Friday, 31 October 2014

Serius Konsep - Menara Berkembar Dubai Bakal Mengalahkan Menara Petronas (12 Gambar)


RIP Petronas Tower 

Menara Berkembar Petronas kehilangan takhanya sebagai menara tertinggi dunia pada tahun 2003 kepada Taipei 101. Sungguhpun begitu Malaysian masih cool face kerana ianya masih kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Takhta ini juga nampaknya bakal diambil alih sekiranya projek Dubai Harbor Creek menjadi realiti. Projek mega ini bukan sahaja akan mempunyai menara berkembar tertinggi di dunia malah menjadi kawasan perumahan untuk 35 000 penduduk dan 11 buah hotel. Projek ini bakal dimulakan tahun hadapan tetapi masih tiada maklumat penuh tentang ketinggian rasmi menara berkembar yang bakal dibina dan kos pembinaa. So enjoy it Malaysia while we still can.



Thursday, 30 October 2014

Wednesday, 29 October 2014

Serius LOL - #OhMyMalay : Innalillah Bahasa Malaysia


Facepalm

God... this is just tragic!


Serius Cool - MSI AG270 2QC : Komputer All In One Untuk Gamer Tegar (9 Gambar)


Sizzling

Dunia permainan komputer terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu penggemar permainan aplikasi  mobil, pemain konsol dan bangsa terpilih PC. Kami boleh katakan kami tergolong di dalam kumpulan kedua kerana untuk menjadi bangsa terpilih PC kami memerlukan dana yang banyak untuk membeli PC yang terbaik. Spesifikasi minima melampau untuk Assassin’s Creed Unity membuatkan kami menyerah kalah untuk menjadi seorang pemain PC tegar. Komputer AIO yang semakin banyak di pasaran sekarang selalunya bukanlah platform terbaik untuk bermain permainan PC. Spesifikasi kasi komputer semua dalam satu ini tidak tinggi dan mensasarkan golongan yang mementingkan kemudahan dari pengguna PC biasa. 

Tetapi pihak MSI merasakan sudah ada pasaran untuk AIO berprestasi tinggi untuk golongan gamer. AIO AG270 2QC keluaran mereka dilengkapi pemproses Intel Core i7 dan kad grafik Nvidia GeForce 970M (6 GB) . Turut melengkapi spesifikasi AIO berkuasa tinggi in ialah RAM sebesar 12 Gigabyte, muatan dalaman SSD 128 GB, muatan dalaman HDD 1 Terabyte dan skrin LED 27″ HD Penuh. Program Xsplit Gamecaster turut disertakan yang membolehkan pengguna melakukan penstriman permainan secara terus ke internet serta merakam permainan dan kamera web sekaligus. Harga jualan bermula dari 2500 Dollar (RM 8180) sebuah. Harga yang sangat mahal tetapi jika anda mahukan meja yang kemas tanpa wayar berselirat, AIO berkuasa tinggi ini pastinya ada di alam senarai perlu anda miliki.



Serius Cool - Book Safe : Tempat Menyimpan Barang Berbentuk Buku (7 Gambar)


Selamat

Treu story. Beberapa tahun yang lalu rumah seorang teman dirompak dan banyak alatan elektrik beliau dicuri. Tetapi beliau bernasib baik kerana beliau menyimpan wang dan barang kemas di belakang rak buku. Pencuri tidak memeriksa bahagian belakang rak buku! Oleh itu jika anda mahu tempat simpanan barang yang selamat anda boleh membeli Book Safe di bawah. Ia kelihatan seperti sebuah kamus. Do want.



Serius Cool - Alpha Movement : Mari Bertrampolin!


Nice!

Dah ada taman trampolin di Malaysia. Kalau tak gemok dan aku fit nak mampos memang dah pergi main. Sadly I am neither. I go eat McD now to assuage my sadnes.


Serius Cool - 46 Ford Trike : Motosikal Roda Tiga Berenjin Kereta (11 Gambar)


Style

Motosikal berenjin kereta bukan lagi perkara aneh. Di Amerika Syarikat ada sebuah motosikal custom yang menggunakan enjin sebuah Dodge Viper. Hari ini mari lihat sebuah motosikal road tiga yang juga custom menggunakan enjin V8. 46 Ford Trike diperkasakan enjin V8 sebuah trak Ford. Roda belakang sebesar 17" adalah roda kereta manakala roda hadapan sebesar 21". Ianya dibina pada tahun 2006 dan mempunyai elemen kereta hot rod Amerika Syarikat. Looks good too if I may say so myself. 



Serius Cool - Bell & Ross BR-X1 : Tribut Kepada Pesawat Supersonic Pertama (10 Gambar)


Vroom!

Bell & Ross ialah jam tangan mewah yang terkenal dengan rekaan muka jam menyerupai tolok pada kokpit pesawat. Rekaannya nampak angkuh dan liar serta sangat manly. Bell & Ross BR-X1 ialah jam tangan terkini mereka yang dicipta sebagai tribute kepada Bell X1, pesawat pertama yang menerobos kelajuan bunyi pada tahun  1946. Jam tangan Bell & Ross BR-X1 diperbuat daripada titanium dan dijual pada harga Euro 15 000 (RM 62 500) . Hanya 250 jam tangan terhad ini akan dihasikan. Nasib baik kami miskin bandar dan layak menerima subsidi petrol. Kalau tidak memang kami dah beli. Sangat stylo!


Tuesday, 28 October 2014

Serius Hot - Cikgu Deng Yuanyuan : Cikgu Biologi Cantik Dari China (12 Gambar)


Nice

Ini bukan Cikgu Suraya ini Cikgu Deng Yuanyuan. Beliau ialah seorang cikgu Biologi dari sebuah sekolah di Jinlin China. Cikgu ini bukan sahaja cantik tetapi seorang tenaga pengajar yang bagus. Dilaporkan kelas beliau tidak pernah mengalami masalah ponteng ataupun pelajar tidur. Dengan ketinggian 180 cm beliau juga layak menjadi seorang model jika mahu. 



Serius Cool - Casing - Casing Komputer Buatan Sendiri Yang Kreatif (15 Gambar)


Nice!

Bukti kukuh kenapa PC Master Race adalah lebih power dari console peasents.



Serius Cool - Epo : Basikal Moden Untuk Manusia Moden (9 Gambar)


Style

Bentuk basikal tidak banyak berubah sejak puluhan tahun. Kini ada basikal roda tiga, basikal berbaring dan basikal roda dua yang banyak dilihat di jalan raya. Kini ada Epo, sebuah basikal rekaan Edward Schiller yang berasal dari Belanda. Beliau menghasilkan basikan dengan fork hadapan dan belakang sebelah batang. Nampak seperti sebuah basikal futuristik. Rantai besi juga digantikan dengan rantai getah yang tidak mudah membahan anggota badan yang tersekat. Epo memang stylo dan jauh lebih cool dari Fixie.



Serius LOL - Kereta Sorong Extreme : Kerana Skateboard Terlalu Mainstream


Skillz!

Ini harus jadi sukan baru X-Games

Serius LOL - Pemegang iPhone Paling Kreatif


Nice!

Ini namanya menggunakan teknologi lama untuk teknologi baru!


Serius Cute - Katil Pikachu Dan Snorlax Gergasi (9 Gambar)


Kawaii

Pokemon, jutaan orang dewasa sekarang membesar dengan menonton siri anime ini. Jutaan juga belajar bermain sabung Pokemon adalah versi halal sabung ayam yang pernah dilakukan oleh datuk nenek mereka. Pokomen mungkin tidak sepopular dahulu tetapi produk mereka masih lagi mampu menarik perhatian kami. Di bawah ialah katil berbentuk Pikachu dan Snorlax. Awesome stuff. Amoi sold separately! 



Serius Cool - 10 Peserta Pertandingan Janggut Dunia Yang Membuatkan Wak Doyok Nampak Amatur


Epic Beard

Wak Doyok ialah mamalia berjanggut paling terkenal di Malaysia. Janggut beliau menjadi bahan pujian peminat dan bahan ketawa pembenci. Thing is jika dibandingkan dengan janggut peserta Men World Beard and Moustache Championship yang berlangsung di Portland Oregon hujung minggu lalu, janggut Wak Doyok nampak sangat amatur. Seramai 300 orang peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan beardo paling epic dunia. Di bawah ialah seleksi beberapa peserta dengan janggut terbaik.



Serius VS - Filem Sebelum Dan Selepas Kesan Khas (14 Gambar)


VFX

Kesan khas kini adala peeara biasa di dalam filem. Mari kita lihat rupa filem sebelum elemen kesan khas dimasukkan.  



Serius Klasik - Nord 500 : Tiltrotor Filem Avatar Versi Sebenar (9 Gambar)


1967

Bell V 22 Osprey kini digunakan Marin Amerika Syarikat dengan jayanya. Ketika operasi ketenteraan bersama dengan TUDM baru-baru ini sebuah Osprey digunakan and damn was it nice. Tetapi sebelum teknologi ini digunakan dengan jayanya hari ini beberapa pesawat eksperimental dihasilkan bagi membuktikan teknologi ini boleh digunakan secara komersial. 

Nord 500 dari Perancis ialah salah sebuah pesawat aneh yang dihasilkan bagi menguji teknologi ini. Dua prototaip dibina pada tahun 1967 dan ianya diperkasakan denga 2 buah enjin. Enjin-enjin ini memutarkan dua buah kipas berdiameter 1.5 meter. Selepas beberapa ujian dilakukan program dihentikan pada tahun 1971. Tiada alasan diberikan tetapi yang pasti pesawat ini sangat menyerupai helikolpter/kapak terbang Aerospatiale SA 2 Samson dari filem Avatar. Interestingly syarikat Nord ini tidak lagi wujud dan dibeli oleh Aerospatiale di dunia sebenar. Jadi kami yakin James Cameron mendapat inspirasi untuk pesawat selepas melihat Nord 500. 



Monday, 27 October 2014

Serius LOL - Mat Rempit VS Polis : Ini Keangkuhan Rempit Sebenar


Owned

Bila orang ramai keliling kita .. bawak wheelie tunjuk belang. Tapi bila sorang-sorang pengecut pemalu macam semua orang. Still funny though. 

Serius Fakta - 15 Pelakon Suara Animasi Terkaya Di Dunia


Siapa No 1?

Di Malaysia kita semua kenal suara Doraemon dan Nobita. Tetapi berapa ramai tahu nama pelakon alih suara animasi Jepun ini? I don't. Di bawah ialah 15 pelakon suara animasi yang paling kaya di dunia. Maybe when I was younger I shoulda aimed to be a voice actor!



Serius Cool - Fridge Magnet Dari Filem, Animasi Dan Siri TV Kegemaran Anda (13 Gambar)


Cool Beans


Apabila kami ke luar negara benda yang dipesan oleh saudara mara dan isteri kami ialah fridge magnet. Kami tak berapa minat fridge magnet dunia sebenar tetapi jika fridge Impossible Magnets dunia fantasi filem, animasi dan TV rekaan Miguel Sousa dan Heymikel di bawah ada dijual kami akan beli kesemuanya! King's Landing for the win! 



Serius Cool - Seni Jalanan Yang Menarik Di Turki (9 Gambar)


Art

Pejac ialah seorang artis jalanan yang berasal dari Sepanyol. Sebelum ini kami paparkan hasil karya beliau di Kota Paris. Kali ini mari lihat karya beliau di Turki. Anda boleh ikuti karya beliau di laman Instagram rasmi disini



Serius Cool - Replika Hidden Blade Assassin's Creed Unity (8 Gambar)


Killer!

Another year and another Assassin's Creed game! Dua minggu dari sekarang kesinambungan kepada Assassin's Creed IV Black Flag iaitu AC Rogue akan dijual. Seperti tahun lalu replika Hidden Blade akan dijual oleh pihak Ubisoft. Berbeza dengan pisau siluman Black Flag, pisau pembunuh untuk Rogue boleh menembak anak panah mini. Harga jualan ialah USD 59.99 (RM 196)  dan boleh dipesan disini. Awesome!



Serius Cool - Rumah Terapung Ketika Banjir Di Britain (10 Gambar)


Swimming Home

Kerana Britain negara yang banyak berbuat dosa dan mempunyai pesta arak, setiap tahun banjir yang melanda bumi kelahiran Wayne Rooney ini semakin teruk. Warga Britian yang duduk berhampiran sungai adalah yang paling sengsara kerana paras air yang naik. Oleh sebab itu rekaan rumah baru di atas tapak kawasan banjir harus dilakukan. Kalau di Malaysia kita pasti akan membina rumah berkaki macam rumah Melayu tradisional. Tetapi firma arkitek Baca membina sebuah rumah yang mampu terapung mengikut paras air. Apabil banjir berlaku ia akan terapung tetapi masih boleh berfungsi seperti rumah biasa tanpa gangguan. Idea yang cool tetapi to be honest bina rumah atas stilt lebih praktikal.



Saturday, 25 October 2014

Serius Cool - Engineering Porn : Bagaimanakan Sebuah Jam Patek Philippe Dihasilkan


Ketelitian

Tahun in ialah ulang tahun Patek Philippe yang ke 175. Oleh itu jam tangan Patek Philippe Grandmaster Chime Ref. 5175R dihasilkan dan ianya merupakan jam tangan paling complicated dihasilkan oleh mereka. Ia mempunyai dua wajah dan sistem loceng. Harga jualan seutasGrandmaster Chime Ref. 5175R ialah 2.5 Juta Swiss Francs (RM 8.6 Juta). Hanya 7 dihasilkan dan 6 telahpun dijual. Sebuah jam akan disimpan di muzium Patek Philippe di Switzerland. Amazing stuff! 

Serius LOL - Percuma Satu? : Math Fail Tahap Epik


Lies

Percuma Abah kau!


Serius Cool - Type 10 : Kereta Kebal Utama Jepun (15 Gambar)


Boom!

Type 10 ialah kereta kebal utama negara Jepun yang mula beroperasi sejak 2012. Ianya dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dan menggantikan type 90 yang sudah beroperasi sejak 1989. Type 10 mempunyai sistem pertahanan yang lebih moden,armor terkini dan hampir 10 tan lebih ringan berbanding Type 10. Senjata utamanya masih meriam Smoothbore 120 mm yang digunakan pada Leopard 2,M1A2 dan K1 Korea Selatan. Kereta kebal moden ini dibina bagi mempertahankan Jepun dari serangan China, Russia dan Korea Utara yang dilihat semakin agresif sejak 10 tahun yang lalu. Keunikan kereta kebal ini terletak pada sistem suspensi dan gear. Ia boleh bergerak kehadapan dan kebelakang pada kelajuan maksimum 70 kilometer sejam. Sistem suspensi hidrauliknya pula membolehkan ia "duduk" bagi mengurangkan ketinggian di dalam posisi pertahanan. Sebanyak 66 Type 10 sudah dibina dan when WW3 eventually's hits the fan, it will stand toe to toe against Russia's T 90 and Chinas Type 99. Yep semua nama kereta kebal ada 90. Kematian pula pasti over 9000.



Serius Cool - Figura Daryl dan Motosikal Chopper Dari The Waking Dead (9 Gambar)


Vroom!

Kami ada ramai kawan yang mengatakan The Walking Dead ialah siri TV yang best. Kami tak pernah tengok kerana sedang binge watching The Wire. Tetapi kami tahu watak Daryl Dixon ialah antara watak paling popular. Ini ialah figura aksi beliau dan motosikal Chopper yang digunakan di dalam siri TV Walking Dead. Nampak nice. Harga jualan ialah USD 45 (RM 147) sebuah. Anda turut menerima panah silang yang digunakan beliau. 



Friday, 24 October 2014

Serius VS - Perubahan Masjidil Haram Dari 1840 Hingga Sekarang (12 Gambar)


Kecil ke besar 

Bagaimanakah saiz dan rupa masjidil haram berubah dari awal kurun ke 19 sehingga sekarang. Banyak sebenarnya dan perbezaan saiz kompleks ibadah ini memang menakjubkan. Cuba lihat rekaan sekarang dengan rekaan akhir yang bakal siap pada tahun 2020.



Serius Fakta - 10 Pembunuh Paling Kejam Di Dalam Sejarah Filem Seram


Killer!

Siapakah pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah filem seram barat? Freddy? Jigsaw? Baca infografik ini ketahuinya



Serius Cool - MG 1/100 MSN-04 Snow Sazabi - Custom Build (13 Gambar)


Epic

MG MSN-04 Snow Sazabi ialah robot yang dipandi Char Aznable. Ianya sepatutnya bewarna merah terang. Tetapi di tangan The Gundam Guys figura plastik ini diberikan custom paint job dan senjata tambahan. Nampak 1000 times more bad ass!



Serius Indo - The Great Garuda : Projek Mega 485 Trillion Rupiah Di Jakarta (6 Gambar)


Garuda!

Perubahan cuaca medadak mengakibatkan berlakunya iklin aneh di seluruh dunia. Inilah penyebab berlakunya puting beliung di Malaysia minggu ini dan bukannya kerana adanya pesta anjing. Yes people it is all science and we have been warned about freak weather for years. Tetapi tidak ramai yang peduli kerana who gives a shit right. Di Indonesia pemanasan cuaca dunia megakibatkan paras air laut meningkat. Sebagai sebuah negara dengan ribuan pulau, ini amat merisaukan kerajaan Indonesia. Di Jakarta masalah yang paling besar ialah ianya semakin tenggelam akibat kombinasi kenaikan paras air laut dan tanah yang tenggelam akibat penyedutan akuifer kotaraya ini sendiri. Dianggarkan 40 peratus tanah di Jakarta yang mempunyai 10 Juta penduduk kini berada di bawah paras laut. Yang menghalang kawasan ini dari ditenggelami air ialah benteng air yang telah dibina. Malang sekali benteng yang sedia ada tidak lagi memandai kerana kota ini tenggelam pada kadar dianatra 2.9 - 6.7 inci setahun!

Projek The Great Garuda ialah antara projek yang mungkin boleh menyelamatkan Jakarta dari terus tenggelam. Projek bentenga laut gergasi ini akan mengambil masa 30 tahun untuk disiapkan. Apabila siap kelak 17 buah pulau baru akan dibina berhampiran Jakarta dan ia akan menghalang air laut dari membanjiri kota ini. Projek ini direka dengan kepakaran syarikat Belanda. Belanda ialah negara yang sudah berdekad membina leevee bagi menghalang negara mereka dari tenggelam. Jika projek ini menjadi realiti sebuah pulau berbentuk Garuda gergasi akan dapat dilihat dari angkasa.Ianya juga akan menempatkan kawasan kediaman untuk 1 Juta penduduk. Kos pembinaan pula akan mencecah 485 Trillion Rupiah (USD 40 Billion). Expensive!



Serius Sadis - Kejam : Unta Dipotong Kaki Digunakan Untuk Meminta Sedekah Di China (8 Gambar)


Kejam la siak

Di Malaysia kanak-kanak kecil digunakan untuk menagih simpati oleh pengemis. Anak-anak kecil ini dijadikan prop oleh pengemis dewasa dan kerap kali dilihat dalam keadaan tidur. Dari pembacaan kami majoriti kanak-kanak malang ini diberikan ubat batuk supaya tertidur. Ini adalah teknik keji. Sama keji juga "pusat tahfiz" yang menggunakan anak yatim untuk menjual CD di stesen minyak dan RnR. Really evil sumbitches. 

Di China ada sebuah taktik baru yang digunakan oleh pengemis bagi mendapatkan lebih banyak kutipan dari orang ramai. Mereka menggunakan unta yang kakinya dipenggal sendiri oleh mereka sebagai prop untuk meminta sedekah.Orang ramai yang kasihan dengan apa yang mereka lihat akan menderma dengan lebih banyak. Taknik tidak berperi kemanusiaan ini dikesan di Fuzhou dan dilakukan oleh sindiket jenayah terancang. Pengemis yang menggunakan unta yang dicantas kakinya ini dikatakan mampu mengutip sehingga RM1000 (RM540) sehari. Sungguh kasihan dan kejam!



Serius Cool - Power Mac G5 Dikitar Semula Menjadi Perabot (11 Gambar)


Cantik

Power Mac G5 ialah komputer Macintosh yang cantik. Rekaan casing aluminium komputer ini menjadi ikutan pengguna PC. Ianya dihasilkan dari tahun 2003 sehingga 2006. Ianya kini digantikan dengan MacPro yang juga mempunyai rekaan yang cantik. Jadi apakah yang berlaku kepada G5 yang tidak lagi releven di dunia moden? Bagi Klaus Geiger yang berasal dari Jerman, casing laman G5 sangat sesuai dikitar semula menjadi perabot pejabat. Have to admit they do look awesome. 



Serius Kreatif - Seni Tattoo Realistik Valentina Ryabova (15 Gambar)


Art

Cacah adalah haram tetapi we can appreciate good art can we whatever form it may be. Kalau bercakap tentang pencacah wanita popular nama pertama yang keluar adalah Kat Von D. Cacah beliau nampak realistik seperti gambar. Kami menemui seorang lagi pencacah wanita yang bukan sahaja berbakat tetapi good looking. Di bawah ialah cacah yang dihasilkan oleh Valentina Ryabova yang berasal dari St Petersburg Russia. Sila follow akaun Instagram beliau untuk melihat lagi karya-karya beliau. Amazing stuff.



Serius Cool - Trailer Insidious Chapter 3


Booo

Seperti Annabelle nampaknya Insidious juga kembali kepada prequel format. Seriously?

Thursday, 23 October 2014

Serius - Bisnes Instagram Yang Paling Unik Dan Menginsafkan


Bertaubatlah!

Insaf kejap bila nampak iklan ini.


Serius Cool - Motosikal Alliance World of Warcraft (15 Gambar)


Woah

Anda mungkin mengenali Paul Junior dari siri TV American Chopper. Selepas bergaduh dengan ayah beliau dan keluar dari Orange County Chopper beliau membuka Paul Junior Design. Di bawah ialah motosikal custom untuk Alliance faction siri permainan komputer World of Warcraft. Looks bad ass. Masalahnya bawak atas jalan raya mesti sakit bontot. 



Serius Fakta - 13 Fakta Kurang Enak Tokoh - Tokoh Ternama Dunia


Ish


The good thing about being famous is sometimes perkara kurang enak yang kita lakukan sebelum itu akan dilupakan masyarakat. 




Serius Cool - Sustainability Treehouse : Rumah Pokok Pengakap Paling Cool (15 Gambar)


Seronok


Rumah pokok ialah idaman kanak-kanak riang. Semasa kami kanak-kanak dahulu kami ada rumah poko di atas pokok manggis and yes we messed up a lot of our baju because of the getah. Di West Virginia, Amerika Syarikat ada rumah pokok yang bukan sahaja cool dan moden, ianya juga mesra alam. Sustainability Treehouse ini dibina untuk Persatuan Pengakap Amerika Syarikat bagi mengajar pengakap erti menjaga alam sekitar. Tenaga elektrik dijana menggunakan kincir udara dan bekalan air dikumpul dari air hujan. Ianya mula dibina pada tahun 2011 dan dibuka tahun lalu. Sustainability Treehouse mempunyai keluasan lantai 5500 kaki persegi dan setinggi 125 kaki. Pelawat boleh datang kerumah ini dan menonton video tentang cara mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar. Awesome.




Serius - Arca Memperingati Mangsa Peperangan Gaza Ketiga Oleh Iyad Sabbah (7 Gambar)


Never Forget

Perang Gaza Ketiga sudah berakhir hampir 2 bulan (26 Ogos 2014). Avatar Pray For Gaza dan program boikot "produk Yahudi" seperti McDonalds kini kembali lesu. McD dah penuh balik dan wang yang dikutip untuk "menderma kepada Gaza" hasil jualan T Shirt dah masuk perut taukeh. Kenyang. Alhamdulillah. Kos pembinaan semula Gaza dikatakan akan menelan belanja USD 2 Billion. Tak tahu berapa ringgit dari Malaysia bakal ke sana. Sementara kita kembali kepada kehidupan normal, warga Gaza semakin dilupakan. Oleh itu bagi memperingati 2189 warga Gaza yang terkorban dan ribuan lagi yang kini tidak mempunyai tempat tinggal, Iyad Sabbah seorang artis Palestin menghasilkan arca di bawah. Arca diperbuat daripada tanah liat ini mewakili kesemua mangsa keganasan rejin Zionis sepanjang konflik yang berterusan selama 50 hari. Bertabahlah Palestin. Tunggu anda mati lagi sebelum saudara mara Islam kamu marah semula dan menukar avatar kepada Save Gaza, jual T Shirt lagi dan berdemo depan kedai makanan segera. Ini benar-benar membantu kamu!



Serius LOL - Huk Aloh Laa : Nasyid Yahanana Edisi Kelate


Huk Aloh Laa!

Kreatif nate-nate ning! Man Khan,Rosalinda,Wani dan Fendi Kenali did it again!

Thanks @MutalibUthman


Serius Cool - Crowne Plaza Union Station : Hotel Di Dalam Keretapi Lama (14 Gambar)


Old Skool

Stesen Keretapi Union Indianapolis ialah sebuah stesen keretapi lama yang dibuka pada tahun 1856. Selepas berfungsi lebih daripada 100 tahun stesen ini ditutup kerana kekurangan penumpang. Kepopularan kapal terbang sebagai pengangkutan awam merentasi Amerika Syarikat mebunuh banyak stesen keretapi seperti Stesen Keretapi Union Indianapolis. Nasib stesen keretapi ini agak baik kerana ianya diubahsuai untuk kegunaan moden. Hotel Crowne Plaza Union Station ini dibuka pada tahun 1999 dan ia mempunyai gerabak keretapi yang diubah suai menjadi bilik untuk pelanggan. Bagi mengekalkan feel anda masih berada di dalam sebuah stesen keretapi, patung-patung penumpang, penjaga tiket dan penumpang dari era kegemilangan keretapi diletakkan di seluruh hotel. Looks cool as hell. Hotel ini lebih mewah dari Santos Express Hotel Lounge, Afrika Selatan yang kami paparkan dahulu



Serius Konsep - Hollywood Sci Fi Museum : Untuk Geeks Dari Geeks (12 Gambar)


Holy Cool!

Kami seorang penggemar filem Sci Fi sejak menonton Star Wars semasa masih kecik. Sejak dari hari itu filem fiksyen sains sentiasa menghiburkan kami dikala kebosanan selepas muak dengan YouPorn. Truestory. Anyways di Hollywood kini Hollywood Sci Fi Museum sedang mencari dana untuk membina muzium sci fi yang paling awesome. Di dalam muzium ini akan diletakkan kenderaan sci fi yang terkenal seperti Ecto 1, Batmobile dan DeLorean Back to The Future. Ada juga hall of spaceship yang memparkan model bersaiz besar kapal angkasa Star Trek, Firefly dan Star Wars. Akhir sekali terdapat Hall of Robots dengan koleksi robot dari filem seperti Terminator, Dr Who dan Iron Man. Nice design. Ini mengingatkan kami kepada Muzium Sci Fi Emp di Seattle yang pernah kami paparkan. Make it a reality please. 

Wednesday, 22 October 2014

Serius Cool - Grand Rama IX Super Tower Iconic : Menara Tertinggi Di Asia Tenggara (9 Gambar)


Penis Envy

Menara Berkembar Petronas akhirnya akan kehilangan takhta menara tertingg di Asia Tenggara. Menara Grand Rama IX Super Tower Iconic yang akan dibina di Bangkok bakal mengambil alih takhta ini apabila ianya siap pada tahun 2019 Menara berketinggian 615 meter dengan 125 tingkat ini  akan dibina dengan kos 18 Billion Baht (RM 1.82 Billion). Ia bakal menempatkan ruang pejabat seluas 90 000 meter persegi dan pusat membeli belah. 



Serius Cool - Pertandingan Bercium Untuk Memenangi iPhone 6 Di China (12 Gambar)


Kissy!

Apakah yang sanggup anda lakukan demi mendapatkan peranti terkini iPhone? Sebelum ini ada kes lelaki menjual ginjal, menjuak rumah dan melelong dara untuk iPhone 5S. Kali ini di China pasangan yang mahukan sepasang iPhone 6 perlu becium selama mungkin di sebuah pusat membeli belah di Jinhua, provinsi Zeijiang.Sebanyak 40 pasangan menyertai maraton bercium ini. Pemenang berjaya bercium selama 56 minit. Sanggup!



Serius LOL - Adakah "Pakar Makanan" Boleh Membezakan Makanan McDonald Dengan Makanan Organik?


OWNED!

We all know this...... McD is the best bro


Serius Kreatif - Ukiran Kayu Realistik Tom Pfannerstill (12 Gambar)


Menakjubkan

Ukiran kayu realistik ada beberapa kali kami paparkan. Sebelum ini kami paparkan karya Dan Webb. Hari ini mari lihat ukiran yang sama hebatnya dari Tom Pfannerstill  yang berasal dari Amerika Syarikat. Karya di bawah adalah koleksi ukiran di bawah tajuk From The Streets. Objek yang dibuang di tepi jalan diukir semula oleh Tom dari kayu. Good stuff. 



Serius Cool - Lärchwandschrägaufzug : Lif Bukit Yang Cool Di Austria (10 Gambar)


Bukit Bendera?

Di Malaysia kita ada kereta kabel Bukit Bendera yang membawa pelancong ke titik tertinggi di Pulau Pinang. Di Austria mereka mempunyai Lärchwandschrägaufzug, sebuah lift yang melakukan perkara yang sama dan juga boleh mengangkat bas yang dinaiki mereka. Lärchwandschrägaufzug ialah keretapi furnicular terbesar di Eropah dan mengangkat penumpang ke ketinggian 431 meter menggunakan trek sepanjang 820 meter. Ia mula beroperasi pada tahun 1941 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Pada awalnya ia hanya mampu membawa penumpang ke puncang gunung tetapi selepas diubahsuai ia kini mampu membawa naik sebuah bas. Nice dual usage. 




Tuesday, 21 October 2014

Serius - Trailer Filem Cikgu Suraya : Filem Adaptasi Novel Melayu Paling Popular!


Hahaha

Nice one Mogi.. nice one . Sure kalah kutipan KL Gangster


Serius Cool - Kereta Bantuan Kecemasan Mewah Di Dubai (10 Gambar)


Swagbulance

Di Dubai kita semua tahu terdapat kenderaan polis yang mewah seperti Lamborghini dan GTR. Kini pekhidmatan bantuan kecemasan juga menggunakan kenderaan mewah berprestasi tinggi Lotus Evora dan Ford Mustang. Kenderaan bantuan kecemasan ini tidak boleh membawa pesakit ke hospital tetapi mampu memberikan batuan awal untuk menstabilkal pesakit. Ia dilengkapi heart monitor, pek bantuan awal dan defibrilator. Ini memang swagbulance. Coming up next lori sampah Ferrari in Dubai. Jangan ketawa kerana ianya mungkin berlaku. Ada urban legend seorang Maharaja India marah dengan Rolls Royce kerana enggan melayan beliau ketika di London. Baginda kemudian membeli kereta Rolls Royce yang kemudian diubah suai menjadi lori sampah di negeri di bawah jajahan baginda. Wasteful vangeance



Serius LOL - Perkara Lawak Yang Anda Boleh Temui Di India (12 Gambar)


Selamat Hari Deepavali

Esok Deepavali. So being racist bastard that I am will post this slightly racist funny shit you can find in India. 



Serius Cool - Safari TV : Penegak iPad Daripad Kadbod (16 Gambar)


Win

Tablet digunakan di rumah kami sebagai pemain media. Ini adalah kerana iPad2 dah start lagging dan tak sesuai untuk digunakan bersama IOS8. Oleh itu jadilah ia pemain video dan muzik sahaja. Oleh sebab itu kami memerlukan sebuah iPad stand so that our baby can watch Teletubbies for hours. Safari TV ialah iPad Stand yang diperbuat daripada kadbod dan kelihatan seperti TV retro. Really cool!



Serius WTF- Inilah Romeo Sebenar : 4 Isteri, 7 Tunang Dan 5 Teman Wanita


Player Sebenar

Sonko Tijan (28) ialah player sebenar yang baru sahaja ditangkap di Austria. Lelaki yang berasal dari Gambia ini ditangkap kerana menipu kesemua wanita yang mempunyai hubungan dengan beliau dan atas kesalahan berpoligami. Sonko dilaporkan mempunyai 4 orang isteri, 7 orang tunang dan 5 orang teman wanita. Beliau merahsiakan hubungan beliau dengan 16 orang wanita ini dan berbohong dirinya adalah seorang ahli perniagaan. Apabila cinta sudah disemai beliau akan meminjam wang dan barang kemas dari wanita-wanita ini. Helah beliau ini terbongkar apabila seorang isteri beliau menemui seorang wanita lain dengan nama keluarga yang sama dengan Sonko Tijan di Facebook. Apabila beliau melihat profil beliau menyedari wanita tersebut bergambar dengan lelaki yang kelihatan serupa dengan Sonko Tijan. Selepas berbalas mesej kedua-dua wanita ini menyedari mereka berkahwin dengan lelaki yang sama. Laporan polis dibuat dan Sonko melarikan diri sebelum ditangkap. Pihak polis yang melakukan siasatan menemui 14 wanita lain yang turut ditipu Romeo Gambia ini. Dua orang teman wanita beliau kini sedang mengandung. Taktik yang digunakan oleh Sonko ialah beliau merupakan imigran yang baru sampai ke Austria kerana melarikan diri dari kesusahan hidup. Bermodalkan cerita sedih ini ramai wanita terpedaya dan tergerak untuk membantu beliau. So people...... don't let sob stories fool you because most of the time they are damn lies! 



Serius Kreatif - Solekan - Solekan Angker Yang Menakjubkan (17 Gambar)


Angker

Halloween semakin hampir dan solekan untuk kelihatan seperti iblis akan menjadi popular. Mari ambil beberapa idea dari Nikki Shelley yang berasal dari United Kingdom. Sila follow akaun Instagram beliau di NikkiThePaintingLady



Monday, 20 October 2014

Serius Cool - Biar Segan Dengan Manusia Jangan Segan Dengan Allah!


Respect

Power bro ni...... respect!



Serius Sadis - Festival Makan Anjing Di Yulin China


Dead Doge

Di Yulin China festival memakan anjing dilakukan setiap tahun. Anjing dimakan kerana ianya sudah dimakan selama bergenerasi. Festival ini dikecam dunia kerana anjing pada pandangan mata pecinta haiwan bukanlah haiwan makanan. Mari lihat dokumentari tentang festival ini. Nice video and even nicer host.




Serius Cool - Figura Optimus Prime Menunggang Grimlock (10 Gambar)


Age of Pokaisyen

Transformers Age of Extinction ialah antara filem paling bosan pernah kami tonton. Slow.. bangang.. tanpa plot dan masih tiada Megan Fox. Hey tapi at least ada Optimus menaiki Grimlock seperti Raptor Jesus. Kini anda boleh memiliki figura awesome ini pada harga RM 6217 sebuah. Optimus boleh ditanggalkan dari belakang Grimlock dan set ini didatangi dengan pentas khanya tersendiri dan lampu yang menyala. 



Serius - Universiti China Menharamkan Pelajar Menggunakan Telefon Pintar Ketika Kuliah (5 Gambar)


Student!

Peranti pintar dan pelajar kolej kini adalah seperti isi dengan kulit, irama dan lagu serta Arsenal dengan masalah kecederaan yang kronik. Setiap pelajar kolej yang kami temui memiliki peranti pintar mereka sendiri kerana ia memudahkan komunikasi dengan rakan sekuliah malah mengurangkan keperluan menyalin nota di dalam kelas (ambil sahaja gambar pada papan putih). Semasa kami di kolej kami tidak mempunyai peranti pintar kerana ianya masih belum tercipta. Apabila kuliah bosan kami terpaksa menahan mata dari tertutup. Pelajar kolej sekarang boleh melayari internet semasa bosan di dalam kelas bagi mengurangkan kebosanan. Malang sekali penggunaan peranti pintar di dalam kelas juga menyebabkan tahap tumpuan di dalam kelas kini juga berkurangan. Oleh sebab itu Universiti Central South  di Changsha China kini mengharamkan penggunaan peranti pintar ketika kuliah. Setiap pelajar perlu meletakkan peranti pintar mereka di hadapan kelas semasa kuliah dijalankan. Pengaharaman ini mendapat sambutan yang baik dari pensyarah, ibu bapa dan mengejutkan oleh pelajar universiti ini sendiri. Sekiranya arahan yang sama diberikan oleh universiti di Malaysia adakah anda akan menerimanya dengan hati yang terbuka? Adakah pengharaman penggunaan peranti seperti ini mampu meningkatkan tahap tumpuan pelajar? Kami secara peribadi merasakan lebih baik main telefon di dalam kelas dari tertidur di bawah meja di dalam kelas akibat kebosanan. Sekurang-kurangnya telinga masih boleh mendengar ketika bermain dengan peranti. Sila berikan pendapat anda di bawah



Serius Cool - 20 Pemacu USB Yang Cool


Nice!

Kami ada banyak tumbdrive tetapi tak banyak yang nampak secool thumbdrive di bawah.



Serius konsep - EXINT : Pod Pembawa Askar Di Bawah Sayap Pesawat Pejuang (9 Gambar)


POD!

Di dalam permainan Metal Gear Solid 3 anda boleh melihat Solid Snake memasuki kawasan Soviet di dalam pod khas yang dibawa di atas sebuah Lockheed SR 71 Blackbird. Ini sebenarnya fiksyen kerana pesawat kamera intipan mini D-21 yang digunakan untuk mengambil gambar kawasan musuh. Ia tidak mampu membawa kargo manusia. Tetapi pod EXINT di bawah wujud dan direka pada tahun 1998. Exint yang dipasang di bawah sayap sebuah pesawat pejuang boleh membawa seorang askar di dalamnya. Tujuannya direka ialah bagi membenarkan anggota pasukan khas memasuki kawasan operasi dengan pantas. Terdapat juga versi yang boleh dipasang pada helikopter tempur Apache Longbow. Apabila ujian dilakukan beberapa masalah pada EXINT dikenalpasti. Masalah utama ialah ianya tidak selesa digunakan. Bunyi bising dari enjin jet Harrier yang digunakan juga membingitkan telingan individu di dalam EXINT. Akibatnya projek ini akhirnya dibatalkan. Cool idea on paper bad idea in reality



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails