Saturday 19 September 2015

Serius Cool - Lebuhraya "Terapung" Dibina Di Atas Sungai Di China (10 Gambar)


Coolness

Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari permukaan bukit. Case in point ialah jalan raya menaiki Cameron Highlands. Kalau mahu cepat terowong dibina. Case in point Terowong Menora diantara Ipoh dan Kuala Kangsar.

Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau. Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.



Serius Cool - Apple Store Brussels Yang Direka Oleh Sir Jony Ive (8 Gambar)


Welcome to Apple Store!

Sir Jonathan “Jony” Ive ialah individu yang bertanggungjawab mereka kesemua peranti rekaan Apple sejak tahun1998 bermula dengan iMac G3. Beliau kemudian dipertanggungjawabkan mereka iMac baru, MacBook, iPod, iPad dan iPhone. Ini adalah sebab kenapa kesemua produk Apple mempunyai rekaan yang seragam. Jika anda menyukai produk Apple, anda perlu berterima kasih kepada beliau kerana  mencipta produk yang cantik dipandang serta ergonomik untuk digunakan. Selepas dinaikkan pangkat ke Chief Design Officer, beliau  mula melepaskan tanggungjawab mereka kepada pereka baru seperti Mark Newson. Ini tidak bermakna beliau tidak lagi dapat menghasilkan rekaan untuk Apple.

Apple Store yang baru sahaja dibuka di Brussels, Belgium hari ini adalah usaha sulung beliau di dalam bidang seni reka bangunan. Seperti produk rekaan beliau, Apple Store baru ini mempunyai rekaan minimalis dengan penggunaan ruang yang menarik. Dinding kaca melengkung dipadankan dengan rekaan dalaman yang menggunakan pencahayaan semula jadi. Produk jualan seperti cangkerang dan Apple Watch diletakkan di dalam laci, tidak dibiarkan terbuka. Apakah pendapat anda tentang rekaan dalaman Sir Jony Ive? Adakah sebaik rekaan peranti rekaan beliau?




Serius - 12 Cara Mengangkat Kargo Paling Like A Boss


Extreme!

Kadang kala anda terpaksa menggunakan kenderaan yang ada untuk angkut barang kerana anda tidak ada lori. Oleh itu jika ini berlaku kepada anda, teknik yang digunakan di bawah mungkin boleh menjadi sumber inspirasi!



Thursday 17 September 2015

Serius Cool - 12 Setem Rasmi Star Wars Dilancarkan Oleh Royal Mail UK


The force is strong in this one.

Kehangatan menanti kemunculan Star Wars Episode VII - The Money Keep On Rolling Muahahah semakin terasa. Lebih terasa dari Akademi Fantasia that nobody gives a shit anymore. Probably lebih hangat dari Leina Hangat. I just made a lame ass joke. Please kill me. Anyways bagi menyambut kemunculan filem ketujuh dan trilogi ketiga Star Wars, Royal Mail United Kingdom melancarkan 12 setem rasmi dengan wajah watak Star Wars dari ketiga-tiga trilogi.

Kami kecewa tidak ada setem Jar Jar Binks, Anakin muda dan Padme. How the hell can your leave Padme out! She is the only good thing about the prequels!


Serius LOL - #ThisGeneration : 20 Ilustrasi Sinis Menegur Tabiat Generasi Masa Kini


Talking 'Bout My Generation!

Generasi sekarang diberikan label Millennial. Golongan ini dikatakan lebih pintar, lebih berpendidikan, lebih pandai teknologi dan lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. But all is not well. Millennial juga dikatakan lebih kurang ajar, kurang bijak bergaul dan mudah mengalah. #ThisGeneration ialah set ilustrasi yang menegur tabiat generasi muda. Ia dihasilkan oleh Ajit Johnson, seorang pelajar PHD dalam bidang kanser genetik di Universiti Edinburgh. Yes amazingly these were not done by an art student! Anda boleh follow akaun Instagram beliau disini.



Serius Cute - Keayuan Wajah Gadis Korea Utara Yang Belum Dicemari Pembedahan Plastik (18 Gambar)


Gangnam.

Banyak bintang KPOP mempunyai wajah yang cantik dan hensem. Masalahnya hampir kesemua bintang KPOP menjalani prosedur pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik dari yang diberikan oleh tuhan. Situasi di Korea Selatan terlalu kronik sehingga wajah penduduk negara Kimchi ini hampir kelihatan sama. Tempat untuk melihat wajah warga Korea yang asli kini hanyalah di Korea Utara Darul Kim Jong Un. Di negara komunis tegar ini wajah masih belum dicemari pembedahan plastik dan solekan muka yang melampau. Very cute too.



Serius Genius - Mangkuk Muntah Disediakan Di Kelab Malam Ini


Brush my teeth with a bottle of Jack

Klise filem barat ialah akan ada watak mabuk yang minum sampai muntah di mangkuk tandas. Kalau beliau seorang wanita akan ada BFF tolong angkat rambut dari kena muntah. So bloody cliche. Di Prague,Republik Czech sebuah kelab malam membina mangkuk tandas berdiri yang digunakan khas untuk kegunaan orang mabuk. Mangkuk muntah ini hanya wujud di dalam tandas lelaki. Mungkin kerana di negara ini jumlah kaki mabuk adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki. Sampai begitu sekali. 


Sumber Reddit

Serius Kreatif - 13 Lukisan Ilusi Optik Senggama Minda Hikaru Cho


No baby this is not an illusion

Kami pernah paparkan lukisan tubuh yang dihasilkan oleh Hikaru Cho sebelum ini. Beliau kembali lagi dengan beberapa luksian ilusi optik yang menyenggama minda. Sangat cool beans dan berbakat artis yang berasal dari Jepun ini. 



Wednesday 16 September 2015

Serius - Life After Suicide : Dokumentari Apakah Terjadi Selepas Anda Membunuh Diri?


My suicidal dream voices telling me what to do.

Ada orang berkata suicide is painless. Ada juga berkata suicide ini penyelesaian yang mudah. Apa yang jarang kita dengar ialah apakah terjadi kepada ahli keluarga individu yang membunuh diri. Kesan jangka panjang secara fizikal dan mental ke atas ahli keluarga sebenarnya sangat besar. Ini ialah dokumentari Life After Suicide. Ia menunjukkan kehidupan ahli keluarga mereka yang ditinggalkan si pembunuh diri. Janganlah cuba membunuh diri kerana sebenarnya you only end up hurting those you left behind. Sila dapatkan bantuan kalau anda mengalami masalah kemurungan. Kami serius

Serius Cool - Kickbike : Kenderaan Hibrid Basikal Dan Skuter Tolakan Kaki (10 Gambar)


I wanna ride my bicycle.

Hey remember in the early 2K when you see annoying bastard main Razor Scooters sambil melakukan aksi "extreme". Those were the dark days of human civilisation. Kini those bastardly kids sudah besar dan mungkin mendambakan skuter yang pernah mainkan semasa masih kecil. Kini ada Kickbike, kenderaan hibrid yang menggabungkan skuter dan basikal. Ia bersaiz seperti basikal tetapi anda perlu menolak dengan kaki bagai sebuah skuter bagi menggerakkannya. Actually yang tayar gemuk depan belakang Kickbike boleh tahan nice juga rekaannya. Harga jualan bermula dari USD 399 (RM 1691) sebuah.


Serius LOL - 15 Kad Ucapan Kurang Ajar Tetapi Comel Nak Mampus


I hate you I'm not gonna crack.

Kad ucapan selalunya diberikan kepada mereka yang kita memberi seketul senggama. Tetapi kadang kala kena pakai topeng dan pretend macam anda suka beri kad. For example kalau kena paksa bagi kad pada boss di office. You know what I am saying? Ini ialah koleksi kad kurang ajar tetapi cute yang sepatutnya wujud dan dihantar kepada insan yang anda benci. Ia dihasilkan oleh Huỳnh Kim Lien seorang artis yang berasal dari Vietnam.



Serius Cool - Rekaan Kabin Kelas Pertama Boeing 787-9 Dreamliner British Airways (12 Gambar)


I wanna fly away.

Kami baru pulang dari Shenzen dan Beijing bagi memberikan ufti kepada Politburo serta melawat makan Dear Leader Chairman Mao. Kami menaiki China Southern Airways kerana fobia dengan MAS selepas insiden kapal terbang hilang dan sehingga kini hanya flaperon ditemui. Tetapi jika kami ada duit lebih kami mahu menaiki pesawat Boeing 787-9 Dreamliner British Airways kerana kabin kelas pertamanya sangat mewah. Nampak seperti sebuah Gentlemen Club di atas awanan. Very stylo!

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner ini digunakan pada laluan London ke Delhi, Abu Dhabi dan Kuala Lumpur. Keseluruhan kabin direka oleh firma Forpeople.



Serius Kreatif - Me and My Other Me : 7 Lakaran Selebriti Dengan Diri Mereka Semasa Muda


Everybody changing but I still feel the same.

Kita semakin tua setiap hari. Kadang kala apabila melihat wajah kami semasa muda yang kacak, kurus, hensem, shiny and chrome membuatkan kami berfikir what the hell happend to you man. Me and My Other Me ialah set lukisan yang dihasilkan oleh Fulvio Obregon. Artis yang berasal dari Colombia ini mendapat ilham melakar wajah seleb terkemuka dengan diri mereka semasa lebih muda selepas melihat foto seorang wanita tua dengan gambar beliau semasa muda. Awesome stuff


Friday 4 September 2015

Serius LOL - Sebuah Lagi Iklan Aneh Dari Jepun Yang Kini Viral


Aasdhashdjaksdha Wondwakuo!

Holy crap what is this crap and damn the iklan is damn annoying sampai tak boleh unseen. Well done Japan for being Japan!

Yes I know it's slowpoke but I haven't updated this damn site in weeks sial. 




Serius WTF - 18 Gambar Kemalangan Yang Aneh Dari Seluruh Dunia


Crash Boom Bang

Semalam berlaku kemalangan aneh di Jalan Kuching sehingga mengakibatkan jam sehingga Seremban. Sebuah kereta hilang kawalan dan memasuki lane bertentangan sebelum merempuh sebuah van. Van mengalami rosak teruk dan terbalik 180 darjah. Jalan terus terhalang dengan manusia yang mahukan video viral serta gambar paling banyak kena retweet in Twitter. Kerana ungka-ungka berkumpul tepi jalan macam tak pernah nampak eksiden habis jam berjam lamanya. Berikut ialah gambar eksiden yang aneh yang actually worth it kalau korang berhenti tepi jalan bukan macam eksiden semalam.


Serius Cool - Wanita-Wanita Besi Tentera China Sempena Hari Kemenangan Ke-70 (10 Gambar)


Die Waffen Legt An!

China menyambut ulang tahun ke-70 tamatnya Perang Dunia Kedua dengan besar-besaran. Perarakan Hari Kemenangan adalah acara tahunan yang berlangsung sejak 1949. Seperti hari Merdeka, V Day disambut dengan ribuan anggota tentera berkawad dan menunjukkan senjata terkini milik Republik Rakyat China. Antara tarikan paling menarik ialah penyertaan wanita-wanita besi dari kesemua cabang tentera mereka. Mereka bukan sekadar cantik dan berdisiplin tetapi mampu membunuh anda menggunakan senjata terkini. AK-47 for everyone!


Serius Cool - Infento : Kenderaan Yang Membesar Dengan Umur Anak Anda (14 Gambar)


Ding Ding

Mainan kanak-kanak adalah keperluan supaya di sekolah mereka tidak dibuli kerana kawan-kawan mereka semua richfag. Tetapi membeli mainan kanak-kanak ini bukan benda murah kerana let's face it they are expensive as hell. Bila membesar mainan lama dibuang kerana tidak lagi sesuai dengan umur mereka. Ini memberikan idea kepada pengeluar Infento untuk menghasilkan kenderaan kanak-kanak yang membesar mengikut umur anak anda.

Ianya modular bagi memudahkan komponen ditambah. Inferto boleh menjadi basikal roda 3, kereta sorang, basikal kargo, snow sled dan juga basikal recliner untuk remaja. Ia dipasang seperti set Meccano ataupun Lego Technics. Jadi pemasangan kenderaan yang ingin dinaiki juga menjadi mainan mereka. Bergantung kepada kekreatifan mereka boleh menghasilkan pelbagai kenderaan yang diperlukan. I am an oldfag and even I want one of these Infento. 

Sebanyak 19 kenderaan boleh dibina menggunakan kit Infento. Ia sesuai digunakan oleh bayi sehinggalah remaja berusia 13 tahun. Harga kita asas bermula dari USD 299 sebuah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails