Monday 30 March 2015

Serius LOL - Bukti Empirikal Kesan Khas Kollywood Lebih Power Dari Hollywood


Hardcore

Fizik? Graviti? Logik? Senggama itu semua! Michael Bay boleh retire. This is Kollywood baby.

Serius - Jaspreet Singh Kalra - Lagenda Budak Getah Sebenar (8 Gambar)


Plastic Man

Jaspreet Singh Kalra (15) tahun mendapat nama jolokan Rubber Boy. Ini adalah kerana badan beliau boleh melentok dan dilipat seperti getah. Jaspreet sudah melatih tubuh beliau untuk dilentok sejak kecil. Aksi melentok paling extreme beliau ialah memutarkan kepala 180 darjah ke belakang. Beliau boleh minum air walaupun di dalam posisi ini. Beliau kini ingin dinobatkan sebagai lelaki paling melentur di dunia. Boleh kahwin dengan  Zlata, wanita yang dinobatkan paling melentur oleh Buku Rekod Guiness



Serius Cool - 14 Trend Rambut Beruban Yang Menarik


Reverse Dye

Selalunya bila rambut dah beruban ada orang akan mewarnakan rambut kembali kepada warna asal. Di Malaysia adalah kebiasaan bagi artis mewarnakan rambut menjadi perang ataupun coklat. Trend terkini ialah mewarnakan rambut menjadi warna putih seperti beruban. It looks really nice to be honest.



Serius Fakta - GST : Apakah Kesannya Kepada Ibu Bapa?


Educational

Sebagai parents infografik ini ingin kami kongsi dengan anda. Dihasilkan oleh iMoney.Apa yang kena GST? Apa  yang tak kena? Kini anda tahu.



Serius Indo - Ini Adalah Selfie Tahap Arwah Sebenar Dari Jakarta (3 Gambar)


WTF

Kegilaan selfie mencecah tahap arwah secara literal di Indonesia minggu lalu. Seorang pelawak popular Olga Syahputra meninggal dunia akibat jangkitan Meningitis. Pemergian beliau diratapi ahli keluarga dan pengkebumian beliau dihadiri oleh ribuan peminat. Usai majlis pengkebumian berlaku babak WTFBBQ yang melampau apabila peminat berpusu-pusu mengambil gambar selfie bersama batu nisan kubur Olga Syahputra. Memang tak masuk akal. Ada apa dengan selfie depan batu nisan? Ini tidak dapat kami jawab.




Serius - Pengawal Terhormat Wanita Tentera China Diperlihatkan (11 Gambar)


For China!

Apabila lawatan rasmi dilakukan oleh ketua-ketua negara, adalah biasa melihat mereka disambut oleh Pengawal Terhormat yang 100% dianggotai tentera lelaki. Di China mereka enggan mengikut protokol biasa dan sempena lawatan Presiden Turkmenistan minggu lalu mereka memperlihatkan 13 pengawal terhormat wanita. Ini menurut China ialah bagi memberikan status sama rata diantara tentera lelaki dan wanita republik komunis ini. Setiap anggota harus mempunyai ketinggian minima 173 sentimeter dan berkawad sambil memakai kasut setinggi 5 sentimeter. Selain itu untuk melayakkan diri menyertai kor pengawal terhormat mereka semua harus mempunyai ijazah daripada universiti. Dumb asses dan katiks are not welcomed!



Serius Cool - Pesawat Presiden Putin Yang Lebih Swag Dari Pesawat PM Malaysia (13 Gambar)


Kaya

Dua minggu yang lalu negara dikejutkan dengan pembelian jet baru untuk kegunaan Perdana Menteri dan VIP negara. Ramai yang merasakan timing pembelian pesawat baru ini tidak sensitif kepada kesukaran rakyat Malaysia akibat ekonomi yang kurang baik. Tetapi jika dibandingkan dengan pesawat rasmi Presiden Vladimir Putin, pesawat baru kerajaan nampak seperti bas sekolah.

Pesawat Ilyushin Il-96 ini mempunyai empat buat enjin dan mampu membawa lebih daripada 200 orang penumpang pada konfigurasi asal. Untuk Putin pesawat ini kini mempunyai bilik mesyuarat, bilik tidur dan juga gimnasium. Sesuai dengan imej Putin sebagai ketua negara kuasa besar dan bad ass ex KGB mahfakka. Kos ubahsuai dan pembelian pesawat ini dikatakan mencecah USD 15 Juta. Lebih dua kali ganda lebih mahal dari pesawat negara. 

Jadi marilah kita bersyukur kerajaan kita prihatin dan hanya membeli pesawat dua enjin. Bukan empat enjin. Tak ada gimnasium di udara. Jelas sekali kerajaan Malaysia masih sensitif kepada kita semua. Kalau tak suka you keluar.



Serius Cool - Perpustakaan Sekolah Diubahsuai Menjadi Sebuah Panggung Wayang (10 Gambar)


Cool

Di Detroit Michigan terdapat puluhan sekolah terbiar akibat kekurangan belanjawan. Ianya terbiar dan kini menjadi sarang penagih dadah. Adalah menyedihkan melihat sekolah-sekolah lama kini hidup segan mati tak mahu. Masalah sekolah lama yang tidak lagi digunakan juga berlaku di Sussex England. The Kino di Rye Sussex ialah panggung dengan dua skrin. Satu panggung menempatkan 100 penonton dan satu lagi 50 penonton. Sebelum diubahsuai ia digunakan sebagai sebuah perpustakaan untuk sekolah. Nampak sangat chill wayang ini walaupun kecil. Gabungan moden dan baru yang seemless. 



Friday 27 March 2015

Serius LOL - #OhMyEnglish : Typo Yang Sangat Haram!


Oh My

Kena samak dulu ke macaman ni?


Serius LOL - 8 Notifikasi Telefon iPhone Yang Lebih Sarkastik


Hahaha


Hidup kita dikuasi peranti pintar sekarang. Jadi notifikasi yang muncul pada skrin adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan sekarang. Apakah terjadi sekiranya notifikasi pop up yang sering anda lihat pada iPhone direka untuk lebih sarkastik? Inilah hasilnya.




Serius Cool - Ayam Cemani : Ayam Yang Hitam Dari Bulu Sehinggalah Ke Warna Kulit (9 Gambar)


Ayam Mahal

Ayam Cemani ialah baka ayam yang keseluruhan warna bulu dan tubuhnya bewaran hitam. Dalam bahasa Jawa cemani bermaksud hitam. Ayam ini dianggap sebagai ayam mewah kerana dijual pada harga mencecah USD2500 di Eropah kerana rupanya yang unik. Di Jawa ayam cemani dimakan oleh wanita selepas bersalin keran dagingnya yang tinggi zat besi dapat menaikkan semula jumlah darah di dalam tubuh. Kami tak pernah nampak ayam cemani di Malaysia. Anda biasa nampak?



Serius Seleb - 11 Gambar Britney Spears Semasa Berusia 13 Tahun


Innocent

Britney Spears ialah penyanyi yang paling popular di awal Millennium dahulu. Malangnya selepas keretakan rumah tangga dan masalah emosi yang tinggi beliau tidak lagi popular seperti dahulu. Britney sudah menjadi penghibur sejar masih lagi kanak-kanak dan memulakan kerjaya di rancangan Mickey Mouse Club. Ini adalah set gambar beliau semasa berusia 13 tahun. Masih lagi comel, innocent dan nampak santai. Kesian Britney Spears. Jadi parents sekalian jangan paksa anak jadi selebriti. It is not good for them.



Serius Cute - Iklan BSN Dengan Kucing Yang Comel Melampau


Comel

Iklan comel macam buatan Jepun oleh Bank Simpanan Nasional. Tak sangka BSN boleh buat iklan neko kawaii macam ni.

Thanks @Zurairi



Thursday 26 March 2015

Serius Cool - 4 Patung Ultraman Dibina Bagi Memperingati Eiji Tsuburaya


Hnghhhhhhhhhhhhhhhh!

Ultraman ialah siri TV Jepun yang ditonton oleh kami semasa masih belum tumbuh bulu ari-ari. Setiap minggu kami melihat Ultraman sap kok lue selama beberapa minit dan membenarkan Kaiju memusnahkan Jepun. Lepas dah cukup bangunan musnah barulah Ultraman datang last minute dan mengalahkan Kaiju. Siri dan watak Ultraman dicipta oleh mendiang Eiji Tsuburaya pada tahun 1966. Beliau meninggal dunia pada tahun 1971.

Bagi memperingati lagenda genre Tokutsaku ini, bandar Sukagawa membina empat patung berasaskan watak siri Ultraman. Sukagawa ialah bandar kelahiran dan kematian beliau. Empat buah patuhng yang dibina ialah Ultraman, Ultra Seven, Gomora dan Eleking

Tahukah anda semasa Perang Dunia Kedua Tsuburaya bekerja sebagai pengarah filem propaganda Jepun? Tahukah anda juga tangan salib Ultraman yang mengeluarkan laser mendapat ilham dari salib Kristian? Eiji Tsuburaya ialah seorang Kristian Katolik dan lambang salib sebelum menembak laser adalah simbolik kuasa tuhan memusnahkan kejahatan di dunia yang diwakili Kaiju. Now you know.



Serius LOL - #OhMyEnglish : 11 Papan Tanda "Bahasa Inggeris" Yang Kelakar Di Thailand


Haha

What the hell Thailand. England so powderful!



Serius Hot - Emilia Clarke : Mother of Dragons (6 Gambar)


Khaleesi

Musim terkini Game of Thrones akan muncul di kaca TV bulan hadapan. Mari lihat siri foto terkini Emilia Clarke yang melakonkan watak Daenerys Stormborn of the House Targaryen, the First of Her Name, the Unburnt, Queen of Meereen, Queen of the Andals and the Rhoynar and the First Men, Khaleesi of the Great Grass Sea, Breaker of Chains, and Mother of Dragons.



Serius Cute - Santuari Kangaroo Yatim Di Alice Springs (10 Gambar)


Comel!

Kangaroo Sanctuary Alice Springs ialah pusat jagaan kangaroo yatim di Australia. Anak-anak kangaroo yang ditemui yatim diselematkan sebelum mati kebuluruan. Bagi memberikan kehidupan yang normal walaupun tanpa ini, anak-anak kangaroo diletakkan di dalam beg yang menyerupai kantung marsupial. Selepas membesar dengan secukupnya mereka dibebaskan semula ke habitat semula jadi. Comel. 



Serius Genius - Bungee Bath : Tali Bungee Untuk Sabun & Shampoo Anda


WANT!

Manusia moden mandi dengan 16 juta jenis produk. Ada produk untuk muka, kaki, badan, ketiak dan bahagian sulit. Setiap produk menjanjikan kulit lebis mulus dan putih. Yang pasti majoriti meletakkan produk pada para-para ataupun lantai. Lepas pakai susah nak letak balik dan akhirnya produk berteraboq di tandas. Bungee Bath ialah produk genius yang meletakkan produk membersih tubuh di hujung tali elastik. Lepas pakai lepaskan dan ia akan kembali ke posis asal. Setiap Bungee Bath boleh menampung berat sehingga 1.5 kilogram dan boleh dipasang pada dinding tandas hanya menggunakan suction cup terbina.. Harga jualan ialah USD 32 (RM 117) untuk set 4 Bungee Bath. Just take my money


Serius Cool - 17 Rekaan Gaming Room Untuk Gamer Sebenar


Damn

Gaming room ialah idaman kami. Mahu letakkan kesemua konsol yang kami ada in one place dan boleh dimainkan bila-bila masa. Malangnya nak ada game room memerlukan duit dan sejak ada baby mana ada duit lebih nak berfoya-foya macam isteri Perdana Menteri. Damn. I should have gone into politics. 



Wednesday 25 March 2015

Serius Mash Up - Crocodile Chop Apabila Elton John + System Of A Down


Catchy

Damn gooding juga lagu Chop Suey SoAD digabungkan dengan lagu Crocodile Rock Sir Elton John, Ngam!


Serius - Dewi English : Dewi Untuk Kasta Dalit Yang Sering Ditindas


Tuhan Baru

Di dalam agama Hindu dikatakan terdapat ribuan dewi dan dewa. Setiap hari ada hari perayaan dewa serta dewi ini. Setiap dewi dan dewa akan mewakali pekerjaan tertentu dan disembah oleh kasta tertentu. Bagi kasta Dalit yang dianggap paling rendah di dalam tangga kasta, ada diantara mereka kini menyembah dewi baru yang diberi nama Dewi English. Ianya dicipta oleh Chandra Bhan Prasad, seorang penulis berkasta Dalit. Beliau mahukan dewi yang boleh mewakili kasta yang paling kuat ditindas di India ini. Terdapat 200 juta individu berkasta Dalit di India dan mereka dianggap kotor. Oleh itu mereka hanya dibenarkan bekerja di dalam industri kotor seperti membersihkan jalan raya, mengorek longkang dan membela babi. 

Dewi English memegang pen pada tangan kanannya. Ini melambangkan kepentingan mempelajari bahasa Inggeris buat kasta Dalit untuk maju di dalam hidup. Tangan kanan beliau memegang buku lambang kepentingan mendapatkan pendidikan. Rekaan Dewi Englishmenyerupai patung Lady Liberty dan rekaan moden ini mewakili kehidupan yang tidak kolot. Akhir sekali Dewi English berdiri di atas monitor komputer yang dianggao kareer paling menguntungkan di India. Kasta Dalit menyembah Dewi English dan bukan dewa dewi lain kerana


Serius Cool - Jade Mountain : Hotel Pemandangan Menarik Di St Lucia (11 Gambar)


Nice View

Apabila bercuti anda mahu berehat dan melarikan diri dari kesibukan kota. Kalau kami bercuti kami mahu larikan diri dari WiFi dan internet. Nak habiskan masa dengan buku tanpa gangguna kerja. Ramai juga bercuti kerana mahu melihat keindahan dunia. Sekiranya anda ke Jade Mountain di Pulau St Lucia anda akan dapat tinggal di dalam hotel yang setiap biliknya memberikan pemandangan yang cantik dan pada waktu yang sama mempunyai kolam rendangnya sendiri. Boleh chillax dalam kolam sambil melihat keindahan ciptaan tuhan. Harga penginapan di hotel ini bermula dari USD900 semalam. Not cheap but well worth the view. 



Serius Indo - Penagih Dadah Direbus Bagi Memulihkan Ketagihan Di Purbalinga (9 Gambar)


Rebus Sampai Pulih

Masalah ketagihan dadah sukar untuk dipulihkan sama seperti ketagihan rokok, arak dan menonton rancangan lawak tempatan yang tidak berapa lucu. Di Malaysia kita ada pusat SERENTI yang cuba merawat penyalahgunaan dadah. Ada juga pusat PENGASIH yang melakukan servis yang sama. Rawatan dilakukan dengan kombinasi rawatan moden dan rohanian iaitu mendalami ilmu agama.

Di Purbalinga, Jawa Tengah ada teknik pemulihan ketagihan dadah yang unik dan juga aneh. Rawatan dilakukan di Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami aneh kerana penagih direbus hidup-hidup sebagai cara melakukan detoksifikasi. Proses merebus ini dilakukan selepas maghrib setiap hari selama 25 minit. Air herba khas dicambur dengan air doa yang dibacakan oleh guru pesantren digunakan. Selepas "masak" mereka dilarang dari mandi sehingglah tubuh berpeluh. Segala kotoron badan dan sisa dadah dikatakan akan keluar melalui peluh paska rebusan. Penagih heroin akan mengeluarkan peluh bewarna keputihan manakala penagih ganja mengeluarkan peluh bewaran kemerahan.

Penagih yang menerima rawatan di pondok pesantren ini juga diberi bimbingan agama selama 40 hari sebelum dibenarkan peluang. Menurut jurucakap Pondok Pesantren YPI Nurul Ichsan Al Islami , mereka telah menggunakan teknik ini untuk merawat penagih sejak 2007 dan majoriti penagih berjaya dipulihkan.



Serius Konsep - PAK_TA : Pesawat Kargo Supersonik Russia (8 Gambar)


Jet!

Sejak zaman berzaman pesawat kargo dibina untuk mengangkat beban yang besar tetapi tidak terbang sepantas pesawat pejuang. Ini adalah kerana tekanan terhadap struktur pesawat kargo apabil terbang pada kelajuan supersonik adalah telalu tinggi. Kos penggunaan bahan api juga akan meningkat bagi menerbangkan pesawat gergasi pada kelajuan ini.

Ini bukan halangan bagi Russia untuk mencipta pesawat kargo supersonik pertama dunia. PAK TA ialah projek pembinaan pesawat kargo yang mampu membawa 200 tan beban pada kelajuan 2000 kilometer sejam. Ia juga harus mampu terbang sejauh 7000 kilometer. Kenapa Russia memerlukan pesawat kargo supersonik? Pertama sekali Russia ialah sebuah negara yang besar. Kini dihimpit kuasa NATO dan juga China. Jika PAK TA menjadi realiti mereka tidak mempunyai masalah mengangkut kereta kebal dan kereta perisai ke medan perang dengan lebih pantas. Konsep  yang bad ass. 



Tuesday 24 March 2015

Serius Cool - Mari Menginap Di Litar Anatarbangsa Sepang Sepanjang Minggu F1 (8 Gambar)


Zoom

Perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang akan berlangsung hujung minggu ini. Kepada peminat suka bermotor, sukan F1 ialah acara paling berprestij dan menampilkan pemandu terhandal di dunia. Tahun ini ialah edisi ke -17 ianya diadakan di Sepang dan Airbnb memberikan anda peluang untuk menginap di litar ini sepanjang minggu perlumbaan. Sebuah apartmen sementara dibuka di litar ini dari 27 sehingga 29 Mac. Selain dapat menginap di dalam litar, anda dan empat orang teman juga boleh menonton perlumbaan terus dari apartmen. Anda turut menerima pas lorong pit sebelum perlumbaan dan lawatan peribadi mengelilingi litar pada waktu malam.

Malang sekali tarikh tutup untuk memenangi pakej sekali seumur hidup ini adalah dua hari yang lalu. Tawaran tinggal di litar sepang sealam tiga hari ini adalah sebahagian dari siri publisiti yang dilakukan Airbnb untuk mempopularkan jenama mereka. Sebelum ini mereka mengubah sebuah kereta kabel menjadi hotel tergantung di Switzerland.

Serius Cool - Aqua Mermaid : Sekolah Mengajar Anda Menjadi Duyung (10 Gambar)


Duyung!

Adakah anda mahu menjadi duyung? Tak pedulilah versi Maya Karim atau Fasha Sandha. Haiwan mitos separa manusia dan ikan ini sudah menjadi bualan kelasi selama ratusan tahun. Actually they are just seacows. Tetapi jika anda semasa kecil melayan animasi The Little Mermaid dan mahu menjadi duyung for real kini ada AquaMermaid. Ianya sebuah sekolah yang mengajar anda menjadi seekor duyung. Anda akan diajar berenang dengan ekor buatan manusia. Ianya dibuka oleh Marielle Chartier Hénault di Montreal Kanada.Silalah ke Kanada jika mahu jadi duyung.  



Monday 23 March 2015

Serius Cool - LEAP : Perkhidmatan Bas Mewah Dengan Kedai Kopi Di Dalamnya (12 Gambar)


Cool Beans

Minggu lalu heboh seluruh negara apabila SPAD mengumumkan kenaikan tambang pengangakutan awam sekitar Lembah Klang. Kenaikan tambang dibantah oleh pengguna kerana dikatakan melampau sehingga ada yang mencecah 50%. Kemarahan semakin membuak-buka kerana ianya diumumkan hanya beberapa minggu sebelum GST dilaksanakan seluruh negara. Ramai yang berpendapat kenaikan tambang akan membebankan pengguna dan pada masa yang sama kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang masih lagi belum memuaskan.

Di San Francisco mereka mempunyai pilihan pengangkutan awam yang baik. Bagi menarik lebih ramai pengguna menaiki bas, perkhidmatan bas mewah oleh Leap dilancarkan. Berbeza dengan bas awam biasa, Leap menawarkan kerusi kulit, meja untuk komputer riba, WiFi dan juga kedai kopi di dalam bas mereka. Jumlah penumpang juga terhad dan masalah berhimpit-himpit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dapat dielakkan.Bayaran dilakukan melalui aplikasi peranti pintar. Apabila menaiki bas, terdapat pengimbas QR yang menggantikan tiket. Tiada pembayaran wang secara fizikal diperlukan. Bayaran tambang juga tiga kali ganda lebih mahal berbanding tiket bas biasa.


Sebuah idea yang memang di luar kotak. Adakah idea bas mewah dengan jumlah penumpang yang lebih rendah seperti Leap menarik minat anda? Secara peribadi kami rasakan kedai kopi terbina di dalam bas adalah agak melampau dan tidak praktikal.




Serius - Jambangan "Bunga" Yang Diperbuat Daripada Wang Kertas Di India (10 Gambar)


Kaya

Setiap kali Perdana Menteri diraikan oleh komuniti India di Malaysia, beliau akan menerima jambangan bungan gergasi sebagai tanda menghormati beliau. Amalan ini menerima kritikan sejak kebelakangan ini dkerana dikatakan membazir. Jambangan yang menelan belanja ribuan ringgit untuk dihasilkan kemudian akan dibuang selepas bunga segar yang digunakan mulai layu.

Di India mereka mempunyai amalan yang lebih swag dimana wang kertas dijadikan bahan asas menghasilkan jambangan bunga. Ianya digunakan ketika majlis perkahwinan sebagai cara memberikan wang hantara kepada pengantin. Ianya juga believe it or not diberikan kepada ahli politik sebagai hadiah. Yep. Nothing wrong with that. Trend terkini di India ialah menghasilkan jambangan wang yang diperbuat dari matawang asing seperti Dollar dan Euros. Ini dianggap lebih berprestij dari wang Rupee. 

Bank Pusat India kini memberikan amaran kepada orang ramai supaya mengentikan amalan ini. Wang kertas yang digunakan akan menjadi rosak selepas dilipat menjadi jambangan bunga. Kos menggantikan wang rosak dengan wang kertas baru dianggap membazir. Crazy world!



Serius - Rinsing : Bagaimana Menyara Kehidupan Dengan Mem Friendzonekan Lelaki


Pisau Cukup Saiber

Pisau cukur ialah nama kurang enak yang diberikan kepada wanita yang menggunakan lelaki kaya untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Sebagai ganti kepada hadiah dan wang mereka akan meniduri lelaki berkenaan. Tetapi kini ada cara baru untuk menyara hidup dengan mem-Friend Zonekan lelaki diberi nama Rinsing. Berbeza dengan pisau cukup, mereka yang melakukan Rinsing tidak akan meniduri lelaki yang "menyara" hidup mereka. Teknik yang bagus untuk memperbodohkan lelaki yang kaya tetapi desperado.

Serius Cool - Volkswagen Camper 1965 Edisi Limosin (10 Gambar)


Hipster Luxury

Volkswagen Camper ialah van yang paling digilai hipster kerana ianya cool dan retro pada waktu yang sama. Camper (ataupun Combi) mula dihasilkan sejak 1950. Ianya masih dihasilkan tetapi rekaan dari tahun 1950-60an adalah yang paling dicari penggemar Camper kerana rekaan old skool. Pengeluaran model rekaan lama ini dihentikan pada tahun 2013 selepas kilangnya ditutup di Brazil.

Jika anda mahukan kelainan anda boleh mebida Volkwagen Camper 1965 yang diubahsuai menjadi sebuah limosin di bawah. Dua tubuh Camper disambung bagi menjadikan sebuah limosin. Harga jualan adalah USD 220000 (RM 811 00) sebuah



Serius Cool - Model Miniatur Motosikal Yang Teprperinci Oleh Perre Terago (20 Gambar)


Nice!

Pere Tarrago ialah seorang pembina model motosikal dari Itali. Motosikal pada skala 1:5 beliau bukan sahaja nampak seperti motosikal sebenar tetapi dibina penuh terperinci. Sistem suspensi, disc brake dan juga lampu setiap miniatur beliau berfungsi like the real thing. Secara purata setiap model motosikal yang dihasilkan beliau memerlukan diantara 250-400 jam untuk disiapkan. Ini memang kerja yang bukan untuk kami kerana kami tidak mempunyai kesabaran!



Thursday 19 March 2015

Serius LOL - Paparan Gangguan Siaran ASTRO Yang Rare


First

Tak pernah nampak ni sampai lah tadi. New!


Serius Cool - Basikal Kanopi Hutan Di Mashpi Lodge Equador (12 Gambar)


Cool

Di Sabah ada jambatan gantung kanopi Lembah Danum yang menakjubkan. Tetapi sekiranya anda tidak gayat dan lebih adventuorous anda boleh ke Ecuador. Di sana ada Mashpi Lodge yang membenarkan pelawat menaiki basikal kanopi bagi melihat pemandangan hutan dari ketinggian 196 kaki. Pelawat mengayuh sendiri basikal yang mampu memuatkan dua penumpang tergantung ini di atas laluan sepanjang 656 kaki. Tarikan yang menarik. Kalau ada di taman negara bagus juga kerana ianya unik. 



Serius Cool - Bilik Menghisap Rokok Yang Stylo Di Jepun (7 Gambar)


Smoke in Style

Menghisap rokok ialah amalan yang bodoh. Tetapi kalau dah ketagih benda haram nak buat macam mana. Kalau di airport ada smoking room khas untuk penagih tembakau. Sadly bilik smoking di KLIA sangat sadis dan bangang. The best one kami pernah try ialah di Schipol Belanda. Stylo abis dengan sistem pengudaraan yang world class. The worst one ialah di Thailand. Masuk dalam tu rasa macam masuk gas chamber. Di Jepun ada sebuah bilik sapkoklue yang stylo. Ianya mempunyai rekaan kayu yang moden dan memastikan penghisap rokok dapat hisap dengan selesa. If you wanna die, might as well die in stylo places.



Serius - Trailer Filem Seram Insidious Part 3


Angker

Yeah Insidious Part 3. Why? Because we all like horror movies!




Serius Kreatif - 14 Seni Jalanan Ernest Zacharevic Yang Mungkin Tidak Pernah Anda Lihat


Art

Ernest Zacharevic ialah artis Lithuania yang menjadikan Pulau Pinang sebagai kanvas peribadi beliau. Terdapat puluhan hasil kerja beliau di Pulau Mutiara dan kalau buka Instagram ramai yang bergambar dengan karya beliau. Di bawah ialah beberapa lagi karya beliau yang mungkin anda tak tahu kewujudannya. Ini dalah koleksi seni jalanan beliau di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Lithuania. 




Serius Hot - Olivia Wilde Untuk H&M (8 Gambar)


HOT!

Olivia Wilde. Under rated beauty yang masih hot walaupun kini mejadi seorang ibu. Ini foto terkini beliau memperagakan pakaian terbaru H&M edisi Conscious. Kesemua bahan menghasilkan pakaian Conscious diambil dari sumber yang adil kepada pekerja. Or so they said. 



Wednesday 18 March 2015

Serius Cute - Pensyarah Comel Digunakan Bagi Mengajar Bahasa Inggeris Di Korea Selatan (7 Gambar)


K-English

Belajar bahasa asing bukanlah mudah. Kena bermula dari muda kalau tidak bila dah tua sukar nak masuk kepala pasal dah bengap. Di Korea Selatan kelas belajar Bahasa Inggeris semakin popular. Di dalam pasaran yang kompetetif pelbagai cara digunakan bagi menarik pelajar. Laman mengajar bahasa inggeris online Goddess of English menggunakan teknik keji menggaji pensyarah comel. Pensyarah comel ini dipilih kerana majoriti pelanggan khidmat Goddess of English adalah pemuda berusia awal 20an. Memang comel. Tetapi to be honest kami di sekolah dulu takde cikgu comel pun untuk subjek BI. Still end up ok.



Serius Cool - Rekaan Bas Elektrik Sepenuhnya Pertama Malaysia Untuk BRT Sunway (13 Gambar)


Go Planet!

Tahun lalu kami ada paparkan rekaan konsep untuk sistem Bus Rapid Transit Sunway. Projek laluan bertingkat khas untuk bas ini sudah dijalankan sejak 2012 dan akan mula beroperasi bulan Jun ini. Semalam RapidKL memperlihatkan bas yang menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik untuk laluan BRT Sunway. Laluan ini akan mempunyai 7 buah stesen yang apabila siap sepenuhnya akan menyambunga stesen Komuter Setia Alam dan stesen LRT USJ 7. Stesen USJ 7 dijangka siap pada tahun 2016

Bas elektrik pertama di Malaysia ini mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam dan membawa 65 penumpang sekaligus. Terdapat kemudahan untuk golongan OKU berkerusi roda juga. Sistem BRT ini dijangka dapat memgurangkan kesesakan di Bandar Sunway dan Subang Jaya yang kini sudah mencecah tahap legendary. Kini boleh pergi ke Sunway Lagoon dan Pyramid tanpa perlu rage quit tak ada parking!



Serius LOL - Een Maal : Restoran Hanya Untuk Forever Alone Di Belanda (10 Gambar)


Arone and Ronery

Tak semua orang suka makan dengan kawan. Ada yang gemar makan berseorangan pasal tidak ada gangguan dan memang seorang loner. Jadi jika anda individu sebegini restoran Een Maal di Belanda adalah tempat idalam ini. Ianya ilham Maria Van Goor yang mahukan restoran yang khas untuk mereka yang gemar menyendiri. Di restoran biasa mereka yang makan berseorangan dipandang serong kerana nampak seperti kera sumbang. di Een Maal makan bukan sahaja berseorangan malah hanya satu kerusi disediakan di setiap meja

Nama Een Maal bermaksud One Meal dalam bahasa Belanda. Lokasi restoran ini berubah-rubah setiap bulan bagi memberikan style hipster nak mampus. Hanya 10 meja diletakkan di setiap venue dan mereka bercadang membuka cawangan di London , Berlin dan New York

Seperkara lagi restoran ini tidak mempunyai WiFi dan pelanggan digalakkan supaya tidak mennggunakan telefon pintar ketika di dalam premis. Sebaliknya mereka menggalakkan pelabggan membawa buku untuk dibaca. Hipster level 99999 dan pastinya akan ditiru di Malaysia kelak. 



Serius Cool - Eskalator Berputar Setinggi 7 Tingkat Di China (7 Gambar)


Awesome

Eskalator biasanya dibina lurus bagi menyambungkan dua tingkat bangunan. Jadi ada limitasi ruang untuk meletakkan eskalator. Tetapi bagi Mitsubishi ini bukan halangan kerena mereka satu-satunya syarikat di dunia yang menghasilkan eskalator berputar. Terkini mereka memasang dua set eskalator berputar setinggi 7 tingkat di  puast membeli belah New World Daimaru yang terletak di Shanghai. Awesome. 




Serius LOL - Lagu Cristiano Ronaldo Yang Catchy


Zoooooooooooooo!

Nice song. Still a better love song than Kpop 24:7.


Serius - Rope Jumping : Kerana Bungee Tidak Lagi Cukup Menakutkan (8 Gambar)


Woah!

Lompatan Bungee yang berasal dari New Zealand kini sudah mainstream. Mengikat diri di hujung tali yang kenyal kini sudah dianggap alah bisa tegal biasa oleh beberapa peminat sukan lasak. Oleh itu sukan Rope Jumping diperkenalkan bagi menaikkan keghairahan melompat dari tempat tinggi. Berbeza dari Bungee, tali yang tidak anjal digunakan. Lompatan anda diperlahankan menggunakan sistem takal. Renjatan lebih keras dan teras lebih nak arwah apabila melompat. Adakah anda berani?



Serius Cool - Kapal Terbang Kawalan Jauh Bersaiz Gergasi (15 Gambar)


Wow

Kapal terbang kawalan jauh biasanya bersaiz kecil. Semasa kami masih tiada bulu pubis kapal terbang kawalan jauh ialah sesuatu yang tidak mampu kami miliki. Kami hanya mampu membeli Transformers, LEGO, Starcom, GI Joe, LASY, MASK, Sega Megadrive, Nintendo Famicon dan juga Voltron. So it wasn't that bad. Tetapi nampaknya dalam golongan peminat kapal terbang kawalan jauh ada yang tak berpuas hati dengan pesawat berskala kecil. Maka kapal terbang kawalan jauh berskala gergasi dibina and dayyum they are so damn great. Epic! Sipa dengan enjin jet miniatur yang berfungsi. Do want!



Tuesday 17 March 2015

Serius Cool - Motosikal Terkini Daryl Dixon The Walking Dead (10 Gambar)


Zomba

Kami tak menonton siri tv Mati Berjalan kerana kami tak ada masa nak menonton TV. Terlalu sibuk menyalurkan wang ke bank Cayman dan menyorokkan jejak duit yang ingin dicuci. Tetapi kami tahu watak Daryl Dixon mempunyai sebuah motosikal yang bad ass. Musim terkini Walking Dead memperlihatkan motosikal terkini watak lelaki yang gemar menggunakan busur silang ini. Ianya sebuah motosikal Classifed Moto custom yang mengubahsuai sebuah Honda CB750 Nighthawk 1992. Jika Walking Dead ialah siri TV melayu agaknya motor apa yang akan digunakan. Kami rasakan Hond EX5 pasti menjadi pilihan. Tahan lasak. Low maintenance dan mudah diperbaiki bila rosak.


Serius Konsep - SALT : Kapal Layar Mewah Moden (9 Gambar)


Stylo

Kapal layar mewah mempunyai reka bentuk yang default. Same old hull. Same old gunwale and same old deck. Jadi rekaan yang lebih moden diperlukan bagi memberikan suntikan baru kepada dunia kapal layar mewah. SALT ialah konsep kapal layar mewah moden rekaan Lujac Desautel. Rekaan SALT dipenuhi dengan permukaan kaca bagi membolehkan penumpang melihat persekitaran dengan lebih mudah. Terdapat juga dek sisi yang melunjur terus ke permukaan laut apabila sauh dilabuhkan. Nampak lebih seperti rumah terapung dari sebuah kapal layar. 



Serius Sadis - Industri Sabung Ayam Yang Bernilai Berbillion Dollar Di Filipina


Sabung

Tahukah anda sabung ayam adalah dianggap sebuah sukan di Filipina dan menjana berbillion dollar setahun. Peminat sukan kejam ini akan berjudi seperti melakukan taruhan sukan tinju. Mari lihat bagaimana "atlet" sabung ayam dilatih sebelum bertanding di gelanggang. Setiap tahun 30 juta atlet berkaki dua ini akan terkorban ketika bersabung di dalam gelanggang. Sadis! Sebuah dokumentari menarik.




Serius Cool - Starbucks Diperbuat Daripada Kontena Terpakai (9 Gambar)


LOL Chaiwalla

Di Malaysia kita ada Chaiwalla Container Coffee yang membuka kiosk di dalam kontena terpakai. Nampaknya di Amerika Syarikat franchise terkemuka Starbucks juga membuka kedai dengan konsep yang sama. Starbucks di Tukwila ini mempunyai keluasan 450 kaki persegi dan diperbuat daripada kontena terbuang. Ia lengkap dengan drive thru. Looks cool  



Serius Cute - 8 Rekaan T Shirt Hello Kitty Untuk Lelaki


Kawaii For Men

Hello Kitty kita kaitkan dengan gadis-gadis yang gemar benda comel. Kucing tanpa mulut milik Sanrio ini sudahpun mempunyai line of clothing, make up, pewangi, hotel butik dan juga kapal terbang. Kini mereka mahu tap into pasaran lelaki pula dengan rekaan t shirt mesra jantan. Anda setuju ianya lebih maskulin?



Monday 16 March 2015

Serius WTF - 17 Rekaan Basikal Yang Paling Aneh


Bikes

What the hell? Inilaha ungkapan paling cocok bila melihat rekaan basikal aneh di bawah. Seriously WHAT?



Serius Cool - 13 Rekaan Kereta Kebal Salji Dari Russia #2


русский танк

Setiap tahun manly man mother Russia akan membina kereta kebal salji. Why? Because it is more awesome than building Olaf the snowman. Ini adalah kesinambungan kepada entri kereta kenal salji yang kami paparkan pada tahun 2013



Serius Kreatif - 12 Aksesori Wanita Yang Dihasilkan Dari Rambut Pesakit Kenser Menjalani Kemoterapi


Sad

Apabila seseorang menjalani rawatan kemoterpi untuk kanser, kesan sampingannya ialah rambut akan mengalami keguguran. Bagi seorang lelaki menjadi botak maybe not such a big deal. Boleh nampak cool macam Zidane, Pierluigi Collina dan Aswami Ani. Tetapi bagi wanita kehilangan mahkota pastinya traumatik. Oleh sebab itu bagi membantu wanita yang botak akibat rawatan kanser, Sybille Paulsen menghasilkan aksesori dari rambut yang gugur. Rambut yang gugur dijadikan bahan asas aksesori beliau. Ada yang disulam menjadi tali dan ada yang dikekalkan dalam bentuk asal menjadi rantai chuncky yang classy. Idea yang cool dan menggunakan semula rambut yang selalunya terbuang.



Serius Klasik - Apa Terjadi Apabila Artis Profesional Menggunakan Photoshop 1.0


Old Skool

Adobe Photoshop sudah berusia 25 tahun. Kini ia digunakan untuk menghasilkan doctored photo politician dan artis dalam keadaan bogel. Pada masa yang sama Photoshop juga digunakan oleh ahli politik melayu untuk melakukan type crime serta ugly ass banners dengan kepala Najib setinggi 7 kaki apabila melawat kawasan. Such a shame. Kesemuanya bermula dengan Photoshop 1.0 yang dikeluarkan pada  19 Februari 1990. Ianya dicipta oleh John dan Thomas Knoll. Apakah terjadi apabila artis moden dipaksa menghasilkan karya mereka menggunakan versi asal Photoshop? Inilah video yang dihasilkan.




Serius Konsep - Tricentennial Tower : Menara Dengan Gondola Berputar Di New Orleans (6 gambar)


Pusing

Banyak kota-kota besar kini mempunyai roda Ferris untuk memberikan pemandangan kota merea dari vantage point yang tinggi. Di Singapura ada Flyers dan di China ada Tianjin Eye. Di Malaysia ada..... of nevermind. Di New Orleans sempena menyambut ulang tahun penubuhan bandaraya ini yang ke 300 mereka mahu membina Tricentennial Tower

Ia menara setinggi 320 kaki dan mempunyai sistem gondola berputar yang menarik. Gondola bergerak di atas dua trek berjembar dan berpusing bagi memberikan pemandangan 360 bandaraya ini. Di atas menara terdapat muzium yang menceritakan sejarah penubuhan bandaraya kelahiran Brad Pitt ini. Nampak cool. Better than Eye of Malaysia for sure. 


Serius Cool - Kereta Polis Rolls Royce Phantom Di Abu Dhabi (9 Gambar)


SWAG

Polis Abu Dhabi memang mewah dan mereka menggunakan kereta berprestasi tinggi yang dibawa oleh anak orang kaya Malaysia sebagai kereta peronda. Ferrari? Only good enough to patrol the streets. Porshe? Guna untuk kawal trafik lepas solat jumaat. Tetapi kini mereka go one step SWAGGER dengan mengubah sebuah Rolls Royce Phantom menjadi kereta peronda juga. Why? Coz Arabs live in a weird reality where everything can be transformed into a police car. Maybe lepas ini Maybach dan Pagani Huayra pula. Why the hell not. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails