Wednesday, 22 January 2014

Serius Cool - Belair Instant Back : Kit Merubah Kamera Lomo Menjadi Polaroid (14 Gambar)


Cantik

Belair  X-6 ialah antara model kamera Lomography yang paling laku. Pihak Lomo kini menjual kit yang mengubah kamera filem ini menjadi sebuah kamera Polaroid. Kit merubah ini dijual pada harga USD 89 (RM 296) sebuah dan boleh dipesan di laman rasmi Lomography



Serius Bodoh - Kesian Brader Putumayan Kena Langgar


Macaman sia?

Aku tak tahu camne makcik ni bawak kertea. Macamana dia boleh langgar brader putu mayan yg tak bersalah? Kesian siak. All those putu mayam now tak boleh makan. Dan la putu mayan sedap


Serius Klasik - DeHavilland XC-8A Buffalo : Kapal Terbang Dengan Sistem Pendaratan Pelampung (14 Gambar)


Wacky!

Pesawat kargo ialah keldai yang digunakan bagi mengangkat kelengkapan yang diperlukan askar ke medan perang.  Kerana membawa bebanan berat pesawat kargo memerlukan landasan yang kukuh bagi memastikan kargo tidak rosak dan pesawat itu sendiri tidak mengalami kerosakan struktur ketika mendarat. Landasan yang tidak kukuh juga boleh mengakibatkan pesawat terbalik ketika mendarat. Di dalam peperangan ini mendatangkan masalah kerana peralatan diperlukan segera tetapi landasan mengambil masa untuk disiapkan.

Sekitar 1972 sebuah pesawat DeHavilland XC-8A Buffalo diubahsuai dengan sistem landasan berpelampung. Sistem ini dipasang bagi memberikan kemampuan seumpama hovercraft kepada pesawat kargo ini. Secara teori pesawat kargo yang mampu membawa 19 000 kg kargo ini boleh mendarat di mana termasuk diatas permukaan pantai yang lembut. 

Beberapa ujian dilakukan sehingga 1976 dan XC 8A berjaya berfungsi dengan baik. Namun terdapat juga beberapa masalah seperti jarak penerbangan yang berkurangan sebanyak 50 peratus kerana rintangan udara yang dihasilkan oleh pelampung gergasi. Tambahan lagi pesawat menjadi kurang stabil kerana pergolakan udara yang juga dihasilkan oleh pelampung. Akhir sekali apabila mendarat di atas permukaan kasar, serpihan kayu, tanah dan pasir kerap didapati masuk kedalam enjin pesawat. Projek ini dibatalkan dan sehingga sekarang sistem pendarata menggunakan pelampung tidak digunakan secara komersil.

Konsep yang cool tetapi tidak praktikal!



Serius Cool - McDonalds Berbentuk UFO Di Roswell (13 Gambar)


I want to lovin' It

McDonalds di Malaysia dah jadi macam restoran mamak. Weekend ada aja hamba Allah yang melepak tengok bola. Harga makanan juga kompetetif jika dibandingkan dengan mamak. One thing yang tak ada di McD Malaysia ialah McD bertema seperti yang ada di Roswell New Mexico. McDonalds ini berbentuk seperti sebuah piring terbang. Ini sangat bertepatan dengan imej Roswell sebagai ibu segala insiden UFO dunia. Cool place!



Serius Komik - Komik Kelakar Tetapi Membina Amir Mustaqim


Haharom!

Komik yang kelakar tetapi ada makna dari Amir Mustaqim aka Bamer26. Sila follow page beliau di Facebook for more comix



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails