Tuesday 31 December 2013

Serius Best - 10 Artikel Terpopular Blogserius Sepanjang 2013


Countdown!

Setahun sudah berlalu dan tahun ini kami memuatkan 2296 artikel sepanjang tahun di Blogserius. Di bawah ialah 10 artikel yang paling popular sepanjang tahun. Klik pada gambar untuk membawa artikel ini semula

10 . Serius VS - Kehebatan Pembedahan Plastik Korea Selatan 



9. Serius Seleb - Rupa Pelakon Kristin Kreuk Sekarang



8. Serius LOL - Cara Terkini Menunjukkan Kecintaan Kepada Pasangan



7. Serius VS - Perubahan Gadis Dari Gemuk Menjadi Kurus

Serius LOL - Restoran Untuk Penyokong - Penyokong Parti Politik Yang Membabi Buta?


Seemslegit

Restoran ini mesti penuh dengan kipas susah mati BN dan PR. Bisnes mesti laku gila.


Serius Cool - TV Terbesar Dunia 110 Inci Dengan Harga Hampir Setengah Juta (9 Gambar)


Ultra HD!

Televisyen HD kini sudah semakin biasa kita lihat di setiap rumah. TV CRT pula semakin lama semakin pupus. Samsung dan beberapa pengeluar televisyen dunia kini mahu anda memiliki televisyen beresolusi 4K Ultra HD pula. TV UHD sudah mula terjual awal tahun ini dan di Malaysia Sony menjual televisyen 4K mereka dalam jumlah yang terhad. Tetapi jika anda mahu memiliki televisyen terbesar dunia anda perlu mengumpul duit bagi memiliki Samsung UN110S9. Televisyen dengan skrin sebesar 110 inci (2.6 x 1.8 meter) ini mula dijual di China, Korea Selatan, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah semalam pada harga USD 150 ribu (RM 493 ribu) sebuah. Ia dilengkapi pemproses empat teras, kamera hadapan, sistem kawalan suara, kemampuan 3D, sistem kawalan gerakan tangan dan juga Samsung Hub. Gila! 



Serius Cool - Pantai Whitehaven : Pantai Tercantik Di Australia (12 gambar)


Putih Bersih.

Pantai paling terkenal di Australia ialah Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya terletak di Pulau Whitsunday Queensland? Pantai Whitehaven ialah pantai sepanjang 7 kilometer dengan pasir yang putih. Ini adalah kerana kandungan silicanya yang tinggi. Pantai ini ditemui pengembara barat pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat. Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau membawa anjing. Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia. Rasa macam nak pergi. Pantai putih dan air turquoise nampak sangat heavenly! 



Serius Cool - Bagaimana Babak Kesan Khas Filem Gravity Diambil?


Oh begitu

Gravity ialah filem yang paling kami gemari sepanjang 2013. Dari segi teknikal kesan khas dan sinematografi filem ini sangat godlike. Bagaimakah kesan khas filem ini dilakukan? Apakah yang benar- benar wujud dan apakah dilakukan dengan menggunakan kesan CGI? Hari ini anda akan lihat rahsianya. Amazing!

Thanks @Feris_Othman

Serius - Lebuhraya Tenggelam 300 Kaki Ditelan Bumi Akibat Gempa Di Mexico (12 Gambar)


Hancur

Sebahagian Lebuhraya Ensenada yang terletak di Mexico tenggelam sedalam 300 kaki akibat gempa bumi yang melanda wilayah berhampiran Tijuana semalam. Jalan sepanjang 1000 kaki tenggelam akibat tanah runtuh dan mengakibatkan lebuhraya sepanjang 60 batu ini ditutup untuk beberapa minggu. Berita baik disini ialah tiada kehilangan nyawa dilaporkan akibat runtuhnya lebuhraya ini. Lucky people!



Serius LOL - Bunting Pencetak Kad Kahwin Yang Kreatif


Marketing kena power

Well played sir. Hanya di Malaysia!


Serius LOL - Labu Labi : Edisi Star Wars


Jedi Labu, Darth Labi!


Pew pew! Jessi Labu is Han Solo! 




Serius Kreatif - Ukiran Tembikar Johnson Tsang Yang Amat Menakjubkan (14 Gambar)


Insane!

Tembikar dicipta di China sekitar 1600 tahun sebelum masehi. Rahsia penghasilan tembikar hanya ditemui oleh negara barat pada tahun 1700 masehi. Kehebatan tembikar China, teh dan sutera menghidupkan jalan perdagangan antara timur dan barat selama ratusan tahun. Sehingga kini tembikar antik dari China mempunyai nilai yang mencecah puluhan juta. Johnson Tsang seorang artis tembikar yang berasal dari Hong Kong meneruskan penguasaan orang cina dalam penghasilan barangan tembikar yang menakjubkan. Arca tembikar beliau benar-benar menakjubkan. Serius kreatif!



Serius Klasik - Poster Propaganda Program Angkasawan Soviet (14 Gambar)


Ya Tovarisch

Bagi menarik minat dan sokongan rakyat kepada program angkasa lepas mereka, kerajan Soviet menghasilkan puluhan poster propaganda. Poster era Soviet ini pada pendapat kami masih nampak bad ass 60 years down the line. Kalau dapat a few letak dekat bilik mesti cool! 



Monday 30 December 2013

Serius - Sebuah Lagi Produk Jual Agama : Kristian Edition


Yeah! 

Bersihkan diri anda dari kotoran dan dosa dengan sekali harung. Agaknya bila "usahawan muslim" akan menggunakan taktik yang sama untuk melakukan sabun mereka? Kita tunggu!


Serius Cool - Patung Aksi Batman Edisi Batman Armory (11 Gambar)


Bruce!

Hot Toys banyak mengeluarkan patung aksi Batman. Sebelum ini sudah kami paparkan patung aksi Batman Dark Knight Rises dan Batmobile keluaran mereka. Kini ada Batman Armory pula dimana anda boleh memiliki replika tempat menyimpan baju Batman dan segala senjata yang dimilik adiwira ini. Turut disertakan di dalam set ini ialah patung aksi Bruce Wayne dan Alfred. Good value!

Serius Cool - Book Book : Penyimpan Tablet, Telefon Dan Komputer Riba Berbentuk Buku (10 Gambar)


Neato! 

Dunia moden memerlukan kami sentiasa connected. Oleh itu kami perlu membawa telefon pintar, tablet dan komputer riba kemana-mana sahaja kami pergi bagi membolehkan kami bekerja while on the go. Kesemua peranti ini kami bawa di dalam beg galas. Masalah sekarang ialah beg galas ataupun beg tangan akan menjadi mangsa ragut. Book Book ialah penyimpan peranti dan alat pengecas yang berbentuk sebuah buku. Dari jauh memang nampak seperti sebuah encyclopedia klasik. Kebarangkalian kena ragut pastinya rendah kerana perompak memang tak suka baca buku. Ianya keluaran Twelve South dan dijual pada harga USD 99 (RM 326) sebuah. 



Serius - Upacara Penutupan Sempadan India Pakistan Yang Cool


Siapa lagi bad ass?

Inilah cara sempadan India dan Pakistan ditutup setiap hari. Both sides nak tunjuk penis siapa lagi besar. Cool dan kelakar pada waktu yang sama. Suasana tutup sempadan macam perlawanan bola Indonesia vs Malaysia. Penuh keangkuhan!

Serius LOL - Nama Kedai Makan Paling Busuk


Ha ha ha

Mungkin nama kedai tak best tetapi makanannya sedap.


Serius Klasik - Kamov Ka 56 : Helikopter Mini Untuk Kapal Selam (12 Gambar)


Minihelos.


Kamov ialah syarikat pengeluar helikopter yang terkenal dengan rekaan helikopter yang mempunyai kipas bertingkat. Helikopter Kamov tidak mempunyai kipas pada bahagian ekor dan secara teorinya lebih selamat dari helikopter konvensional. Pada tahun 1971 Kamov menghasilkan Ka 56, sebuah helikopter mini untuk kegunaan armada kapal selam Soviet. Helikopter boleh lipat ini boleh disimpan di dalam silinder selebar 50 mm yang boleh disimpan dengan mudah di dalam tiub pelancar misil kapal selam Soviet. Ianya juga boleh dipasang dalam masa 10 minit. Pihak Soviet berharap helikopter mini ini boleh digunakan sebagai pesawat peninjau untuk kapal selam. Malang sekali bagi Ka 56 teknologi enjin pada waktu itu masih belum sempurna untuk menghasilkan helikopter mini yang memenuhi kehendak tentera laut Soviet. Enjin berkuasa 50 kuasa kuda Ka 56 didapati tidak cukup berkuasa untuk digunakan secara praktikal. Kini dengan teknologi pesawat mini UAV, helikopter mini seperti ini sudah dianggap obsolete untuk kegunaan ketenteraan. 




Serius Cool - Meidonalds : Pekerja McDonalds Berpakaian Meido (8 Gambar)


Khas untuk Otaku

Setiap 31 Disember sebuah McDonalds di Taiwan akan memastikan pekerja wanitanya memapai pakaian Meido. Hasilnya ialah Meidonalds. Kawaii. Di Malaysia bila lagi? Now we can honestly say I'm Lovin It! 



Serius WTF - Iklan Paling Mintak Penumbuk 2013


Raaaaaaaaage!

Kill it with fire.


Serius Indo - Muizum Tsunami Acheh Yang Penuh Kontroversi (21 Gambar)


Muzium

Pejam celik pejam celik Tsunami gergasi yang melanda Acheh menyambut ulang tahunnya yang ke 9 26 Disember yang lalu. Menurut pihak pemerintah Indonesia sekurang-kurangnya 220 000 rakyat Acheh terkorban manakala 500 000 kehilangan tempat tinggal akibat pukulan tsunami yang paling hebat pernah melanda dunia. Bagi memperingati persitiwa bersejarah ini, Muzium Tsunami Acheh dibuka pada tahun 2009. Rekaan muzium ini mengambil bentuk ombak yang memukul pantai. Ianya direka oleh jurubina Ridhwan Kamil dan mempunyai keluasan 2500 meter persegi. Ia menempatkan artifak peninggalan hari bersejarah ini serta pameran interaktif yang memberikan anda merasai suasa seperti dilanda tsunami. Pada bahagian dalam muzium ini juga diletakkan nama mangsa-mangsa yang terkorban. Selain menjadi sebuah muzium, bangunan ini juga berfungsi sebagai kawasan selamat sekiranya tsunami besar sekali lagi melanda Acheh. Pembinaan muzium ini dilanda kontroversi kerana dikatakan membazir oleh mangsa-mangsa yang terselamat. Pada hemat mereka yang masih tinggal di dalam khemah sementara wang pembinaan muzium yang bernilai jutaan ringgit ini lebih baik digunakan bagi membina semula rumah mereka yang musnah.



Thursday 26 December 2013

Serius LOL - #OhMyMalay : Bahasa Malaysia Tahap Dhaka #3


It keeps on coming

At this rate nanti semua Bangladesh kena hantar tuisyen eja Bahasa Malaysia sebelum melarat!


Serius - Human Centipede - Edisi Kemalangan Kereta


Cium!

Belakang cium depan cium belakang cium depan. Sentiasalah beringat untuk memandu dengan safe distance yang ditetapkan. 


Serius Cool - Al Sharq : Lebuhraya Tenggelam Timbul Di Doha (12 Gambar)


Cool!

Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Bagi memastikan tiada masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan Qatar akan membina lebuhraya Al Sharq merentasi Teluk Doha. Lebuhraya ini unik kerana ianya tenggelam dan timbul di permukaan laut. Lebuhraya sepanjang 9.7 kilometer ini akan menjadi jalan pintar bagi mereka yang mahu memandu dari bahagian utara ke selatan Doha. Dengan melalui lebuhraya ini mereka dapat mengelakkan kesesakan pusat bandar Doha. Di atas beberapa jambatan lebuhraya ini juga akan dibina taman yang boleh digunakan oleh pemandu kenderaan untyk berehat di tengah-tengah laut. Coolness! Ini mengingatkan kami kepada cadangan membina kawasan rehat dan rawat di atas jambatan Pulau Pinang kedua yang dibatalkan pembinaannya. 



Serius Cool - Phonesoap - Pembersih Telefon Cahaya Ultra Violet (6 Gambar)


Phone tanner?

Menurut laporan journal kesihatan telefon pintar dan tablet anda mempunyai 18 kali lebih banyak bateria dari tempat duduk tandas. Ini adalah kerana peranti pintar ini jarang sekali dibersihkan oleh penggunanya. Phonesoap ialah alat pembasmi kuman yang menggunakan cahaya UV bagi membunuh bakteri yang berkampung di atas permukaan peranti anda. Anda hanya perlu memasukkna peranti kedalam alat ini selama empat minit. Selain berfungsi sebagai sebuah pembasmi kuman, Phonesoap juga berfungsi sebagai alat pengecas. Looks cool. Setiap Phonesoap dijual pada harag USD 50 sebuah.



Wednesday 25 December 2013

Serius - Tangan Dijahit Pada Pergelangan Kaki Bagi Menyelamatkannya (6 Gambar)


Sciene!

Xiao Wei (25) yang berasal dari Changde, Provinsi Hunan mengalami kemalangan ketika bekerja di sebuah kilang. Tangan beliau terputus selepas terperangkap pada mesin yang dikerjakan beliau 35 hari yang lalu. Bagi menyelamatkan beliau dari kudung, doktor di Hospital Xiangsa, Changsa mengambil langkah drastik menjahit tangan yang terputus ke pergelangan kaki Xiao Wei. Prosedur ini mendatangkan hasil kerana tangan kanan Xiao Wei kini kembali kepada normal selepas dicantumkan semula 17 Disember yang lalu. Awesome science. Kepakaran doktor semakin hebat dan anggota yang dahulunya tidak boleh diselamatkan kini boleh disambung semula. Mohon doktor di Malaysia akan menggunakan teknik yang serupa bagi menyelamatkan kes anggota yang terputus. Tetapi kalau putus kerana main mercun buatan sendiri biarkan sahaja. LOL 



Serius Sadis - Kisah Sedih Kehidupan Golongan Marhaen Di Malaysia


Sad story bro..


Jika cerita ini benar memang kasihan. Dunia semakin mahal.




Laporan asal Mazlan Alias

Serius Cool - Transformers dan Kenderaan Versi Dunia Sebenarnya


Transform

Transformers tidak wujud tetapi versi kenderaan mereka ada di dunia sebenar. Di bawah ialah senarai extensif setiap Transformers dan kenderaan sebenar it was based on. 



Serius Cool - Koleksi Video Game Terbesar Dunia Milik Michael Thomasson (9 Gambar)


True Gamer

Tahukah anda umur purate seorang gamer sekarang ialah 35 tahun. Permainan video sudah wujud lebih 3 dekad dan Michael Thomasson (43)  ialah individu yang mempunyai kolesi video game terbesar dunia. Pensyarah seni animasi 2D yang berasal dari New York ini diisyitiharkan sebagai pemilik koleksi video game terbesar dunia. Beliu mempunyai 10 677 permainan video dan juga konsol yang bernilai USD 800 000. Beliau mula memgumpul permainan video dan konsol pada tahun 1981 apabila menerima sebuah konsol Colecovision pada hari Krismas. Sejak dari hidup hobi beliau menjadi-jadi dan kini beliau membeli sekurang-kurangnya 2 permainan video baru setiap hari. Apa yang menakjubkan tentang koleksi Michael ialah ini adalah koleksi ketiga beliau kerana dua kali sebelum ini beliau menjual apa yang telah beliau kumpul kerana kesempitan wang. Walaupun memiliki koleksi video game terbesar di dunia, Michael mengku beliau tidak mempunyai masa untuk bermain sejak kebelakangan ini. Menurut beliau dalam seminggu mungkin beliau menghabiskan 3 jam sahaja bermain video game. Sebagai pengumpul permainan komputer dan konsol we salute you Michael Thomasson. Hail oldfags! 



Serius - Bus 44 : Filem Pendek Yang Power


Nice!

Slow day on Christmas. Mari layan filem pendek yang power ini. Good ending is good!


Thanks @RewamIshak

Serius LOL - #OhMyenglish Bukti Kementerian Kewanganan Bukan Kementerian Pelajaran


LOL

Marry Christmaspun boleh. It's ok. Orang Kementerian Kewangan bukan bekerja di Kementerian Pelajaran. Kalau ya anda perlu risau masa depan anak anda.


Laporan asal @MOFMalaysia

Serius Neko - Merry Catmas Dari Santa Cat (10 Gambar)


Neko!

Selamat Hari Krismas kepada pembaca Blogserius yang beragama Kristian and a happy new year!



Tuesday 24 December 2013

Serius LOL - Naik : Parody Lagu Royal Lorde Edisi Barang Naik


Kreatif

Nice one la!

Serius Cool - Perpustakaan Negara Iraq : Diilhamkan Ayat Al Quran Pertama (9 Gambar)


Iqra'

Paska serangan askar Amerika Syarikay terhadapt Iraq pada tahun 2003 berlaku perlbagai kemusnahan. Perpustakaan dan muzium dijarah. Bangunan yang disyaki menjadi tempat perlindungan askar Iraq dibom. Stesen janakuasa dan penapisan air bersepai. Sungguhpun perang ini sudah tamat kesannya terhadap Iraq masih boleh dilihat sehingga sekarang. Di bawah ialah perpustakaan baru yang akan dibina di Baghdad. Ia akan menjadi salah sebuah bangunan yang akan dibina di dalam projek pembinaan semula Baghdad yang seluas 1.2 Juta meter persegi. Projek ini diharapkan dapat mengembalikan Iraq kepada keadaan sebelum perang dengan fasiliti moden dan mesar alam. Perpustakaan di bawah unik kerana ia mendapat inspirasi dari ayat pertama Al Quran iaitu Iqra'. Jika dilihat dari atas dapat dilihat rekaan kaligrafi ini pda bahagian bumbungnya.  Harapannya perpustakaan baru ini tidak akan musnah seperti perpustakaan negara tahun 2003 ataupun perputakaan bersejarah Baghada yang dimusnahkan Mongol pada tahun 1258. Harap warga Iraq membaca sejarah mereka dan tidak mengulami sejarah silam.



Serius - Gambar NurI Yang Terhempas Di Pulau Perak, Kedah (8 Gambar)


Nasty

Helikopter Sikorsky Nuri milik ATM terhempas lagi semalam. Kali ini ia terhempas di Pulau Perak, Kedah. Ketiga-tiga orang anak kapa dilaporkan hanya cederta ringan. Kerosakkan pada helikopter nampak teruk tetapi fixable. Good thing Nuri kini dalam proses digantikan Eurocopter EC725 Caracal

Thanks @AyaqJagung for the pics



Serius VS - Rupa Pelakon The Hobbit Sebelum Dan Selepas Solekan (13 Gambar)


Misty Mountain

Anda dah layan Hobbit The Desolation of Smaug? It is good! Mari lihat rupa pelakon filem ini tanpa make up. Sangat lain! Balin tak ada rupa UAI langsung! 



Serius WTF - Headmuns : Seluar Anti Rogol Untuk Wanita Thailand


Whaattttttttt?

What The Hell Did I Just Saw?


Serius Cool - Patung Dragonborn Skyrim Yang Epic (9 Gambar)


Nice!

Skyrim ialah antara RPG paling epic yang pernah dihasilkan dan menghasilkan puluhan meme. Jadi adalah fitting Skyrim mempunyai figura aksi Dragonborn yang cool di bawah. Harga figura ini ialah USD 299 (RM987) sebuah.Arrow to the knee is not included. 



Serius LOL - Jubah Paling Douchebag Dalam Dunia


Defuq

What the hell is this? Jubah Douche Syariah compliant? Pop collar with kopiah? Seems legit! 


Monday 23 December 2013

Serius - A Jihad For Love : Dokumentari Komuniti Gay Bergama Islam


Gay dan Muslim

Either you want to admit it or not memang ada orang Islam yang gay. Kami ada mengenali beberapa lelaki gay yang tidak tinggal solat. Masalahnya ialah golongan homoseksual tidak diterima oleh Islam. Apakah yang boleh mereka lakukan? Mari tonton dokumentari A Jihad For Love di bawah bagi melihat sendiri konflik dan cabaran gay yang masih memeluk agama Islam. Interesting documentary. Heartbreaking even. 




Serius Bodoh - Perompak Dirompak Selepas Merompak Bank


Rompakception

Ini ialah kelakar yang melibatkan seorang perompak di Texas USA.  Larry Poulos ditangkap anggota polis Dallas selepas merompak sebuah bank. Beliau dilaporkan merompak Bank Educational Employees Credit Union dengan mengugut mengatakan beliau mempunyai bom yang boleh diletupkan bila-bila masa. Pekerja bank yang panik menyumbatkan beberapa longgokan wang kertas ke dalam sebuah beg. Larry kemudian pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Ketika dalam perjalanan pulang wang kertas yang dibawa beliau terkeluar dari beg yang dibawa beliau. Ini menimbulkan syak wasangka orang ramai yang melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Pihak polis kemudiannya diberitahu Larry tinggal di sebuah apartment tidak jauh dari bank yang dirompak. Setibanya di rumah suspek, polis menemui Larry yang tercedera dengan luka pada bahagian kepala. Beliau terus ditahan dan disahkan sebagai perompak bank bedasarkan klip CCTV yang diberikan oleh pihak bank. Selepas ditangkap beliau berkata beliau dirompak dua orang lelaki selepas tiba di rumah. Beliau sudah di rompakception. Larry kini menunggu untuk dibicarakan kerana merompak bank. Dua orang suspek yang merompak beliau di rumah masib belum berjaya ditangkap. Fail!


Laporan asal DallasBlack

Serius Cool - Majlis Perkahwinan Masyarakat Uigur (15 Gambar)


Uighur

Kaum Uighur ialah masyarakat yang berasal dari Xinjiang China. Sejak kebelakangan ini kita kerap mendengar berita pemberontakan dan serangan "pengganas Islam" Uighur yang menentang pemerintahan komunis China di Xinjiang. Pemberontakan berlaku kerana ketidak adilan yang dialami kaum Uighur yang beragama Islam. Hari ini mari kita lihat majlis perkahwinan tradisional kaum Uighur yang menetap di Kazakhstan. Komuniti Uighur yang ada di Kazakhstan ialah cucu cicit kepada mereka yang melarikan diri dari China pada awal kurun ke 19 selepas penentangan awal mereka berjaya dipatahkan pemerintah China. Majlis perkahwinan Uighur biasanya diraikan selama 3 hari. Pasangan akan dinikahkan seorang tok kadi dan selepas dinikahkan pasangan harus meminum air campuran gula, garam dan roti. Gula melambangkan kemanisan rumah tangga. Garam pula melambangkan ujian hidup manakala roti melambangkan kasih sayang diantara mempelai.Sangat menarik melihat adat istiadat Islam bercampur dengan amalan Soviet Russia!



Serius Cool - Step Into The Void : Dek Pemerhati Menguji Kegayatan Anda (14 Gambar)


No Way

Gunung Blanc ialah gunung tertinggi di Eropah. Jika anda ke Perancis kini anda boleh menikmati pemandangan Gunung Blanc dari perspektif yang unik. Step Into The Void ialah tarikan pelancong terbaru di Perancis. Ianya sebuah kotak plexiglass yang diletakkan hampir 4000 meter dari aras laut. Kotak lutsinar ini akan memberikan ilusia anda terapung di udara. Step Into The Void dibuka kepada umum Sabtu lalu dan dibina diatas puncak Gunung Aiguille du Midi yang terletak berhampiran Gunung Blanc. Dengan bayaran Euro 55 (RM247) seorang anda boleh menguji sendiri tahap kegayatan anda. Jangan risau, kotak plexiglass ini dibina beberapa lapis bagi memastikan ia mampu menahan berat anda dan juga kalis tiupan angin sepantas 220 kilometer sejam. Ada berani?



Serius Cool - Big Bertha : Pengorok Terowong Terbesar Dunia (14 Gambar)


Korek!

Mesin pengorek terowong sudah wujud sejak 1845. Ianya digunakan bagi mengorek terowong keretapi Frejus di Itali. Sejak dari hari itu mesin pengorek terowong ataupun TBM digunakan dalam pelbagai projek mega seperti pengglian Channel Tunnel di bawah Selat Inggeris dan terowong SMART di bawah Kuala Lumpur. TBM terbesar dunia kini digunakan bagi membina terowong bawah tanah di Seattle USA. Sebuah terowong dibina bagi menggantikan lebuhraya bertingkat yang sudah berusia lebih 50 tahun. Terowong bawah tanah sepanjang 3.2 kilometer yang sedang dikorek sekarang dijangka sipa pada tahun 2015 dengan kos pembinaan USD 4.25 Billion  (RM 13.95 Billion)

Bagi menggali terowong ini TBM terbesar di dunia diperlukan. TBM sepanjang 99.3 meter, 17.5 meter lebar dan seberat 7000 tan ini diberi nama jolokan Big Bertha, sempena nama salah seorang Datuk Bandar Seattle. Big Bertha dibina oleh syarikat Jepun Hitachi  Zosen dan ia diperkasakan oleh enjin 25 000 kuasa kuda dan mampu mengorek terowong sepanjang 10 meter sehari. 

Bagi yang tertanya-tanya lebar pengorek SMART tunnel ialah 13.26 meter berbanding 17.5 meter yang digunakan Big Bertha. Apabila siap kelak, lebuhraya bawah tanah yang dikorek Bertha mampu memuatkan 4 lorong kenderaan di atas 2 lantai bertingkat. 



Serius Cute - Kasut Tinggi Hello Kitty (8 Gambar)


Kawaii


Sanrio mungkin syarikat yang paling banyak melesenkan IP Hello Kitty kepada pelbagai produk di luar sana. Kini sudah ada  Spa Hello Kitty, Hotel Hello Kitty Klinik Gigi Hello Kitty dan juga kapal terbang Hello Kitty. Mereka bekerjasama dengan jenama Randa untuk menghasilkan kasut tinggi Hello Kitty yang comel and we like the design. Sangat kawaii. Harga sepasang kasut di bawah ialah RM220 dan RM236 bergantung kepada rekaan.Actually not too bad!



Serius LOL - Apabila Wartawan Tersalah Cakap BN Penipu


You are fired

Kesian Pang Chin Fei.. mungkin lepas ini kena berehat sekejap kerana Freudian slip di bawah




Serius Cool - PowerPak Ultra : Powerbank Paling Tahan Lasak (6 Gambar)


Tough!

Powerbank kini semakin diperlukan oleh pengguna telefon pintar kerana jangka hayat bateri peranti sedia ada adalah sangat menyedihkan. Terdapat pelbagai pilihan powerbank dengan kapasiti berbeza. PowerPak Ultra ialah powerbank yang bukan sahaja berkapasiti tinggi (14 000 mAh) tetapi juga tahan lasak. Ianya tahan hentakan dan kalis air. Jika berminat PowePak Ultra dijual pada harga USD 67 (RM220) sebuah. 



Saturday 21 December 2013

Serius Cool - Tips Mendapatkan Like This Instagram


Kepada likefags

Adakah anda low self esteem dan perlukan like dari media sosial bagi memenuhi kekosongan jiwa anda? Ikuti tips di bawah untuk memubuatkan anda rasa less loserly!


Serius Cool - Mari Melawat Ibu Pejabat Twitter (16 Gambar)



Kicauan

Ini ialah ibu pejabat media sosial kegemaran kami Twitter yang terletak di San Francisco. Pejabat setinggi 3 tingkat ini dilengkapi studio Yoga, gimnasium dan bilik permainan video. Pejabat ini baru sahaja dibuka dan direka bagi memastikan suasana kondusif untuk kesemua pekerjanya. Sangat comfy. 


Serius Cool - Lamborghini Huracan LP610-4 : Kereta Lumba Terkini Lambo (9 Gambar)


Another one?

Tahun ini kita sudah melihat Lamborghini Venono yang merupakan model meraikan ulang tahun ke  50 Lamborghini. Tahun hadapan Lamborghini Huracan LP610-4 pula akan muncul di pasaran. Huracan ialah model pengganti Gallardo yang sudah dihentikan sejak 25 November yang lalu. Ia diperkasakan enjin 5.2 liter dengan 610 kuasa kuda. Huracan ialah sebuah kenderaan 4WD dan mampu memecut sehingga 323 kilometer sejam. Lambroghini Huracan akan diperlihatkan secara rasmi Mac tahun hadapan. Buat masa ini harga jualan masih belum diumumkan. 



Serius Cool - Hari Terbuka Masjid Di Jerman : Boleh Kita Contohi


Sage!

Jerman ialah sebuah negara sekular. Negara banyak bukan Islam but still the muslims are united and reasonable enough untuk mengadakan hari terbuka masjid untuk penduduk setempat. Warga Jerman bukan Islam boleh melihat sendiri rumah ibadah orang Islam dan bertanya tentang agama orang Islam secara terbuka. Di Malaysia perkara seperti ini bagus diadakan juga. Ini tidak, kafir masuk perkarangan masjid dijadikan isu kononnnya menghina masjid. Learn from other muslims Malay muslims!




Serius Cool - Rawlemon : Pegumpul Tenaga Solar Dan Bulan (11 Gambar)


Awesome!

Panel tenaga solar sudah wujud berdekad lamanya. Actually by now I was hoping semua rumah mempunyai panelnya sendiri tetapi malang sekali fantasi siri tv Beyond 2000 tidak menjadi realiti. Masalah panel solar biasa ialah ia hanya mampu mengumpul tenaga solar. Rawlemon ialah panel solar dan lunar yang kini sedang diuji. Ia dilengkapi sfera kaca yang mampu menumpukan cahaya solar dan bulan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sfera kaca yang bulat memastikan cahaya dapat dikumpul dari pelbagai arah. Ianya dikatakan mampu menghasilkan 70% lebih banyak kuasa elektrik dari rekaan panel solar rata dan melengkung yang digunakan secara meluas sekarang. 



Serius Fakta - Fakta Dan Sejarah Teenage Mutant Ninja Turtle


Mutant in a hard shell

Beberapa fakta menarik mengenai kartun yang digemari 80's kids! The new one sucks though!


Friday 20 December 2013

Serius FAIL - Satu Lagu Epic Failure Di Lebuhraya Malaysia


Kiasu!

Kami rasa kereta sebelah kiri bawak laju. Baru perasan lane tutup. Akibatnya.........


Serius Sadis - Industri Penghasilan Kulit Bangladesh Yang Menyedihkan (18 Gambar)


Damn!

Barangan kulit Itali seperti tali pinggang dan beg tangan berjenama mewah menjadi simbol kemewahan di Malaysia. Beg tangan Louis Vuitton ada yang dijual lebih mahal dari kenderaan yang anda miliki. Tetapi tahukah barangan asas industri bernilai Euro 1 Billion setiap tahun ini ada yang datang dari Bangladesh. To be precise Hazaribagh, Dhaka. Terdapat 200 kilang pemproses kulit di sini. Ia menggaji lebih 3000 orang pekerja dan menghasilkan 14 juta keping kulit setiap tahun. Ia juga membuang 21 000 meter padu sisa kumbahan toksik terus ke sumber air yang mengakibatkan pencemaran yang kronik stiap hari. Gaji pekerjanya juga terlalu sedikit. Jadi fikirkanlah asal usul beg berjenama yang anda bangga-banggakan sangat itu. Kemudian tengoklah mereka yang bekerja macam binatang dan hidung serba kekurangan untuk memastikan anda ada simbol kemewahan yang membolehkan anda riak! LOL



Serius Cool - Multi Facial : Filem Pertama Lakonan Vin Diesel


What?

Sebelum menjadi popular Vin Diesel atau nama sebenar beliau Mark Vincent sukar mendapat tawaran berlakon. Beliau  menghasilkan, menulis, mengarah dan belarkon di dalam filem pendek Multi Facial di bawah. Filem ini ditonton oleh Steven Spielberg yang kemudian memberi beliau watak di dalam filem Saving Private Ryan. The rest is history. Menarik melihat Vin Diesel berlakon sebagai bukan tough guy. Quite good. The closing monologue is awesome!


Serius LOL - #OhMyMath : Kegagalan Aritmetik


Stay in School

Lain kali gunakan kalkulator kalau mahu meletakkan perkiraan pecahan pada bio anda.


Serius Cool - Rig Kamera Babak Kejar Mengejar Hollywood (24 Gambar)


Fast and Furious


Filem aksi Hollywood wajib mempunyai babak kejar mengejar. Pernahkan anda terfikir bagaimana aksi kejar - mengejar ini dirakamkan?Mereka menggunakan rig kamera khas yang dipasang pada kenderaan khas seperti di bawah. Cool huh? 


Serius LOL - Wedding Singer Paling Feel Di Tanah Melayu


Move Like Jamal....

Move like Jaggerpun kalah dengan pakcik ini. Rock on!

Thanks @FaliqFahmie


Serius Cool - Modifikasi Honda Cub Yang Menarik (12 Gambar)


Cili Padi 

Honda Cub ialah motor yang digunakan orang tua untuk ke masjid, pakcik jual sayur ataupun nenek ke bendang. Ianya bukan motosikal terpantas di dunia tetapi ianya diiktiraf sebagai motor terbaik yang pernah dihasilkan kerana ianya versatil dan tahan lasap. Bolehlah dikatakan Honda Cub ialah HILUX edisi motor. Jadi tidak mengejutkan sekiranya ada subculture peminat Honda Cub yang melakukan modifikasi bagi megubah motosikal yang ikonik ini menjadi sebuah rice rocket yang cool. Yep they do look awesome!



Serius Cool - Smokio : Rokok Elektronik Pintar (10 Gambar)


Rokok pintar buat orang tak pintar

Kita sudah ada jam pintar dan bra pintar di pasaran maka tidak dapat dielakkan lebih banyak produk pengguna akan dipintarkan. Vaping kini semakin mendapat tempat dikalangan perokok yang cuba untuk berhenti merokok. Rokok elektronik pintar Smokio berbeza dari e-rokok lain kerana ia boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon. Anda boleh mengawal kadar penghasilan wasap, mengesan lokasi anda menghisap dan waktu anda menghisap Smokio. Basicallu you can track your stats like in GTA V. Setiap Smokio dijual pada harga USD 109 (RM356) sebatang. 



Thursday 19 December 2013

Serius Cool - Casing Iphone Berbentuk Tumbler Batman (9 Gambar)


Just take my money!

Casing iphone selalunya sleek dan moden. Tetapi casing Tumbler Batman ini berbeza dari casing biasa. Ianya angular dan nampak sangat manly. Selain nampak manly ia juga dilengkapi sistem LED yang berfungsi sebagai lampu notifikasi telefon pintar anda. Paling best ia juga mempunyai Bat Signal terbina di bahagian bawah. Hanya untuk Batmanfag sebenar sahaja. Setiap satu casing ini dijual pada harga Yen 5775 (RM 182) sebuah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails