Monday, 2 September 2013

Serius Cool - Nike LeBron 11 (12 Gambar)


Nice!

LeBron James ialah duta kasut Nike dan bulan Oktober ini kasut terbaru beliau LeBron 11 akan mula dijual. Rekaan kasut LeBron 11 nampaknya lebih futuristik dan mengingatkan kami kepada kasut Nike Back To Future yang pernah kami paparkan dulu. Menurut Nike LeBron 11 ialah kasut bola keranjang paling ringan pernah mereka reka. Looks cool. Kepada sneakerheads, start saving and pre order sekarang!



Serius Kreatif - Senia Miniatur Realistik Michael Paul Smith (18 Gambar)


Respect!

Michael Paul Smith ialah seorang jurufoto dan pembina miniatur yang berasal dari Boston Amerika Syarikat. Beliau menggabungkan kepakaran membina model dan mengambil gambar beliau untuk menghasilkan gambar miniatur yang nampak realistik. Menakjubkan bagaimana pencahayaan dan penggunaan sudut gambar yang terperinci boleh menghasilkan karya seni yang hebat. Kalau berminat melihat lebih banyak karya beliau sila lawati laman Flickr beliau disini. 



Serius Cool - Pemegang Peranti Pintar Berbentuk Mangkuk Ramen (9 Gambar)


Camo!

Parents kami sangat annoyed dengan perangai kami yang suka makan sambil menggunakan telefon pintar. These days telefon pintar sudah diharamkan dari meja makan. Tetapi jika anda mahukan pemegang telefon pintar dan tablet yang stealth, sila beli pemegang peranti berbentuk mangkuk mee di bawah. Kini anda boleh makan di atas meja dan peranti anda tersorok dari pandangan orang ramai. Well sort of! Harga pemegang peranti ini bermula dari USD 99 (RM 320) dan boleh dibeli disini.



Serius Cool - Ratu Cantik Miss World Malaysia Dari 1963- 1997


Sejarah

Montaj wakil - wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik. Kami tak tahu apa jadi pada Rahima Orchient Yayah, wakil Malaysia pada tahun 1994. She is beautiful. Langsung hilang padahal beliau berjaya berjaya menjadi antara semifinalis. 




Serius Fakta - Sejarah Penggunaan Rambut Palsu


Ahah!

Apakah sejarah penggunaan rambut palsu oleh manusia? Sudah berapa lamakah rambut palsu digunakan oleh manusia? Baca infografik di bawah untuk jawapannya.



Serius Peniru - Pusat Membeli Belah Jenama Ciplak Di China (8 Gambar)


Achievement Unlock

Di Shenyang China terdapat sebuah pusat membeli belah yang mempunyai "kedai-kedai" berjenama ciplak. Kedai barangan berjenama terkemuka dunia edisi ciplak seperti Chanel, Starbocks dan Herwes dibuka Wanda Square. Menurut tuan punya pusat membeli belah ini, apa yang mereka lakukan tidak salah disisi undang-undang kerana tiada barangan ciplak dijual di premis mereka. Apa yang mereka lakukan hanya mencipta "jenama baru" untuk memberikan ilusi pusat membeli belah mereka mempunyai kedai barangan mewah. #SeemsLegit ! 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails