skip to main |
skip to sidebar
Rumah Pokok
Suku kaum Korowai yang berasal dari Papua New Guinea mempunyai tempat kediaman yang unik. Mereka membina rumah mereka di atas pokok ada yang sehingga 36 meter dari lantai hutan. Kaum Korowai percaya apabila tiba waktu malam roh-roh jahat akan berkeliaran. Mereka harus tinggal di dalam rumah yang dibina tinggi dari lantai hutan bagi mengelakkan diri mereka diganggu roh-roh jahat ini. Selain daripada itu rumah pokok yang dibina ini juga mengelakkan mereka dari diserang haiwan liar ataupun digigit nyamuk. Adakah anda berani tinggal di dalam rumah suku kaum Korowai? Anda boleh pergi ke Papua New Guinea dan merasakan sendiri kehidupan seperti masyarakat purba. Kaum Korowai kini semakin terbuka kepada masyarakat luar dan ada pakej pelancongan disediakan jika anda berminat.
Do Want
Just take my money. Water Pass ialah rekaan semula lubang saluran air dengan penapis bahan pejal yang sangat genius! Ianya rekaan Seun Gho Choi dari Korea Selatan. Do want!
Merdeka!
Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka power ini sepatutnya ditunjukkan setiap kali Merdeka. Ini adalah bagi memastikan golongan muda tidak lupa perjuangan awal untuk memerdekakan negara yang dilupakan. Setiap tahun asik dengar "Kalau takde UMNO kita tak Merdeka". Jangan biarkan diri kekal ignoran. Dokumentari yang tengok banyak kali tak bosan.
Selamat Hari Merdeka Tanah Melayu. Jangan lupakan mereka. Merdeka Merdeka Merdeka!
Kerana Perubahan Cuaca!
Bangladesh ialah antara yang terendah di dunia dengan majoriti negara ini terletak di bawah paras laut. Akibatnya apabila berlaku taufan Bangladesh akan mengalami masalah banjir teruk yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
Bangladesh kini mengalami sebuah lagi masalah yang besar iaitu kenaikan paras air laut akibat kutub yang mencair. Menjelang 2050 dianggarkan 30% negara ini bakal ditenggelami air. Oleh itu membina struktur kekal adalah tindakan sia-sia. Di bawah ialah sebuah sekolah terapung yang mampu menempatkan 30 orang murid kanak-kanak dan dewasa. Sebanyak 22 sekolah terapung berkuasa solar ini wujud di Bangladesh dengan jumlah murid melebihi 1000 orang. Ia dilengkapi dua kelas, sebuah perpustakaan dan makmal komputer.
Di masa hadapan lebih banyak sekolah sebegini akan dibina bagi memastikan kanak-kanak akan masih mampu ke sekolah walalupun Bangladesh semakin tenggelam.
Sukan!
Walaupun China ialah antara negara yang paling besar di dunia,masalah ruang masih lagi berlaku terutamanya di tengah bandar. Akibatnya sekolah yang dibina di tengah kawasan bandar tidak mempunyai padang ataupun kemudahan sukan yang sempurna. Bagi menyelesaikan masalah ini sebuah prototaip sekolah baru dibina di Provinsi Zheijiang China. Sekolah ini berbentuk bujur dan pada bahagian atap dibina trek larian. Trek larian dan ruangan tengah yang terbuka mampu memuatkan sehingga 1800 orang pelajar. Rekaan ini akan digunakan di seluruh China bagi membolehkan setiap sekolah mempunyai kemudahan sukan yang sempurna walaupun mempunyai luas kawasan tang terhad. Rekaan yang cool tetapi trek larian tertutup Universiti Auburn yang kami paparkan tempohari lebih swag dan menghindarkan pelajar dari pencemaran udara.