Thursday 31 January 2013

Serius - Illuminatislam : Dakyah Illuminati Sudah Mencemari Seni Islam?


Yay The Arrival!

Kepada yang sayang agama sila laporkan dakyah Illuminati ini ke pihak berwajib! Tentangi dakyah yahudi dan new world order! 

#Sarcasm
 

Serius VS - Dari Gemuk Menjadi Ratu Cantik (10 Gambar)


Untunglah

Nadina Knight (24) dahulunya seorang remaja gemok dengan berat badan mencecah 99 kilogram. Selepas melihat gambar beliau yang boncit di laman media sosial, Nadina menukar gaya hidup beliau. Diet alkohol dan makanan segera diganti dengan makanan yang sihat. Beliau juga mula beresenam dan hasilnya tahun ini beliau menjadi perserta Miss England mewakili Northampton. Syabas!


Serius Kreatif - Iklan Kia Sorento Yang LOL


Comel!

Nice advert bro!

Serius Cool - Blackberry Z10 : Peranti Pintar Blackberry Sebenar (15 Gambar)


Akhirnya!

Selama bertahun lamanya pengguna Blackberry menjadi bahan jenaka kerana mempunyai telefon pintar yang terencat. Semalam secara rasminya Blackberry memperkenalkan Z10, telefon pintar sebenar mereka kepada umum. Z10 mempunyai skrin sebesar 4.2 inci, kamera 8 megapixel , pemproses 1.5 Ghz Dua Teras , 2 GB RAM , 16 Gigabyte muatan dalaman dan menyokong penambahan muatan menggunakan kad SD. Ia juga diberikan sistem operasi baru iaitu BB10 yang diharap dapat menyelamatkan Blackberry dari pupus sebagai pengeluar telefon mudah alih dunia. Ianya sudah mula dijual di United Kingdom hari ini sebelum mula dijual di Kanada dan UAE awal bulan Febuari ini. Nampak cantik tetapi Instagram tak ada lagi!



Serius Cool - Hotel Jumeirah Zabeel Saray Dubai (18 Gambar)


Ya habibi

Hotel Jumeirah Zabeel Saray ialah sebuah lagi hotel super mewah yang terletak di Palm Jumeirah Dubai. Ia sebuah hotel yang mempunyai 405 bilik, 41 suite premium untuk mereka yang mampu dan 38 banglo ekslusif kepada yang terlebih mampu.  Harga penginapan bermula dari USD 2100 (RM 6300) semalam untuk bilik biasa dan meningkat sehingga USD 14 000 (RM42 000)semalam untuk banglo tepi pantai. Gila! Tetapi anda akan diberikan layanan seperti raja dengan khidmat butler 24 jam. Untunglah siapa kaya dan mampu tinggal di sini.



Serius LOL - Poster Parodi Anti Imigran United Kingdom (12 Gambar)


Dont Go To UK!

Kerajaan UK sedeng mempertimbangkan kempen iklan bernada negatif bagi tidak menggalakkan kedatangan imigran Romania dan Poland ke UK. UK sekarang dipenuhi imigran negara Eropah timur ini sehingga mengakibatkan rakyat UK kehilangan kerja. Disamping itu golongan imigran dikatakan membebanani sistem kesihatan percuma UK. Kini terdapat 245 000 imigran dari Romania dan Poland di UK dan jumlah mereka dianggarkan akan mencecah 400 000 dalam masa bertahun-tahun lagi. Dengan masalah ekonomi yang masih belum selesai kempen negatif ini diharap dapat menukar fikiran imigran dari berpindah ke UK.

Kempen ini walaupun masih belum dilancarkan mendapat tentangan pembangangkang yang merasakan kempen ini tidak akan berjaya. Kempen memburukkan UK untuk mengelakkan imigran dirasakan membazir. 

Pembaca akhar The Guardian kemudian diminta oleh akhbar liberal ini untuk menghasilkan poster parodi untuk kempen ini. Hasilnya ialah di bawah. LOL

Thanks @Smamat for the tip



Serius Cute - Patung Iron Man Edisi Comel (10 Gambar)


Iron Kawaii

Patung aksi Iron Man keluaran Hot Toys pernah beberapa kali kami paparkan di Blogserius. Sempena filem Iron Man 3 mereka mahu melakukan sesuatu yang berbeza. Ironman Cosbaby ialah koleksi penuh kesemua patung kasi Iron Man tetapi dalam versi patung comel. Nice! Now all we need is set Avengers Cosbaby!



Serius Sadis - Sekolah Bawah Jambatan Di India


Sadness!

Ini ialah sebuah sekolah yang dikelolakan oleh Rajesh Kumar Sharma. Rajesh membuka sekolah di bawah jambatan ini bagi memberikan pendidikan kepada kanak-kanak daif berusia diantara 4-12 tahun. Segala keperluan sekolah dari pensel ke buku diberikan secara percuma oleh beliau. Rajesh Kumar Sharma terpaksa berhenti belajar dari sebuah universiti kerana kesempitan wang 20 tahun yang lalu. Beliau tidak mahu kanak-kanak miskin tidak bersekolah kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar yuran. What a real hero!



Serius Kreatif - Tattoo Photoshop Oleh Xoïl (13 Gambar)


Cantik gila!

Xoïl ialah seorang artis pencacah yang menghasilkan seni cacahan yang diberi gelaran PHOTOSHOP. Cacah Xoïl berbeza dari cacahan artis lain kerana ianya berbentuk rekaan grafik dan modern art berbanding seni cacahan tradisional. Seperti kata Miss Mean, cacahan Xoïl kelihatan seperti artwork di atas baju Threadless. Damn right! Sangat cool!



Serius Hot - Chef Farah Fauzan Quinn (12 Gambar)


Hnghh!!

Chef Farah Fauzan Quinn (32) ialah seorang chef yang hot. Beliau berasal dari Bandung Indonesia dan kini menjadi hos rancangan The Big Break di saluran Asian Food Channel. Rupa beliau ada iras Cheryl Samad dan Rihanna. Yep.. now you have an excuse to watch AFC!



Wednesday 30 January 2013

Serius Klasik - Rhino : Kenderaan Dua Alam Yang Aneh (13 Gambar)


Badak Air?

Badak ialah antara haiwan yang paling berbahaya di dunia. Ia mampu menanduk anda sehingga mati. Badak Afrika bukanlah haiwan yang terkenal dengan kemampuan berenang jadi agak aneh pada tahun 1952, sebuah kenderaan dua alam dibina dan diberi nama Rhino. Rhino dicipta oleh Elie Aghnides, seorang warga US yang bekerja sebagai pereka kereta kebal. Rhino ciptaan beliau mempunyai dua tayar hemisfera sertinggi 6 kaki dan ianya mampu merentasi halangan air dan darat. Kenderaan aneh seberat 5000 kilogram ini diperkasakan dengan enjin 100 kuasa kuda dan mampu memecut sehingga 72 kilometer sejam. Di dalam air pula ia boleh bergerak sepantas 8 kilometer sejam dengan bantuan sistem tujahan air.

Kenapakah tayar hemisfera digunakan pada Rhino? Tayar hemisfera ini membenarkan Rhino bergerak lebih efisyen di dalam tanah berlumpur. Ia juga mebolehkan Rhino bergerak walaupun dalam keadaan senget sehingga 75 darjah. Rhino tidak dihasilkan secara komersil kerana tidak mendapat perhatian mana-mana pihak. 

Diharap kenderaan dua alam moden seperti Scamander RSV dan Gibbs Humdinga II tidak akan menerima nasib yang sama seperti Rhino.



Serius Kreatif - Gabungan Lukisan 2D Dan 3D Shintaro Ohata (15 Gambar)


Serius Cool

Shintaro Ohata (38) ialah seorang pelukis yang berasal dari Hiroshima Jepun. Lukisan beliau unik dari kebanyakkan lukisan yang anda lihat di galeri kerana ia menggabungkan teknik lukisan 2D dan arca 3D yang dihasilkan menggunakan styrofoam. Serius kreatif!



Serius LOL - Iklan Seluar Dalam Lelaki Yang Random


What?


What?.......

Serius Fakta - 7 Keajaiban Dunia Di Dubai


Fact!

Sebelum ini 7 keajaiban dunia bersepah di seluruh dunia. Tahukah anda di Dubai 7 keajaiban dunia moden boleh dilihat dengan mudah.Mari lihat apakah keajaiban-keajaiban ini. 


Serius Cool - Cabrio : Kereta Kabel Dua Tingkat Dengan Dek Terbuka (14 Gambar)


Bukan untuk yang penakut!

Cabrio ialah sebuah gondola kereta kabel yang boleh anda naiki di pusat peranginan Pergununagn Stanserhorn di Lucern Switzerland. Kereta kabel ini berbeza dari kereta kebal biasa kerana ianya mempunyai dua tingkat dan dek terbuka. Setiap gondola mampu membawa 60 penumpang pada satu-satu masa. Jika anda bukan penakut tempat tinggi semestinya kereta kebal Cabrio ini mampu memberikan pemandangan Swiss Alps yang menakjubkan. Kereta kabel sepanjang 2.3 kilometer ini mendaki sehingga 1900 meter dari aras laut. Whatever you do don't look down!


Serius Cool - Casing Oldskool Untuk Iphone Anda (9 gambar)


Jelly

Ok jelly dengan pengguna iPhone. Kenapa mereka paling banyak mempunyai casing yang cool beans? 


Serius Cool - Lykan Hypersport : Kereta Lumba Dengan Lampu Berlian (22 Gambar)


Swag

W Motor Lykan Hypersport ialah kereta lumba eklusif pertama di dunia dengan lampu utama yang diperbuat daripada berlian.Selain daripada itu kereta mewah yang setiap satunya dijual pada harga USD 3.4 Juta (RM 10.44 Juta) ini juga merupakan kereta lumba pertama dari negara Arab. W Motor, pengeluar Lykan Hypersport diasaskan di Lebonan dan kini berpengkalan di UAE. Ia diperkasakan enjin 750 kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimum 245 BSJ (394 KMJ). Hanya 7 Lykan Hypersport akan dihasilkan dan setiap satunya mempunya hiasan dalam yang menggunakan benang emas dan kerusi bertatahkan berlian. Ini memang sebuah kerana yang sangat Arabic if you know what I mean?



Serius - Infovideo : Kenapa Anda Harus Peduli Mengundi


Nice!

Bagus! Ini ditujukan kepada semua parti politik di Malaysia.

Serius Cool - Hotel Mewah Di Patagonia Chile (16 Gambar)


Wow

Patagonia yang terletak di Chile ialah antara tempat tercantik di dunia. Terdapat tasik, glacier, gunung ganang dan hutan semulajadi. Sebelum ini ada kami paparkan hotel berbentuk air terjun di Patagonia. Hari ini mari lihat sebuah hotel mewah yang dibina di dalam sebuah bekas kilang yang diubahsuai. Sangat beans. Hotel Singular hanya mempunyai 57 bilik tetapi kesemuanya memberikan pemandangan fjord yang menyegarkan. Oh Patagonia.... kenapa jauh sangat


Serius Konsep - Sinki Moden Untuk Dapur Masa Hadapan (9 Gambar)


Cool

Dapur ialah antara bahagian rumah yang paling penting. Ia juga merupakan bahagian rumah yang paling mahal untuk dilengkapkan. Masalah utama dapur ialah ruang sinki yang kecil. Agak sukar untuk membasuh pinggan, kuali dan bahan yang hendak dimasak pada waktu yang sama. Rekaan semula sinki harus dilakukan bagi memudahkan multi tasking. Konsep dapur di bawah ialah konsep dapur dengan sinki pelbagai guna yang dihasilkan oleh Wu Chun Ming. Ia memenangi anugerah konsep terbaik Red Dot Award 2012. Kamu sukakan konsep ini. Nampak lebih teratur dan mesra multi tasking. Tetapi bagi kami yang tinggal di rumah yang kecil sinki ini mungkin terlalu besar.

Tuesday 29 January 2013

Serius LOL - Inikah Minuman Kegemaran Wanita Kurang Bijak?


LOL!

Minuman untuk wanita kurang bijak tetapi cantik? 


Serius Cool - Bandar Mohammed bin Rashid Dubai (12 Gambar)


Dubai!

Bandar Mohammaed bin Rashid ialah bandar baru didalam bandaraya Dubai. Pembinaan bandar baru ini diumumkan November tahun lalu dan ianya akan dibahagikan kepada empat zon utama iaitu kawasan kediaman, hiburan, pusat membeli belah dan pusat perniagaan komersil. Di dalam projek yang menelan belanja RM 8.2 Billion ini akan dibina empat taman tema dan pusat membeli belah terbesar di dunia. Antara taman tema yang dikatakan bakal dibina ialah Universal Studios. Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2014.




Serius Sadis - Monyet Dengan Ifestasi Botfly Yang Menggerunkan


Sad!

Kesian gila monyet ini! Ia ditemui dengan 46 larva botfly pada tubuhnya!

Thanks @Aizadzahar for this sadness




Serius Cool - Kedai Kopi Central Perk Sitkom FRIENDS Edisi Sebenar (12 Gambar)


Mana Gunther?

Sitkom FRIENDS ialah sitkom lagenda yang harus ditonton oleh remaja. Ia memaparkan tips bagaimana anda boleh mengelakkan diri dari di FRIENDZONED kan oleh wanita seperti Rachel dan juga cara memberikan kepuasan menonton Jennifer Aniston yang tidak gemar memakai bra. Yes indeed Friends ialah siri sitkom yang nice. LMAO.

Tempat melepak kegemaran geng Friends ialah kedai kopi Central Perk. Di Beijing sebuah replika kedai kopi dibuka oleh Du Xin, seorang peminat tegar Friends di China. Beliau membuka kedai ini kerana mahu mengalami sendiri pengalaman melepak di dalam Central Perk. Good stuff! Kami berharap akan ada kedai kopi macam di dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Do it now!


Serius Cool - Kemewahan Istana Utama Kremlin (18 Gambar)


SWAGSKIS

Grand Kremlin Palace ialah istana utama yang berada di dalam kubu terkenal Kremlin di Moscow Russia. Istana utama ini dibina dari tahun 1837 sehingga 1849. Ianya digunakan oleh keluarga diraja Russia sebagai kediaman rasmi mereka ketika menetap di Moscow. Istana ini adalah 125 meter panjang, 47 meter tinggi dan mempunyai keluasan 25 000 meter persegi. Kediaman mewah diraja ini juga mempunyai 700 buah bilik. Lima daripadanya merupakan dewan besar yang digunakan untuk upacara rasmi kerajaan. Selepas Revolusi Bolshevik 1917 istana ini dikekalkan dan dipertontonkan kepada awam untuk menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh keluarga di raja Tsar Nicholas. Kini Gand Kremlin Palaca menjadi tempat upacara rasmi kerajaan dilangsungkan. Memang nama istana ini sesuai dengan kemewahan di dalamnya. Mungkin Istana Negara yang menjadi kediaman rasmi Yang Di Pertuan Agong harus diubahsuai supaya ketua negara kita lebih swag.


Monday 28 January 2013

Serius Cute - Cawan Untuk Pasangan Bercinta (7 Gambar)


Cawan Comel!

Kami baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama semalam. Kami ingin mencari cawan yang comel yang boleh kami gunakan di kondo kami dan kami rasakan cawan di bawah ini perlu kami miliki! Ianya dijual pada harga RM 58 sepasang.


Serius Cool - Rumah Dalam Taman Di Jepun (11 Gambar)


Rumah Dalam Taman

Di Jepun rumah yang besar ialah sebuah kemewahan yang tidak mampu dimiliki ramai rakyatnya. Rumah yang dimiliki biasanya kecil dan agak klaustrofobik. Ryue Nishizawa ialah seorang jurubina yang berasal dari Tokyo. Rumah lima tingkap berkonsepkan taman beliau di Tokyo di bawah ialah jawapan beliau kepada masalah rumah di ibu negara Jepun. Rumah ini mempunyai dinding kaca dan dipenuhi tumbuhan hijau bagi menyelesaikan masalah rumah yang terasa seakan bilik penjara. Dengan meletakkan tumbuhan rumah akan menjadi lebih sejuk serta menjadi penghalang kepada pemandangan orang ramai ke dalam rumah. Konsep yang menarik tetapi bagi orang seperti kami dinding kaca mungkin akan membuatkan kami rasa kurang selesa. Susah nak fap.



Serius Genius - Gangnam Edisi Flipbook


Respect!

Rajin tahap Asian


Serius Seleb - Jika Seleb Ialah Pokemon Part 2 (13 Gambar)


Moar!

Bulan April tahun lalu kami paparkan set gambar jika seleb adalah Pokemon. Mari lihat sambungannya hari ini!



Serius WTF - Undead Ted : Beruang Teddy Zombie (10 Gambar)


Braiiiiiiiiins!

Nampaknya dakyat zombie semakin merebak. Kini sudah ada Undead Teds, patung beruang Zombie yang boleh anda miliki sekiranya anda seorang peminat patung permainan yang morbid. Ianya dihasilkan oleh Phillip Blackman seorang artis yang berasal dari England. Setiap Undead Ted boleh menjadi milik anda  pada harga diantara RM 158 hingga RM 168 sebuah. Ia boleh dibeli disini



Serius Hot - Miranda Kerr Hnghhhhhhh (9 Gambar)


Hot Mom

Miranda Kerr.... foto terkini beliau dari sesi fotografi majalah Jelouse. Always hot!


Serius Konsep - Bugatti Gangloff (13 Gambar)


Sweet!


Bugatti Type 57 SC Atalante Coupe yang dihasilkan pad atahun 1938 ialah antara kereta Bugatti yang dianggap lagenda.Pawel Czyżewski seorang jurureka automotif menghasilkan konsep Bugatti Gangloff di bawah bedasarkan rekaan kereta lagenda ini. Apa yang anda lihat di bawah ialah 3D Render yang dihasilkan beliau. Sangat cool.







Serius Cool - Monochrome Revolution : Video Interaktif


Nice!

Video interaktif buatan Malaysia. Give it a try people!


Serius Cool - Basikal Dengan Handle Bertanduk (7 Gambar)


Gyeah!

Kustomasi basikal biasanya dilakukan pada tayar dan warna yang dikenakan. Moniker ialah pemegang tangan basikal yang diperbuat dari tanduk rusa. Seriously ini memang tempat pemegang tangan yang paling ganas tetapi cool pernah kami lihat. Ianya rekaan Taylor Simpson seorang pelajar dari Brooklyn. Do want!


Serius Cool - Rekaan Tol Di Gujerat India (11 Gambar)


Plaza Tol

Nampaknya di India lebuhraya bertol sudah mula wujud. Tak silap kami pembinaan tol ini semua dibina menggunakan kepakaran syarikat Malaysia. Bagus lah....... orang Malaysia kena tol orang India juga kena tol. Di bawah ialah rekaan tol di lebuhraya Gujerat. Agak cool. Tapi to be honest rekaan tol PLUS zaman early 90's dulu lagi cool dari yang ada sekarang. Tak tahu kenapa rekaan tol yang mempunyai rekaan senibina melayu dilupuskan. Strange

Saturday 26 January 2013

Serius LOL - Malaysian English


Hahaha.. True

English versi Malaysia dari perspektif seorang Mat Salleh.

Thanks @izzopv


Serius LOL - Slogan Kedai Makan Yang LOL


Hahahha

Baguih betui slogan kedai ini....

Serius Kreatif - Penggambaran Fesyen Bawah Laut Dengan Jerung Gergasi (8 Gambar)


Nice!

Set gambar fesyen di bawah diambil oleh Shawn Heinrichs and Kristian Schmidt untuk menunjukkan keharmonian manusia dan alam sekitar. Dua orang jurufoto ini berharap set foto mereka akan menimbulkan minat untuk memelihara lautan dari pencemaran oleh manusia. We don't really care about the message but the photos are nice.

Serius Cool - Sistem Peredam Bunyi Meriam Artileri Dan Kereta Kebal (6 Gambar)


Boom!

Apa yang anda lihat di bawah ialah sistem perdem bunyi untuk meriam artileri Panzerhaubitze 2000 dan kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman. Sistem peredam bunyi ini dihasilkan kerana terdapat lapang sasar milik tentera Jerman terletak berhampiran kawasan kediaman awam.Bagi mengurangkan pencemaran bunyi ketika peredam bunyi dibina oleh pihak Rheinmetall. Dua versi peredam dibina iaitu untuk meriam 155 mm dan 120 mm.  Cool beans!

Serius - Bagaimana Menggunakan Telefon Untuk Survival

r
Survival

Just in case ada zombie apocalypse dan peradaban manusia hancur, marilah belajar merubah telefon anda menjadi lat untuk survival.


Friday 25 January 2013

Serius Cool - Starcraft 2 : Heart of Swarm


Jizzz

Sambungan kepada Starcraft II Wings of Liberty akan mula dijual bulan mac ini. Damn nice siak sinematik game ini.



Serius Komik - Pale Blue Dlue Dot Carl Sagan : Edisi Komik


RIP Carl Sagan

The Pale Blue Dot ialah antara kuotasi paling terkenal dari Carl Sagan. Ianya sebuah kuotasi yang membuatkan kita berfikir tentang hidup kita di dunia. Kini kuotasi beliau diubah oleh ZenPencils menjadi sebuah komik. Beautiful.


Serius Kreatif - Seni Jalanan Bangunan Mini Dari Jerman (11 Gambar)


Kreatif!

Evol ialah seorang pelukis jalanan Jerman yang menggunakan objek yang ditemui di tepi jalan sebagai kanvas beliau. Dengan menggunakan teknik stensil, Evol merubah objek yang biasanya tidak diendahkan menjadi seakan-akan bangunan mini. Sangat realistik dan cantik. Ini nyata lebih cool dari di Malaysia dimana objek sebegini menjadi tempat melekatkan iklan ah long!


Thursday 24 January 2013

Serius Cool - Cosplay Loki Oleh Seorang Wanita (12 Gambar)


Loki Seksi

Briana Lamb ialah seorang model dan pelukis berasal dari Tennessee. Beliau menghasilkkan kostum cosplay Loki tetapi versi wanita. Not bad actually


Serius WTF - Wanita Dengan Punggung Terlebar Di Dunia (6 Gambar)


Dafuq

Mikel Ruffinelli (39) ialah wanita dengan pingang terlebar di dunia. Mikel mempunyai pinggang dengan ukuran lilit 8 kaki. Beliau juga mempunyai badan 190 kilogram! Mikel memastikan pinggang beliau akan kekal besar dengan mengambil makanan dengan 3000 kalori sehari. Kerana kegemukkan beliau, Mikel terpaksa tidur di atas katil selebar 7 kaki. Walaupun gemuk, suami beliau Reggie Brooks (40) masih merasakan Mikel ialah wanita yang cantik. 

Well the husband is good chap for not stating the truth but daaaaaaaaaamn. Ini terlalu melampau bro!


Serius Cool - Rembau Most Wanted : Rap Bahasa Minang


SWAG Nogori

Ini barulah RAP lokal!

Thanks @warisn9 fro the link


Serius Cool - Jika Katalog ACME Adalah Realiti (7 Gambar)


Beep Beep!

Semasa kecil kartun Road Runner ialah antara kartun yang kami gemari. Ini adalah kerana ianya kartun yang sadistik dan dipenuhi dengan mesej seperti "dunia ini tidak adil", "Cayote adalah immortal seperti Highlander" dan "Burung Road Runner ialah seekor burung yang gemar muzik punk kerana rambut mencacak". Anyways semua produk yang digunakan Wile E Coyote untuk menangkap Road Runner dibeli dari katalog ACME. Tahukah anda pada tahun 2006 sebuah katalog Acme dihasilkan dengan kerjasama Looney Tunes dan di dalamnya kesemua produk yang pernah digunakan Coyote Malang boleh dilihat? Di bawah ialag sebahagian produk yang dipaparkan di dalam katalog ini.


Serius Genius - Mangkuk Untuk IFag Sebenar


Mangkuk untuk mangkuk

Adakah anda tahi internet seperti kami yang ketika makan sekalipun akan menggunakan telefon pintar? Alangkah bagus sekiranya pinggan mangkuk direka dengan tempat letak peranti pintar. Pereka di MisoSoupDesign menghasilkan mangkuk ramen anti kesunyian di bawah. Mangkuk ramen ini mempunyai tempat di mana sebuah iphone boleh diletakkan. Kini anda boleh makan Menggi sambil layan Youtube. Genius!



Laporan asal Dvice

Serius Cool - Resort Gili Lankanfushi Maldives (21 Gambar)


Cantik!

Resort Gili Lankanfushi ialah sebuah resort yang terletak di Pulau Lankanfushi, salah sebuah pulai di North Male Atoll Maldives. Ia terdiri dari 48 villa ekslusif yang dibina di atas permukaan laut. Setiap villa mempunyai pemandangan yang cantik dan memberikan privasi untuk yang menginap. Tujuh dari 48 villa di Gili Lankanfushiialah villa gergasi terapung yang mempunyai hammock di tengah-tengah laut. Jika anda mahu menginap di sini anda perlu tinggal minimum selama 4 hari. Harga penginapan bermula dai USD 6141 (RM 18676) dollar untuk biasa dan USD 8299 (RM25000) untuk villa Robinson Crusoe. Damn nice!


Serius Klasik - Handley Page Victor : Pesawat Pengebom Zaman Konfrontasi Indo-Malaysia (28 Gambar)


Boom shakala!

Handley Page Victor ialah pesawat pengebom Perang Dingin yang dibina oleh Britain dari 1952-1963. Pesawat ini dibina sebagai pendinding kepada ancamam bom nuklear Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Victor ialah salah sebuah dari 3 V-Bombers yang dibina Britain bagi menggantikan Avro Lancaster yang sudah dimamah usia. Victor direka untuk membawa bom konvensional dan juga nuklear yang boleh digunakan untuk menyerang Russia jika peperangan meletus. Bom terbesar yang boleh dibawa oleh Victor ialah bom sebesar 10 000 kilogram!

Pada tahun 1964-1965 empat pesawat pengebom ini dihantar ke Pengkalan Udara Tengah di Singapura bagi membantu mempertahankan Malaysia ketika Konfrontasi dengan Indonesia. Kehadiran Victor di Singapura adalah salah satu cara menakutkan Indonesia dari menyerang Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak kerana kemampuan membawa bom nukleranya.

Pada tahun 1969, Britain merubah strategi nuklearnya dengan menggantikan sistem pertahanan nuklera dengan kapal selam yang mampu membawa misil antara benua POLARIS. Victor mula dihentikan penggunaanya sebagai pesawat pengebom strategik.


Victor yang masih boleh berosperasi diubah menjadi pesawat tangki minyak. Setiap Victor mampu mengepam minyak kepada 3 pesawat secara sekaligus. Kerana usia yang telah lanjut dan kehadiran pesawat tangki yang lebih moden, Handley Page Victor ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1993.



Serius LOL - Kid Cudi Versi Meleis


Choc'O

What is this shit? LMAO. Kah kah kah. Seb baik ada awek kalau tak tak boleh layan sampai habis tanpa terberak

Thanks @Prasys for this sos



Serius Seleb - Selebs Semasa Di Sekolah Dan Sekarang (12 Gambar)


Woah!

Dari gambar ini anda boleh tahu seleb mana yang lakukan pembedahan plastik dan yang mana original


Wednesday 23 January 2013

Serius Cool - Malator : Rumah Hobbit Moden Di Wales (9 Gambar)


Bilbo Cymru

Di dalam novel Tolkien, Hobbits dikatakan tinggal di dalam rumah yang dibina di dalam bukit. Rumah manusia kerdil ini blend in dengan kawasan sekitar dan ini seterusnya tidak mengganggu pemandangan semula jadi kawasan sekitar Hobbiton. Rumah yang terbini dalam bukit ini bukanlah fiksyen. Sebenarnya pembinaan rumah seperti di Hobbiton sudahpun wujud selama beratus tahun. Seperti yang kami pernah paparkan komuniti Mormon yang membina rumah di dalam bukit di Utah dan juga rumah Earth House di Switzerland

Hari ini mari lihat sebuah lagi rumah ala-ala Hobbit yang dibina di Wales, United Kingdom. Rumah yang diberia nama Malator ini dibina pada tahun 1998 oleh firma Amanda Levente Architech. Beginilah rupa rumah Bilbo Baggins sekiranya beliau tinggal di dunia moden dan bukannya Middle Earth. 


Serius LOL - Syarat Menyewa Bilik Paling Islamik


Syarat-Syaratnya!

Ini syarat menyewa yang jarang sekali kami temui. Sangat islamik 

Thanks @CZero90 for the tip

Serius LOL - Apabila The Rock Menyanyi


LMAO

We miss you Rock!

Serius Cool - Hotel Legoland California : Hotel Bertemakan Lego (21 Gambar)


Holy cool!

Tahukah anda sebelum ini tidak ada hotel bertemakan Lego di dunia? April ini akhirnya Legoland Hotel akan dibuka di Legoland California. Seperti yang anda boleh jangka hiasan dalamannya adalah 100% bertemakan Lego. Terdapat 3 tema bilik iaitu Lanun, Kesatria dan Pengembaraan yang membuatkan pengunjung merasakan mereka tinggal di dalam model Lego gergasi. Selain itu restoran dan ruang lobinya juga dihiasi diorama dan figura Lego. Ini adalah sangat beans. Mohon Legoland Malaysia juga mempunyai hotel sebegini supaya Malaysia tak perlu pergi ke USA semata-mata mahu tinggal di dalam Hotel Lego!


Serius Cool - Sony Xperia Tablet Z (12 Gambar)


Seksi

Homai Sony! Nampaknya sejak CES 2013 tempohari mereka memperlihatkan pelbagai peranti Android baru yang sangat seksi. Selepas memperlihatkan Sony Xperia Z, peranti dengan skrin HD Penuh, mereka akan mengeluarkan Xperia Tablet Z pada bulan Mac akan datang. Ia sebuah tablet dengan skrin sebesar 10 inci dengan resolusi 1080p. Dari segi spesifiskasi ia diperkasakan dengan pemproses 1.5 Ghz empat teras, RAM 2 GB, kamera 8 megapixel, muatan dalaman 32/64 GB dan ianya kalis air seperti Xperia Z. Cool beans! Do want!



Serius LOL - Teksi Paling Lansi Di Kuala Lumpur?


Pergh keras!

Keras gila bahasa!

Thanks @Ikhwan88 for the pic

Serius Cool - McChip Mercedes SLS AMG MC700 (10 Gambar)


Vrooms!

McChip Mercedes SLS AMG MC700 ialah modifikasi yang dihasilkan oleh syarikat tuner McChip . Mercedes SLS AMG yang sudah sedir berprestasi tinggi dipertingkatkan lagi kemampuanya. Kini ia mampu memecut sehingga 360 kilometer sejam kerana diperkasakan enjin 706 kuasa kuda! SLS AMG asal hanya mempunyai 576 kuasa kuda. Damn!



Serius - The Messenger : Filem Pendek Dengan Mesej Yang Psiko


Fuuuuuu

Nice idea



Serius Cool - Pejabat Syarikat Pengiklanan McCann Erickson Di Latvia (16 Gambar)


Beans!

McCann Erickson ialah agensi pengiklanan terkena seluruh dunia. Mereka mempunyai pejabat di seluruh dunia bagi memenuhi kehendak pelanggan. Di Riga Latvia mereka mempunyai sebuah pejabat yang cool dan juga sangat kondusif untuk pemikiran kreatif. Adakah pejabat anda secool pejabat McCann Erickson? Persoalannya sekarang bagaimana pula rupa pejabat McCann Erikson di Kuala Lumpur? Harapannya secantik pejabat ini juga.




Serius VS - Kondom vs Bayi : Mana Lebih Bagus?


LMAO!

Jangan buang bayi! Beli kondom please.


Tuesday 22 January 2013

Serius Cool - Chairigami : Perabot dan Barangan Harian Diperbuat Dari Kadbod (13 Gambar)


Kerusi kadbod?

Semasa di kolej dahulu pensyarah kami ada lakukan pertandingan mereka perabot menggunakan kadbod terpakai. Tetapi tahukah anda academic exercise di kolej ini dijadikan realiti oleh beberapa orang usahawan di luar sana. Sebelum ini kami penah paparkan perabot pejabat dan juga perabot untuk student yang diperbuat dari kadbod. Hari ini mari lihat beberapa lagi perabot kadbod rekaan Chairigami. Chairigami mempunyai koleksi perabot yang agak extensif dan juga casing untuk iphone. Kinda nice tetapi macam kurang praktikal


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails