Thursday, 31 July 2014

Serius LOL - Trolling Edisi Duit Raya


#Genius

Ini memang trolling yang keji tetapi nice. Ha ha ha. Well played!



Serius - Wahai Rakyat Malaysia : Inilah Cara Sebenar Menggunakan GoPro Untuk Fotografi (13 Gambar)


Tolonglah

Janganlah guna GoPro untuk selfie bangang di rumah ataupun di kubur. Sila ambil inspirasi tentang cara betul menggunakan GoPro anda dari siri foto di bawah. Please.



Serius Kreatif - Seni Dari Gambar Serangan Keatas Gaza : Simbol Anti Keganasan Israel (10 Gambar)


#ArtForGaza

Sejak serangan ke atas Gaza bermula 3 minggu yang lalu lebih dari 1200 warga Gaza terkorban. Majoritinya kanak-kanak dan wanita. Ribuan gambar juga dikongsi di media sosial bagi menunjukkan kepada dunia betapa dahaga darahnya tentera Israel. Bagi Tawfik Gebreel dan Belal Khaled gambar letupan akibat bedilan Israel dijadikan asas kepada lukisan anti keganasan mereka. Kepulan asap diubah menjadi potret ibu dan anak. Letusan besar akibat bom menjadi buku lima of defiance. Sangat kreatif dan pada waktu yang sama sedih kerana kita tahu ada yang terkorban di dalam gambar - gambar ini. 



Serius Klasik - Arado Ar 232 Milipede - Pesawat Kargo Nazi Dengan 25 Tayar (11 Gambar)


Lipan Terbang


Arado Ar 232 Milipede ialah pesawat kargo yang unik kerana mempunyai 25 tayar. Pesawat kargo yang digunakan oleh Nazi Jerman dari tahun 1942-1945. Kenapakah ia dilengkapi dengan banyak tayar? Ketika Perang Dunia Kedua pesawat kargo Nazi perlu mendarat di atas landasan yang tidak siap ataupun kawasan lapang. Dengan berat kargo mencecah 9000 kilogram, adalah mustahil untuk Ar 232 mendarat sekiranya menggunakan sistem tayar biasa. Jumlah tayar yang banyak menyebarkan berat pesawat di atas permukaan yang lebih besar dan kebarangkalian pesawat terbenam adalah lebih rendah. Sistem tayar yang banyak ini adalah aneh tetapi kini boleh kita lihat pada Lockheed C5 Galaxy dan juga Antonov An 225 Mriya. Jadi bolehlah dikatakan Arado Ar 232 ialah datuk kepada dua pesawat kargo modne yang anda lihat sekarang. Those Nazis....... they always invent stuffs that we end up using!


Serius LOL - I Love U Dear : Lagu Paling "Best" Anda Dengar Hari Ini


You Laugh You Lose

Hahahaha............. memang seni habis lagu ni. Kalau dapat dengar sampai habis anda menang motor. 

Thanks @Kavilan


Wednesday, 30 July 2014

Serius Genius - Ucapan Selamat Hari Raya Berbentuk Ambigram Dengan Mesej Untuk Palestin


Amin

Terbalikkan gambar ini untuk membaca mesej untuk Palestin. Apa yang anda lihat ini diberi nama ambigram. Good job!



Sumber Twitter @Sbrnarfe

Serius LOL - Tanama Diver : Rantai Khas Untuk Lurah Dada Wanita (9 Gambar NSFW)


Oppai Genius!

Lurah dada a.k.a Lurah Dendam ialah aset wanita berdada sihat walafiat. Di Jepun pereka Takayuki Fukusawa menghasilkan seni rantai yang diberi nama Tanama Diver. Buah rantai rekaan beliau memberika ilusi ada watak kerdil yang sedang memanjat "gunung" pemakai. Cheeky but creative!



Serius Hot - Trailer Terkini Sin City A Dame To Kill For : Eva Green Alert!


Ermahgerd

Hidung berdarah macam Dato Kame melihat Eva Green. Oh mai!


Serius Konsep - Konsep Keretapi Mewah Jepun (12 Gambar)


Bergaya

Warga Jepun mempunyai obsesi dengan keretapi yang unik. Kebanyakkan warga Jepun tidak mempunyai kereta dan keretapi ialah kenderaan yang selelu dinaiki untuk bergerak dari point A ke point B. Keretapi Shinkansen ialah keretapi yang paling kita kaitkan dengan Jepun. Keretapi berkelajuan tinggi ini membawa ribuan penumpang setiap hari dan jarang sekali lewat. Kini pihak Japan Railway East mahu menjadikan keretapi sebagai kenderaan mewah pula. Di bawah ialah konsep keretapi mewah yang dijadualkan beroperasi di Kyushu menjelang 2017. Pihak Japan Railway East membelanjakan Yen 50 Billion (RM 1.56 Billion)  bagi menghasilkan keretapi mewah di bawah dengan bantuan Ken Okuyama. Ken Okuyama pernah bekerja dengan Ferrari dan kepakaran beliau menghasilkan kereta mewah kini digunakan bagi menghasilkan keretapi mewah pula. Sepuluh gerabak keretapi di bawah akan hanya membawa 34 penumpang. Mereka akan membayar tiket berharga USD 1500 (RM 4767) untuk perjalanan selama 2 hari. Mereka akan mempunyai kabin persendirian yang mewah, restoran bergerak dan juga gerabak dengan skylight yang membolehkan mereka menikmati pemandangan tanpa halangan. Memang cantik.


Kalau nak tengok keretapi marhaen Norries di Kemboja yang diperbuat daripada buluh sila follow link ini pula. 

Serius Cool - McDonalds Porto : McDonalds Paling Stylo Di Dunia (11 Gambar)


I'm Lovin It

Kami pernah paparkan McDonalds terbesar di dunia di London dan juga McDonalds berbentuk UFO di Roswell New Mexico. Hari ini mari kita lihat McDonalds yang mungkin paling stylo di dunia. Ianya terletak di Porto, Portugal dan sekali pandang kelihatan seperti sebuah restoran mewah. Ini adalah kerana McD ini dibina di dalam bekas sebuah restoran old skool. Selepas mengambil alih ruang bangunan, McD Portugal mengekalkan rekaan dalaman seperti stained glass dan lampu chandelier yang sudah sedia ada. Hasilnya ialah McD yang nampak lebih "mahal" dari McD yang biasa kita lihat sebelum ini. 



Serius Kreatif - Unconventional Heroes : Jika Kenderaan Ikonik Diubah Dengan Kenderaan Biasa (12 Gambar)


Cheapo

DeLorean sinonim dengan Back to The Future dan VW Bug sinonim dengan Herbie. Ada jenama kereta yang memang kita akan kaitkan dengan filem - filem tertentu. Jadi apakah terjadi sekiranya kenderaan - kenderaan ikonik ini ditukar dengan model kereta yang tidak glamer? Optimus Prime sebagai lori roda tiga? Kereta Batman ialah sebuah Citroen? Inilah yang dilakukan oleh Gregg Bear dan hasilnya still nice. Motor Akira versi Vespa sebenarnya still bad ass. 


Serius Cool - Mangkuk Sukatan Dapur Robot R2 D2 (10 Gambar)


Deet Deet Caek Is A lie!

Kami tak suka memasak apakan pula baking cakes. Tetapi mangkuk sukatan R2D2 dari filem Star Wars ini harus kami miliki kerana ia kelihatan cool. Letak sahaja di dapur sebagai perhiasan. Nice! Harga sebuah mangkuk sukatan R2D2 ialah USD 19.90 (RM 63) dan adalah mampu milik. 



Serius - Berani Tak Bertempat


Darwin Award?

Nasib baik tak mati. Or is it nasib malang kerana beliau masih hidup?


Tuesday, 29 July 2014

Serius Cool - Solat Hari Raya Aidilfitri Di Seluruh Dunia (16 Gambar)


Syukur

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari ini hari kedua raya dan yes we work on holidays. Ini adalah koleksi gambar solat Aidilfitri dari seluruh dunia. Ada yang solat di dalam masjid. Tak kurang juga yang bersolat di atas jalan raya, tanah lapang dan stadium kerana tiada masjid besar. Maka bersyukurlah kita dengan kerajaan kerana membina banyak masjid besar yang hanya penuh ketika solat jumaat dan hari raya. #cough



Serius Cool - Polaris Slingshot : Hibrid Motosikal + Kereta (15 Gambar)


Dua Alam

Menunggang motor memberikan thrill yang berbeza dari memandu kereta. Open cockpit dan the element of danger. Tetapi sekiranya anda tak tahu menunggang motor seperti kami ini adalah sesuatu yang tak akan kami nikmati. Jadi kenderaam hibrid motosikal dan kereta Polaris Slingshot ialah kenderaan yang membuatkan kami teruja. Bahagian hadapan Slingshot kelihatan seperti kereta tetapi ia hanya mempunyai sebuah roda motor di bahagian belakang. Ia diperkasakan enjin 2.4 liter 173 kuasa kuda yang mampu memberikan pecutan memberangsangkan. Ianya dijual pada harga USD 19 999 (RM 64 000) sebuah. Nice



Serius - Apabila Pendatang Islam Memijak Kepala Bumiputera Amsterdam


Sarcasm

Pendatang dari Turki dan negara Afrika dengan berani dan kurang ajar sekali memijak kepala bumiputera Belanda. Mereka mahu mewujudkan kawasan khas hukum syariah. Ini jelas mencabar dan menghina ugama Kristian yang sudah bertapak ratusan tahun di Belanda. Tak cukup dengan itu ramai yang tidak tahu bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Belanda. Kurang ajar betul! Kita di Malaysia pasti bersetuju dengan Geert Wilders yang mahu pendatang Islam ini menghormati budaya masyarakat Holland. Jangan cuba sebarkan agama anda kepada penganut Kristian yang suci. Mohon PERKASA dan ISMA berkolaborasi dengan Geert bagi mencari teknik paling baik menentang PENDATANG yang mahu mengubah gaya hidup bumiputera yang merupakan majoriti penduduk. 

This post is #Sarcasm


Serius Kreatif - 7 Days Of Garbage : Bergambar Bersama Sampah Yang Anda Hasilkan (12 Gambar)


Seni Sampah

Rakyat Amerika Syarikat memegang rekod sebagai pengeluar sampah yang paling banyak di dunia. Setiap hari mereka menghasilkan secara purata 1.8 Kilogram sampah. Jurugambar Gregg Segal menghasilkan siri foto bertajuk 7 Days of Garbage yang menunjukkan warga USA dengan sampah yang dihasilkan oleh mereka selama seminggu. Kalau versi Malaysia macam mana? Mesti banyak nasik dan bungkusan Meggi! 



Serius Cool - Sharifi Ha House : Rumah Boleh Ubah Seperti Transformers (13 Gambar)


Autohouse Deceptihouse

Filem Transformers 4 ialah filem pertama tahun 2014 yang mencecah kutipan 1 Billion Dollar walaupun mendapat review yang sampah. Kami tak tengok kerana we got better things to do than watching explosion porn. Kami lebih prefer sesuatu yang lebih cool dari filem Michael Bay. Sharifi House yang terletak di Tehran Iran ialah rumah yang mempunyai konsep transformers. Tiga buah bilik di dalam rumah ini boleh bergerak keluar bagi memberikan ruang yang lebih besar kepada pemilik. Bilik ini boleh dikeluarkan dan dimasukkan bagi membolehkan udara dan cahaya memasuki ruang bilik apabila diperlukan. Sangat cool. Nampaknya di Iran ada juga bangunan moden yang lain dari yang lain. 



Serius Cool - Patung Aksi Marty McFly Back To The Future (9 Gambar)


Terbaik!

Tahun hadapan ialah ulang tahun ke 30 filem Back To The Future. Oleh itu Hot Toys menghasilkan figura aksi Marty McFly lakonan Michael J Fox di bawah. Nampak realistik gila. Malang sekali DeLorean tidak dijual sekali. Tetapi knowing Hot Toys pastinya kenderaan merentas masa ini juga akan dijual sebagai aksesori di masa hadapan. Ini sangat cool. 



Serius Cool - Can Watch : Jam Tangan Dari Tin Aluminium Dikitar Semula (8 Gambar)


Kami suka tin aluminium


Can Watch ialah jam tangan mesra alam yang dihasilkan oleh Alchemist Creation. Syarikat yang berasal dari Hong Kong mengitar semula tin minuman aluminium menjadi sebuah jam tangan yang agak stylo. Jika berminat sila sokong projek ini di Kickstarter sekarang. Looks cool to be honest 



Serius Klasik - Sambutan Hari Raya Tahun 1952


Tok Nenek

Bagaimanakan tok nenek kita menyambut hari lebaran? Apakah fesyen baju raya mereka? Berapa banyak selfie mereka ambik? Mari lihat video bersejarah ini.

Thanks @AmirMu


Sunday, 27 July 2014

Serius LOL - Plat Nombor Kereta Paling Syariah Compliant Di Malaysia


Fuyyo!

Insaf.......



Serius Cool - Kamera - Kamera Berbentuk Pistol (14 Gambar)


Bang! Bang!

Mana yang lebih merbahaya? Kamera ataupun pistol? Insiden Kiki Kamarudin dan CDM 25 menunjukkan betapa bahayanya kamera yang memgambil video terhadap imej seseorang individu. Kamera tidak dapat membunuh anda tetapi apabila imej anda dibunuh oleh rakaman video you are as good as dead. Di bawah ialah beberapa kamera yang berbentuk seperti pistol dan raifal. Looks cool is all I can say. 



Serius Klasik - Hikayat Hang Setia


Pukes

Ini mungkin sitkom paling tak kelakar dan tak ada yang tonton tapi tahan lama gila babi dekat RTM. The only memorable thing about this sitcom is the theme song. But seriously who watches this shit show back in the 90's. Kami lagi sanggup tidur awal dari tengok cerita ni dulu


Serius Cool - B and Bee : Hotel Mini Berbentuk Sarang Lebah (15 Gambar)


Nice!

Di Malaysia kita ada hotel yang berkonsepkan kolong konkrit di Langkawi. Di Jepun pula ada Hotel Kapsul. Di Belgium mereka ada hotel berkonsep sarang lebah pula. B and Bee ialah hotel mini yang mudah alih. Bilik berbentuk hexagonnya boleh disusun membuatkannya kelihatan seperti sebuah sarang lebah. Hotel ini direka oleh firma Achilles Design dan direka untuk digunakan ketika festival muzik. Tidak perlu lagi membawa khemah sendiri ataupun menyewa bilik di luar tapak festival. Hotel pop up B and Bee dengan mudah boleh dipasang dan modular bagi membolehkan puluhan bilik mini didiami oleh pengunjung. Sangat nice!



Serius - Wanita Terselamat Walaupun Kereta Penyek Dihimpap Kontena (9 Gambar)


Masih Belum Ajal

Bila hari perayaan semakin dekat semakin banyak cerita sadis orag terkorban dalam perjalanan pulang ke kampung. Jangan bawak kereta laju-lahu dan banyakkan bersabar ye. Semalam kami dengar cerita bayi mati tercampak selepas kereta yang dipandu pakcik terlibat dalam kemalangan. Jadi parents please invest on child seats please!

Bagi wanita dari Qiangdao,China ini ajal beliau masih belum tiba. Allah masih belum mahu menarik nyawa beliau walaupun kereta yang dipandu beliau penyek dihimpap sebuah kontena. Sekali pandang memang nampak macam impossibru sahaja masih ada orang yang bernafas selepas kemalangan sebegini ganas. Jadi rakan-rakan sekalian. Drive safe. Be safe. Jumpa lagi selepas Hari Raya. Isnyallah.



Serius Genius - Hari Raya Orchestra : Lagu - Lagu Klasik Raya Edisi Orkestra


Nice!

Wow ini adalah sangat genius! Lagu - lagu raya jika dimainkan oleh orkestra barat. Kesemua lagu digubah semula oleh Onn San. Selamat Hari Raya semua!

Nak Rendang dan Royi

Thanks @AmirMu



Serius Hot - Megan Fox Di Sand Diego Comic Con (9 Gambar)


Musang

April O'Neil in the flesh. Megan masih nampak nice and remember kids this is a mother of two. Beliau baru melahirkan bayi kedua beliau 5 bulan yang lalu. Yep definitely a MILF.



Serius Cool - Jambatan Gantung Pejalan Kaki Terpanjang Di Dunia (16 Gambar)


Gayat

Jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia kini dipegang oleh Mother Russia. Jambatan gantung ini terletak di Taman Negara Sochi dan ianya sepanjang 1800 kaki. Ia tergantung 650 kaki dari permukaan sungai dan terletak di antara dua ngarai. Selain berjalan kaki di atasnya anda juga boleh melakukan aktiviti lompatan Bungee dari jambatan ini sekiranya berani. Nampak seperti sebuah tarikan pelancong yang menarik. Jadi tempat bunuh diripun boleh kerana just look at it. Senang kot nak lompat!



Saturday, 26 July 2014

Serius Sadis - Protes Keganasan Israel Di Palestin Yang Paling Padu


Gyeah

Protes serangan Israel di Gaza yang dilakukan di Hollywood. Sungguh tajam mesej yang disampaikan disini. 


Serius LOL - Ong Bak Edisi India : Tony Jaa Edisi Kacak Sasa


Hahaha

Gila move banyak meniru Ong Bak. Damn you!

Wednesday, 23 July 2014

Serius LOL - Komen Paling Tajam Tentang Kualiti Penerbitan RTM Malaysia


#True

Ini sangat true...............


Serius Cool - Kereta Darth Vader Dengan 526 Kuasa Kuda (13 Gambar)


Dark Side

Filem Star Wars ke 7 sedang difilemkan sekarang dan dijangka menemui peminat tahun hadapan. Sempena itu Disney dan HotWheels menghasilkan kereta Darth Vader yang diperkasakan enjin V8 dengan 526 kuasa kuda. Kereta kustom ini dihasillkan oleh Picture Car Warehouse dan akan diperlihatkan secara rasmi di San Diego Comic Con bermula esok. What a nice looking car. Anda boleh memiliki edisi terhad HotWheel kenderaan ini yang dijual pada harga USD 40 sebuah. Nice! 



Serius LOL - Keropok Yang Paling Hip Hop Yo Dalam Sejarah Perdaban Manusia


Hahaha

Kalau makan keropok ini pasti boleh RAP macam Joe Flizzow. Havoc!



Serius Cool - FUUT : Hammock Santai Untuk Meja Kerja Anda (8 Gambar)


Nak!

Do want! Inilah yang kami katakan apabila menemui Fuut. Fuut ialah hammock kecil yang boleh diletakkan pada meja kerja. Ianya boleh dilaraskan untuk posisi santai dan kerja. Rasanya bila ada Fuut menulis pastinya lebih selesa. Hammock mini ini dijual pada harga USD 30 sebuah dan boleh dibeli disini.



Serius - Dokumentari Seroang Gangster Menjadi Seorang Jihadis Di Bumi Syria


Jihad

Di Malaysia kita tahu jihadis tempatan yang berjuang di Syria terdiri dari mereka yang belajar di sekolah agama. Ada ustaz dan ahli PAS yang kini dicop pengganas kerana berjuang disana. Apa yang kita jarang lihat dan dengar ialah jihadis dari Barat di Syria. Ada diantara mereka terdiri daripada gangster berketurunan Arab dan Asia Selatan yang ke Syria untuk menebus dosa mereka. Berjihad di Syria ialah usaha mereka untuk make sure they will not die and go to hell. Ini adalah dokumentari perjalanan Abderozzack Benarabe ,seorang gangster dari Denmark yang pergi berjuang di Syria just so he can do something good for once in his life. Sebuah dokumentari yang menarik dan dari perspektif yang berbeza. 




Serius LOL - Jika Buku Harry Potter Mempunyai Tajuk Yang Lebih Realistik (7 Gambar)


LOL

Siri Harry Potter hanya mempunyai 7 buah buku. Tertapi sekiranya siri ini diteruskan mungkin tajuk-tajuk buku seterusnya akan menjadi seperti di  bawah.




Serius Cool - Textron AirLand Scorpion : Pesawat Pejuang Mampu Milik? (16 Gambar)


Boom Shakalaka

Pesawat pejuang ialah aset ketenteraan yang sangat mahal. Malaysia membelanjakan USD 900 Juta untuk membeli pesawat Sukhoi SU-30 MKM yang sangat canggih. Tidak banyak negara mempunyai wang yang cukup untuk mempunyai angkatan udaranya sendiri. Disinilah Textron Airland Scorpion cuba membawa perubahan.

Pesawat pejuang dua tempat duduk ini unik kerana ianya dikatakan pesawat pejuang mampu milik pertama dunia. Dengan harga jualan USD 23 Juta sebuah ianya memang antara pesawat pejuang paling murah yang boleh dibeli. Yang menari tentang Scorpion ialah ianya dibina oleh Cessna, anak syarikat Textron yang sebelum ini hanya membina pesawat peribadi rekriasi berkipas. Banyak komponen Scorpion juga diambil dari kapal terbang yang dibina oleh Cessna dan Bell. Oleh sebab itu kos operasi pesawat ini lebih murah berbanding pesawar pejuang yang lain.

Scorpion mampu membawa dua krew dan terbang pada kelajuan 833 kilometer sejam. Ianya juga boleh dilengkapi dengan sistem persenjataan moden yang digunakan pada pesawat lain. Sehingga kini masih tiada negara yang menunjukkan keinginan membeli pesawat ini. Sungguhpun begitu Textron AirLand percaya pesawat mampu milik mereka akan menjadi pilihan di dalam dunia yang kini semakin mahu mengurangkan kos.



Tuesday, 22 July 2014

Serius WTF - Modfifikasi Kereta Yang Paling WTF Minggu Ini (11 Gambar)


Vroom

Kenapalah modified kereta sampai aneh sangat? Adakah kerana keunikan lebih penting dari practicality?



Serius Cool - Thomas The Tank Engine Dan Rakan - Rakan Kini Realiti (12 Gambar)


Choo Choo

Siri kanak-kanak Thomas the TankEngine memang popular dan sudah wujud sejak 1946. Siri stop motionnya pula sudah disiarkan sejak 1984. Di Jepun Thomas sangat popular sehingga ada replika bersaiz penuh Thomas dan rakan-rakan beliau. Ini semua adalah usaha  ┼îigawa Railway dan perkhidmatan Thomas The Tank engine ini mendapat sambutan yang hangat. Tiket untuk menaiki Thomas sudah habis sepanjang musim panas. Kalau anda berminat anda harus menanti kalau ada penumpang yang melakukan pembatalan. Sangat nice. Now can the Japanese also make a real MASK replica. Kami nak naik Rhino, Switchblade dan Raven berskala sebenar. 



Serius Cool - Majlis Graduasi Cosplay : Hanya Di Jepun (13 Gambar)


Syle

Majlis graduasi biasanya majlis yang skema. Hanya baju-baku tertentu dibenarkan di pakai oleh pelajar. Tetapi di Jepun sebuah sekolah menengah membenarkan para pelajar mengenekan pakaian cosplay untuk majlis graduasi mereka. Total chaos but coo. 



Serius LOL - Pekerja Kontrak Edisi Harcore Metal


Hahaha

Ini membuatkan kami merindui Jason Newstead di dalam Metallica

Monday, 21 July 2014

Serius Cool - Singapore Sportshub : Bangunan Berkubah Terbesar Di Dunia (16 Gambar)


World

Singapore Sportshub ialah hab sukan Singapura yang dibina di atas tapak Stadium Nasional. Stadium lama yang terkenal dengan "sorakan Kallang" dimusnahkan pada tahun 2010 bagi memberi laluan kepada kompleks sukan yang lebih moden dan berguna kepada orang awam sepanjang tahun.

Mahkota kepada Sportshub ialah Stadium Nasional baru dengan kapasiti 55 000 penonton. Stadium baru ini mempunyai kubah boleh laras sepanjang 303 meter. Ini membuatkannya struktur kubah terbesar di dunia sekarang. Kubah boleh laras ini membolehkan stadium ini menjadi sebuah stadium tertutup apabila diperlukan. 

Selain Stadium Nasional terdapat dua lagi stadium kecil dengan kapasiti 3000 penonton setiap satu. Pusat sukan akuatik yang boleh digunakan penduduk setempat serta kompleks sukan mendaki yang dibuka sepanjang tahun. Ini adalah inisiatif kerajaan Singapura untuk menjadikan rakyatnya semakin sihat dan tidak obese seperti Malaysia yang kini di tempat pertama paling gemok!

Jika anda mahu melihat konsep Sportshub yang pernah kami paparkan 2 tahun yang lalu sila klik link ini




Serius - Tiada Kaki Bukan Penghalang Wang Xiaobing Berjaya Dalam Kehidupan (7 Gambar)


Tabah!

Kekurangan daya upaya ada dijadikan alasan oleh sesetengah individu untuk give up on life. Tetapi bagi Wang Xiaobing (33) dari bandar Zhangjiakou, Provinsi Hebei ianya bukan alasan. Wang kehilangan kedua-dua belah kakinya pada usia 7 tahun akibat kebakaran. Kerana kesempitan hidup beliau hanya menerima pendidikan sehingga sekolah menengah. Habis sekolah beliau bekerja sebagai tukang kunci dan pembaiki kasut. Pada tahun 2011 beliau menerima dana dari kerajaan tempatan untuk menjadi seorang peladang dan kini kehidupan beliau semakin senang. Ketabahan beliau berusaha walaupun tidak mempunyai anggota yang sempurna membuatkan Li Chengmei jatuh hati pada beliau pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dianugerahkan seorang anak lelaki yang kini berusia 5 tahun. Kerana semangat beliau yang tinggi Wang diberikan gelaran "Legless Tough Guy". Respect!


Serius Sadis - Tragedi Penembakan Iran Air 655 Oleh Amerika Syarikat : Keadilan Yang Dihalang


Akankah Ada Keadilan Untuk MH17?

Tragedi MH17 mengejutkan kita dan dunia. Pihak Ukraine dan Russia masing-masing menunding jari menyalahkan sesama sendiri terhadap penembakan pesawat Boeing 777 milik MAS. Sebanyak 298 nyawa terkorban dan kini kita menanti keadilan terhadap mangsa yang hayatnya dipotong pendek oleh roket anti pesawat yang meletupkannya.

Sebelum MH17 sudah berlaku insiden serupa melibatkan Iran Air 655. Pesawat penumpang awam Airbus A300 ini ditembak jatuh oleh kapal perang USS Vincennes milik Amerika Syarikat. Kesemua 274 anak kapal dan penumpang kembali menemui Allah pada 3 Julai 1988.

Amerika sejak dua menjak ini kuat mengutuk Russia yang dikatakan bersalah memberikan senjata kepada pemberontak. Mereka berlagak macam polis dunia dan juara keadilan. Tahukah anda sehingga kini pihak USA masih belum meminta maaf atas kematian kesemua mangsa Iran Air 655. Kapal perang USS Vincennes masih lagi wujud dan krew yang menembak jatuh Iran Air 655 diberikan pingat pula selepas pulang dari operasi. USA hanya membayar USD 150 Juta sebagai ganti rugi padahal apa yang dimahukan oleh Iran dan keluarga mangsa ialah keadilan.

Berdasarkan insiden ini, kami yakin pihak yang bertanggung jawab menembak MH 17 akan terlepas dari keadilan. Inilah yang berlaku kepada mangsa yang datang dari negara bukan dunia pertama. Negara besar buat pekak dan ego tidak mahu mengaku. Alfatihah dan Rest In Peace kepada kesemua 295 mangsa MH17. Kami berharap akan ada keadilan buat kalian tidak seperti Iran Air 655. Having said that we are not putting up any hopes that it will happen soon. Such a sad world we are living in.


Serius Cool - Pejabat Laman Gossip Terkemuka TMZ Di Los Angeles (10 Gambar)


Gossip Liar

Laman gossip adalah laman yang paling popular di internet selepas laman gambar-gambar dewasa nakal. Ini adalah kerana deep down inside kita semua mahu melihat seleb terkenal yang dipuja jatuh tersembam seperti tahi selepas rahsia mereka terbongkar. Di barat laman gossip artis yang paling notorious ialah TMZ. Ini ialah laman yang melakukan blackmail terhadap Justin Bieber. Mereka berjanji akan menyekat gossip-gossip yang akan merosakkan Justin selagi beliau memberikan temubual ekslusif kepada mereka. Pihak PR Bieber akur dan banyak kes salah laku remaja muka mintak penumbuk ini dirahsiakan TMZ. Di bawah ialah pejabat TMZ di Los Angeles. Memang nampak vibrant dan tidak seperti newsroom kebanyakkan syarikat media yang pernah kami lawati. 



Serius - Adebayo Akinfenwa : Pemain Bolasepak Professional Paling SADO


Tough!

Pemain bolasepak majoritinya mempunyai tubuh yang tegap. Contoh badan pemain bola yang menjadi contoh pemain professional ialah Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Bagi Adebayo Akinfenwa tubuh dua pemain ini tidak cukup tough. Adebayo ialah pemain penyerang pasukan Wimbledon AFC yang dilabel "pemain bolasepak paling powerful" di dunia. Tubuh beliau nyata lebih besar dan berotot dari kesemua pemain bolasepak yang pernah kami lihat. Tubuh sebegini lebih kerap kita lihat pada peserta sukan bina badan. Lihat sahaja saiz kaki beliau. Holy crap! 



Serius - Warga Palestin Meminta Bantuan Malaysia Menggunakan Bahasa Malaysia


#PrayForGaza

Palestinian born in Malaysia........ 

Thanks @Maskawaih


Serius WTF - Tembak Kekasih Kerana Tidak Menghasilkan Air Mani Yang Secukupnya


What the Fish?

Keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu yang kelakar. Tetapi kes yang melibatkan  Sadie Bell (58) dari Michigan USA ini boleh dikategorikan sebagai kelakar dan aneh. Sadie dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan menembak kekasih Edward Lee (60) beliau di bahagian perut. Edward ditembak kerana Sadie tidak puas hati dengan kemampuan di ranjang kekasih beliau. Menurut laporan polis Sadie mengamuk apabila mendapati Edward tidak mengeluarkan air mani yang banyak selepas inzal ketika melakukan hubungan kelamin. Beliau yakin kekurangan air mani ini berlaku kerana Edward mempunyai hubungan intim dengan wanita lain selain diri beliau.

Kes ini menjadi semakin aneh kerana Sadie sendiri adalah perempuan simpanan Edward. Edward sudah mempunyai isteri dan hubungan terlarang mereka ini sudah berlarutan selama 15 tahun. Akibat daripada tembakan Sadie, Edward terlantar di hospital selama 5 minggu dan memerlukan pembedahan bagi memperbaiki kederaan pada hati, pankres, usus dan buah pinggang. 

Ini memang sebuah kes gila. Siapa sangka ketidakmampuan menghasilkan pancutan seperti Book Worm Bitches featuring Peter North boleh mengakibatkan anda ditembak oleh kekasih. Oleh itu pastikan anda membeli produk tongkat Ali. Takut ada pula kes di Malaysia lelaki ditikam kerana masalah kegagalan menghasilkan isipadu yang memuaskan!


Sumber Metro

Sunday, 20 July 2014

Serius Konsep - Ultra Heavy-Lift Amphibious Connector : Konsep Kenderaan Amfibia Terkini (16 Gambar)


Yes Sir? Affirmative

Kenderaan pendaratan pantai adalah sangat penting bagi tentera moden. Kenderaan ini sudah wujud sejak zaman Spartan lagi bagi memudahkan tentera penakluk terus menyerang musuh dari laut. Teknologi yang paling banyak digunakan sekarang ialah kenderaan dua alam seperti  AAV7 yang digunakan Marine Amerika Syarikat. Di Russia pula mereka menggunakan hoverkraf gergasi Zubr yang mampu mengangkut kargo sehingga 156 tan.  

Amerika Syarikat baru-baru memperlihatkan konsep kenderaan pendaratan dua alam mereka yang diberi nama UHAC (Ultra Heavy-Lift Amphibious Connector). Ianya muncul dalam latihan RIMPAC 2014 yang juga melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia. UHAC mempunyai sistem pelampung yang juga merupakan sistem tujahan dua alamnya. Runut pelampung boleh digunakan di dalam air dan di atas darat. Prototaip yang anda lihat di bawah adalah percubaan awal melihat kemampuan UHAC sebelum kenderaan bersaiz sebenar dibina yang mampu mengangkut kargo sehingga 200 tan



Serius - Bukti Ninja Masih Wujud Di Jepun : Parkour Edisi Japanese Schoolgirl


Naruto IRL

Kerana semua orang tahu jika ninja memotong bawang wujud..... ini membuktikan Ninja seperti Naruto sebenarnya juga wujud di Jepun. #LOL


Serius Cool - Geek Posters : Poster Untuk Geek Geek Sebenar (9 Gambar)


Geek Pride

Kami mengaku kami geek. Been one since we were in school dan mengaku anda geek akan membuatkan anda kena tumbuk dengan orang cool yang merasakan geekiness adalah bangang. Those were the days

Zaman sekarang mengaku Geek ialah normal macam mengaku "aku dah main" dan "I'm gay". This is a good thing pasal there is nothing wrong with being a geek. Jadi jika anda geek macam kami poster Geek Posters yang dihasilkan oleh Gary Langevin yang berasal dari Oregon USA ini pastinya manarik hati. Nak poster Jurassic Park, GoT dan Firefly now!



Serius Kreatif - Lukisan Hyper Realistik Yigal Ozeri (13 Gambar)


Awesome

Selepas terciptanya kamera, the art of realistic painting semakin pupus. Kenapa perlu habiskan beratus jam melukis jika anda hanya perlu memetik butang pada kamera untuk hasil yang serupa? Bagi Yigal Ozeri seni penghasilan potret hyper realistik masih lagi releven dan beliau kini dianggap antara masters of the art. Memang serius real dan tak nampak macam sebuah catan minyak. Awesome.



Saturday, 19 July 2014

Serius LOL - Jika Kaum Adam Mengalami Kitaran Haid!


Bendera Merah!

Hahahaha.............. 


Serius Konsep - Casa Futbol : Stadium Bolasepak Sebagai Rumah Pasca Piala Dunia (6 Gambar)


Ola Rumah!

Temasya bolasepak Piala Dunia sudah berakhir dengan Jerman membenam Argentina 1-0 di masa tambahan. Selepas berakhirnya temasya besar kerap kali stadium yang dibina dengan kos ratusan juta menjadi projek gajah putih. Kami pernah paparkan apa yang terjadi kepada stadium Olimpik di China dan juga kampung sukan di Greece. Semuanya terpaksa ditutup kerana tidak digunakan sepanjang tahun tetapi kos maintenence adalah mahal.

Konsep Casa Futbol oleh 1Week1Project mahu mengubah stadium yang sedia ada menjadi kawasan perumahan untuk penduduk setempat. Ketika tiada temasya sukan stadium masih boleh menjana wang dengan menyewakan ruang stadium sebagai apartment. Idea yang radikal tetapi bagi kami adalah bijak. Di London kita sudah melihat Stadium Highbury Arsenal yang kini menjadi sebuah kawasan apartment ekslusif. Mungkin tiba masanya stadium bolasepak boleh mempunyai dwi fungsi sebagai venue sukan dan juga kawasan perumahan. Masakan tidak boleh kerana ini adalah lebih baik dari jadi gajah putih sepanjang tahun. 

Di Brazil projek ini pastinya bagus kerana umum diketahui ratusan rumah setinggan dimusnahkan oleh kerajaan Brazil bagi membina stadium. Beri ruang rumah kepada mereka yang kini homeless. Barulah adil!


Serius Cool - Patung Aksi Penjejak Awan Pedang Setiawan (12 Gambar)


Do Want!

Kami dah membaca komik Pedang Setiawan sejak tingkatan 3. This was in the early 90's. Semasa membesar kami mahukan patung aksi Penjejak Awan dan Badai. Malangnya patung aksi yang dijual adalah patung resin yang terlalu mahal dan harus dicat sendiri oleh pembeli. Hot Toys memenuhi impian kami untuk memiliki patung Penjejal Awan  di bawah. Ianya boleh dipose mengikut kehendak pengguna. Masih tiada harga tetapi who cares. Harus dibeli selalu! (gaya Kelantan)



Monday, 14 July 2014

Serius LOL - Nama Paling Tidak Glamer Bagi Seorang Artis


Facepalm

Memang sangat malang nama artis ini. Pastinya tidak boleh menjadi artis antarabangsa.


Serius Penipu - Beberapa Lagi Gambar Produk Ciplak Dari Seluruh Dunia (15 Gambar)


Hahaha

Banyak juga produk cak ayam yang meniru produk ternama. 



Serius Cool - Mall of the World Dubai : Pusat Membeli Belah Terbesar Di Dunia (12 Gambar)


Mega!


Malaysia ialah antara negara yang gilakan pusat membeli belah. Tiga daripada 15 pusat membeli belah terbesar dunia terletak di negara kita. One Utama ialah pusat membeli belah ke 5 terbesar, Midvalley Megamall ke 9 dan Sunway Pyramid yang ke 11 terbesar. Tetapi kesemua mall ini tidak akan dapat mengalahkan Mall of The World yang akan dibuka di Dubai kelak.

Dengan keluasan lantai melebihi 8 juta kaki persegi ianya lebih besar dari Kota Terlarang di Beijing. Ia kana menempatkan pusat membeli belah, taman tema tertutup terbesar dunia, hotel dan ruang pejabat. Keseluruhan pusat membeli belah akan dilengkapi sistem kawalan suhu bagi memastikan pembeli belah akan selesa sepanjang tahun.

Di dalam Mall of The World akan dibina kawasan bertema khas yang menyerupai Oxford Street London untuk mebeli belah. Kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona. Pak Arab tak perlu lagi ke negara khuffar ini dan menyalurkan duit ke Zionis untuk menikmati the same vibe #s

IN B4 "Arab bina pusat beli belah.. anak Palestine perut terbelah kena serang Zion"



Serius- Exodus Gods and Kings - Batman Kini Nabi Musa?


What?

He was Batman and now Christian Bale is also Moses...Apa seterusnya? Zac Efron as Jesus? Brad Pitt is Noah? Still a better love story than Strawberi Cinta.


Wednesday, 9 July 2014

Serius Iklan - Beraya Dengan Gaya Felixia Yeap di Nile (5 Gambar)


Beli Baju Dengan Pantas dan Bergaya Seperti Felixia Yeap Raisyyah Rania

Siapa tidak kenal Raisyyah Rania tapi mungkin korang lebih mengenalinya dengan nama Felixia Yeap. Sejak dia kembali pada islam, sedikit sebanyak trend dan cara pemakaiannya menjadi ikutan dan tidak lupa juga mereka yang menempel di instagram beliau: visit my IG. Kami tahu tak lama lagi nak raya. Bila raya mesti mahu beli baju raya. Dan nak beli baju raya kenalah ikut trend terkini. Dan Raisyyah Rania adalah trend terkini, dan di Nile.com.my ada jual baju yang digayakannya. 

Jadi disini kami kongsikan baju yang boleh dibeli, dan diposkan dalam masa 24 jam dengan syarat perlu melebihi nilai pembelian RM78. Pos penghantaran juga percuma sekiranya barang yang dibeli melebihi RM48 ringgit untuk GDex tapi ianya tidak diposkan dalam masa 24 jam. Ah ketepikan perkara itu, meh tengok gambar Felixia Rania 




Yang first ni Dress set. Ada warna merah dan hijau dan set ini datang dengan baju serta dress. Harga asal di Nile adalah RM89 tapi sebab nak raya jadilah harga raya RM42. Murah tu. Klik sini untuk membeli Dress Set sekarang jugak.

Tuesday, 8 July 2014

Serius Cool - Berbuka Dan Tarawikh Masyarakat Muslim Beijing (12 Gambar)


Nawaitu

Masyarakat Cina lebih awal memeluk agama Islam kerana hubungan laluan sutera dengan negara Arab ratusan tahun yang lalu. In fact di China lebih banyak orang Islam dari di Malaysia. Mari lihat bagaimana mereka berbuka dan tarawikh di Masjid  Niujie Beijing. Masjid ini pernah kami lawati 5 tahun yang lalu. Sekilas pandang memang tak akan sedar ianya masjid. Hanya bulat sabit di atas atap berbentuk tokong menandakan ianya rumah ibadah masyarakat Islam Beijing. Cantik masjidnya dengan beberapa papan tanda dalam Bahasa Malaysia kerana kerajaan Malaysia ada menderma untuk baik pulih masjid ini. 



Serius Konsep - Rumah Di Dalam Papan Iklan Untuk Golongan Gelandangan (9 Gambar)


Rumah Untuk Semua


Isu gelandangan ialah isu hangat di Malaysia dengan seorang menteri mahu menutup dapur jalanan yang dikatakan menyebabkan gelandangan semakin ramai di Ibu kota. Tiada rancangan dari menteri tersebut untuk mengurangkan kemiskinan dan membantu gelandangan yang sedia ada. Di Slovakia ada sebuah projek yang cuba menyelesaikan masalah ini. Di negara ini mereka mahu merubah papan iklan tepi jalan menjadi rumah untuk golongan gelandangan. Dari membiarkan struktur ini berfungsi hanya sebagai papan iklan, ianya kini boleh menjadi tempat berteduh mereka yang memerlukan. 


Serius WTF - Robot Menari Yang Paling Creepy


What?

Seb baik Ramadan. Tak ada momok dan tak perlu cuak dengan video ini. 

Monday, 7 July 2014

Serius Cool - Waiting For Father's Day : Pesanan Ayah Buat Anak Di Hari Kelahiran (15 Gambar)


Sniff..

Insyalah kalau tak ada aral melintas dalam seminggu lagi I will be a dad. I can't wait for my daughter to come into the world. Set foto kata-kata pertama seorang ayah buat anak mereka di bawah ini membuatkan kami rasa feels. Foto diambil oleh Dave Young di Hospital Chelesa dan Westminster London. Setiap pesanan ayah kepada anak diabadikan di dalam gamber yang sama. #ManlyTears



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails