Saturday, 30 November 2013

Serius Kreatif - Iklan Rakan Cop Versi Australia (6 Gambar)


Cool!

Di Malaysia ada Rakan Cop dimana kita boleh menghantar SMS untuk melaporkan jenayah yang berlaku. Di Australia mereka mempunyai Crime Stoppers yang mempunyai fungsi yang sama. Di bawah ialah beberapa poster iklan untuk Crime Stoppers bagi memberitahu orang ramai tentang cara mencegah jenayah menggunakan kuasa SMS. Kreatif!


Serius Cool - Formula E Spark-Renault : Berlumba Di Putrajaya Tahun Hadapan (16 Gambar)


Elektrika!

Majoriti pengeluar kenderaan kini menghasilkan kenderaan elektrik ataupun hibrid mereka kerana umum diketahui bahan api fossil akan kehabsan. Formula E ialah perlumbaan kerete elektrik utama yang dibawah payung FIA dan ianya akan bermula September 2014.  Formula E Spark-Renault ialah kenderaan yang bakal digunakan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian. Kenderaan ini adalah elektrik sepenuhnya dan mempunyai motor dengan kemampuan 270 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta ini ke kelajuan maksimum 220 kmj . Kerana ianya kenderaan elektrik walaupun pada kelajuan maksimum ia hanya akan menghasilkan 80 desibel bunyi berbanding 147 decibel yang dihasillan kereta F1. Bandar-bandar yang bakal menjadi litar perlumbaan Formula E ialah Beijing, Putrajaya, Hong Kong, Punta del Este, Buenos Aires, Los Angeles, Miami, Monte Carlo, Berlin dan London. Yep tahun hadapan pada 18 Oktober anda boleh melihat sendiri perlumbaan ini di Putrajaya. Mark your calender! 



Serius Cool - Pengantin Melayu Paling Rock


Yeah

Kerana kalau setakat kad kahwin paling rock tidak mencukupi sekiranya masa majlis makan tidak tunjukkan skill goreng gitar sampai tangkap cair muka bro. Nice inai!




Serius Cool - Boomf : Kini Gambar Instagram Anda Boleh Dimakan (8 Gambar)


Foodies!

Instagram is everywhere. Di Malaysia adalah kebiasaan untuk menginsta gambar makanan sebelum ianya masuk dalam perut dan menjadi bahan tinjaan. Boomf kini memberikan perkhidmatan mencetak gambar Instagram anda ke atas marshmellow yang kemudiannya boleh dimakan. Perkhidmatan yang berpengkalan di UK ini mengenakan caj GBP 12 (RM 63) untuk 9 biji marshmellow. Sila insta gambar Boomf untuk menghasilkan Instagramception sebenar. 



Serius Cool - Patung Aksi Nathan Drake Unchartered (8 Gambar)


Unchartered


Antara permainan komputer paling best di dalam konsol PlayStation 3 ialah Unchartered. Kini anda boleh memiliki patung aski protoganis utama permainan ini iaitu Nathan Drake. Nampak super cool kerena memang nampak sebijik seperti wataknya di dalam permainan. Nathan Drake dilengkapi aksesori pistol Colt 1911, AK 74U , peta dan sebuah lelabah. Harga sebuat patung Nathan Drake ialah USD 160 (RM 515) sebuah. 



Friday, 29 November 2013

Serius FAIL - Gambar Band - Band Yang Gagal (16 Gambar)


Kah kah kah!

Untuk maju band memerlukan imej yang cool. Jika tak cool tak siapa berani mengaku sebagai peminat. Di bawah ialah beberapa gambar band yang tidak cool dan full of fail. 


Serius Cute - Percintaan Si Kerdil Dan Gadis Cantik Vietnam (12 Gambar)



Cinta tak kenal rupa

Kita sering dengar cinta tak mengenal rupa dan harta. Well this is actually not really always true kerana let's face it kalau "we have kids and no money" masakan boleh dapat Nora Danish. Right Right? Well ini tidak applicable kepada Le Thanh Thao (20) pemenang Vietnam Next Top Model yang bercinta dengan Kaydy Tran (20) yang hanya berketinggian 1.2 Meter. Pasangan ini sangat comel sungguhpun mempunyai perbezaan ketinggian hampir 60 sentimeter. 



Serius Klasik - Iklan Komputer Retro (13 Gambar)


Gila canggih!

Kami sedang review sebuah Samsung Galaxy Gear. Kami menyedari spesifikasi jam tangan pintar ini lebih tinggi dari komputer pertama kami yang dibeli pada tahun 1997. Dalam masa 16 tahun sebuah komputer besar kalah dengan sebuah jam. Sungguh pantas kemajuan teknologi komputer. Mari lihat beberapa iklan komputer retro. Membuatkan adan rasa nostalgic dan at the same time facepalm kerana specs yang kini menjadi bahan ketawa.



Serius Kreatif - Istana Pasir Moden (15 Gambar)


Ini awesome

Semasa kami kecil kami suka membina istana pasir yang kelihatan seperti gunung berapi. We were not very creative tetapi Calvin Seibert, seorang artis yang berasal dari Amerika Syarikat istana pasir ialah sebuah hasil seni. Zaha Hadid, Frank Gehry dan Hijas Kasturi will be impressed. 



Serius Iklan - Apakah Pusat Transformasi Komuniti Universiti : Mendekatkan Pelajar Dan Komuniti


Penhubung Universiti Dan Komuniti Setempat

Semasa kami belajar di sebuah kolej atas lautan beberapa dekad yang lalu kami sedari kolej kami bekerjasama dengan komuniti sekitar kolej secara aktif. Kolam renang tertutup, Great Hall, padang hoki, padang kriket dan gereja dikongsi dengan penduduk setempat terutamanya dengan sekolah-sekoalah yang sedia ada. Kami sering tertanya-tanya kenapa di Malaysia perkara sebegini tak ada? Kenapa semacam ada dinding pemisih ala-ala Berlin diantara fasiliti kolej dan penduduk setempat? 



Kini kami ketahui sejak November 2012 sebanyak 6 Institut Pengajian Tinggi Awam kini juga berfungsi sebagai sebuah UCTC (University Community Transformation Centre)  ataupun Pusat Transformasi Komuniti Universiti .Enam IPTA tersebut ialah Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya. UCTC memberikan akses kepada penduduk setempat untuk menggunakan fasiliti-fasiliti universiti untuk kegunaan seperti

  • Fasiliti bukan kemudahan sukan seperti penginapan
  • Fasiliti sukan
  • Kursus jangka pendek
  • Program Latihan Perniagaan
  • Program Sukarelawan
  • Latihan Industri
  • Kursus Pengajian Umum
  • Program Pemindahan Ilmu
  • dan banyak lagi

Sejak November 2012 juga sebanyak 633 program yang melibatkan komuniti dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar kolej sudah diadakan. Ini semestinya berjaya merapatkan hubungan antara kolej dan penduduk setempat disamping mewujudkan golongan pelajar yang lebih well rounded. Tidaklah terperuk di dalam bilik sepanjang masa dan tidak mempunyai people skills! Good stuff.

Dalam mempromosi aktiviti sebegini untuk tahun hadapan, Sabtu  ini akan berlangsung pelancaran program UCTC peringkat kebangsaan. Harapannya program yang banyak membawa manfaat kepada komuniti dan pelajar ini akan lebih diketahui umum. Sekiranya anda mahu melihat sendiri apakah program yang akan diadakan pada masa hadapan dan lokasinya silalah ke; 

Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tarikh: Sabtu 30 November 2013
Masa : 8.30 pagi ke 5 petang.


Untuk mengikuti maklumat lanjut, anda juga boleh mengikuti kemaskini mereka di laman rasmi UCTC, dan juga laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Halaman Rasmi UCTC

Halaman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia



Serius Cool - Kereta Yang Mungkin Rakyat Malaysia Perlu Beli Dimasa Hadapan (16 Gambar)


#SMMA

BRDM-2 ialah kenderaan berperisai yang dicipta oleh Soviet Union ketika perang dingin. Paska perang dingin kereta perisai yang direka pada tahun 1962 ini tidak lagi sesuai digunakan untuk peperangan moden. Perisainya terlalu nipis dan mudah dirobek bom tujahan rocket. Oleh itu banyak kenderaan ini tersadai di seluruh negara bekas kesatuan Warsaw. Tetapi kini ada sebuah BRDM-2 yang kami rasa sesuai digunakan di Malaysia kerana masalah peragut memcahkan cermin kereta dan kejadian tembak menembak yang semakin kronik. Ini dia BRDM-2 edisi VIP yang dilengkapi kelengkapan audio visual moden disamping memberikan perlindungan dari peragut. 

IN B4 "nanti peragut Malaysia upgradi pakai RPG pula"



Serius Komik - Komik Sedih Yang Penuh Pengajaran Hari Ini


Zen pencils!

Dat feels................. nice ending!


Serius Cool - Kobja : Aksesori Wanita Dari Katak Kodok (12 Gambar)



Katak bukan dari Kelantan

Katak Kodok Tebu ialah katak yang dibawa masuk dari Amerika Selatan ke Australia suatu ketika dahulu bagi mengawal jumlah kumbang yang memusnahkan tanaman. Kini kehadiran mereka dianggap sebagai haiwan perosak kerana bukannya haiwan bumiputera dan menggangu ekosistem yang sedia ada. Bagi mengawal jumlah mereka pelbagai cara digunakan dan antaranya ialah memburu katak ini dan menjadikan kulit mereka sebagai barangan kulit. Jangan ketawa kerana aksesori wanita keluaran Kobja di bawah kini mendapat sambutan di Jepun dan Eropah. Beg tangan kecil mencecah harga Euro 300 (RM1319) manakala beg tangan pula Euro 1200 (RM 5278) . Mungkin di Malaysia kulit katak politik juga boleh dijual kerana jika mereka boleh menjual amanah orang mengundi kini ada hak jual kulit mereka.


Thursday, 28 November 2013

Serius - Kenapa Pemain Bola EPL Memakai Bunga Merah Pada Jersey Setahun Sekali?


Poppy Day

Setahun sekali di bulan November kami yakin anda akan melihat pasukan bolasepak inggeris akan meletakkan bunga bewarna merah pada jersi mereka. Tahukah anda sejarah disebalik bunga merah ini? Jika tak tahu hari ini kami akan menerangkan sejarah bunga merah ini.

Bunga merah ini ialah bunga Poppy. Ianya dipakai sempena Remembrence Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 11 November. Ia memperingati hari berakhirnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918. Kenapa bunga poppy merah ini dipilih? Pada tahun 1915 puisi In Flander's Field ditulis bagi memperingati askar yang terkorban di Flander's Field Belgium. Pertempuran di Flender's Field ialah antara yang paling berdarah sepanjang Perang Dunia Pertama. Ketika pertempuran berlangsung bunga Poppy merah yang ditanam di Flender's Field sedang tumbuh. Warna merah bunga ini adalah simbolik bagi darah askar yang berjuang dan terbunuh sepanjang tempoh peperangan.

Budaya memakai bunga Poppy dimulakan di Amerika Syarikat sebelum diadaptasi oleh Britain dan negara-negara Commonwealth. Amalan memakai bunga poppy di Amerika sudah pupus tetapi di Britain dan beberapa negara Commonwealth ianya masih diamalkan. Hari Remembrance Day kini juga digunakan bagi memperingati askar-askar yang tewas dalam setiap peperangan paska Perang Dunia Pertama. Pada hari yang sama Poppy Appeal diadakan dimana kutipan wang dari orang ramai dilakukan bagi membantu bekas askar yang memerlukan. Kalungan bunga kemudian diletakkan pada mana-mana memorial peperangan yang ada di seluruah negara. Ketika Malaya masih di bawah jajahan British, Cenotaph (tugu peringatan peperangan) terletak di Jalan Tugu berhampiran Stesen Keretapi Kualu Lumpur. Ianya diubah ke lokasinya sekarang di Tugu Negara pada tahun 1964

Di Malaysia amalam memakai bunga poppy berlangsung sehingga akhir 60an. Kami tak tahu mengapa ianya dihentikan di negara kita tetapi kami rasakan mungkin dilakukan atas sebab patriotisme dan hari poppy ialah amalan peninggalan penjajah. Hari Poppy di Malaysia digantikan oleh sambutan Hari Pahlawan 

Jadi inilah sikit sebanyak sejarah disebalik bunga merah yang anda lihat di atas jersi Wayne Rooney, Fernando Torres dan Luis Suarez. Kini anda tahu apakah cerita disebalik pemakaiannya!



Serius Cool - Sensualscraping : Tangga Paling Senggama Minda (17 Gambar)


Woah

Sensualscraping ialah tangga yang dibina oleh Atmos Studio. Tangga ini mempunyai rekaan beralun seperti akar pokok. Setiap bahagian kayu tangga ini diukir menggunakan mesin CNC dan direka menggunakan komputer. Paling menarik rekaan kemasan tangga diunjurkan ke bahagian pintu dan tandas rumah ini. Memang cool dan lain dari yang lain.



Serius Kreatif - Rekaan Kasut Kreatif Sebastian Errazuriz (11 Gambar)


Kasut untuk ex GF

12 Shoes For 12 Lovers ialah projek seni Sebastian Errazuriz seorang artis yang berasal dari Chile. Beliau menghasilkan 12 kasut berdasarkan 12 bekas teman wanita beliau. Antara nama yang diberikan untuk kasut beliau ialah Hot Bitch, Honey, The Virgin, Cry Baby dan Gold Digger. Very apt!



Serius LOL - #OhMyEnglish : Google Translate Fail


Derpy!

Sah gagal paper Bahasa Malaysia selepas PMR!


Serius Cool - Tonino Lamborghini Antares : Telefon Android Lamborghini (11 Gambar)


Vroom!

Sebelum ini kami ada paparkan telefon dan tablet Android dari Tonino Lamborghini, anak syarikat Automobili Lamborghini. Ia mempunyai rekaan seperti sebuah kereta Lamborghini Gallardo. Semalam Tonino Lamborghini memperlihatkan Antares, telefon pintar Android terkini mereka. Ia diperkasakan pemproses 1.5 GHz empat teras, RAM 1 GB, muatan dalam 32 GB, kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Dari segi spesifikasi peranti ini adalah sebuah peranti berkemampuan sedarhana tetapi dari segi harga ianya mampu mengoyakkan dompet anda. Setiap Antares dijual pada harga USD 4000 (RM 12 900) sebuah! Ia akan mula dijual tahun hadapan. If you have money, beuatiful kids dan swagger sila beli telefon ini. 




Serius Sadis - Masalah Pembuangan Bayi Di Korea Selatan


K-Orphan

Masalah buang bayi tidak terhad kepada bangsa melayu rempit sahaja despite what you read in the newspaper. Masalah ini global. Mari lihat dokumentari yang menyayat hati tentang pengorbanan seorang paderi menyelamatkan bayi yang dibuang di negara Gangnam. This guys along with Pak Mie Shelter deserve a place in the highest level of heaven. God bless you Pastor Lee. #Manlytears


Serius Fakta - 10 Rahsia Disebalik Logo Yang Digunakan Di Komputer Dan Peranti Anda


Now I know!

Kenapa logo Bluetooth nampak sangat angular? Kenapa email menggunakan simbol @? Apa rahsia logo yang digunakan pada papan kekunci Mac? Semuanya terjawab di bawah. 


Serius Cool - Jambatan Gantung Capilano : Jambatan Antik Di Kanada (14 Gambar)


Tinggi

Jika anda gayat kami tidak boleh recommend anda ke Capilano Suspension Bridge yang terletak di Vancouver Kanada. Jambatan gantung ini sepankang 137 meter dan tergantung 70 meter dari permukaan tanah. Ianya mula dibuka pada tahun 1889 dan pada awalnya diperbuat menggunakan tali hemp. Pada tahun 1910 ianya digantikan dengan kabel besi seperti yang dilihat sekarang. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, jambatan ini masih berjaya menarik 1 Juta pengunjung setiap tahun yang mahu menikmati pemandangan 6000 ekar hutan simpan dan perspektif seekor burung. Sangat cool. Ini mengingatkan kami kepada jambatan gantung kanopi hutan di Lembah Danum Sabah. Just as cool. Closer to home! 



Wednesday, 27 November 2013

Serius LOL - Kereta Suamiku Playboy


Yep

Legit....... kereta playboy sebenar. 



Serius Cool - Nike Megatron Rises : 3 Kasut Berkonsepkan Megatron (14 Gambar)


Nike!


Jika anda seorang 80's kids Transformers ialah kartun yang paling berpengaruh dalam membina siasah dan moraliti anda. Jika anda kanak-kanak super terampil anda menyokong Autobots. Sekiranya anda kanak-kanak bermasalah anda menyokong Decepticon. Kini adan sudah dewasa anda boleh membeli kasut Megatron Rises keluaran Nike. Ia terdiri daripada 3 pasang kasut yang rekaan luarnya menyerupai rekaan Megatron dari filem Transformers 4 kelak. Rekaan yang menarik tetapi warna yang terlalu Barney. 



Serius LOL - Tanda Putera Edisi Jerman?


Zeig Fail

Tanda Putera fail kerana ada Proton Iswara pada tahun 1969. Well ini ialah the German equivalent of the same fail. LMAO


Serius Fakta - 18 Fakta - Fakta Menarik Hari Ini


Edukesyenel

Pointless facts of the day


Serius Cool - Meja Bersolek Untuk Ipad dan Iphone (9 Gambar)


Kemas!

Waifu kami gemar mengambil tip bersolek dari channel YouTube Pixiwoos dan Michelle Phan. Kerap kali beliau akan meletakkan iPad di atas meja untuk menonton video sambil mengenakan solekan. Ini adalah posisi yang kurang selesa kerana terpaksa tunjuk ke bawah untuk melihat skrin. Meja bersolek merangkap tempat meletak iPad dan iPhone ini ialah sesuatu yang kami rasa waifu kami pasti suka. Ianya rekaan Nathan Mummert dan dijual pada harga USD 89 sebuah. Nice!




Monday, 25 November 2013

Serius Kreatif - An Instagram Short Film : 1 Video, 852 Keping Gambar.


Genius!

Ini ialah An Instagram Short Film yang dihasillan oleh Thomas Julien dengan menggunakan 852 gambar yang diambil oleh pengguna Instagram seluruh dunia. Sangat cool! 




Serius Cool - E-Volo Velocopter : Helikopter Elektrik 18 Kipas (15 Gambar)


Update!


Pada tahun 2011 kami paparkan E-Volo sebuah helikopter elektrik yang mempunyai 16 kipas. Ia berjaya terbang selama 20 minit. Kini E-Volo diubahsuai dengan kokpit yang mampu memuatkan dua orang penumpang. E-Volo Velocopter kini dilengkapi 18 kipas dan seperti leluhurnya berjaya melakukan penerbangan minggu lalu. Helikopter ini masih lagi dalam fasa percubaan dan dijangka dapat terbang pada ketinggian maksimum 1981 meter dengan kelajuan 85 kilometer sejam.



Serius Konsep - Nissan IDx NISMO : Kereta Moden Dengan Rekaan Retro (20 Gambar)


Konsep!

Nissan IDx NISMO ialah konsep yang berbeza dari kebanyakkan konsep yang ada dilusar sana. Nissan IDx NISMO dihasilkan sepenuhnya dari pendapat yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka. Ia menggabungkan rekaan muscle car popular dari dekad 70an mereka iaitu Nissan Skyline dan Datsun 510. Buat masa ini IDx NISMO hanyalah sebuah konsep dan tidak akan dihasilkan secara meluas. Which is a shame kerana rekaannya sangat cool!




Sunday, 24 November 2013

Serius - One Night In May : Dokumetari Wajib Ditonton Penyokong Bolasepak


Really Good

Kami bukan peminat Liverpool tetapi dokumentari One Night In May tentang kemenangan Champions League mereka di Istanbul ini memang power. Meremang menontonnya. #YNWA 

Serius Cool - Where Children Sleep : Gambar Bilik Tidur Kanak-Kanak Dari Seluruh Dunia (13 Gambar)


Insaf

Chris Booth dan James Mollison ialah dua orang jurugambar yang menghasilkan projek Where Children Sleep dimana mereka mengembara keseluruh dunia untuk melihat "bilik tidur" kanak-kanak. Ada yang mempunyai bilik yang mewah dan tak kurang juga ada yang tinggal sebagai gelandangan. Siri foto ini menginsafkan. Jika anda ada rumah  dan bilik sendiri marilah bersyukur kepada Rosmah Mansor kerana ini semua usaha beliau.  



Serius - Pukul Wanita Mengandung Kerana Nugget Ayam


WTFBBQChicken

Kita sering mendengar tentang jenayah domestik yang berlaku kerana pasangan yang baran. Ada yang ditumbuk kerana bangunkan suami solat subuh. Ada yang kena sepak kerana lambat bangunkan sumai untuk sahur ketika ramadan. Hari ini mari membaca kes wanita mengandung dikasari kerana beberapa ketul nugget ayam. Kareem Gordon (28) dari Orlando Florida ditahan polis kerana mengasari adik beliau yang sedang mengandung. Adik beliau dikasari kerana memakan beberapa ketul nugget ayam yang dimasak oleh beliau. Kerana marah ayam nugget beliau "dicuri" oleh adik beliau, Kareem dikatakan menolaknya sehingga terjatuh. Kareem kini ditahan di dalam penjara tanpa ikat jamin kerana mempunyai rekod melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri beliau sebelum ini. Inilah dunia moden. Bergaduh kerana benda remeh!



Laporan asal Click Orlando

Friday, 22 November 2013

Serius Indo - Sungai Citarum : Sungai Terkotor Di Dunia 2013 (14 Gambar)


Ewww

Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diishtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Instute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi. Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai. Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. Dayyum!



Serius - Sebuah Lagi Produk Jual Agama : Aksesori Kereta Edition


Homai

Marilah menjual agama sedikit demi sedikit. Makin lama makin merebak dalam masyarakat.



Serius Konsep - Trans X : Adaptor Bateri Pelbagai Saiz (9 Gambar)


Nice!

Pernahkan anda menglami masalah bateri dimana anda manhukan bateri bersaiz D tetapi anda hanya mempunyai bateri bersaiz AAA. Trans X ialah adaptor bateri yang membolehkan sebuah bateri AAA diubah menjadi apa sahaja saiz yang anda mahu. Konsep ini dihasilkan oleh Chen Yi-An dan Chen Yi-Ying.Do want! 



Serius WTF - Ketamception : Ketam Dalam Ketam


Woah

Creepy. Apabila ketam bersalin kulit

Serius Kreatif - Seni Ikan Emas Riusuke Fukahori Yang Mindblowing Part 2 (9 Gambar)


He is back

Lukisan 3D ikan emas Riusuke Fukahori  pernah kami paparkan Oktober tahun lalu. Beliau menghasilkan beberapa lagi lukisan yang menggunakan teknik resin berlapis beliau baru-baru ini. Sangat kreatif dan tekun!



Thursday, 21 November 2013

Serius - Ultras Malaysia VS Polis Di Shah Alam


Hoho

FAM Bangsat? Kurang ajar budak Ultras ini. Tak tahu ke FAM banyak melabur dalam kek kuda? They got the money and beautiful football team? Please try harder to be in the same level as Rajagopal. 


Serius Cool - Statue Of Unity : Patung Tertinggi Dunia Di India (12 Gambar)


In b4 Berhala 

Amerika mempunyai Statue of Liberty. Mongolia mempunyai patung Chinggis Khan manakala Indonesia mempunyai patung Jesus Kase Berkat. Di Gujarat India pembinaan patung Statue of Unity sedang dilakukan. Patut ini bakal menjadi patung tertinggi di dunia dengan ketinggian 182 meter. Ini bermakna ianya 30 meter lebih tinggi dari pemegang rekod patung tertinggi dunia sekarang iaitu Stone Temple Buddha di China. Statue fo Unity ialah patung  
Sardar Vallabhbhai Patel, menteri dalam negeri pertama India dan antara tokoh kemerdekaan republik ini. Patung ini akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan. Selain menempatkan patung gergasi sebuah institut kajian sains dan taman awam akan dibina berdekatan patung ini. Di Malaysia tidak ada budaya membina monumen patung untuk memperingati jasa tokoh bersejarah. Pada pendapat anda siapakah yang layak mempunyai patung gergasi mereka sendiri? Kami cadangkan Patung 1Ummu Malaysia Dr Rosmah Mansur kerana mengikut Shahidan Kassim ummu banyak berjasa membina Malaysia. #SeemsLegit


Serius Klasik - Convertiplane : Teknologi Transformers Yang Dihidupkan Semula (13 Gambar)


Pelik Tetapi Benar

Terdapat pelbagai kenderaan direka sejak berdekad lamanya bagi mennghasilkan pesawat yang benar-benar menggabungkan kemampuan terbang menegak seperti helikopter dan terbang mendatar pada kelajuan tinggi seperti jet. Antara pesawat yang mempunyai teknologi Vertical Take Off And Landing (VTOL) ialah BAE Harrier dan Boeing V-22 Osprey. Harrier mampu mengubah arah tujahan jet dengan menggunakan muncung jet boleh ubah. Osprey pula mempunyai kipas gergasi yang berputar. Tetapi bagi kami teknologi VTOL paling aneh ialah teknologi yang diberi nama Convertiplane.

Convertiplane ialah seakan sebuah kenderaan transformers. To be exact it reminds of SWITCHBLADE, pesawat milik penjahat siri animasi M.A.S.K. Pesawat convertiplane mempunyai bilah kipas helikopter yang kemudian boleh disimpan di dalam pesawat apabila pesawat di dalam mod penerbangan mendatar. Paling aneh tentang convertiplane awal ialah mereka menggunakan hanya satu bilah kipas helikopter untuk terbang menegak. Nampak agak cacat.

Percubaan awal dilakukan oleh NASA dan Sikorsky dengan XV-2 . Beberapa lakaran dilakukan tetapi prototaip pesawat ini tidak pernah dibina. Pada waktu yang sama terdapat perancangan menggunakan teknologi Convertiplane untuk pesawat kargo juga. Idea convertiplane tidak pernah digunakan secara meluas dan dilupakan sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa pesawat UAV experimental seperti Boeing X 50 Dragonfly menggunakan teknologi yang hampir sama. Kipas helikopter  Dragonfly berputar untuk terbang menegak sebelum dihentikan dan menjadi sayap. 

Idea yang cukup gila dan yang menariknya ialah melihat teknologi yang dilupakan selama puluhan tahun dihidupkan semula. 


Serius Cool - Mythbusters Explosive Exhibition : Pameran Untuk Peminat Mythbusters Sebenar (22 Gambar)


Confirmed!

Rancangan Mythbusters ialah antara rancangan kegemaran kami. Sempena ulang tahun mereka yang ke-sepuluh sebuah pameran khas kini mengembara ke seluruh Amerika Syarikat. Mythbusters Explosive Exhibition memaparkan prop-prop yang pernag digunakan bagi menguji mitos popular, sample blueprint dan juga kiosk interaktif yang membolehkan anda menguji sendiri mitos-mitos popular. Cool beans! Buat masa ini tiada lagi perancangan untuk membawa pameran ini mengembara keseluruh dunia. Such a shame!



Serius LOL - Bas Paling Syariah Compliant Di Malaysia?


Halal!

Gua rasa saluran merih minyak bas ini dipotong sambil dibacakan bismillah. Bas ini tidak dua alam. Tidak mempunyai taring dan tidak memburu menggunakan kuku. #s




Serius - K-POP Effect : Kesan Negatif K-Pop Terhadap Masyarakat Korea


Sadness

Dokumentari tentang kesan negatif KPOP terhadap masyarakat Korea Selatan. Adakah masalah ini akan muncul di Malaysia? I think not kerana plastic surgery masih lagi taboo. 

Thanks @NocturnalTapir




Serius Neko - Pocket Cats : Seni Tenunan Kucing Comel Hiroko Kubota (12 Gambar)


Kawaii

Hiroko Kubota sukakan kucing dan beliau menghasilkan baju dengan tenunan Neko yang diberi nama Pocket Cats. So kawaii. 



Serius Cool - Hionda Civic Type R 2015 (18 Gambar)


Neat

We are not really into cars but we were told Honda Civic Type R ialah antara kereta yang digilai ricers. Personally speaking kami tak tahu apa dah jadi dengan Honda Civic. Pelik betul rupa kenderaan yang bakal muncul di pasaran tahun 2015 ini . Nampak macam tikus mondok dengan sayap di bahagian belakang. Love the rear end design though. Kenderaan ini diperkasakan dengan enjin VTEC 2.0 Turbocharger yang menghasilkan 275 kuasa kuda. Boleh tahan!



Wednesday, 20 November 2013

Serius Cool - Wheelies : Rim Motosikal Merangkap Skrin TV LED (10 Gambar)


Pimp My Rempit

Adakah anda mahu menjadi mat rempit paling PIMPED di kampung anda? Wheelies, sebuah rekaan terkini dari Thailand boleh menjadikan impian anda sebuah realiti. Wheelies ciptaan World Moto ialah rim tayar motosikal yang dilengkapi sistem LED yang mengubah rim tersebut mejadi skrin televisyen apabila ianya berputar. Pelbagai imej boleh diprogramkan kedalam rim Wheelies. Sebanyak 53 LED dipasang pada rim Wheelies bagi membolehkan ianya memaparkan imej. Buat masa ini anda boleh memilih untuk memaparkan gambar statik ataupun klip video sepanjang 30 saat tetapi pihak Wheelies sedang berusaha membenarkan anda memacarkan video berterusan ke atas permukaan rim mereka. The downside is harga setiap Wheelies ialah USD 1000 (RM 3181) dan mungkin terlalu mahal untuk dimiliki buat masa ini, 





Serius Konsep - Tandas Wellbeing : Tandas Menggalakkan Mat Salleh Mencangkung (5 Gambar)


Cangkung!


Di Asia tandas cankung adalah sesuatu yang biasa kita lihat. Umum juga diketahui posisi mencangkung ketika membuang air besar ialah posisi yang paling bagus dan memudahkan proses menyahtinja. Tetapi di barat mereka masih menggunakan tandas duduk. Mereka enggan menggunakan tandas cangkung kerana ianya kurang selesa. Oleh itu Wellbeing Toilet direka oleh pelajar dari kolej seni Central Saint Martin’s di London direka. Tandas duduk ini masih membenarkan penggunanya duduk dengan selesa terapi dilengkapi tempat meletak kaki. Kaki dinaikkan ke atas tandas bagi menghasilkan posisi yang sama seperti tandas mencangkung. Apa pendapat anda? Konsep yang harus diketengahkan untuk kegunaan di barat ataupu they should just embrace the tandas cangkung used here? 


IN B4 "buat style Malaysia cangkung atas tandas duduk is better" 



Serius Iklan - Gambar Sekitar Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat 2013 (16 Gambar)


Mari!

Hujung minggu yang lalu  Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Malaysia diadakan di  Shah Alam Convention Centre. Kami melawat tapak karnival ini Ahad lalu dan di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan. Pada hari tersebut kami sempat menemui Chef Zubir dan Shahri Fuyoo Magic. Karnival dua hari ini mendapat sambutan hangat dari dan para hadirin nampak terhibur dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sungguhpun karnival sudah berakhir ingin kami ingatkan kepada pembaca sekalian bahawa program-program yang ditawarkan sepanjang karnival My Lifelong Learning masih lagi berjalan. Jika anda mahu soft skills seperti pertukangan, memasak, pembaikian komputer, asas AUTOCAD ataupun kerja pendawaian elektrik kursus-kurus ini ditawarkan pada harga yang sangat rendah di kolej-kolej komuniti seluruh negara. Ini secara tidak langsung membenarkan mereka yang mungkin tidak mempunyai academic credential yang tinggi atau tidak mampu meneruskan pelajaran untuk mempelajari skill set yang mampu mengubah hidup mereka

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan serta lokasi kolej komuniti yang menawarkannya sila layari pautan laman-laman sesawang di bawah. Masih belum terlambat untuk menambah ilmu di dada kerana pembelajaran itu sepanjang hayat!




Advertorial daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.



Serius LOL - #OhMyMalay : Sarikata Paling Tinja


Oh dear...

Oh dear close enough I guess.......


Serius FAIL - Skill Photoshop Level Forever Alone (18 Gambar)


Sadness

Sedih melihat desperado cuba untuk kelihatan seperti tidak forever alone menggunakan L337 skills Photoshop mereka. 



Serius Cool - Permainan Video Excite Bike Edisi Dunia Sebenar


Nice!

Excite Bike ialah permainan motosikal lasak yang paling lagendary di dalam konsol Nintendo NES. Di bawah ialah Excite Bike edisi dunia sebenar. So much win!




Serius Cool - Luxy : Helmet Motosikal Direka Khas Untuk Wanita (11 Gambar)


Cute

Masalah bagi seorang wanita yang memakai helmet ialah rambut mereka menjadi kusut masai selepas memakainya. Rekaan helmet juga lebih memenuhi astetik pemakai lelaki. Sehampir mungkin kepada rekaan untuk wanita yang ada pada helmet sekarang ialah apabila ia diwarnakan dengan warna merah jambu. Luxy ialah helmet pertama yang kami rasakan direka khas untuk wanita. Ia kelihatan seperti rambut bob cut model ternama Twiggy. Ianya direka oleh Daniel Don Chang. Malangnya sehingga kini helmet yang memenangi anugerah rekaan ini masih belum dijual di Malaysia. Super cool design! 


Serius Cool - Oomega : Motosikal Custom Unik Minggu Ini (16 Gambar)


Bizarro

Oomega bukanlah motosikal dengan rekabentuk yang boleh dilihat setiap hari. Motosikal custom ini direka oleh Isto Kotavuopio yang berpengkalan di Finland. Rekaan bahagian hadapannya nampak seperti sebuah motosikal sci fi manakala ruang enjin dan kemasannya pula sangat steampunk. Oomega ialah antara motosikal yang bertanding di dalam pertandingan AMD Championship pada tahun 2006. Sungguhpun mempunyai rekaan yang unik ia hanya mampu menduduki tempat ke enam. Oomega kalah kepada Chicara Art rekaan Chicara Nagata yang pernah kami paparkan sebelum ini.



Tuesday, 19 November 2013

Serius Konsep - Yuca : Alat Pengering Rambut Bebas Tangan (10 Gambar)


Nice!

Alat pengering rambut memerlukan anda memegangnya dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi digunakan untuk mengurus rambut yang ini dikeringkan. Sekiranya rambut anda pendek ini bukan masalah besar tetapi sekiranya anda wanita ini bukanlah perkara yang mudah. Oleh itu Yuca, pengering rambut bebas tangan ini direka oleh Fanni Csernátony seorang pereka yang berasal dari Budapest Hungary. Idea yang cool. Kini anda dapat mengering rambut menggunakan dua belah tangan. Masa zaman student dahulu kami keringkan rambut pakai handdryer di tandas kolej. Good idea actually. Lebih enjoice 



Serius Kreatif - Kad Jemputan Kahwin Paling Rock!


Gyeah!

Long live cinta rock kapak

Serius - Hafu : Dokumentari Individu Berdarah Kacukan Di Jepun


Lain!

Di Malaysia ramai retis bangga merek adalah darah campuran Jawa, Bugis, Boyan, Senoi, Iban,tenuk, labu sayung, Inggeris, Belanda dan Acheh. Mereka yang berdarah campur diletakkan di atas tandu macam sebuah master race yang lebih bagus dari manusia berdarah satu kaum sahaja. Fenomena terbalik berlaku di Jepun di mana kerana masyarakat yang homogenus mereka yang berdarah campur automatik dilabel GAIJIN. Mari lihat trailer dokumenatrai HAFU, kehidupan individu berdarah kacukan di Jepun. 


Serius Cool - Rekod Baru Ukiran Kayu Terbesar Dunia (10 Gambar)


Ukir!

Rekod dunia ukiran kayu terpanjang dunia kini milik China. Zheng Chunhui seorang pengukir dari Fuzhou menghabiskan 4 tahun hidupnya untuk mengukir ukiran sepanjang 12.286 meter ini. Ukiran ini diilhamkan oleh lukisan ternama kurun ke-11 yang diberi tajuk “Along the River During the Qingming Festival”. Kerana ketiadaan wakil Malaysia Book of Records hanya wakil Guiness dapat mengesahkan rekod dunia terbaru ini. 



Serius Cool - Manta Resort : Hotel Dengan Bilik Bawah Laut Di Zanzibar (10 Gambar)


Underwater!

Sebelum ini kami paparkan sebuah spa di bawah laut dan juga sebuah kelab malam bawah laut. Hari ini mari lihat sebuah resort dengan bilik bawah laut. Manta Resort di Pulau Pemba, Zanzibar mempunya sebuah kabin peribadi di tengah-tengah laut yang diberi nama Underwater Room. Anda boleh tidur 4 meter di bawah permukaan laut sambil dikelilingi hidupan laut. Harga penginapan semalam untuk dua orang ialah RM 12670. Anda perlu menempah sekurang-kurangnya lima malam di resort ini. Untunglah kalau dating anak menteri yang baik hati dan gentleman. Boleh pergi ke pulau ini. We got money, we got beautiful kids and now we can sleep with the fishes.



Monday, 18 November 2013

Serius LOL - BNyomi : Gwiyomi 1Barisan Nasional Edition


Hnghhhhh

Interesting. Why moms should not do meme videos right here......




Serius Kreatif - Fotografi Fesyen Yang Kreatif Oleh Luca Meneghel (12 Gambar)


Genius!

Rekaan fesyen yang cantik bermula dari lakaran yang dilakukan oleh pereka. Kerap kali lakaran busana yang cantik ini tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Luca Meneghel seorang jurugambar berasal dari Itali ini menghasilkan siri Mirror dan Paper Doll yang memaparkan pakaian yang "dilakar" terus di atas tubuh model-model fotografi fesyen beliau. Sangat kreatif dan genius!  



Serius Cool - Starbucks Atas Keretapi Di Switzerland (12 Gambar)


Trainbucks

Di Switzerland Starbucks membuka kedai kopi di dalam keretapi pertama mereka. Starbucks bekerjasama dengan syarikat keretapi SBB Switzerland untuk mengubah sebuah gerabak dua tingkat menjadi sebuah kedai kopi Starbucks. Kedai kopi bergerak ini adalah percubaan Starbucks untuk melihat samada wujud pasaran untuk kopi bergerak. Setiap gerabak kedai kopi mampu memuatkan 50 orang pelanggan. Hiasan dalaman kedai kopi ini juga mewah kerana dilengkapi kerusi kulit. Keretapi Starbucks akan beroperasi diantara lapangan terbang Geneva dan St Gallen bermula 21 November ini.  



Serius Indo - Spa Ular Sawa Di Jakarta(12 Gambar)


Ular!

Di Malaysia ada urutan Thai dan jika anda dodgy ada urutan body to body di rumah urut kepunyaan kongsi gelap. Kesemuanya mendakwa urutan mereka yang paling chillaxing. Di Indonesia ada urutan dan spa ular sawa. Ketika diurut badan anda akan diletakkan beberapa ekor ular sawa. Menurut pemilik Bali Heritage Reflexology and Spa yang terletak di Jakarta rawatan spa mereka lebih bagus kerana badan anda akan menghasilkan adrenalin yang lebih banyak kerana kehadiran ular. Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut setiap ular diberia makan 30 minit sebelum digunakan untuk mengurut. Adakah anda berani? Jika berani setiap sesi urutan menelan belanja USD 45 (RM 144)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails