Monday, 31 March 2014

Serius Cool - Hotel Royal Mansour Marrakesh : Kemewahan Seperti Putera Afrika Utara (20 Gambar)


Al Swag

Hotel Royal Mansour yang terletak di Marrakesh Maghribi ialah sebuah hotel mewah berstatus 5 bintang. Ianya kelihatan seperti sebuah istana putera Afrika Utara. Hiasan dalamnnya sangat terperinci dan harga penginapan bermula dari Dirham Morocco 18 000 (RM 7199) semalam. Kalau ada duit lebih anda boleh menginap di suit 3 bilik degan harga Dirham Morcco 110 000 (RM 44 000). Tak cukup dengan itu anda juga boleh berehat di dalam spa yang kelihatan seperti haram gundik Sultan.  SWAG



Serius Cool - Free To Play : Dokumentari DOTA 2 Yang Harus Ditonton


Gamers juga manusia!

Ini ialah dokumentari yang hangat dua minggu yang lalu mengenai pemain DOTA 2 dari seluruh dunia. Anda boleh melihat pengorbanan yang mereka lakukan untuk menjadi antara gamer terbaik dunia. Cerita dari HyHy yang berasal dari Singapura sangat manlytears. Gamers juga manusia berperasaan!


Serius LOL - Duta Produk Kecantikan Muka Yang Paling Lawak


Ha ha ha

Nice tagline tetapi model yang digunakan sedikit tidak memberikan keyakinan!


Serius Kreatif - Resume Is Awesome : Resume Berkonsepkan LEGO (6 Gambar)


Kreatif!

Dunia pekerjaan semakin kompetetif dan resum PDF standard yang biasanya dihantar kepada bakal majikan tidak lagi cool beans. Mungkin anda boleh tiru idea resume LEGO di bawah. Kreatif habaq hang.



Serius Cool - Pengakhiran Perlawanan Basketball Setanding Komik Slam Dunk


Win!

Ending perlawanan ini akan membuatkan Sakuragi dan Rukawa tepuk tangan. Nice shot!




Sunday, 30 March 2014

Serius - Penapisan Wajah Wanita Di Arab Saudi (6 Gambar)


Tapis!

Presiden Obama melawat Arab Saudi semalam dan apabila laporan dilakukan wajah wanita tidak menutup aurat harus ditapis. Cara tapisan agak kelakar. Lihat sahajalah. 


Serius LOL - Tweet Terbaik Hari Ini #11 : Pengharaman Noah Dan Filem Kita


Genius!

Ini adalah true......



Wednesday, 26 March 2014

Serius - Hukuman Mati Menggunakan Machinegun Di Thailand (12 Gambar)


Sejarah

Sehingga 2003 pesalah jenayah berat dijatuhkan hukuman mati dengan ditembak menggunakan mesingan. Teknik hukuman mati ini mungkin nampak ganas tetapi sebelum 1934 teknik hukuman mati utama Thailand adalah dengan hukuman pancung dengan menggunakan pedang. Lebih dari 280 penjenayah dikenakan hukuman mati dengan ditembak. Majoriti dijatuhkan hukuman ini kerana membunuh dan merompak sehingga mengakibatkan kematian. 

Tidak seperti hukuman menembak yang digunakan oleh tentera yang menggunakan beberapa orang penembak pada satu-satu masa, di Thailand hanya seorang algojo ditugaskan menembak pesalah sehingga mati. Sebuah mesingan diisikan dengan 15 butir peluru. Mesingan ini ditambat pada permukan meja. Pesalah diikat pada kayu berbentuk salih dan tubuh beliau dipisahkan dari penembak dengan kain kanvas lengkap dengan sebuah bulls eye. Sasaran algojo ialah bahagian jantung. Penembak akan menanti bendera dijatuhkan oleh ketua beliau untuk menekan picu mesingan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan pada pesalah. Jika pesalah tidak mati serta merta beberapa lagi das tembakan akan dilepaskan sehingga beliau menghembuskan nafas terkahir. 

Tidak seperti di Malaysia, hukuman mati di Thailand dilakukan selepas waktu makan tengahari. Pesalah mengetahui hukuman mati akan dijalankan sekiranya makan tengahari dihidangkan lebih awal dari biasa. 

Thailand kini menjatuhkan hukuman mati dengan menggunakan teknik suntikan maut. Hukuman ini dikatakan lebih "humane" untuk mengakhiri riwayat pesalah. Antara fakta menarik mengenai hukuman mati Thailand ialah 2 orang dihukum mati kerana kesalah menghina King Bumiphol. Interesting indeed. Menurut algojo terakhir teknik menembak, Chavoret Jaruboon pesalah yang paling tenang ialah pesalah yang merupakan pembunuh upahan. Kerap kali pesalah sebegini akan tenang menemui kematian kerana mereka sudah lali dengan kematian. Cold hearted killers to the end! 



Serius LOL - KPOP : Kita Semua Bersalah Kerana Biased Seperti Ini!


Hahaha

Genius! I am guilty.... 

Serius Kreatif - ANTI TANK : Seni Jalanan Memprotes Ahli Politik Di Indonesia (13 Gambar)


Pak Banksy?

Jogjakarta ialah antara bandar paling ART di Indonesia. Banyak komuniti seni indie yang melakukan hasil seni provokatif. Anti Tank Projek ialah kolektif yang menghasilkan seni jalanan berbentuk stensil dan poster yang mengkritik ahli politik Indonesia yang dirasakan semuanya 2x5. Ahli politik dianggap hanya seekor Poli-TIKUS dan hanya wujud untuk merosakkan negara. Kinda like Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional amirite? Nice art! Do want! 



Serius LOL - Definasi Baru Di Dalam Kamus Dewan Yang TROLOLOL!


#SeemsLegit

Genius! Bertabahlah!


Serius Cool - Rungu : Basikal Tahan Lasak Beroda Tiga Dengan Dua Tayar Hadapan (8 Gambar)


Bizarro Cool

Rungu ialah basikal roda tiga ataupun Trike yang lain dari yang lain. Pertama sekali ia mempunyai dua roda hadapan dan bukannya saty seperti basikal normal. Menurut Rungu, ini memberikannya kemampuan tahan lasak yang lebih baik berbanding basikal mountain bike biasa. Kamu tertarik dengan sistem stereng hadapannya yang memang tak pernah kami lihat sebelum ini. Terdapat dua versi Rungu iaitu Juggernaut dan Kilimanjaro. Juggernaut mempunyai tayar hadapan yang lebih besar berbanding Kilimanjari. Sebuah Rungu dijual pada harga permulaan USD 2900 (RM 9571) sebuah. Mahal tetapi just look at that thing. It is sexy as hell!



Serius Konsep - Lukisan Konsep Untuk 300 : Rise Of The Empire


This is Artwork!

300 Rise of The Empire adalah sekuel kepada filem 300 yang dipenuhi 6 pack dan epic beard. Kami suka sekuelnya kerana ada Eva Green. Yes... Eva Green yang comel dan darah yang memancut berliter-liter banyaknya mengalahkan animasi bukake sebuah hentai Jepang!



Punk Vs Syariah : Cabaran Menjadi Anti Establisma Di Wilayah Syariah Acheh


Good!

Di Acheh budaya Punk diperangai pihak berkuasa kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Apakah cabaran yang dihadapi penggiat budaya Punk dan mengapa mereka berkeras dan enggan berubah. Sebuah dokumentari yang menarik. Punk is Not Dead!



Monday, 24 March 2014

Serius Neko - Hamilton The Moustache Cat : Wak Doyok Versi Kucing (9 Gambar)


Wak Meowyok?

Tahukah anda Hamilton The Moustache Cat? Ianya seekor kucing yang mempunyai misai setanding Wak Doyok. The only difference is this cat is cooler dan tidak memerlukan baju Hackett untuk kelihatan cool. HAH AHA HA HA H AHA



Serius Cool - Perpustakan Monique Corriveau : Gereja Diubahsuai Menjadi Perpustakaan Di Quebec (13 Gambar)


Cantik!

Di negara-negara barat semakin banyak gereja ditutup kerana kekurangan dana dan juga makmum yang datang untuk beribadah. Di negara Skandinavia banyak gereja lama diubahsuai menjadi rumah kediaman. Di Belanda ada Waanders In de Broeren sebuah kedai buku yang dibina di dalam bekas katedral kurun ke 15. Hari ini mari kita ke Quebec, Kanada untuk melihat Perpustakan Monique Corriveau. Ianya dahulunya adalah gereja katolik St. Denys-du-Plateau yang dibina pada tahun 1964. Ianya siap diubahsuai menjadi perpustakaan pada tahun 2013. Namanya pula diambil dari Monique Corriveau, seorang penulis buku kanak-kanak yang berasal dari Quebec. Cara yang bagus untuk memperingati jasa seorang penulis. Better than giving Dato atau Tan Sri selepas seseorang itu sudah mati. 



Serius Konsep - Honda Honda NM4 Vultus : Konsep Futuristik (18 Gambar)


Nice!

Di Pameran Motosikal Osaka tempohari Honda memperlihatkan konsep Honda NM4 Vultus mereka. Ianya ialah konsep motosikal masa hadapan mereka yang mempunyai rekaan ala motosikal Tetsuo dair animasi Akira. Terdapat dua versi. NM4-01 berwarna hitam manakala NM4-02 bewarna putih dengan tempat menyimpan barang pada bahaguan belakang. Ia diperkasakan enjin 745 CC dua silinder serta sistem paparan LCD untuk menunjukkan kelajuan dan prestasi enjin. Nampak cool beans. 



Serius Cool - Mari Melawat Pejabat Google Amsterdam (8 Gambar)


Amsterdam!


Selamat datang ke Google Amsterdam. Sila jealous. Yes.......... 



Serius - Kehidupan Dan Cabaran Warga Muslim Minoriti Mexico


Minoriti

Di Mexico hanya terdapat 5000 penganut agama Islam di dalam negara yang majoritinya penganut Roman Katolik. Agama Islam baru menembusi negara Amerika Selatan ini kurang dari 3 dekad. Menarik melihat bagaimana muslim Mexico cuba hidup di dalam negara yang mereka adalah minoriti. Komuniti Islam di Mexico ialah sama seperti komuniti melayu Kristian. Jumlah kecil. Hidup sukar. Dipandang serong dan dibenci. Very interesting short documentary. Have a watch. Lepas tu kalau ada cable bantulah saudara Islam di Mexico kerana jelas mereka memerlukan bantuan kewangan dari brother and sisters Islam mereka yang sangat kayat. Ayuh! 

Thursday, 20 March 2014

Serius Fakta - 6 Kemalangan Udara Di Mana Krew Dikatakan Mensabotaj Pesawat


Facts

Apabila yang dipertanggung jawabkan adalah suspek utama!


?

Serius - Os Cao : Karnival Dalam Hutan Lumpur Di Brazil (12 Gambar)


Karnival Kotor

Os Cao ataupun The Dog ialah karnival aneh yang dianjurkan di Redinha Brazil. Berbeza dengan karnival biasa di Brazil, karnival ini tiada kereta berhias, band samba dan ratu karnival berpakaian seksi. Yang ada hanyalah ribuan pengunjung yang memasuki hutam lumpur untuk bergembira. Kinda like WOODSTOCK but with actual intention to get a mud bath. Karnival ini sudah berlangsung setiap tahun sebanyak 49 kali berturut-turut. Kinda cool.



Serius - Muzik Video Lagu Cinta Dengan Twist Ending Yang Nice Dari Thailand


It's a Trap!

Twist ending yang nice dari muzik video Thailand. It's a trap!




Serius Cool - Kokpit Simulasi Kapal Terbang Yang Lebih Epik Dari Dimiliki Kapten Zaharie (14 Gambar)


Awesome!

Antara perkara menarik yang kita belajar dari kehilangan MH370 ialah orang ramai tak menyedari bahawa memiliki simulator di rumah adalah normal dikalangan peminat flight sims. Kami ada a few friends yang membelanjakan ribuan ringgit membeli setup flight stick dan controller khas untuk bermain permainan simulasi kapal terbang kegemaran mereka. Kami dulu gila juga main IL 2Sturmovik dan membeli flight stick Hori. These days dah tua dan retired tak gila macam masa muda dan virgin.

Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. Kami berharap  John Davis tidak akan dituduh sebagai terorrist kerana minat beliau seperti bagaimana Kapten Zaharie sekarang. Semoga pesawat MH370 dijumpai segera. 



Serius - Lelaki China Pegang Kereta Selama 2 Minggu Demi Memenangi BMW (6 Gambar)


Dedicated!

Apakah yang anda sanggup lakukan untuk memenangi sebuah kereta mewah? Me? None.... we can't be bothered to waste our time. Tetapi di China Wu Deqi sanggup memegang sebuah kereta BMW X1  selama 2 minggu sambil melakukan posing aneh untuk memenangi hadiah hak MENYEWA kereta ini selama 20 tahun secara percuma. Pertandingan endurance gila ini dilakukan di Provinsi Jiangxi China dan disertai 140 peserta sejak dimulakan 1 Mac yang lalu. Antara ujian yang dilakukan ialah berdiri dengan sebelah kaki selama 7 jam tanpa henti. Ini namanya dedikasi!


Serius LOL - Ini Mungkin Marketing Strategy Paling Genius Di Malaysia


GG! 

Genius Guys! ....... 


Serius Cool - Omi Gibson : Cosplayer Metal Gear Yang Paling Lagendary (12 Gambar)


Metaru Gear!

Metal Gear Solid V : Ground Zeroes mula dijual beberapa hari yang lalu dan ianya prekuel kepada MGS V : Phantom Pain. Kami memang big fans of MGS dan akan nantikan kemunculan Phantom Pain pertengahan tahun ini. Sementara menanti kemunculan permainan ini apa kata kita layan Omi Gibson, cosplayer MGS paling epic. Detailed gila cosplay beliau. Awesome. 



Serius Klasik - Evolusi Wajah Ratu Cantik KOrea Selatan Dari 1950-1970an (13 Tahun)


Wow original!

Inilah wajah ratu-catu cantik Korea Selatan lebih dari 40 tahun yang lalu. Nampak tak perbezaannya? To be honest awek Korea Zaman dahulu lebih ori. Tak nampak macam photoshopped fem bots! 



Wednesday, 19 March 2014

Serius - Dear Future Mom : Video Untuk Hari Down Syndrome Sedunia


#NinjasChoppingOnion

Well done...... well done. Sangat the feelz you!


Serius Kreatif - If They Could Transform : Sekiranya Kereta Ternama Adalah Transformers (10 Gambar)


Cool beans!

Filem Transformers 4 akan menemui peminat musim panas ini. Kali ini no Shia LeDouche dan Megan Fox. Tapi it's ok kerana kesemua kenderaan Transformers akan diberikan rekabentuk baru. Bagi Rawlsy, seorang pelukis dari Kanada beliau mahu melihat versi Transformers kenderaan ikonik yang kita lihat di dalam rancangan TV dan filem. Hasilnya ialah If They Could Transform di bawah. DeLorean Back to The Future edisi Transformers nampak legit! 


Serius Cool - 1966 LITTLE HONDA P25 : P25 Edisi Awesome Chicara Nagata (13 Gambar)


Dayyum!

Chicara Nagata ialah pembina motosikal custom dari Jepun yang beberapa kali pernah kami paparkan hasil kerjanya. Sebagai contoh kami ada paparkan motosikal Steampunk beliau sebelum ini. Hari ini mari lihat kustomasi 1966 LITTLE HONDA P25 beliau. Honda P25 ialah motosikal moped yang digunakan oleh makcik untuk pergi ke pasar di Jepun. Ia mula dikeluarkan pada tahun 1866 dan mempunyai enjin 49 cc 1.5 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 40 kilometer sejam. Tetapi di tangan Chicara Nagata ianya diubahsuai menjadi moped paling stealth pernah kami lihat. Just check it out. Damn nice gila babi. 




Serius Cool - Moto 360 : Jam Pintar Menggunakan Android Wear (10 Gambar)


Awesome

Jam tangan pintar sudah mula memasuki pasaran Malaysia tetapi kesemua yang kami ulas tidak memenuhi kehendak kami. Galaxy Gear yang kami terima tidak intuitiv dan mempunyai ketahanan bateri yang ditahap bangang. Ini adalah kerana sistem operasi Android tidak dioptimasikan untuk penggunaan pada sebuah jam tangan.

Android Wear ialah sistem operasi baru yang dicipta oleh Google untuk digunakan pada perantai Wearables. Ianya diperkenalkan semalam dan antara jam pintar pertama yang akan menggunakan sistem operasi baru ini ialah Moto 360. Ianya keluearn Motorola dan ia mengekalkan estetik jam tangan tradisional. Anda boleh mengawal Moto 360 menggunakan hanya suara kerana ia dilengkapi sistem pengenalan suara aktif Google Now sama seperti pada Motorola Moto X. 

Sangat awesome! Jam tangan Moto 360 akan mula dijula musim panas hadapan. Tak sabar menantikan kemunculannya kerana nampak dari demo ianya sangat sexeh!




Tuesday, 18 March 2014

Serius Bodoh - Arlindo Anomalia : Raja Sado Yang Bodo Brazil (8 Gambar)


What?

Arlindo Anomalia ialah seorang penggila "bina badan" dari Brazil yang malas do the hard work di gym. Maka beliau menyuntik syntol ke dalam lengan beliau untuk kelihatan sado. Akibatnya beliau kelihatan seperti watak kartun yang dilukis oleh manusia yanh tidak tahu asas anatomi. What a joke!



Serius Cool - Patung Son Goku VS Monkey D Luffy Saiz Sebenar Di Jepun (8 Gambar)


Nice!

Patung saiz sebenar Son Goku vs Monkey D Luffy ini diletakkan oleh Namco Bandai di tengah-tengah Tokyo bagi mempromosikan permainan video J Star Victory VS. Permainan komputer ini memaparkan 32 watak dari komik Shonen Jump yang boleh anda kawal untuk bertumbuk sesama sendiri. Tetapi kami rasakan kalau Goku vs Monkey D Luffey, Goku menang hands down! 



Serius - Industri Menciplak Di China Dan Bahayanya Terhadap Dunia


Scary

Di Malaysia baranan ciplak dari China sudah menjadi perkara biasa. Nak walkman Aimai? Headphone Boets By Dre? Semuanya boleh dibeli pada harga yang murah. Tetapi penciplakan dari China tidak lagi terhad kepada barangan elektrik tetapi kini menular kepada bahan makanan dan ubat-ubatan. Paling tragis apabila ubat palsu mengakibatkan kematiaan. Ubat palsu sudah mula memasuki pasaran Malaysia. Bahaya jika tidak dihentikan dengan segera.


Serius Neko - Bantal Kucing Berbentuk Macaron Yang Comel Melampau (9 Gambar)


Ya Allah!

Ya Allah comelnya................ nuff said. Bantal untuk kucing berbentuk Macaron ini terlalu kawaii. Dah order dah tadi untuk kucing kami Cat Cat The Cat. H



Serius LOL - Komen Paling Berani Mati Di Facebook Rahim Tamby Chik!


Win atau Cari Pasal?

Komen yang win tetapi mungkin mencari nahas. Power. An HERO iz joo!


Serius Cool - PS 2014 : Koleksi Perabot Penjimatan Ruang Terkini IKEA (18 Gambar)


WANT!

Kami peminat IKEA dan pada pendapat kami IKEA mempunyai koleks perabot moden penjimatan ruan paling mampu milik di Malaysia. PS 2014 ialah koleksi perabot jimat ruang untuk apartment kecil terbaru mereka yang dipertontonkan hujung minggu lalu.Holy crap these are cool. Rak bersandar pada dinding di bawah adalah sesuatu yang kami akan beli apabila ianya sangat terbaik! Kumpul duit! kumpul duit! Mari mengIKEAkan rumah anda.


Serius Cute - Pandas On Tour : 1600 Panda Mengelilingi Dunia (21 Gambar)


Comel!

Pandas on Tour ialah pameran bergerak yang dianjurkan World Wildlife Fund bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya kepupusan panda. Sebanyak 1600 panda papier mache yang dibuat oleh Paulo Grangeon. Ia mewakili jumlah panda yang masih hidup di habitat asal mereka. Pameran ini sudah mengelilingi dunia sejak 2008. Ianya kini di Taiwan. Sangat cute. Bilakan ianya akan tiba di Malaysia? Boleh letakkan papier mache Orang Utan sekiranya ia tiba di Malaysia. Orang Utan kita juga diancam kepupusan. Kasihan!



Serius - Apa Beza Bunyi Kereta F1 2013 VS 2014 : Gila Tak Macho!


What?

Untuk musim 2014-2015 enjin 2.4 liter V8 2.4 digantikan dengan enjin 1.6 liter V6 Turbocharged.  Apakah perbezaan yang paling ketara? Pertama sekali kereta lebih perlahan dari tahun lalu (3 saat lebih perlahn setiap pusingan di Melbourne minggu lalu) dan paling sadis bunyi enjin yang kini macam vacuum cleaner. So not cool bro!


Monday, 17 March 2014

Serius LOL - Nama Pasukan Bolasepak Yang Paling LMAO


Kah kah kah!

Hahaha. hahaha......... hahaha............. hahaha. Ini memang nama pasukan yang bolasepak yang paling tidak komersil. Jangan fap atas padang bro!



Serius WTF - Pertandingan Ratu Cantik Unta Di Dubai


Unta Seksi

Di negara Timur Tengah perntandingan ratu cantik adalah diharamkan kerana tidak mematuhi hukum ugama tempatan. So what do you do to fill in the bordome? Buat pertandingan Unta tercantik dengan hadiah wang serta kenderaan 4WD untuk tuan punya unta. Tahukah anda harga unta ratu cantik boleh mencecah USD 3 Juta (RM 9.84  Juta) seekora manakala hadiah yang ditawarkan kalau menang adalah jauh lebih rendah dari harag unta itu sendiri? Inilah benda yang menarik tentang Timur Tengah. Logik tidak boleh diguna pakai!


Boeing P8A Poseidon : Apabila Boeing 737 Diberikan Kemampuan Melancarkan Misil Dan Torpedo (21 Gambar)


Terkini

Hujung minggu lalu pesawat Boeing PA8 Poseidon tiba di Subang bagi operasi mencari dan menyelamat MH370. Kami tak pernah melihat pesawat ini dan kami baru sedari ia hanya memasuki inventori tentera laut Amerika Syarikat November tahun lalu. Ianya pesawat yang paling canggih dalam keseluruhan operasi mencari MH370 yang kini masuk hari ke 10.

Apa yang kami rasakan menarik ialah P8A Poseidon pada asalnya ialah sebuah pesawat penumpang Boeing 737-800 yang kini mempunyai kemampuan membawa senjata. Ia mampu melancarkan torpedo MK54  dan misil udara ke daratan Harpoon. Senjata-senjata ini boleh dibawah di bawah sayap dan juga di dalam tempat simpnan senjata di bahagian belakang Poseidon. 

Untuk misi di Malaysia kami perasan pylon senjata pada bawah sayap tidak dipasang. Memang sekali pandang nampak macam pesawat penumpang biasa dengan beberapa bonjolan pada bahagian ekor untuk sistem elektronik. Ia juga mampu melakukan pengisian minyak di atas udara. Poseidon akan menggantikan Lockheed P3 -Orion yang menggunakan enjin turboprop. Kami yakin insiden MH370 ini digunakan oleh Poseidon bukan sahaja untuk mencari pesawat yang hilang tetapi melakukan intipan terhadap sistem senjata beberapa kapal perang China yang turut serta di dalam misi pencarian. Ini namanya sambil menyelam minum air versi espionage ketenteraan. 

Sungguhpun begitu kita berterima kasih juga kepada Amerika Syarikat kerana menggunakan pesawat SAR paling canggih sekarang untuk mencari MH370. Ulterior motive mereka kita tolak tepi sementara kerana pencarian pesawat MAS dan penumpangnya harus diutamakan. Inilah yang disebut oleh Dato Seri Najib apabila beliau mengatakan "And we have put our national security second to the search for the missing plane". Hanya sejarah akan menghakimi tindakan Malaysia ini sebagai perlu ataupun hanya membuka lubang kepada kuasa luar untuk menjengok kelemahan sistem pengawasa negara yang kini nyata rompong.Apapun terjadi mari mengharapkan yang terbaik.



Serius Indo - Pameran Watak Pop Culture Jepun Di Galeri Nasional Indonesia (13 Gambar)


Nice!


Di Malaysia ada pameran 100 alatan Doraemon di Viva Mall yang akan berakhir minggu hadapan. Ini adalah pameran yang cool tetapi di Indonesia ada pameran yang lebih cool kerana ia memaparkan adiwira dan watak pop culture Jepun. Pameran Karakter Pop Culture Jepang ini diadakan di Galeri Nasional Indonesia dan anda boleh bergambar dengan patung watak popular seperti Ultraman, Gundam dan Evangelion. Pameran cool ini kalau ada di Malaysia cool juga kerana ia membolehkan rakyat Malaysia yang membesar dengan menonton watak terkenal Jepun ini untuk bersuamuka dengan idola mereka. Maybe di Malaysia Ultraman kena buang sementara waktu kerana buku baru kena haramed. All else sila bergambar sehingga muntah. Personally I think the mini Gundam looks damn cool. 



Serius Cute - Rilakkuma : Rim Kereta Paling Comel (9 Gambar)


Kawaii


Rim kereta biasanya dicipta untuk membuatkan kereta anda kelihatan agresif ataupun memberikan impression bahawa anda ialah seorang bapa ayam yang terkaya di desa. Ada rim kereta yang mempunyai spinners yang berputar walaupun tayar tidak berputar dan ada rim yang direka bagi menunjukkan caliper brek berjenama anda. Di Jepun sudah ada rim kereta yang membuatkan kereta anda kelihatan comel. Rilakkuma ialah watak beruang kartun comel yang popular di Jepun dan kini ianya menghiasi rim kereta sebesar 14 dan 15 inci. Harga sebuah rim comel ini bermula dari  Yen 16 200 (RM 528) dan sekirnya anda mahukan rim yang comel belilah dan menjadi pelopor kegilaan rim kereta comel di Malaysia. Ada rim comel lebih best dari pakai rim douchebag pada Proton Wira cabuk yang perasan ianya sebuah Evo III.


Serius - Bapa Bunuh Anak Dan Kekasih Kerana Mereka Adalah Lesbian


Murdah

Di Houston Texas seorang bapa kini ditahan dan menjadi suspek utama kes pembunuhan melibatkan dua individu yang mayatkany ditemui di dalam sebuah tong sampah. James Larry Cosby (46) dipercayai membunuh anak beliau Britney Cosby dan pasangan beliau Crystal Jackson kedua-duanya berumur 24 tahun. Mayat pasangan lesbian ini ditemui di dalam sebuah tong sampah hujung minggu lalu. James Larry Cosby menjadi suspek utama setelah ibu kepada Britney memberitahu polis James kerap kali mengatakan beliau tidak suka dengan hubugan sejenis anak mereka. Polis menemui bukti bahawa pembunuhan dilakukan di rumah James Larry. Beliau kini ditahan di penjara dan USD 500 000 dikenakan bagi mengikat jamin beliau sebelum kes dibicarakan di mahkamah. Britney ditemui dengan kesan hentakan pada kepala manakala Crystal Jackson mati akibat ditembak di kepala. 


Laporan New York Daily News

Serius - Berpantang Maut Sebelum Arwah : Video Kompilasi Kemalangan Yang Mencuakkan


FUUUUUUU

Close but no kretek for you my son!


Friday, 14 March 2014

Serius Fakta - 10 Fakta Kemalangan Kapal Terbang Dan Statistik Yang Perlu Anda Ketahui


FACTS!

Happy weekend!



Kazuko Inoue : Nenek Berusia 42 Tahun Yang Condition Setanding Rozita Che Wan (11 Gambar)


GILF

Rozita Che Wan kini mengungguli carta wanita berumur Malaysia yang diiktiraf sebagai hot. Ini pendapat umum tetapi kami di Blogserius Vanidah Imran lebih MILF dan believe or not beliau dan Rozita dilahirkan pada tahun yang sama. Beza utama Vanidah dan Che Ta ialah Vanidah tidak memerlukan 30 lapisan mekap, 40 lapisan bulu mata dan 50 lapisan SPANX untuk kelihatan fappable. This is fact. You can't argue with this shit. Kalau artis baray pula nothing beats Mary Steenburgen dalam kategori hot walaupun sudah menopause. 

Di Jepun ada Kazuko Inoue (42) yang kini dianggap nenek paling hot Jepun. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan dan beberapa orang cucu. Look at her. Bagi wanita berusia 42 tahun she still looks good in a bikini. Syabas!



Serius Neko - The Roomer Hotel For Cats : Kerana Kucing Anda Harus Dimanjakan (12 Gambar)


Kucings!

Kami ada seekor kucing yang manja. Sejak bela kucing rasa sayu meninggalkan kucing seekor diri di rumah. Call it parental guilt coz we treat our cats as family member and not as a pet. Bila nak holiday kami ambil holiday yang pendek bagi memastikan kucing tidak ditinggalkan terlalu lama. Cat boarding memang ada di Malaysia tetapi selepas insiden Pet K Node yang menyayat hati kami hilang kepercayaan dengan industri pet boarding di Malaysia.

Kami rasa letak kucing dalam sangkar adalah tak best kerana kucing kami tak pernah dikurung seumur hidupnya. Jadi bila kami melihat The Roomer Hotel For Cats di Lyon Perancis ini kami rasa happy. Kucing ada bilik sendiri yang dindingnya diperbuat daripada plexiglass. Sentiasa boleh diawasi dan neko dapat relax tanpa dikurung dalam sangkar kecil. Nice idea walaupun mahal. Tapi kalau sayang kucing macam anak sendiri nothing is too expensive kan? 



Serius Cool - Starbucks Disneyland California (9 Gambar)


Kopi Mahal

To be honest we do not like kopi Starbucks kerana tak sedap mana. Tapi kami suka dengan design dalaman kedai-kedai Starbucks yang sangat comfy untuk membaca buku dan melakukan kerja. In fact to most people Starbucks is as close as we can get to a Central Perk. Rumah kami ada kawasan lepas yang diilhamkan oleh kedai kopi kerana kami perlukan ruang untuk baca buku selama beberapa jam tanpa berasa sakit belakang.

Kami pernah paparkan rekaan Starbucks di Jepun dan dalam keretapi Switzerland yang cool. Hari ini mari ke Starbucks Disneyland di Califronia. Siap ada seating bawah pokok. Sangat chillax. Kami ada idea sebenarnya nak buka mamak yang lebih up market. Ambik design hints dari kedai kopi borjuis seperti ini tetapi makanan yang lebih marhaen. Good or bad idea? Kami rasakan good idea pasal sampai bila nak makanan mamak or melayu yang diserve di dalam kedai yang kurang bersih? Anyone nak join in?



Classroom Aquatic VR Trainer : Video Game Paling WTF


Huh?

What.. what?

Thursday, 13 March 2014

Wednesday, 12 March 2014

Serius LOL - Kami Risau Dengan Bomoh DOREMI Yang Bakal Ke Datang KLIA Esok


Fuuuuuuu

Ada possibilities wei! Bahaya bomoh-bomoh ni!



Membongkar Teori Lagu Pitbull Meramalkan Kehilangan Pesawat MH370 - Betul Ataupun Bangang?


Nostradamus Moden?

Nampaknya semalam timbul teori bahalol baru yang kononnnya ada petunjuk kehilangan MH370 dirancang. Petunjuk ditemui di dalam lirik lagu Pitbull dan Shakira Let's Get It Started yang dikeluarkan pada Julai 2012.  To be quite honest if you believe in this theory you are either; 

a) Mempunyai imaginasi tinggi
b) Mabuk ketum
c) Tidak memakan kismis Tok Guru dan air penerang hati anai-anai koran yang secukupnya ketika membesar.

No seriously the last one is a joke tetapi kami cukup frustarated dengan manusia yang mencari petunjuk konspirasi selepas berlakunya insiden kemudian membina teori berdasarkan coincidence yang kelakar. Jadi apakah clue yang tersorak di dalam lagu Pitbull Let's Get It Started?

Kononnya dalam korus lagu ada tertulis BIG NEWS, MALAYSIA dan 2 PASSPORTS. Ini menurut pendukung teori konspirasi ialah bukti sah kehilangan MH370 adalah dirancang oleh tangan misterius. Bukti kukuh kerana kehilangan pesawat Boeing 777 ini kini big news, ada Malaysia dan 2 passport yang merupakan petunjuk 2 passport palsu yang digunakan oleh 2 warga Iran. 



Pertama sekali komen kami ialah kenapa selektif? Kenapa hanya ambil 3 perkataan ini sahaja untuk membina teori? Pilih secara random tanpa perlu membaca keseluruhan lirik dan mesej sebenar lagu adalah LEGIT? . 

Lagu ini ditulis oleh Pitbull atau nama sebenar beliau Armando Christian PĂ©rez
untuk menunjukkan betapa WORLDWIDENYA beliau sebagai seorang artis.In fact nama samaran beliau selain daripada Pitbull ialah Mr Worldwide!.Lagu ini menceritakan bagaimana beliau berubah dari seorang pacal yang hina kini menjadi seorang selebriti yang hidup senang lenang. Jika dahulu beliau dahulunya miskin sehingga memerlukan food stamp untuk hidup, kini beliau sudah mewah dan hanya mendapat stamp kastam di dalam passport miliknya.
Kerana terlalu kerap pergi melakukan konsert seluruh dunia, passport beliau penuh dengan stamp kastam hingga beliau terpaksa membuat passport baru. Inilah makna sebenar 2 passports di dalam lirik lagu ini. 




Serius FAIL - Laporan Kehilangan MH370 Paling Gagal Setakat Ini


FAILLLLLLLLLLLL

Go back and Google please! Kemaluan besar untuk Times of India

 

Serius - Pejuang Wanita Kurdistan Di Syria : Berani Mati Demi Kebebasan Bangsa


Pahlawan Wanita!

Di Malaysia kita mempunyai askar wanita tetapi mereka tidak dibenarkan untuk terlibat secara aktif di dalam medan tempur. Askar wanita sudah wujud selama ratusan tahun dan ketika Perang Dunia Kedua askar wanita Soviet bertempur seiringan dengan askar lelaki. Ada diantara mereka yang mendapat bintang Hero of The Soviet Union kerana keberanian mereka. In fact ada juruterbang ACE Soviet terdiri dari kalangan wanita seperti Lydia Litviak. Lydia ialah wanita pertama dunia yang menembak jatuh pesawat musuh dan juga ACE wanita pertama dengan rekod 12 pesawat berjaya ditembak jatuh oleh beliau. 

Kini hanya beberapa negara membenarkan wanita terlibat secara aktif di medan perang. Israel paling terkenal dengan polisi ini kerana askar wanita mereka dibenarkan menjadi krew kereta kebal dan tentera barisan hadapan. 

Kita juga sudah biasa melihat askar mujahideen lelaki di Afghanistan, Chehnya dan Syria. Mereka menentang kuasa barat yang dipercayai cuba menghancurkan negara mereka dan seterusnya ugama Islam. Jarang sekali kita mendengar askar mujahideen wanita. Di Afghanistan wanita selalunya digunakan sebagai pengebom berani mati dengan menyembunyikan bom di bawah Burqa mereka. Di Russia pula wanita yang menggelarkan diri merea Black Widow (kerana kehilangan suami ataupun ahli keluarga lelaki di tangan askar Russia) meletupkan diri di kawasan awam dan juga terlibat dalam operasi seperti yang berlaku di Teater Moscow pada tahun 2002.

Di Syria pejuang kebebasan Kurdistan membenarkan wanita berperang di barisan hadapan. Mereka kini menentang askar Assad dan juga pejuang Islam yang cuba memasuki wilayah milik mereka. Boleh tahan berani mereka ni. Yang pastui mereka bukanlah keyboard warrior! 




Belanjakan RM 144 Ribu Untuk Membina Rumah Pencinta Kucing Sebenar (8 Gambar)


Meooowww

Di Goleta, Catalonia ada seorang pencinta neko yang menghabiskan USD 35 000 (RM 144 ribu) bagi mengubahsuai rumah beliau untuk menjadi syurga kucing. Rumah ini kini dilengkapi kawasan memanjat kucing di setiap pelusuk rumah. Sebanyak 18 ekor kucing menjadikan rumah ini sebagai tempat kediaman mereka dan seriously untunglah si kucing kerana ada tuan yang sanggup menghabiskan duit bagi memastikan diri mereka selesa dan seronok!



Serius - Mari Bantu Mencari Pesawat MH370 : Peta Terkini Kini Boleh Anda Akses


JOM!

Adakah anda mahu membantu proses mencari pesawat MH370? Duduk depan komputer sekarang? Bagus! Digital Globe, syarikat pengimejan angkasa lepas dunia kini memberikan akses imej terkini yang diambil mereka di kawasan persekitaran hilangnya MH370 Sabtu lalu. Kawasan seluas 300 batu persegi ini merangkumi Laut Cina Selatan dan juga Teluk Siam. Imej dari satelit ini diambil menggunakan dua buat satelit milik mereka beberapa hari yang lalu. Pada awalnya imej satelit terkini ini hanya diberikan kepada pasukan Cari dan Menyelamat dari pelbagai negara yang kini masih aktif mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia ini. Mari lakukan sesuatu untuk membantu proses mencari pesawat ini. Jangan hanya jadi keyboard warrior mengutuk kegagalan pasukan SAR mencari pesawat yang sudah hilang lebih dari 4 hari ini.

Anda boleh mengkases peta terkini kawasan lautan tersebut melalui laman sesawang TomNod. Pihak Digital Globe melaporkan sudah terdapat ribuan sukarelawan yang membantu mencari serpihan pesawat ini di permukaan laut. Tunggu apa lagi? Lakukan yang terbaik. Do the right thing! Be a man!



Sumber TomNod

Tuesday, 11 March 2014

Serius LOL - Konsert Metal Yang Paling Metal Tahap Arwah!


POWER!

Ini konsert metal paling hardcore showmanship penyanyi utamanya pernah kami lihat. Seram!


Serius LOL - Apabila Pemimpin Dunia Lelaki Dipondankan (8 Gambar)


HAHAHA


Kim Jong Un adalah kembar Azwan Ali rupanya! Animated GIF pemimpin dunia dipondankan oleh Saint Hoax,seorang artis digital.





Sin CIty : A Dame To Kill For



Awww Yiss

Akhirnya sekuel kepada That Yellow Bastard akan ke pawagam. Waited too damn long for this! Hail Frank Miller! Now DC please make an actual adaptation of The Dark Knight Returns damn it!


Monday, 10 March 2014

MYTBUSTERS : Menyelongkar Mitos Pesawat Muncul Kembali Selepas Hilang Selama 35 Tahun!


Stop this bullshit!

Sejak beberapa hari ini pelbagai cerita mitos muncul di susur masa media sosial berkenaan kehilangan MH370. Ada beberapa mitos telah kami jawab di artikel yang kami on our sister site AMANZ.MY right here. Klik link tadi untuk mendapat jawapan berkenaan kenapa Google Earth tidak digunakan dalam operasi menyelamat. Mengapa kapal selam Scorpene tidak dihantar untuk mencari MH370 dan sedikit informasi mengenai penggunaan black box.

Sebentar tadi susur masa Twitter kami menerima satu lagi soalan dari pembaca yang mengatakan ada teori baru kononnya ada pesawat yang hilang selama 35 tahun dan muncul semula pada tahun 1993. Link video dibawah diberikan kepada kami sebagai bukti kesahihan cerita ini.


Baiklah mari kita musnahkan cerita bohong tahap sinetron murahan ini dengan menggunakan fakta. Kami sedari kenapa cerita macam ini mendapat tempat di hati Malaysian. Ya kami sedari ramai yang mahu fikir positif bahawa penumpang MH370 selamat tetapi disorokkan djinn and aliens or whatever shit you believe in. Truth of the matter is rakan-rakan sekalian cerita di atas tidak ada bukti pernah berlaku sama sekali.

"Berita" di atas dimuat naik pada Julai 2013. Ianya diambil dari siri TV Indonesia On The Spot. Ia memaparkan berita "aneh", "misterius" dan "angker" yang berlaku seluruh dunia. Jadi bolehlah dikatakan siri On The Spot ini ialah siri TV Mastika edisi Bung Karno. Di bawah ialah sebuah lagi klip rangkuman "berita misterius" dari seluruh dunia yang dilaporkan oleh rancangan ni.



Spot a trend yet? Rancangan ini meletakkan berita random dan video viral palsu sebagai berita sahih. Maka disini anda sepatutnya sudah boleh mempertikaikan kesahihan cerita pesawat mendarat selepas 35 tahun menghilang.


Taman Antarabangsa Raja Abdullah : Taman Hijau Di Tengah -Tengah Riyadh (12 Gambar)


Oasis

Taman Antarabangsa Raja Abdullah ialah sebuah taman tertutup yang bakal dibina di Riyadh Saudi Arabia. ia akan menempatkan tumbuh-tumbuhan dari 4 penjuru dunia disampin menempatkan sebuah taman burung dan sebuah taman rama-raman. Bangunan ini akan membolehkan warga Saudi melihat flora dan fauna yang tidak wujud di tengah padang pasir. Rekaan bangunan pula diinspirasikan dari bulan sabit agama Islam. 

IN B4 Ini petanda kiamat!



Serius Cute - Anjing Memakai Jersi Bola Negara Asal (11 Gambar)


Kawaii Inu!

Piala Dunia semakin hampir. Mari lihat anjing memakai jersi bolasepak negara asal usul baka mereka! GO GO JAPANESE AKITA!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails