skip to main |
skip to sidebar
Lies!
Mengikut ramalan Back to the Future 2, dalam masa 2 tahun kita akan mempunyai hoverboard, kereta terbang dan Mr Fusion. Kita tahu bahawa kesemua ramalan ini adalah tinja lembu. Mari kita lihat beberapa lagi ramalam masa hadapan yang gagal dari generasi datuk dan nenek kita.
Cool!
Di Blogserius kamio gemarkan hotel yang mempunyai rekabentuk unik. Di Langkawi terdapat hotel Tubotel yang diperbuat daripada kolong paip gergasi. Di Boston terdapat The Liberty, hotel yang diubahsuai dari sebuah penjara lama. Hari ini mari kita ke perkampungan Sasbachwalden yang terletak di Jerman. Sasbachwalden terkenal dengan ladang anggur yang mengasilkan wine. Jadi tidak mengejutkan apabila ada usahawan hotel yang menggunakan tong simpanan wine sebagai bilik penginapan hotel yang dibuka beliau. Hotel ini mempunyai 10 buah bilik yang terletak di dalam ladang aggur. Ia mampu memuatkan dua orang individu pada satu-satu masa. Harga penginapan ialah EURO 156 (RM 658) semalam . Nice!
Tetris!
Michael Johansson ialah seorang artis yang berasal dari Sweden. Beliau mengahsilkan arca seni dari objek seharian yang kemudiannay disusun secara rapi untuk seakan-akan bongkah Tetris. Ini sememangnya teknik menyusun objek tahap dewa!
Damn!
Wtf? ..............wtf? .... Seriously Mercedes?....
Cool beans!
Poster minimalis filem-filem popular dunia. Kami nak poster untuk The Usual Suspect dan No Country For Old Men kerana ianya sangat bertepatan dan perfect. Setiap satu poster ini dijual oleh Jay di Etsy dan dijual pada harga RM80 sekeping. Ok brb nak beli.
Warrghh!!
Patung aksi presiden Amerika Syarikat sekiranya mereka adalah hantu momok. Kinda neat......... Baracula!!!