Friday 30 May 2014

Serius Cool - PARS : Dron Penyelamat Mangsa Lemas Dicipta Di Iran (10 Gambar)


Baywatch Iran!

Dron ialah kenderaan kawalan jauh yang kini sinonim dengan pembunuhan secara pukal mangsa tidak berdosa di Afghanistan, Pakistan dan Yemen. Sejak serangan 11 September lebih ramai mangsa terkorban akibat serangan dron bersenjata milik Amerika Syarikat dari mereka yang terkorban di menara World Trade Center. Imej dron semakin kotor selepas sebuah syarikat dron dibeli oleh Facebook untuk tujuaan memberi liputan internet ke kawasan pedalaman. Sungguhpun usaha Mark Zuckerberg ini adalah baik terdapat komentar yang mengatakam dron milik Facebook ialah konspirasi untuk melakukan pengawasan sepanjang masa rakyat di Amerika Syarikat.

Di Iran terdapat usaha dari RTS Labs untuk mengubah persepsi buruk dron. Dron ciptaan mereka digunakan untuk menyelamatkan magsa lemas di tengah lautan. Idea untuk dron ini bermula selepas Amin Rigi seorang jurutera di RTS Lab membaca tentang jumlah kematian yang tinggi akibat lemas di Lautan Caspian. Sejak 8 tahun yang lalu lebih dari 1000 orang dilaporkan mati lemas. Dron PARS ciptaan mereka ini memulakan hayat sebagai sebuah kapal selam tanpa pemandu sebelum berubah menjadi bot tanpa pemandu dan akhir sekali dron terbang tanpa pemandu berkuasa elektrik. PARS mampu terbang selama 10 minit dengan sekali cas dan membawa 3 buah pelampung penyelamat. Dalam ujian yang dijalankan PARS mampu menyelamatkan mangsa lemas dalam asa 22 saat berbanding pengawal pantai manusia yang mengambil masa 90 saat. Apabila Amin Rigi disoal mengapa beliau mencipta PARS beliau berkata di dalam agama Islam menyelamatkan nyawa adalah lebih baik dari mengambil nyawa. Penciptaan PARS sebagai dron penyelamat pada hemat beliau adalah tanggung jawab beliau sebagai seorang muslim.




Sumber RTS

2 comments:

  1. dron tangkap peragut, perogol, pencuri patut dicipta kat Kuala Lumpur nie.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails