Wednesday 30 April 2014

Serius Konsep - Honda Smart Home : Honda Membina Rumah Mesra Pintar Masa Hadapan (19 Gambar)


Taman Sri Honda.. Jalan Civic dan Lorong Accord

Sejak tahun 1959 Honda sudah menghasilkan kenderaan bermotor. Mereka pada awalnya menjual Motosikal dan sehingga kini Boon Siew Honda adalah motosikal yang mudah kita lihat di jalanraya seluruh Bolehsia. Pada tahun 1999 mereka menceburi bidang kenderaan hibrid berkuasa pentrol dan elekrtik. Maka tidak mengejutkan kini Honda memasuki pasaran rekaan rumah pintar pula. Sebuah rumah konsep Honda Smart Home seluas 2000 kaki persegi siap dibina di kampus University of California Davis. Ianya akan menjadi tapak menguji keberkesanan sistem rumah pintar dan mesra alam rekaan mereka selama 3 tahun.

Apa yang pintar mengenai rumah ini? Ia membekalkan tenaga elektrik dan bekalan airnya sendiri. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar manakala air hujan ditadah dan ditapis menggunakan laman sekitar rumah. Sistem pemanas air dan rumah menggunakan kuasa geotermal juga boleh dipasang pada rumah pintar ini. Ianya juga dicipta khas dengan sistem pengecasan untuk kereta Honda Fit rekaan Honda. Elektrik boleh digunakan untuk mengecas kenderaan ini ataupun disedut untuk digunakan oleh perkakasan rumah. Keseluruhan rumah pula boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar.

Pendeka kata rumah anda kini lebih pintar dari diri anda sendiri. Kami tertarik dengan sistem pengumpulan air hujan rumah ini. Kami nak sistem ini sahaja dahulu kerana di Lembah Klang catuan air dan mencapai tahap bangsat. Kalau boleh proses air sendiri memang kami nak potong khidmat Syabas yang bebal. Hidup HONDA!



Serius LOL - #OhMyMalay : Alfatihah Untuk Bahasa Malaysia


RIP!

Oh my! ....................



Serius Cool - Reebok Insta Pump Fury Bertemakan Gundam (15 Gambar)


Gundam!

Robot gergasi paling terkenal dunia ialah Gundam. Ianya mendapat inspirasi dario baju kebal yang dipakai oleh Samurai Jepun pada zaman dahulu kala. Walaupun sudah wujud selama puluhan tahun dan terdapat siri anime berbeza, Gundam RX-78-2 masih kekal sebagai Gundam yang paling mudah dikenali. So much so Jepun membina patung berskala sebenar RX-78-2 pada tahun 2009 sempena ulangtahunnya yang ke 30. 

Kini ada kasut Rebbok Insta Pump Fury yang menyerupai RX-78-2 dan MS-06S Zaku II yang dipandu Char Aznable. Looks cool. Memang ada obsesi Gundam di Jepun. Sebelum ini ada kami paparkan kereta Toyota dengan rekaan Char Aznable serta hotel bertemakan Gundam di Tokyo.


Serius Klasik - "GoPro" Zaman Dahulu Kala (15 Gambar)


Real GoPro

Zaman dahulu kala pak hang mak hang nenak hangpa semua tak ada GoPro monopod dan mengambil gambar selfie macam kepalabana seperti anda sekarang. Zaman dahulu kamera terlaku berat untuk letak di hujung kayu semata-mata



Serius - Cara Brazil Menghukum Pesalah Vendalism


OWNED

Vendal kantol menconteng dinding balai polis........ kena OWNED baik punya di Brazil! This is Brassssil #DepaTangan

Monday 28 April 2014

Serius VS - Rupa Seleb Terkenal : Muda Vs Sekarang #3 (19 Gambar)


Oh!

Ramai pelakon yang ternama memulakan kareer sejak masih berumur setahun jagung dan kanyaq. Ini adalah gambar mereka ketika masih muda vs rupa mereka sekarang. Mana lagi comel? Natalie Hershlag sangat cute dalam LEON by the way. #NoPedo



Serius Cool - JUMPR : Powerbank Untuk Telefon Pintar dan Kereta Anda! (10 Gambar)


DO WANT!

Powerbank yang boleh recharge telefon anda adalah sesuatu yang mainstream seperti mengaku diri anda hipster. Ianya sudah sama mainstream macam beli monopod GoPro lepas tu ambik gambar selfie macam manusia tak cukup kawan - kawan untuk tolong ambilkan gambar. JUMPR ialah mother of all powerbanks bukan ia bukan sahaja boleh recharge telefon anda yang mati malahan boleh menghidupkan semula kereta anda yang kehabisan bateri. Powerbank buatan Junopower ini berkapasiti 6000 mAh dan turut dilengkapi lampu suluh built in. Ia akan dijual bulan hadapan pada harga hanya USD 70 (RM229) sebuah. Anda akan turut menerima kabel khas untuk disambung kepada bateri kereta. Menurut Junopower, JUMPR boleh menghidupkan semula kereta yang mempunyai 4 ataupun 6 silinder tanpa masalah. Nice! Mari pre-order!



Serius Cool - Bear Grylls Survival Academy : Akademi Mengasah Kemahiran Survival Anda (21 Gambar)


Survival Man!

Bera Grylls menjadi terkenal kerana rancangan Man vs Wild beliau di saluran Discovery. Kita melihat beliau cuba hidup di tengah-tengah hutan, padang pasir dan juga kawasan artik. Kini anda juga boleh belajar untuk survive dalam situasi sebegini dengan mendaftar di Bear Grylls Survival Academy. Akademi ini akan mengajar asas survival kepada anda seperti makan telur kambing, minum mata kerbau dan ratah daging monyet. Terdapat 3 cawangan akademi ini iaitu di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. Terdapat 3 pilihan kursus untuk anda. Ada kursus intensif 24 jam, kursus 24 jam untuk kanak- kanak dan kursus hardcore selama 5 hari. Kos bermula dari GBP 349 (RM 1900) untuk kursus sehari dan meningkat kepada GBP 1899 (RM 10 500) untuk 5 hari. Ada berani?



Serius - Pejuang Melayu Sebenar : PERKASA Potong Pulut Kuning Pakai Keris


INI!

Kerana hunus keris dan cium sahaja ketika perhimpunan UMNO tidak cukup perwira!

Thanks @urutoraman_80

Saturday 26 April 2014

Serius VS - Beza Tabiat Bangun Pagi Lelaki VS Perempuan


#SeemsLegit

Ha ha ha.........Ada kebenaran di sini especially bunyi alarm pagi lelaki.




Friday 25 April 2014

Serius - Iklan Yang Tidak Sesuai Dengan Webpage Yang Dipaparkan


Bad Luck 

Iklan liberal di website konservatif

 

Serius - Kilang Ibu Tumpang Di India Untuk Pasangan Barat (18 Gambar)


Kilang Bayi

Di Malaysia banyak kes buang bayi oleh remaja yang terlanjur. Ini mengakibatkan kematian dan parents yang bertanggung jawab dipenjara kerana membunuh. Di India ada industri aneh yang kami percaya masih tiada di Malaysia. Ianya industri menjadi ibu tumpang untuk pasangan dari negara Barat. Wanita India meminjamkan rahim mereka kepada pasangan barat yang tidak mampu mempunyai anak mereka sendiri ataupun yang tak mahu mengandungkan anak mereka sendiri akibat pilihan peribadi. Setiap ibu tumpang diletakkan di dalam asrama khas selama tempoh mengandung berjauhan dari keluarga mereka. Semua aktiviti mereka dipantau bagi memastikan bayi yang dikandungkan sihat. India menjadi pilihan kerana kos menyewa rahim bermula dari GBP 5000 (RM27500) seorang dan ini adalah jauh lebih murah dari bayaran yang dikenakan ibu tumpang di negara barat. Ia juga membantu ibu tumpang untuk meringankan beban hidup kerana majoriti mereka berasal dari keluarga yang miskin. I guess bukan hanya pekerja kilang dan call center yang di outsourcekan ke negara ketiga. Kini rahim ibu juga boleh disewa. Kapitalisma!


Serius Cool - Wadi Rum : Kebun Hijau Di Tengah-Tengah Padang Pasir Jordan (10 Gambar)


Ku lihat hijau

Bercucuk tanam di tengah padang pasir ialah idea yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal. Ianya seperti industri menghasilkan kereta tempatan dengan standard bangang kemudian meletakkan cukai 200% pada pesaing luar negara bagi memastikan kereta tempatan laku. It is just that damn stupid when you think about it. Tetapi ini tidak menghentikan projek kebun sayur-sayuran gergasi yang terletak di Wadi Rum, Jordan. Wadi Rum ialah kawasan padang pasir yang kini menjadi kebun penanaman sayur oleh Rum Farm Organics. Projek penghijauan padang pasir ini sudah dilakukan sejak 1986 dan ianya kini membekalkan sayur-sayuran seperti kobis, kentang dan tomato untuk pasaran Jordan. Rum Farm Organic mengepam air dari akuifer yang terletak 40 meter di bawah padang pasir untuk mengairi ladang mereka yang kini mempunyai keluasan 2000 hektar.Sistem pancuran air berputar digunakan dans setiap kebun sayur berbentuk bulatan ini mempunyai keluasan 78 hektar setiap satu. Yang menarik tentang teknologi penghijauan padang pasir ini ialah ianya bukan teknologi baharu tetapi telah digunakan sejak zaman tamadun Mesir lagi. Really cool. 

IN B4 "Ini antara petanda kiamat ya akhi!"



Serius Klasik - Bathing Machine : Alat Menutup Aurat Wanita Mandi Ketika Zaman Ratu Victoria (12 Gambar)


Aurah

Diantara tahun 1750-1920 "Mesin Mandi" seperti di bawah boleh dilihat di kawasan pantai Eropah. Mesin mandi ini digunakan oleh kaum hawa untuk menutup tubuh mereka dari diintai lelaki gatal ketika mandi. Pada era ini buku lali wanita diangap erotis dan boleh mendatangkan nafsu. Oleh itu wanita harus menggunakan mesin mandi ini untuk mandi di pantai awam. Ketika zaman Ratu Victoria kegilaan memastikan wanita tidak mandi bersama dengan lelaki menjadi semakin gila dan mesin mandi yang besar mula dibina. Ia dilengkapi bilik pertukaran, bilik kering, tandas dan bilik bersolek. Seekor kuda akan digunakan untuk menarik mesin mandi ke tengah laut dan mandilah kaum hawa di dalam mesin aneh ini. Selepas 1920an masyarakat Eropah berubah. Wanita dan lelaki kini boleh mandi bersama di dalam laut tanpa dipandang serong. Oleh sebab itu mesin mandi seperti ini mula pupus dari kawasan pantai.  So kids........ Malaysia mungkin sebuah negara yang prudish tetapi setahu kami dalam sejarah peradaban Tanah Melayu mesin mandi ini tak pernah wujud disini. So in a way our ancestors and not as bad as European ancestors! 



Serius Neko - CATable : Meja Khas Untuk Kucing Anda (8 Gambar)


Nekomeja

CATable ialah meja yang mungkin harus kami beli untuk kucing kami di rumah. Ianya rekaan Ruan Hao seorang jurureka yang berasal dari Hangzhou China. Beliau mendapat idea untuk menja khas untuk kucing selepas melihat kucing beliau yang suka menyorok berdekatan meja kerja beliau. I need this!



Serius Klasik - Apabila Agong Melawat Pantai Timur 1958


Klasikal!

Ada beberapa perkara menarik dari newsreel ini.

1. Orang zaman ini masih belum ada adat mengangkat sembat ampun tuanku apabila bertemu Agong. Hanya tunduk sedikit sebagai tanda hormat.
2. Orang zaman ini tak ada yang gemok macam Obefiend
3. Orang zaman ini menyambut VIP sama macam orang zaman sekarang
4. Banquet rasmi nampak sederhana by today's standard. Tetapi zaman ini ada toasting event menggunakan minuman halal bukannya khimar.
5. Cantik betul Malaya lebih 50 tahun yang lalu.


Thursday 24 April 2014

Serius Cool - OnePlus One : Telefon Pintar Berkuasa Tinggi Dengan Harga Mampu Milik (11 Gambar)


Do Want

One Plus ialah nama baru dalam penghasilan peranti pintar. Ianya syarikat berpengkalan di China yang percaya bahawa peranti berkemampuan tinggi tidak seharusnya dijual pada harga mengoyakkan dompet. Peranti OnePlus One mempunyai skrin sebesar 5.5 inci, pemproses 2.5 GHz Empat Teras Snapdragon 801, RAM 3 GB, Kamera 13 Megapixel dan muatan dalaman bermula dari 16 Gigabyte. Peranti lain yang mempunyai spesifikasi ini dijual pada harga mencecah 600 dollar tetapi OnePlus One dijual pada harga USD 299 (RM 976) sebuah. Ini adalah harga tak masuk akal bagi peranti dengan spec yang sehebat ini. Needless to say we are interested. Rekaan nampak kemas dan ianya menggunakan Android edisi CynogenMod. Epic!



Serius Cool - New Anfield : Rekaan Stadium Terbaru Liverrpol Football Club (9 Gambar)


#YNWA

Liverpool FC ialah kelab paling power dalam sejarah bolasepak England kerana memenangi piala Eropah sebanyak 5 kali. Setelah bertahun menjadi bahan ketawa kelab gergasi ini akhirnya bangkit dari ketagihan daum ketum dan kini mengungguli persaa Liga Perdana Inggeris. Sejak 2002 pembangunan semula stadium Anfield  telah dirancang tetapi menghadapi masalah kewangan dan kebenaran dari pihak berkuasa. Tetapi kini rekaan New Anfield akhirnya diperlihatkan kepada umum dan ianya akan kekal di tapak asal dan tidak diubah ke Stanley Park seperti perancangan tahun 2007. Kapasiti New Anfield akan mencecah 60 000 orang berbanding hanya 45 500 sekarang. Penambahan tempat duduk adalah penting bagi menjana kutipan yang lebih lumayan. Projek pembangunan semula bernilai GBP 150 Juta (RM 822 Juta) ini dijangka bermula musim panas 2016. Apabila siap kelak ia akan menempatkan pusat membeli belah, pusat komuniti dan juga hotel. Looks good. 



Serius Cool - Meytal Cohen Bat Country : Siapa Bilang Awek Metal Tak Menawan


Holy!

Dayyum ...... This chick Meytal Cohen can hit! The Rev will be proud. 


Tuesday 22 April 2014

Serius LOL - Skill Photoshop Level Quasimodo


Dehell

Hahaha...... teruk gila photoshop!


Serius Cool - Fluxmob Bolt : Charger Dan Powerbank 2 Dalam 1 (12 Gambar)


WANTTTTTTTTTTTTT

Powerbank dan charger........ dua benda yang perlu dibawa untuk memastikan telefon pintar anda tidak mampos apabila berada di luar rumah. Masalah powerbank ialah kena ada charger sendiri yang juga perlu dibawa kemana-mana dan most times kita lupa nak recharge powerbank. Kan bagus kalau ada hibrid charger dan powerbank 2 dalam 1. Well ianya kini sudah wujud dalam bentuk Fluxmob Bolt. Ianya charger dengan powerbank terbina. Anda boleh mengecas telefon dan powerbank sekali harus apabila ianya dipasangkan pada palam dinding. Lepas dicabut ia akan berfungsi sebagai powerbank dengan kapasiti 3000 mAh . Damn bloody brilliant! Why no one tought of this before? Fluxmob Bolt dijual pada harga USD 60 (RM 195)sebuah. Cheap for such a cool ass thing.



Serius - 20 Isyarat Tangan Yang Dianggap Kurang Ajar Dari Seluruh Dunia


Nah!

So guys....... jangan buat lambang PEACE TERBALIK. 


Serius Kreatif - Piktogram Minimalis Untuk Band Rock Kegemaran Anda (14 Gambar)


ROCK!


Setiap band mempunyai logo mereka sendiri. Tetapi pereka di TataFriends mereka semula kesemua logo band rock ternama dunia dan menjadikannya lebih minimalis dan mudah dikenali. Nice one for LED ZEPELLIN! 



Serius Cute - Cara Membuat Bayi Anda Memanggil Abah


Comel!

Jangan comel sangat please. Comel melampau budak ini.


Monday 21 April 2014

Serius Konsep - BMW Vision Future Luxury : Kemewahan Masa Hadapan (20 Gambar)


Kaya Teknologi

BMW Vision Future Luxury ialah konsep kereta mewah berteknologi tinggi terkini BMW. Tidak seperti kereta yang ada sekarang, VFL mempunyai skrin sesentuh yang menunjukkan kelajuan dan vital statistics kereta yang dipandu. Maklumat terkini lalulintas juga boleh dipaparkan pada konsol pemandu serta sistem HUD maya yang menunjukkan arah jalan secara terus pada kaca hadapan. Penumpang juga mempunyai konsol skrin sesentuh mereka sendiri dan segala maklumat boleh dikongsi antara penumpang dengan mudah. Adakah kereta dengan skrin sesentuh masa depan industri automotif? Secara peribadi kami tak mahu ada skrin sesentuh dalam kereta. Kalau di Malaysia skrin LCD ini akan masak di bawah matahari. Lepas tu kena tukar. Kopak dompet. Pengeluar kereta yang happy kita sad face.


Serius Cool - Skiways : "Bas Terbang" Di Pergunungan Catskill (16 Gambar)


Bas Terbang


Kereta kabel biasanya adalah seperti gerabak keretapi. Ianya ditarik dan tidak mempunyai kuasa untuk bergerak dengan sendiri. Tetapi Bas Terbang Skiway yang dibina di Pergunungan Catskill Amerika Syarikat adalah berbeza. Bas Terbang ini dilengkapi dua buah enjin 185 kuasa kuda yang membolehkan ia bergerak dengan kuasa sendiri. Ianya dibina pada tahun 1930 dan beroperasi sehingga 1956. Sebanyak 36 orang penumpang boleh dibawa pada satu satu masa dengan keadaan selesa. Sistem kereta kabel berbentuk bas ini adalah satu-satunya di dunia. Perkhidmatan Skiway dihentikan kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dan ianya kerap rosak. So that is why zaman sekarang sistem kerata kabel yang digerakkan dari base station digunakan dan sistem sebegini sudah pupus. But you have to admit this flying bus is damn cooler than your usual cable cars. 




Serius LOL - Once You See It You Tinja Batu Bata


LMAO!

Kah kah kah............ dekat sangat 



Serius Cool - Selebriti Popular Bergambar Dengan Versi Muda Diri Mereka (16 Gambar)


Comel

Selebriti popular barat bergambar dengan versi muda diri mereka. Comel gila Angie dan Drew! 




Serius Klasik - Majlis Perkahwinan Yang Dipertuan Agong 1956


Nice!

Majlis perkahwinan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim dengan arwah Sultanah Bahiyah nampak lebih chill dan sederhana berbanding majlis perkahwinan Melayu moden. 




Saturday 19 April 2014

Serius Fakta - 15 Fakta Kehidupan Yang Benar Dan Juga Kelakar


#TrueStory

Yep..... fakta kehidupan yang paling real!



Serius Cool - FEED : Kedai Daging Paling Cool Di Dunia (12 Gambar)


Nice Gila

Kedai menjual daging ialah kedai yang paling tidak cool di dunia. Kalau di Malaysia daging dijual secara terbuka tanpa refrigeration di pasar malam dan pasar pagi. Di pasaraya pula daging dijual dalam suasan suram. I mean just go to TESCO anda look at the meat section. Bloody depressing. Tak nampak ceria dan lezat. Di Eropah ianya mungkin  ceria sedikit kerana ada jual pelbagai jenis luncheon meats dan daging salai. Tetapi di Brazil ada kedai jual daging paling cool dan stylo mengalahkan Starbucks habaq hang.

Feed ialah kedai konsep jualan daging yang terletak di Sao Paolo. Ianya dimiliki syarikat Feed yang menjual pelbagai produk berasaskan daging lembu baka Bonsmara berkualiti tinggi. Kerana daging yang dijual adalah berkualiti tinggi dan mahal rekaan kedainya juga harus classy as hell. Daging beku dipamerkan seperti beg tangan berjenama dalam ruang jualan stylish. Terdapat juga kaunter menjual dagin segar di bahagian belakang. Sebuah dapur kecil diletakkan pada bahagian dalam yang akan mengajar pelanggan cara terbaik memasak daging serta membolehkan produk dirasa sebelum dibeli. Pendek kata kedai daging ini looks  a lot nicer than most of our home decor. For that I am jelly.

Serius Kreatif - Aksesori Fesyen Dari Tulang Belulang Oleh Ossuaria (16 Gambar)


Goth!

Ossuaria ialah koleksi aksesori fesyen wanita yang diperbuat sepenuhnya menggunakan tulang binatang. Ianya direka oleh Kristin Bunyard menggunakan tulang yang dikumpul dari ladang dan haiwan yang mati dilanggar. Yep. Sungguhpun rekaan beliau morbid harga setiap aksesori unik ini bermula dari USD 800 (RM 2500). Not cheap!



Serius Cool - GP Limos : Apabila Kereta Lumba Menjadi Limo 7 Penumpang (9 Gambar)


Vroom!

Limo bukanlah kenderaan yang mementingkan kelajuan. Limo mementingkan keluasan ruang penumpang, peti ais simpan minuman keras dan cermin tingkap gelap yang memastikan kenakalan penumpang yang durjana tidak boleh dilihat dari luar. Tetapi jika anda tidak nakal, tidak mementingkan minuman keras dan ruang yang besar GP Limos ialah limo alternatif untuk anda. Ianya mungkin Limo terpantas dunia dengan kelajuan melebihi 400 kilometer sejam. Disamping itu ia mampu membawa 7 orang individu serentak. Oh yeah. Malang sekali kalau bawa di highway KL-Seremban anda akan still stuck pada kelajuan maksimum 60 kilometer sejam. Bloody jam!  

Serius - Apabila Pengguna Lebuhraya PLUS Flip Table Edisi Rage Quit


Ghetto!

Devon! Flip the table!! 

Thanks @dmekdy



Friday 18 April 2014

Serius LOL - Google Suggestions Paling Random Apabila Mencari Gambar Pelakon Wanita Malaysia (18 Gambar)


Hahahaha

So konklusinya majoriti carian gambar artis wanita Malaysia will end up with "nampak seluar dalam"? 



Serius FAIL - #RIPMalaysianEducation : Oh My Matematik!


Tahap Arwah!

Oh my GOD!............. Apa dah jadi dengan sistem education Malaysia apabila soalan macam ini ditanya kepada umum. Menurut ranking  PISA, Malaysia ditempat 39 dari 44 negara untuk tahap kebagusan dalam Matematik, Sains dan membaca. Ini adalah sangat terus kerana pada akhir dekad 90an kita masih lagi TOP TEN. Ini bermakna dalam masa kurang 20 tahun sistem pendidikan negara sudah semakin sampah bin tinja ibni useless. FUUUUUUUUUUUUUUUUUU! 


Serius Indo - Poster Pilihanraya Dimusnahkan Kerana Tidak Mematuhi Peraturan (13 Gambar)


Syabas!

Benda paling annoying bila ada pilihanraya di Malaysia ialah perang poster yang macam bangang. Kesemua permukaan bersatah rata akan dipenuhi muka Jibby, Rosmah, Anwar, Nik Ajiz dan Lim Kit Siang. I mean seriously kini sudah tahun 2014 kenapa masih nak SPAM pemandangan orang ramai dengan perang poster yang HONESTLY does not sway who the fuck you want to vote for. Right? Adakah anda bangun pagi pada PRU yang lalu nak undi Barisan Nasiona kemudian nampak wajah Lim Kit Siang dan terus "Hey I think I want to fucking vote for this DAP party because uncle Lim face is 40 inch high and got some fonts on them". Di PRU hadapan ada baiknya perang poster diminimumkan dan dihadkan zon pemasangannnya. Di Kepong kami nampak poster di lampu isyarat dan road signage. Paling bebal di pantai timur ada yang meninggal apabila poster BN yang dipasang menggunakan buluh menusuk leher pemandu motosikal. Damn sad as shit way to die I tell you!

Anyways di Indonesia pihak berkuasanya at least ada kotel untuk menanggalkan poster yang melanggar peraturan. Yang memasang pada kawasan larangan dan tidak mempunyai permit ditanggalkan like a bawse. Kan bagus kalau di Malaysia pihak berkuasa tempatan juga ada telur untuk melakukan benda yang sama. Ini tidak. Bila parti dacing And Justice For All Metallica letak poster di lampu isyarat depa buat buta. Tapi bila parti GOATSE letak di persimpangan jalan poster dicabut. Seriously guys. Be fair. 


Serius Sadis - Gambar Tragedi Feri Sewol Di Korea Selatan (20 Gambar)


More Sadness

Sewol ialah nama feri yang karam dalam perjalanan ke Pulau Jeju di Korea Selatan. Kapal ini melanggar sesuatu dalam perjalanan dan terbalik dengan kadar yang segera 2 hari yang lalu. Tragedi ini mendapat perhatian media dunia kerana lebih dari 380 penumpang dari 450 yang menaiki kapal ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang dalam perjalanan yang dianjurkan pihak sekolah. Setakat ini lebih dari 270 penumpang masih belum ditemui dan dipercayai terperangkap di dalam kapal yang kini hanya bahagian haluannya masih terapung di permukaan laut. Tambah sedih ada ibu bapa yang mendapat SMS dari anak mereka yang terperangkap yang mengatakan mereka masih hidup tetapi paras air semakin naik. Ada juga yang menerima SMS ucapan selamat tinggal dari anak-anak mereka. Sehingga kini kapal Sewol masih belum dapat dinaikkan semula dan tiada berita penumpang baru diselamatkan. Pihak berkuasa berkata kapten kapal gagal memberikan arahan untuk menyelamtakan diri kepada penumpang dan sebaliknya menyelamatkan diri beliau dahulu sebelum kapal terbalik secara total. Beliau kini ditahan untuk siasatan. Mereka yang terselamat rata-ratanya berkata mereka bernasib baik kerana tidak mengikut arahan kapten yang menyuruh mereka kekal di dalam kapal dan tidak meluru ke bot kecemasan. Sadis!



Serius - Kingdom of Little People : Taman Tema Orang Kerdil Di China


Sad

Dokumentari kehidupan pekerja Kingdom of Little People di China. Kesian-kesian jugak tetapi judging by this documentary this place is NOT all that bad.  Mari lihat kesukaran orang kerdil di China dan mendengar cabaran seharian hidup mereka. Jika anda bersazi normal sila insaf.


Thursday 17 April 2014

Serisu Cool - Chimelong Ocean Kingdom : Taman Teman Dengan Akuarium Terbesar Dunia (15 Gambar)


Fishes!

Chimelong Ocean Kingdom yang terletak di Guangdong China kini merupakan akuarium terbesar dunia. Taman teman air merangkap akuarium gergasi ini mempunyai tangki utama sebesar 5.99 Juta galon dan jumlah isipadu total sebanyak 12.87 Juta galon. Ini dengan mudah menempatkan Chimelong Ocean Kingdom sebagai akuarium terbesar dunia. Di dalam tangki utama ada diletakkan Whale Shark dan mata ray gergasi. Disamping itu terdapat juga taman air serta taman hiburan bertemakan akuatik di dalam taman seluas 50 ekar ini. Ianya dibuka bulan lalu dan kini berharap akan menjadi destinasi taman air no 1 di China. 



Serius VS : Wajab Sebelum Dan Selepas Solekan (15 Gambar)


Mekap!

Kerana mekap lebih efektif dari susuk. Tak caya tanya Rozita Che Wan. 



Serius Cool - Casing iPhone Metal Gear Solid V : Ground Zeroes (10 Gambar)


Epic


Terdapat ribuan rekaan casing untuk iPhone tetapi casing radio Big Boss dari Metal Gear Solid V ini membuatkan kami akhirnya rasa macam nak beli iPhone. It is too damn epic and cool. Ia dilengkapi lampu LED biru dan stylus terbina. Plus.. just look at this damn thing. Too cool and membuatkan anda nampak macam fanboy Hideo Kojima sebenar. Casing buatan iDroid ini akan dijual Oktober ini pada harga USD 74 (RM 240). Now all I need is a used iPhone 5S



Serius Konsep - Pesawat Futuristik Rekaan Alex Brady (14 Gambar)


Future

Manusia mendapat inspirasi untuk terbang apabila melihat burung terbang di udara. Selama ribuan tahun manusia cuba menguasai udara. Icarus terbakar apabila menghampiri matahari dan cita-cita ini hanya tercapai selepas Wright Brothers mencipta Wright Flyer lebih 100 tahun yang lalu. Sungguhpun mendapat inspirasi dari burung, tidak ada pesawat yang wujud sekarang yang kelihatan seperti seekor burung. Alex Brady seorang pereka konsep dari England menghasilkan beberapa pesawat futuristik yang mempunyai rekaan seperti burung dan dinasour terbang. Looks great. 



Serius Cool - Trailer Terkini X Men : Days of Future Past


Sebulan lagi!

Harapannya ada scene Wolverine mati kena death ray sentinel....... but judging by this trailer filem ini tidak mengikut susur masa komik yang ditulis Chris Claremont.



Wednesday 16 April 2014

Serius LOL - Coloring Book Corruption : Apabila Buku Lukisan Kanak-Kanak Diubahsuai Dengan Ilustrasi Kejam (11 Gambar)


Kejam! 

Childhood ruin! Apabila lukisan dari buku mewarna kanak-kanak dikerjakan oleh orang dewasa yang twisted Coloring Book Corruption.Dayyum! Mohon siapa ada buku Upin Ipin dan BoboiBoy buat versi twited Malaysian edition.



Serius Cool - Mari Melawat Pusat Ujian Peranti Galaxy Samsung (16 Gambar)


Galaksi

Telefon Samsung Galaxy (insert model) memang laku di Malaysia. Cleaner di KLCC pun pakai Note 3. Kami sendiri tak mampu beli new handphone on a yearly basis so kami dapat free dari manufacturer like a bawse. LOL. Anyway ini ialah fasiliti milik Samsung di Suwon. Di dalam makmal ujian ini peranti terkini keluaran Samsung diuji sebelum dijual kepada orang ramai.

Antara ujian yang dilakukan ialah melihat kesan radiasi, tahap kualiti audio, kamera, ketahanan hentakan, ketahanan debu dan kekuatan antena. Ujian audio dilakukan menggunakan robot. Sangat menarik dan tidak disangka. Ujian haba dan radiasi dilakukan dengan melihat berapakah suhu air yang naik apabila peranti berada berhampiran dengan mankuk air yang diambil suhunya. 

Malangnya tiada ujian terhadap akaun bank pengguna dan tangisan yang dititiskan apabila telefon rosak selepas habis tempoh warranty. Damn sad I tell you. Galaxy Note kami pernah jatuh dan kami kopak RM600. FUUUUUUUUUU!



Serius - Yahanana Edisi Future Music Fest Asia?


Nice vibe

All we need now is some mescaline  and E........... Then it will be perfect. 

Serius Indo - Cara Peti Undi Dihantar Ke Pedalaman Indonesia (11 Gambar)


Pilihanraya Umum Indonesia

Indonesia ialah sebuah negara yang besar dengan jutaan penduduk. Di Malaysia sahaja lebih daripada 1 Juta penduduknya layak untuk mengundi. Logistik mengundi di Indonesia sesungguhnya lebih besar dari di Malaysia. Mari lihat bagaimana peti undi di bawa masuk dan keluar dari kawasan pedalaman bagi memastikan golongan luar bandar juga mampu memilih wakil mereka di parlimen. Naik keldai bro!



Serius Cool - Panasonic's Resyone : Katil Berubah Menjadi Kerusi Roda Bermotor (5 Gambar)


Nice!

Bahu kami patah tiga minggu lalu membuatkan kami hanya boleh menulis selang 2 hari. Bahu masih sakit dan doktor menasihatakan agar kami berehat selama 1-6 bulan bagi memastikan bahu dapat pulih 100% dengan sempurna. Ketika di hospital benda paling menyakitkan ialah kalau cuba bangun dari katil untuk ke tandas ataupun berjalan. Seharian tidur di atas katil dan dipam narkotik sungguh tidak menyelesakan.

Panasonic Resyone ialah katil merangkap kerusi roda yang kami berharap sangat ada di hospital tempohari. Ianya sebuah katil yang boleh berubah menjadi kerusi roda dengan mudah oleh pesakit. Oleh itu tak perlu ada orang menjaga kita ataupun in my case a wife to take care of you day and night when you are absolutely useless without an arm. Ianya sedang dalam proses ujian dan pengitarafan sebelum boleh dijual secara komersil. Kami tak tahu pula Panasonic ada division khas untuk menghasilkan alat bantuan di hospital. Idea yang bernas terutamanya untuk orang tua dan OKU untuk berdikari. 



Serius LOL - Childhood Ruined : Lagu Yang Akan Merosakkan Memori Lampau Anda


Hahah!

Coz truth hurts.

Monday 14 April 2014

Serius Cool - Treehouse Solling : Rumah Terapung Di Permukaan Tasik (11 Gambar)


Cool beans!

Treehouse Solling ialah sebuah tree house yang dibina di atas permukaan sebuah tasik di Uslar, Jerman. Rumah kecil dua tingkat dengan keluasan 378 kaki persegi ini siap dibina pada tahun 2010 dan menjadi tempat bersantai yang cool beans. Untunglah kaya. Rumah pokok yang digunakan untuk santai lebih stylo dan selesa dari majoriti penduduk India dan keluarga yang muncul di dalam Bersamamu. 



Serius Cool - Helicat 22 : Gabungan Helikopter + Katamaran (11 Gambar)


Pantas dan cepat.

Jika anda peminat perlumbaan bot F1 anda akan menyedari bot laju yang dipandu mereka "terbang" diatas permukaan laut. Ia juga mempunyai rekaan katamaran iaiatu mempunyai 2 sistem pengapung berkembar. Rekaan ini menjadi inspirasi kepada pereka di Helicat untuk menghasilkan Helicat 22. Ianya sebuah bot katamaran yang mempunyai kokpit penumpang seperti sebuah helikopter. Ia mampu membawa 2 orang penumpang sekaligus dengan kelajuan maksimum 40 knots (68 kilometer sejam). Ia diperkasakan sepasang enjin 90 kuasa kuda dan dijual pada harga permulaan USD 75 000 (RM244 000) sebuah. 



Serius LOL - Penguin Dance : Tarian Yang Sedang Popular Di Arab Saudi


Oppa Penguin Style

Di Arab Saudi, Penguin Dance kini menjadi kegilaan diklangan rakyatnya. Di Malaysia belum lagi. I guess it is easier to dance like a penguin than dance like a horse when you are in a jubah

Tuesday 8 April 2014

Serius - Sekitar Pertandingan Ratu Cantik Transgender Thailand 2014 (16 Gambar)


It's A Trap

Miss Tiffany ialah pertandingan ratu cantik Transgender paling terkenal di dunia. Ini ialah gambar beberapa peserta edisi 2014. Thailand.. good at making sad ass adverts and superiors transgenders since forever!



Serius Cool - Halal Tattoo : Pelekat Dinding Islamik Yang Cantik (16 Gambar)


This is nice!

Dekal dinding bukan perkara baru. Bilik kamipun ada a few wall decals bermotifkan flora. Tetapi Halal Tattoo yang berpengkalan di Jerman menghasilkan wall decals bercirikan Islam. They are not only beautiful but also quite affordable. Harga bermula dari EURO 9 (RM 40) satu set. Very nice!



Serius Indo - Tragedi Keretapi Tergelincir Akibat Tanah Runtuh Di Tasik Malaya (12 Gambar)



RIP

Jumaat lalu sebuah keretapi dalam perjalanan dari Bandung ke Malang Jawa Timur tergelincir akibat tanah runtuh. Dari 250 penumpang yang menaiki keretapi ini, 5 orang terbunuh.  Menurut laporan media Indonesia tanah runtuh berlaku kerana hujan yang turun tanpa henti selama beberapa hari di Jawa. Di Malaysia sekarang musim kering tetapi di Indonesia musim hujan. Sadis. Takziah buat keluarga-keluarga mangsa. 


Serius Seleb - Wajah Selebriti Ternama Tanpa Photoshop (17 Gambar)


HAHAHA

Selebriti kerap dilihat sebagai paragon kecantikan dan kesempurnaan kerana wajah mereka dipaparkan di dalam majalah. Apa yang kita mungkin tidak sedari mereka juga manusia biasa dan mempunyai masalah kulit seperti marhaen. Marilah lihat gambar dari Celebrity Close Up . Wajah seleb tanpa photoshop!



Serius Kreatif - Sebuah Lagi Iklan Thailand Yang Membuatkan Ninja Memotong Bawang


Sniff..

Damn you Thailand...... banyak betul Ninja memotong bawang di negara anda!

Monday 7 April 2014

Serius LOL - Suggestion Google Play Yang Awkward Hari Ini


Hahaha!

Langit dan bumi. Syurga dan neraka. Keju dan singkong betul!


Serius Kreatif - Tiga Variasi Watak Elizabeth Bioshock Oleh Angela Bermudez (10 Gambar)


WIN!

Angela Bermudez ialah cosplayer dari Costa Rica yang pernah kami paparkan dua kali sebelum. Kalai pertama sebagai Female Commander Shepard dan kali kedua sebagai Paper Potts Iron Man. Hari ini mari lihat 3 variasi watak game Elizabeth dari Bioshock Infinate beliau. Awesome!



Serius Cool - SeaGen : Tenaga Elektrik Menggunakan Kuasa Ombak (13 Gambar)


Tenaga Hijau

Tenaga solar, turbin udara dan geothermal ialah 3 alternatif hijau kepada penjanaan elektrik menggunakan bahan api. Tetapi di Ireland mereka mempunyai sebuah lagi sumber elektrik alternatif yang cool iaitu kuasa ombak. SeaGen ialah sebuah stesen janakuasa ombak yang dibina oleh Lockheed Martin. Ia mempunyai dua bilah kipas sepanjang 20 meter yang diputarkan oleh aliran air laut. SeaGen mampu menghasilkan kuasa elektrik untuk 1000 buah rumah setiap hari dan sudah berfungsi sejak 2008. Projek ini nyata berjaya dan akan dibina pula di China dan Scotland dalam masa terdekat. Sangat menarik. Malaysia tak nak gunakan teknologi ini? Ke masih berkeras guna bahan api fosil pasal Malaysian kaya dan mampu membayar tarif elektrik yang tinggi tanpa merungut kerana cinta kerajaan dan 1Malaysia? 



Serius Cool - Gereja Yang Berbentuk Seperti Batman Di Jerman (15 Gambar)


Siegerland Motorway Church

Di Jerman terdapat sebuah gereja yang sekali pandang kelihatan seperti kepala Batman. Siegerland Motorway Church dibina di tepi lebuhraya dan sebenarnya rekaannya diilhamkan oleh ikon yang digunakan di lebuhraya Jerman untuk memaparkan gereja. Oleh sebab itu apabila dilihat dari arah lain selain dari tepi, Siegerland Motorway Church kelihatan seperti kepala Batman yang ikonik. Gereja ini direka oleh firma  Schneider+Schumacher dan dibina untuk berfungsi seperti sebuah surau bagi membenarkan mereka yang menggunakan lebuhraya untuk beribadah kepada Jesus dengan mudah walaupun ketika bermusafir. Rekaan yang minimalis megurangkan kos pembinaan disamping me


Serius Kreatif - Iklan Kesedaran Hari Wanita Yang Cool Dan Mengejutkan


Woah!

Ending yang mengejutkan! 


Saturday 5 April 2014

Serius Cool - Jika Kesemua Superhero Dan Watak Video Game Adalah Iron Man


Straight Forward

Iron Man mempunyai baju zirah yang paling cool. So the question is kenapa tidak semua adiwira mempunyai baju zirah? Apakah terjadi jika kesemua adiwira dan watak video game mempunyai baju zirah? The answer is answered by Boss Logic. Pretty cool!



Serius Indo - Perkampungan Bawah Jambatan Di Indonesia Yang Sadis (11 Gambar)


Papa Kedana Dilupa

Jakarta ialah kota metropolitan yang dihuni 9.6 Juta penduduk. Tetapi menurut survey yang dilakukan oleh Universiti Trisakti Nirwono Yoga, 5 Juta daripada mereka tinggal di dalam penempatan haram seperti kolong, landasan keretapi, tepian longkang dan di bawah jambatan. Kawasan ini dipilih untuk dijadikan tempat berteduh kerana kesempitan wang dan birokrasi. Sedih melihat kedhaifan kehidupan mereka. Inilah terjadi apabila korupsi menguasai negara. Rakyat juga yang derita. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails