Thursday 4 February 2016

Serius Cool - Phase One A-Series IQ3 100MP : Kamera Digital Dengan Sensor 100 Megapixel (7 Gambar)


If you wanna take my picture.

Megapixel pada kamera digital sebenarnya tidak sepenting saiz serta kualiti sensor yang digunakan. Sebagai contoh kamera iPhone 6S hanya sebesar 12 Megapixel tetapi mengambil gambar lebih baik dari sebuah HTC One M9+ yang dilengkapi kamera 21 Megapixel. Tetapi sekiranya kualiti sensor, lensa dan saiz sensor yang besar digabungkan, kualiti gambar akan menjadi orgasmik.

Phase One A-Series IQ3 100MP ialah kamera digital dengan sensor Full Frame sebesar 100 Megapixel. Nilai ISO adalah diantara 50-12800, terdapat 15 tetapan F Stop dan tiga lensa (35 mm, 23 mm dan 70 mm). Pada panel belakang terdapat skrin sesentuh  sebesar 3.2". Sekiranya diperlukan anda boleh melihat gambar yang diambil secara terus menerusi peranti iOS anda. Kamera ini bukan kamera yang boleh digantung pada leher seperti DSLR biasa kerana mempunyai berat 1.9 Kilogram. Harga jualan pula ialah USD 56000 (RM 229000)sebuah.



Sumber Phase One

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails