Sunday 22 May 2016

Serius Cool - Figura Filem Frozen Bersaiz Sebenar (9 Gambar)


Fanatics

Adakah anda fanatik dengan filem Frozen? Mempunyai koleksi barangan dari animasi ini? Jika ya ada sebuah lagi merchandise yang mesti anda miliki. Ia adalah figura Anna, Elsa dan snowy buffoon bersaiz sebenar. Figura Anna berketinggian 165 cm manakala Elsa pula 170 cm. Snowy annoying buffoon pula berketinggian 90 cm. Harga jualan figura buatan Toy Sapiens ini bermula dari Yen 882000 (RM 32624) sebuah.

Serius Cool - Hoodie Yang Kelihatan Seperti Baju Zirah Samurai (8 Gambar)


Kimochi Cha! Kimochi Cha!

Mahukan keunikan? Hoodie Threadless yang anda beli ramai pulak orang pakai sampai anda malu nak pakai lagi. Damn son I know how you feel! Apa kata anda membeli hoodie yang bertemakan baju zirah samurai di  bawah. Bukan sahaja bahagian hoodie memang nampak macam helmet samurai, bahagian bahu ada lapisan "armor" dam penutup jari yang bad ass. Untuk menjadi lebih bad ass penutup hidup dengan muka bengis samurai juga disertakan. Ia boleh anda miliki pada harga USD 320 (RM 1304) sebuah. Yeah ......... now I am having second thought about buying it. No money bro


Serius - Pinarayi Vijayan - Ketua Menteri Kerala Yang Kelihatan Seperti Tun Dr Mahathir (12 Gambar)


Kembar!

Terdapat kepercayaan yang mengatakan di dunia ini terdapat tujuh orang yang berkongsi wajah dengan kita. Secara ikhlas kami telah menemui dua kembar kami iaitu Melting Dead Guy From Robocop dan Toxic Avenger dari siri Troma.They look just like me in real life.

Pinarayi Vijayan ialah Ketua Menteri Kerala India yang kami rasakan kelihatan sama seperti mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad. Riak wajah ketika masam dan tersenyum memang kelihatan seperti Tun. Perbezaannya ialah beliau lahir pada tahun 1944 dan bukannya 1925. Beliau juga ialah ahli Parti Komunis India tidak seperti Tun yang merupakan ahli parti pejuang demokrasi UMNO.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda telah menemui kembar anda di dunia sebelum ini?

Thanks @Kluangman

 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails