bayar sekadar mampu sahaja sekiranya mahu. Tiada lagi pembaziran makanan akan berlaku dan perut yang lapar kini tidak lagi menghasilkan irama keroncong dubstep.
Ini di Britain, di Malaysia jangan ingat perkara yang sama tidak wujud. Pembaziran makanan masih berlaku dan kami berharap ada pihak NGO yang akan memperkenalkan konsep pasaraya ini di Malaysia.
Sumber BBC
Waahh!!!!!!!!
ReplyDeleteMembazir nyer..
ReplyDeletebisjut dan royi
ReplyDeletewah ,...sangat disayangkan ya bang .... mubazir gitu barangnya
ReplyDeleteWahh anyway 1st azizan osman
ReplyDeleteAssamualaikum dan salam sejahtera semua!!
ReplyDeleteBERITA BAIK!!
- Tambah pendapatan anda
- Semua dialu-alukan
- Cuma serendah RM10.
- Potensi LUAR BIASA..
JOM CUBA - - - > SMS / W.A. 017 - 6543 857 utk sebarang pertanyaan
017 - 6543 857
017 - 6543 857
017 - 6543 857
KLIK DI SINI - - - > www.dananiaga2u.com/taophique