Thursday, 28 May 2015

Serius - 11 Logo Jenama Popular Diubah Bagi Memboikot Piala Dunia 2022


Bantah

Piala Dunia 2022 di Qatar adalah yang paling kontroversi setakat ini kerana terdapat banyak tuduhan rasuah. Semalam FIFA baru sahaja diserbu dan beberapa pegawai tertinggi ditangkap atas pembabitan di dalam skandal rasuah melibatkan USD 100 juta. Ramai yang membantah pemilihan Qatar sebagai tuan rumah kerana terdapat negara ini melanggar hak asasi manusia seperti menggunakan hamba moden dari India untuk membina Stadium. Logo-logo penaja korporat di bawah diubah suai bagi menunjukkan pencabulan hak asasi manusia di negara Qatar. Kreatif dan powerful. 



Serius Konsep - Wooden Orchids : Pusat Membeli Belah Moden Mesra Alam Di China (10 Gambar)


Cool

Pusat membeli belah bukanlah bangunan yang sering kita kaitkan sebagai bangunan mesra alam. Penggunaan sistem penghawa dingin besar-besaran meggunakan banyak tengaha elektrik dan memandu ke sana juga memerlukan bahan api fosil.

Di China konsep pusat membeli belah Wooden Orchids dihasilkan yang menerapkan rekaan mesra alam. Konsep terbuka membenarkan cahaya memasuki ruang dalaman dan ini menjimatkan penggunaan kuasa elektrik dan tidak memerlukan sistem penhawa dingin. Pada bahagiana atap terdapat generator udara bagi menjadi bekalan elektrik dan air hujan digunakan semula. Bagi memastikan tahap "hijau" yang tinggi keseluruhan bangunan dipenuhi tumbuhan dan pokok bunga.



Serius Genius - Iklan Derma Organ Argentina Yang Cofirm Membuatkan Anda Menangis


Feels!

God. Them feels. Ninjas not cutting onions today because ninja juga menangis menonton iklan ini. Good job!


Wednesday, 27 May 2015

Serius Neko - Lil’ Bunny Sue Roux : Kucing Berkaki Dua Yang Comel (13 Gambar)


Kawaii

Lil’ Bunny Sue Roux ialah seekor kucing berusia setahun dengan kecacatan yang aneh. Ia dilahirkan tanpa kaki hadapan dan diserahkan kepada sebuah pusat penjagaan kucing di New Orleans. Tuan asal Roux menyerahkan beliau kerana tidak mampu menjaganya. Kemudian Roux dijaga oleh Jackie Deak dan beliau kini a happy lil cat. Kucing dua kaki ini berjalan seperti kangaroo dengan dua kaki. Jika anda mahu mengikuti kehidupan kucing berkaki dua ini anda boleh mengikutinya di laman Instagram LilBunnySueRoux.



Serius Cool - Pameran Patung Lilin Watak Star Wars Di Madame Tussauds London (18 Gambar)


Woah!

Madame Tussauds ialah tarikan pelancong wajib dilawati di London. Pameran kerap berubah dengan pelbagai pameran betemakan tokoh politik, peperangan, filem dan juga pembunuh ternama. Patung lilin Tun Dr Mahathir pernah dipamerka disini pada dekad 90an. Kini tarikan terkini Madame Tussaud's London ialah Star Wars. Anda boleh melihat Jabba dengan Slave Leia, duduk bersebelahan Chewbacca di dalam Millennium Falcon, santai bersama Han dan melihat pertarungan Luke menentang abah dia. Cool stuff



Serius WTF - Jika Kartun Cat Dog Adalah Berasaskan Realiti


What..

What the hell man! LOL

Serius Cool - Pagar Bra Lembah Cardrona Di New Zealand (13 Gambar)


Bra!

New Zealand mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Paling popular ialah lawatan ke set Lord of The Rings dan menaiki bot laju di atas sungai. Tetapi di Lembah Cardrona New Zealand tarikan pelancongannya adalah agak aneh. Terdapat pagar dengan ratusan bra tergantung sejak 1999. Pagar bra ini dipercayai mula wujud pada tahun 1999 dengan empat pasang bra. Bilangannya meningkat kepada 800 menjelang 2006. Jumlah bra tergantung naik dan turun kerana ada individu yang tidak diketahui identitinya akan memotong bra yang digantung. Kini pagar bra ini menjadi tarikan pelancong dan tempat meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara. Jika anda ke Cardrona New Zealand silalah mensedekahkan bra anda di pagar unik ini. 



Serius Cool - Tikus Gergasi Pengesan Periuk Api Di Afrika (8 Gambar)


Boom!


Di Malaysia tikus adalah haiwan yang mempungi stigma yang buruk. Mereka diburu dan dibunuh kerana membawa penyakit berbahaya. Di Afrika tikus gergasi digunakan untuk menyelamatkan nyawa manusia. Tikus yang dilatih oleh APOPO mempunyai kemahiran mencari periuk api yang ditanam di Tanzania dan Mozambique. Deria bau mereka yang kuat dengan mudah mengesan periuk api berbanding mesin pengesan periuk api yang digunakan. Oleh sebab itu mereka boleh membersihkan padang periuk api dengan lebih pantas berbanding manusia.

Projek APOPO ini bermula pada tahun 2000 dan diilhamkan oleh warga Belgium Bart Weetjens. Semasa muda beliau gemar bermain dengan tikus dan menyedari kemampuan menghidu mereka yang superb. Tikus Afrika dilatih dan sehingga kini lebih 9000 periuk api berjaya dinyahaktifkan oleh skuad tikus APOPO. Sejak tahun 2000 juga tidak ada seekor tikuspun mati akibat meletup. Berat badan mereka tiduk mencukupi untuk mengaktifkan periuk api. Setiap tikus akan berkhidmat selama 6 tahun sebelum dibenarkan bersara.

Menarik sekali skuad APOPO juga boleh ditemui di Thailand. Kerajaan Thai menggunakan khidmat mereka untuk membersihkan padang periuk api berhampiran sempadan Kemboja. Tak semua tikus jahat!




Serius Cool - Figura Aksi Darth Maul Yang Bontot Jahat (9 Gambar)


Korah Ratamah! 

Prekuel kepada Star Wars pada  hemat kami adalah agak gagal. Hanya Episode III yang kami rasakan watchable. Lakonan kayu dan CGI yang terlalu banyak membuatkan prekuel gagal menandingi trilogi asal Star Wars. Sungguhpun begitu watak paling cool dalam sejarah Star Wars, Darth Maul wujud di dalam prekuel ini. For once nampak Sith laju dan kejam. Bukan slow ass macam Darth Vader. So kalau anda nak patung Darth Maul buatan Jepun di bawah sila beli sekarang. Darth Maul diberikan rekaan anime dan holy crap isn't it cool. Harga figura aksi ini ialah Yen 13000 (RM 390). Do want!



Tuesday, 26 May 2015

Serius - Bekas Peluru Berbentuk Dram Untuk Menembak Tanpa Perlu Reload (10 Gambar)


Reload!

Reload! Reload! Ini adalah amaran yang akan kita dengari apabila bermain permainan Virtual Cop. So much nostalgia. Pistol yang digunakan kerap perlu diisi semula pelurunya kerana hanya mampu memuatkan diantara 6 - 11 butir peluru sahaja. Menyedari hakikat ini ada hamba Allah yang menghasilkan bekas peluru berbentuk dram yang mampu memuatkan sehingga 100 biji peluru

Ada yang dihasilkan untuk pistol dan ada juga yang dihasilkan untuk assault rifle. Sejarah penggunaan magazin peluru berbentuk dram ini boleh dilihat seawal 1920an dengan penggunaannya pada mesingan Thompson 1928. Mesingan ini digunakan oleh gangster Amerika Syarikay seperti Al Capone untuk menumbangkan musuh. Kemudian ia digunakan oleh tentera Russia pada mesingan PPSh-41

Jika kemampuan menembak ratusan peluru dapat dilakukan, kenapa sistem tong dram ini tidak digunakan secara total oleh pihak tentera? Pertama sekali ialah masalah berat. Pistol yang sepatutnya ringan kini menjadi terlalu berat dan sukar untuk dipegang. Ia juga tidak boleh disimpan dengan mudah. Sistem tong dram juga akan lebih kerap mengalami masalah jamming ketika menembak secara bertubi-tubi. Oleh sebab itu penggunaan sistem dram ini tidak meluas. Lebih kerap dilihat di dalam video game dari dunia sebenar.



Serius Genius - 14 Contoh Pengiklanan Menggunakan Eskalator Yang Kreatif


Fight!

Siapa sangka tangga bergerak automatik boleh digunakan sebagai papan iklan. Yang penting ialah berapa kreatifkah anda.



Serius Kreatif - Seni Jalanan Memberikan Ilusi Wanita Mandi Di Gigi Air (10 Gambar)


Art

Seni jalanan is the shiznits. Artis jalanan kegemaran kami ialah Ernest Zacharevic yang menjadikan dinding sekitar Pulau Pinang dan Ipoh sebagai kanvas beliau. Ada seorang lagi artis jalanan yang ingin kami paparkan hari ini. Nama beliau ialah Sena Yoro ataupun nama glamernya Hulaaa. Beliau berasal dari Hawaii dan beliau menghasilkan mural pada dinding berhampiran permukaan air. Hasilnya ialah ilusi wanita sedang mandi di dalam air di bawah. Sangat cantik dan cool. 



Serius LOL - Mat Dan - Mat Salleh Yang Kini Menjadi Orang Terengganu Celup Sebenar


5 Years

Dalam masa 5 tahun sahaja Daniel "Mat Dan" Tyler seorang gwailo sudah berjaya transformasi menjadi orang Terengganu sebenar.Beliau yang berasal dari England kini menetap di Terengganu. Cakap ganu sudah menjadi sangat pekat.Tak pasti jika dia tengok penyu telor macam lagu Iklim. Kami akui kami the reverse of Mat Dan. Tiga tahun duduk London bahasa Inggeris kami kini proper Cockney.




Serius - Abraj Kudai : Hotel Terbesar Di Dunia Di Kota Suci Mekah (8 Gambar)


1Islam

Di Mekah kita sudahpun mempunyai masjid terbesar dan menara terbesar di dunia. But that is not enough no sir! Abraj Kudai kini sedang dibina dan apabila siap kelak akan menjadi hotel terbesar di dunia. Projek mega yang dijangka siap pada tahun 2017 akan mempunyai 

12 Menara 
45 Tingkat
1 Kubah gergasi yang akan menjadi kubah terbesar di dunia
10 000 Bilik Hotel
7 Tempat helikopter medarat
5 Tingkat khas untuk kegunaan raja-raja/VVVIP
1 Pusat konvensyen gergasi
70 Restoran

Projek Abdraj Kudai ini dibangunkan oleh Syarikat Dar Al Handasah. 10 daripada menara akan menjadi hotel 4 bintang manakal 2 lagi menara akan menjadi hotel 5 bintang. Keseluruhan projek akan menelan belanja USD 3.5 Billion dengan keluasan tapak 1.4 juta meter persegi!


Meanwhile masih ada bakal haji dan umrah yang tidur di bawah jambatan dan tepi jalan raya kerana tidak mampu menyewa bilik hotel yang semakin mahal di kota paling suci di dalam tamadun Islam.

Just let that sink in fellas.Does that make you feel sad?  



Serius Cool - 10 Wallpaper 3D Untuk Dinding Rumah Anda


Dimensi Ketiga

Kita ada filem 3D dan juga permainan video 3D. Tetapi yang tak ada sebelum ini ialah wallpaper 3D untuk kegunaan di rumah. Ianya akhirnya dihasilkan oleh Twenty2 dan damn it is groovy. Wallpaper rekaan mereka memerlukan anda memakai cermina mata 3D merah dan biru untuk melihat kesan khas yang dihasilkan. Gotta admit ianya nampak cool dan unik bebanding kertas dinding yang biasa kita lihat sebelum ini. Although kalau tak pakai cermin mata khas mata jadi agak berpinar.



Serius VS - Irina Shayk Sebelum Menjadi Supermodel (10 Gambar)


Hot Stuff

Irina Valeryevna Shaykhlislamova (29) ialah model ternama yang juga bekas teman wanita Cristiano Ronaldo. Beliau dilahirkan di Russia dan membesar sebagai anak seorang pekerja arang batu dan guru tadika. Semasa muda beliau kerap dibuli kerana mempunyai kulit yang agak gelap. Bapa beliau berbangsa Tatar yang berkulit gelap. Tetapi gabungan unik Russia dan Tatar beliau menjadikan beliau antara model paling hangat. Macam cerita Intan Terpilih, Irina kini boleh mentertawakan kawan-kawan yang membuli beliau dahulu. Di bawah ialah gambar beliau sebelum menjadi terkenal seperti sekarang.



Friday, 15 May 2015

Serius Neko - Cathoot Hotel - Hotel Kucing Yang Comfy Di Kota Damansara (12 Gambar)


Meow

Last week kami bercuti di Langkawi selama 4 hari. Tak boleh bawa kucing sekali kerana hotel tak cat friendly oleh itu kena cari hotel untuk kucing. Kami terjumpa Cathoot hotel di Kota Damansara. Hantar kucing kesana selama 4 hari dan sangat puas hati dengan servis diorang. Ada tiga pilihan bilik tidur untuk furkids anda. Terdapat juga tempat bermain yang nice untuk kucing anda bersosial ketika anda tiada. Kalau nak buat cat groomingpun ada. Pendek kata semua servis untuk memastikan kucing anda happy ketika anda bercuti ada disini. Masa hantar kucing haritu dah lama tak bagi kucing vaksin dan mereka offer servis hantar kucing ke veterinar. Awesome cake! Silalah ke Cathoot kalau perlukan tempat nak parking kucing bila anda tiada di rumah. So clean. So nice and so nekolicious!



Serius Konsep - Black Gold : Kapal Tangki Minyak Dikitar Semula Menjadi Bangunan (10 Gambar)


Kitar Semula

Black Gold Project ialah sebuah konsep mengubahsuai kapal tangki minyak gergasi menjadi bangunan pelbagai guna. Di masa hadapan kapal tangki minyak gergasi tidak lagi diperlukan kerana dunia sudah kehabisan minyak. Kapal tangi ini boleh diubah menjadi kawasan kediaman, hotel, pusat membeli belah dan pusat komuniti dengah mudah. Hanya labuhkan kapal di pesisiran pantai dan sebuah bandar mini boleh tercipta. Nampak seperti something out of Fallout 3. Idea yang cool dan post apocalyptic tetapi in reality bangunan dari kapal tangki ini akan berkarat dengan cepat.



Serius Cool - 15 Rekaan Katil Kanak-Kanak Yang Lebih Cool Daripada Katil Anda


Wow


Untunglah anak-anak yang parents belikan katil seperti di bawah untuk bilik tidur.Power habis.


Serius Cool - Otokar Altay : Kereta Kebal Utama Buatan Turki (16 Gambar)


Boom!

Russia memperlihatkan kereta kebal baru T-14 mereka yang menggunakan platform Armata minggu lalu. Sebuah kereta kenal utama yang nampak cool tetapi kereta kebal buatan Turki Otokar Altay ini juga tidak kurang bad ass. Kereta kebala seberat 61 tan ini akan menjadi pejuang barisan hadapan Republik Turki menentang musuh. Keseluruhan kereta kebal menggunakan pereka dan bahan binaan tempatan dengan bantuan syarikat Rotem Korea Selatan. Jika nama Rotem seperti anda pernah dengar, ini adalah kerana teknologi Altay banyak dipinjam dari kereta kebal utama K2 Black Panther mereka. 

Kereta kebal ini mempunyai meriam utama 120 mm dengan sistem anti serangan misil aktif. Teknologi perisai dirahsiakan tetapi dipercayai diperbuat daripada komposit seramik seperti K2 Black Panther. Ia mempunyai enjin diesel 1800 kuasa kuda dengan perancangan sistem panduan elektrik bagi mengurangkan heat signature di medan peperangan. Turki bercadang membina 250 kereta kebal ini dengan harga seunit sekitar USD 6 Juta.

Turki sudah kembali ke arena persenjataan. Suatu ketika dahulu meriam gergasi Dardanelles digunakan oleh kerajaan Turki Othmaniah untuk memusnahkan musuh empayar Islam. Meriam tersebut adalah meriam paling berkuasa pernah dihasilkan pada zaman tersebut dan membantu Sultan Mehmet II menakluk Constantinople yang tidak pernah dikalahkan selama 1000 tahun. 



Serius Konsep - Volkswagen Golf GTE Sport (9 Gambar)


Vroom

Volkswagen Golf ialah kereta hot hatch yang dulu marhaen tetapi kini borjuis. Rakyat biasa tak mampu membelinya kerana harga melebihi 100K bagi sebuah kereta kompak 4 pintu. Ini ialah konsep Volkswagen Glof GTE Sport yang diperlihatakan oleh VW baru-baru ini. Ia mempunyai dua buah pintu gullwing dan mempunyai pemanduan hibrid 395 kuasa kuda. Sistem panduan elektrik mampu bergerak sejauh 50 kilometer sebelum dicas. Ruang pemandu konsep ini paling style. Nampak seperti kokpit pesawat tempur masa hadapan. 



Tuesday, 12 May 2015

Serius Cool - iDroid : Jika Robot BB8 Star Wars Dihasilkan Oleh Apple (12 Gambar)


iStar Wars Episode 7S

Robot yang paling menarik di dalam filem The Force Awakens ialah BB8. Paling menarik ialah robot ini wujud di dunia sebenar dan tidak menggunakan teknologi CGI. Ianya comel dan inovatif. So naturally ada yang akan terfikir apakah terjadi sekiranya BB8 dihasilkan oleh Apple? Maka wujudlah iDroid di bawah oleh Martin Hajek. Sangat nice. Malang sekali kerana ia produk Apple ia hanya boleh berfungsi selama 5 jam sebelum memerlukan powerbank. LEL 



Serius LOL - #OhMyEnglish : 12 Lagi Contoh Bahasa Inggeris Yang Berabuk!


HAHA

Masalah #OhMyEnglish ini adalah masalah universal. Ini ialah beberapa lagi contoh ENGLAND POWDERFUL dari negara luar. Seriously Google translate failure level Azn.



Serius Kreatif - 20 Rekaan Seni Lanskap Yang Luarbiasa Oleh Charles Jencks


Amazing

Charles Jencks ialah jurbina lanskap ternama yang berasal dari Amerika Syarikat. Lanskap rekaan beliau kelihatan luarbiasa dan sangat artistik. 
Beliau menggabungkan elemen geometri, abstark, kosmoslogi dan matermatik ke dalam semua rekaan lanskap beliau. Nampak seperti lukisan dan bukannya dunia sebenar.  



Serius Cool - Lantai Rumah Dengan Rekaan 3D Memberikan Ilusia Anda Di Atas Laut (15 Gambar)


Seram

Seni jalanan 3D sudah beberapa kali kami paparkan. Kini wujud syarikat yang menghasilkan kemasan lantai 3D yang memberikan ilusi lantai rumah anda adalah permukaan laut. Ada pilihan meletakkan gambar ikan lumba-lumba, batu karang dan juga ikan pari. Nampak cool tetapi at the same time kinda freaky. Bayangkan tengah menyahtinja ada dolphin say hello.



Monday, 11 May 2015

Serius - Armata : Platform Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru (21 Gambar)


Mother Russia

Kereta kebal rekaan Russia seperti T 72 digunakan pada jumlah yang besar oleh negara yang tidak mampu membeli kereta kebal moden rekaan barat. Kereta kebal negara iaitu PT-91M Pendekar ialah kereta kebal utama yang dibina berasakan T-72. Rekaan yang sudah berusia lebih 40 tahun ini tidak lagi sesuai untuk medan perang moden. Di dalam Perang Teluk ratusan kereta kebal T-72 milik Iraq menjadi korban kereta kebal M1A1 Abrams, Challenger dan juga kereta perisai Bradley. Jelas sekali jika Perang Dunia Ketiga berlaku, Russia akan mengalami masalah kerana kereta kebal generasi lama mereka tidak mampu bersaing dengan kereta kebal barat yang sedia ada.

Menyedari hakikat ini projek Armata dimulakan pada tahun 2009. Ianya platform baru untuk kereta kebal, kereta perisai, artileri bergerak dan kenderaan bantuan medan perang Russia. Kesemua kenderaan berperisai ini membawakan peningkatan dari segi battlefield survivability dan rekaan perisai modular. Kereta kebal T-14 dan kereta perisai T-15 sudah diperlihatkan kepada umum oleh Russia sempena perarakan May Day 9 Mei yang lalu.

Jelas sekali rekaan kereta berperisai generasi terkini Russia mengambil rekaan M1A2 Amerika Syarikat dan Leopard Jerman. T-14 mempunyai rekaan rudal yang bersegi dengan sistem anti serangan misil aktif terbina. Sistem optik terkini serta kokpit untuk 3 krew yang lebih tahan serangan dipercayai digunakan pada T-14. Senjata utama masih lagi meriam 125 mm smoothbore. Ia diperkasakan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan jarak operasi 500 kilometer. Berat kereta kebal utama ini pula ialah sekitar 48 tan. Ini menjadikannya lebih ringan dan pantas berbanding M1A2 dan Leopard.

T-15 pula diperkasakan enjin 1200 kuasa kuda dan mempunyai 2 orang krew. Senjata utama ialah meriam 30 mm dan empat tiub misil anti kereta kebal Kornet. Kereta perisai ini juga mampu membawa 8 orang aksar infantri di dalam ruangan kargo. Seperti T 14 ia mempunyai sistem anti misil aktif serta rekaan perisai modular.

Looks damn nice!



Serius Cool - Bilal : Siri Animasi 3D Berasaskan Kisah Bilal Bin Rabbah


Cool

Sebuah filem animasi yang diilhamkan dari kisah Bilal bin Rabbah. Nampak kualiti animasi sangat tinggi. Bagus juga ada cerita macam ni. Barulah orang Islam ada jarum halus sendiri menentang jarum halus Disney, Fox, Nickelodeon dan Dreamworks. Amirite?




Serius Kreatif - 18 RekaanTattoo Abstarak Oleh David Allen


Style

Kalau tak ada halangan dah lama kami ada tattoo. Why? Because we have self esteem issues only blotches of ink on our body dan remedy that's why. Ini ialah seni tattoo abstrak yang dihasilkan oleh David Allen yang berasal dari Chicago. Awesome work


Serius Kreatif - Wanita Bergambar Dengan Diri Gemuk Beliau Selepas Berjaya Menurunkan Berat Badan (11 Gambar)


Nice Idea

Kami adalah seorang fetfak. Lepas dah kahwin dan ada anak badan jadi gemuk macam mamat sloth dalam cerita Se7en.You remember that bastard who died after being force fed? How about Jabba or Pearl from Blade? Yeah that is us right now basically. Ini ialah manipulasi gambar Beth Beard, wanita yang berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 68 kilogram. Bagi meraikan kejayaan beliau menurunkan berat banda beliau "bergambar" dengan diri beliau sendiri sebelum menjalani pembedahan gastric bypass. Nice idea dan sangat kreatif. Boleh nampak perbezaannya.



Serius Cool - Sandibe Okavango Lodge : Resort Safari Yang Cool Di Botswana (14 Gambar)


Safari


Delta Okavango ialah kawasan safari yang terkenal di Botswana. Anda boleh melihat haiwan liar seperti gajah dan singa berkeliaran secara bebas. Sekiranya anda mahu menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dengan penuh kemewahan anda bolehlah ke Sandibe Okavango Safari Lodge. Dengan harga penginapan bermula dari USD 1140 semalam, anda boleh tinggal di dalam lodge yang mesra alam ini. Ia dibina menggunakan bahan tradisional penduduk setempat tetapi dilengkapi dengan semua kemudahan moden. No slumming in this place yo. 



Serius Cool - Jam Tangan Knights Of Roundtable II Roger Dubuis (11 Gambar)


Nice

Kestaria Meja Bulat Raja Arthur ialah kisah mitos yang popular di Britain. Kesatria berhati kudus ini dikatakan membantu King Arthur untuk menjadi raja yang adil. Beliau menggunakan pedang lagenda Excalibur yang dicabut daripada batu dan dipulangkan kepada Lady In The Lake selepas kematian beliau. Ada beberapa persamaan diantara kisah mitos ini dengan kisah mitos Hang Tuah. 

Jam tangan Knights of the Round Table II oleh Roger Dubuis di bawah ialah jam tangan mewah yang diperlukan oleh penggemar jam mewah. Terdapat 12 kesatria yang mempunyai rekaan unik pada muka jam. Setiap satunya diperbuat daripada gangsa. Tubuh jam pula dari emas putih. "meja bulat" diperbuat daripada jed hitam dan tali pula dari kulit buaya. Hanya 28 jam tangan ini akan dihasilkan. Harga jualan ialah USD 268 000 (RM 968 000). Sangat murah. Nantikan kemunculan jam ini di tangan ahli politik pejuang agama berhati rakyat yang tahu perit getir mencari sesuap nasi di dalam ekonomi yang semakin meruncing berhampiran anda. Yep. 


Sunday, 10 May 2015

Serius Hot - Megan Fox Berambut Perang Untuk TMNT 2 (6 Gambar)


Wow

Wow actually Megan Fox masih nampak hot sungguhpun berambut perang. Ini ialah gambar dari set Teenage Mutant Ninja Turtles 2 yang sedang dalam proses peggambaran. Nice one Miss Fox. 


Saturday, 9 May 2015

Serius : Mrs Angemi - Wanita Di Sebalik Akaun Patalogi Instagram Yang Menggerunkan


Bizarre Science

Adakah anda gemarkan patalogi dan bedah siasat? Biologi manusia memberikan anda kepuasan dan rasa minda diransang secara intelek? Anda mungkin perlu ikut akaun Instagram Mrs_Angemi, pembantu patalogis yang menunjukkan tubuh manusia yang berpenyakit yang dibedah beliau. Dari pandangan education kami rasakan akaun beliau banyak membantu kita memahami bagaimana tubuh berfungsi. Mungkin sedikit gore tetapi jika anda membaca description pada setiap gambar anda akan dapat belajar serba sedikit tentang tubuh manusia. Ini ialah video temubual beliau dan mengapa beliau membuka akaun ini. Nice.




Serius Kreatif - 15 Lukisan Adiwira Realistik Oleh Adi Granov


Art

Adi Granov ialah seorang pelukis Amerika berdarah Bosnia. Lukisan adiwira beliau realistik dan nampak cool beans. 



Serius LOL - Cara Menarik Mengajar Orang Yang Meletak Kereta Macam Bangang


OWNED

Genius!


Serius Fakta - 6 Baju "Buster" Iron Man Yang Lebih Berkuasa Daripada Hulkbuster


Kerthunk!

Baju zirah tambahan Hulkbuster yang dipakai oleh Tony Stark ialah baju zirah gergasi yang awesome dari filem Age of Ultron. Di bawah ialah 5 lagi baju zirah "Buster" yang pernah dicipta oleh Tony Stark di dalam komik. Galacktus Buster is just insane!


Sunday, 3 May 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails