Sunday, 25 September 2016

Serius Cool - Nissan GT-R Nismo 2017 (8 Gambar)


Godzilla

Anda mungkin tidak meminati kereta tetapi kami yakin anda pernah mendengar nama Nissan GT-R dan Nismo. Nisan GT-R mula mendapat tempat di kalangan peminat kenderaan berprestasi tinggi sejak ia masih dikenali sebagai Nissan Skyline. Nissan GT-R atau lebih dikenali sebagai Godzilla ialah kenderaan yang diminati oleh mendiang Paul Walker Oleh sebab itu di dalam siri Fast and Furious watak beliau memandu sebuah GT-R. 

Edisi terkini Nissan GT-R Nismo 2017 sahaja dilancarkan. Ia dilengkapi enjin V6 Twin Turbo yang mampu menghasilkan 600 kuasa kuda. Versi Nismo ini diperincikan dengan kit aerodinamik terkini bagi memberikan lebih banyak down force. Pada waktu yang sama sistem suspensi dan penstabil baru memastikan Godzilla masih boleh kekal melekap pada permukaan jalan raya dan bukannya menjadi blood drenched mess wrapped around a tree. Harga jualan Nissan GT-R Nismo 2017 bermula dari $ 176585 (~RM 729000). Yes. Damn taxation!


Serius Klasik - Poster Propaganda Menggalakkan Penyertaan Wanita Perang Dunia Kedua (12 Gambar)


Fight!

Poster klasik bagi kami mempunyai rekaan yang evergreen. Poster propaganda ketika Perang Dunia Kedua kelihatan cool beans kerana dilukis dengan kanan. Walaupun sudah berusia lebih 70 dekad, kebanyakan poster dari era ini lebih cantik rekaanya dari poster moden yang direka sekarang.

Di bawah ialah koleksi poster propaganda tentera berikat yang menggalakkan penyertaan wanita di dalam tentera ketika Perang Dunia Kedua. Sangat cool and I don't mind having some of them in my man cave.


Serius - Pasaraya Barang Makanan Terbuang Dibuka Di United Kingdom (6 Gambar)


Membazir Sahabat 1MDB

Masalah ekonomi dunia masih lagi dapat dirasai dengan kesempitan hidup hanya dapat dikurangkan dengan pemberian BR1M. Di Britain masalah kesempitan ini menjadi isu kerana golongan miskin menyalahkan kehadiran pendatang yang "mencuri pekerjaan mereka". Ini menjurus kepada undian untuk keluar dari Kesatuan Eropah iaiatu BREXIT.

Sungguhpun begitu masalah ekonomi masih meruncing di negara bekas penjajah terbesar di dunia ini. Empayar yang tidak pernah tidur ketika Maharani Victoria berkuasa kini tinggal beberapa koloni kecil dan pasukan sepak bola yang hanya sedikit lebih berjaya daripada Harimau Malaya. 

Masalah kesempitan ini mengakibatkan jumlah rakyat Britain yang bergantung kepada bank makanan (food bank) semakin meningkat. Bagi mengurangkan beban ke atas bank makanan yang beroperasi secara sukarelawan dan derma, pasaraya makanan terbuang dibuka di Pudsey,Leeds.

"Pasaraya" ini mengumpulkan makan yang hampir luput ataupun kurang segar yang biasanya dibuang oleh pasaraya seperti TESCO. Tiada pembayaran perlu dilakukan untuk menggunakan pasaraya makanan terbuang ini. Bayar sekadar mampu sahaja sekiranya mahu. Tiada lagi pembaziran makanan akan berlaku dan perut yang lapar kini tidak lagi menghasilkan irama keroncong dubstep. 

Ini di Britain, di Malaysia jangan ingat perkara yang sama tidak wujud. Pembaziran makanan masih berlaku dan kami berharap ada pihak NGO yang akan memperkenalkan konsep pasaraya ini di Malaysia.


Serius Cool - Adler Luxury Hostel : Hotel Kapsul Mewah Untuk Golongan "Flashpacker" (14 Gambar)


Kapsul Tak Semestinya Cheapskate

Hotel kapsul boleh dijejak genesisnya dari negara Jepun Indera Anime. Pekerja yang tidak mahu pulang ke rumah boleh tinggal di hotel kapsul untuk berehat sebelum kembali bekerja pada keesokan harinya. Fenomena hotel kapsul kini sudah tiba di Malaysia dan negara-negara lain. Hotel kapsul hanya memberikan kemudahan paling asas. Anda tidur, bangun, berak, fap, kencing dan kemudiannya mandi.

Di Adler Luxury Hostel yang terletak di Chinatown Singapura adalah amat berbeza. Ia sebuah hotel kapsul dengan kemasan mewah. Ia mensasarkan golongan "flashpacker", backpackers yang masih memerlukan keselesaan dan tidak kisah untuk berbelanja lebih. Katil di hotel ini masih lagi di dalam bentuk kapsul tetapi mempunyai lebih banyak fungsi tambahan. Harga penginapan semalam di hotel kapsul mewah ini bermula dari SGD 57 (~RM 173).

Serius - Miguel Andagana : Pengumpul Puntung Rokok Terbesar Di Dunia (10 Gambar)


Anti Rokok

Di Malaysia ada Malaysian Book or Records yang dipenuhi rekod power seperti cupcake terbanyak menghasilkan logo universiti, susunan nasi lemak terpanjang dan some of bloody stupid nonsense. Di Kepulauan Galapos, Miguel Andagana sedang cuba mendapatkan pengiktarafan Guiness sebagai pegumbul puntung rokok terbanyak di dunia.

Apakah motif koleksi aneh ini? Miguel Andagana mengutip puntung rokok terbuang bagi menimbulkan kesedaran bahaya merokok. Sehingga kini beliau telah mengumpul lebih 315000 batang puntung rokok. Puntung-puntung rokok ini dikumpul di dalam beg plastik dan ada yang diubah menjadi arca. Beliau mahu menunjukkan pembaziran akibat tabiat merokok. Pada waktu yang sama puntung rokok yang dikutip mengurangkan jumlah sampah di kaki jalan. Sebuah hobi yang aneh. Apakah yang akan dikumpulkan selepas ini. Kami mahu mengumpul RM 2.5 Billion yang kemudiannya digunakan untuk menentang blog blog yang tidak serius. Join me. I need you donations.  


Serius LOL - Prank The Conjuring 2 Yang Keji


Hahaha


Valak memang anjink. To be honest sejak jadi bapak budak dan bekerja di Amanz kami tidak lagi mempunyai banyak masa untuk menonton filem. Baru minggu lepas dapat melayan The Conjuring 2 dan melihat kenapa orang banyak menghasilkan meme Valak. Now I know. So here is a stupid prank yang keji untuk mempromosikan The Conjuring 2. 



Serius Cool - Panggung Wayang Terapung Di Dalam Kolam Renang Di Starsbourg (8 Gambar)


Jaws!

Beberapa tahun yang lalu kami ada menulis mengenai panggung wayang hot tub di atas bumbung bangunan di London. Ada boleh chill di dalam hot tub bersama awek sambil menonton Hot Tub Time Machine. Coincidently this movie is amazingly stupid but immensely entertaining. Plus it had nudes in it. Anyway konsep wayang di dalam kolam ini muncul ketika Festival European Fantastic Film. Tayangan khas filem Jaws dilakukan di kolam renang Strasbourg. Jika sudah bosan dengan beanie cinemas, ini the next step untuk gimik wayang. On a side note this will never come to Kelantan in any shape or form due to haram. 


Serius - Ini Ialah Teknik Menyeludup iPhone 7 Di China


iFag

Apple iPhone 7 dan 7 Plus mula dijual di beberapa pasaran terpilih di dunia. Ia masih lagi dianggap peranti paling berprestij di pasaran dengan harga jualan yang memerlukan anda menjual ginjal, mencari ayahanda gula dan mengopak akaun bank sehingga berdarah. Di China jualan masih belum dimulakan walaupun peranti ini dihasilkan di China. Setiap kali model baru muncul, peranti dari Hong Kong akan diseludup masuk ke China melalui Shenze. 

Sejak 16 September yang lalu pihak kastam China telah berjaya memintas 400 peranti iPhone 7 yang cuba diseludup. Di bawah ialah salah seorang iKeldai yang berjaya ditahan. iPhone dibalut pada tubuh seperti baju zirah Duke Jichang dan shin pad Sun Jihai. In Soviet China, iPhone is the cocaine. 


Serius Cool - Figura Aksi Harley Quinn Yang Realistik (10 Gambar)


Hey

We're back. Well sorta. Kembali semula dengan figura aksi Harley Quinn dari Suicide Squad oleh Hot Toys. As usual figura aksi ini kelihatan realistik dengan skala 1:6. Aksesori yang diberikan ialah pistol, kayu besbol dan barang kemas. Bad news is kepala Harley tidak boleh digantikan dan Margot Robbie akan sentiasa memberikan senyuman creepy apabila figura aksi ini diletakkan di atas meja. Pony up the money puddin'.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails